You are on page 1of 28

0

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


SEMESTER 2 SESI 2009/2010
KOD & NAMA KURSUS :
EDU 3012 : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TA1UK :

KUMPULAN KULIAH: Q
NAMA PENSYARAH : DR. IKHSAN BIN OTHMAN
NAMA NO. MATRIK T.TANGAN
AZUITA BT ZOOLKIFLIE D20091035125
BALKIS BT SAMSUDDIN D20091035120
FADILAH BT MAHMUD D20091035094
NORUJAMNAH BT
ISMAIL
D20091035097

Dasar sekolah satu aliran

Tajuk : Dasar Sekolah Satu Aliran

Kandungan Muka Surat


Pengenalan
Konsep & Pengertian 5
Isu-isu 8
Cabaran 14
Pendekatan 18
Penutup 2
BibiliograIi 27
Lampiran 28


2

1.0 Pengenalan sekolah satu aliran.
Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk
integrasi
1
dan mewujudkan perpaduan diantara etnik sebagaimana yang kita ketahui, sekolah
ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang mana kebanyakkannya semua kaum atau
etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah, pelbagai kaum atau etnik dapat
mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati sosialisasi secara
mudah. Dengan cara tersebut, bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang
diharapkan oleh sekolah, masyarakat, dan bangsa. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh
kerajaan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan integrasi di antara kaum.
Walaupun kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik
2
pada hari ini tetapi masih
banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran dan masalah
yang timbul menunujukkan proses integrasi antara kaum di peringkat sekolah perlu
dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi
mencapai objektiI integrasi antara kaum di sekolah. Pada hari ini, tidak dinaIikan integrasi
kaum antara sekolah telah mencapai banyak kemajuan.
Walaubagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses
integrasi antara sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa kini, kadangkala
menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Masalah ini jika tidak diatasi boleh melambatkan
proses integrasi antara sekolah. Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah diIikirkan
dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara kaum yang terbaik. Antara
dasar yang telah dicadangkan ialah melalui perlaksanaan sekolah satu aliran. Tugasan yang
kami lakukan ini menghuraikan tentang konsep sekolah satu aliran dan pengertiannya. Dalam
pada itu, kami juga turut mebincangkan tentang isu-isu yang timbul berkenaan dengan
konsep sekolah satu aliran ini.

1
ntegrasI bermaksud menyatukan etnIketnIk atau kelompokkelompok yang terasIng pada asalnya kepada
satu bentuk laIn yang tersendIrI. ( SufIan HussIn 1996).
ntegrasI bermaksud proses manyatupadukan secara budaya dan kelompok sosIal yang berbezabeza kepada
satu unIt yang mempunyaI IdentItI yang umum dan tersendIrI. ( KhalId Yaakob 1982).

2
(tnIk) bkn bangsa manusIa: Ia juga tIdak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyaI kelompok yg hIdup berlaInan, tetapI dI bawah sIstem
polItIk yg sama.

3

Seperti yang diperkatakan oleh Datuk Dr. Mukhris Tun Dr. Mahathir bahawa
cadangan sekolah satu aliran ini dapat membantu dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Mukhris juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan dan industri mengatakan bahawa
dengan cadangan sekolah satu aliran ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar. Datuk Dr. Mukhris Tun Dr. Mahathir berkata :
"Ia mungkin boleh difayakan dengan mewafibkan bahasa Mandarin dan Tamil
contohnya sebagai mata pelafaran elektif, ini bermakna pelafar boleh belafar bahasa ibunda
rakan-rakan mereka yang lain.
"Alangkah baiknya fika rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Melayu, bahasa
Mandarin, bahasa Tamil serta mencapai matlamat 1Malaysia yang lebih harmoni dan saling
memahami," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Wacana Perpaduan 1Malaysia
di sini, Sabtu. BERNAMA, Ogos 2009)
Pelbagai tokoh telah menyuarakan pendapat masing-masing tentang isu sekolah satu
aliran ini dimana sebahagian daripadanya menyokong dan ada juga yang menentang. Semasa
cadangan sekolah satu aliran ini dijalankan, pelbagai cabaran telah dihadapi oleh pihak-pihak
tertentu lantas kami ingin menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi. Bagi menghadapi
isu dan cabaran yang timbul ini, beberapa pendekatan telah diambil dan ini bertujuan agar
sekolah satu aliran ini dapat dilaksanakan dan matlamat utama dalam menyatupadukan
rakyat tercapai. Selain itu juga, sekolah satu aliran ini dapat membentuk bangsa Malaysia
yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian
yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.







4

2.0 Konsep dan Pengertian sekolah satu aliran.
Dalam tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat
Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk
menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu Dasar Pendidikan Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956.
Menteri pelajaran pada waktu itu ialah Tun Abdul Razak Hussin menubuhkan jawatankuasa
pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957. Tujuan Penyata Razak ini adalah untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar disekolah. Selain itu, ianya juga ingin mengeratkan hubungan antara kaum
Melayu, India dan Cina sebagai satu rumpun bangsa di tanah melayu. Penyata Razak ini juga
bertujuan mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan. Tujuan seterusnya adalah menyediakan kemudahan pendidikan yang
mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal
3
dan progesiI.
Menurut penyata ini juga, sistem pengurusan pendidikan yang lebih cepat dan berkesan dapat
diwujudkan. Disamping itu, Penyata Razak ini diwujudkan bagi memperkembangkan sistem
pendidikan yang kemas dan teratur. Dasar Penyata Razak ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Semasa Rahman Talib menjadi
menteri pelajaran, beliau telah mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan
saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di tanah melayu. Melalui
laporan itu, beliau mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib
selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah
rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi membolehkan calon-calon meneruskan
pengajian ke sekolah menengah, dan ke pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk
pemberian insentiI
4
kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata

(sIfat yg) condong kpd kebebasan; (fahaman) bebas. 2 pemerIntahan yg bersIfat demokratIk.
4
(InsntIf) sesuatu (yg berupa kebendaan atau tIdak) yg dIberIkan atau dItawarkan sbg dorongan atau galakan,
dorongan, galakan: berbagaIbagaI - dIsedIakan utk pelabur asIng menanam modal dI negara InI; dI sampIng
Itu belIau menawarkan barangan mekap kpd setIap ahlI yg menghadIrI kelas solekannya sbg - utk
pelanggannya.

3

pelajaran Bahasa Melayu. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961. Akta pendidikan merupakan lanjutan bagi Akta Pelajaran 1961.
Dalam Akta Pelajaran, banyak perkara telah dibincangkan antaranya, tentang
kedudukan Bahasa Kebangsaan, kurikulum kebangsaan yang wajib digunakan oleh semua
pihak serta semua pelajar wajib mengambil peperiksaan sebagai pencapaian pengukuran dan
penilaian dalam matapelajaran yang dipelajari. Selain itu juga, Pendidikan Islam
diperluaskan untuk pelajar disekolah dan menjadikannya sebagai matapelajaran wajib.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, dan hidup berdasarkan
permuaIakatan politik. Akta Pendidikan mengambilkira kepentingan semua kaum dengan
cara mengekalkan status quo
5
sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah
Cina swasta.
Selepas Akta Pendidkan 1961 diwujudkan, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah
ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun
1979. Dalam setiap laporan yang telah diwujudkan, semuanya bertujuan untuk
menyelaraskan sistem pendidikan di negara ini. Dengan penyelarasan sistem pendidikan di
negara ini, semua kerja pendidikan dapat ditingkatkan kekemasannya lagi. Oleh itu, bagi
memastikan dasar pendidikan kebangsaan dicapai, sekolah satu aliran telah dicadangkan oleh
seseorang tokoh pendidikan. Sekolah satu aliran merupakan cadangan yang dibuat agar
semua rakyat di Malaysia dapat disatukan melalui medium sekolah.
DeIinisi sekolah merujuk kepada buku Keberkesanan sekolah yang dikarang oleh
ShariIah Md. Nor merupakan sebuah institusi sosial yang berkhidmat untuk pelbagai lapisan
masyarakat. Satu aliran pula bermaksud sehala atau sejalan . Tetapi berdasarkan konteks ini,
satu aliran bermaksud penggunaan satu jenis bahasa yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar
di sesebuah sekolah. Maksudnya sistem sekolah satu aliran ini merupakan sistem
persekolahan yang menggunakan satu jenis bahasa pengantar sahaja iaitu Bahasa Melayu.

(LatIn) keadaan sebagaImana yg sedIa ada tanpa dIbuat sebarang perubahan.



6

Sistem ini telah dicadangkan oleh ProIesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan beliau
mencadangkan agar sistem persekolahan yang seragam diwujudkan untuk semua pelajar
sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Menurut beliau, sistem yang ada
sekarang tidak membantu merealisasikan perpaduan di pelbagai kalangan kaum selaras
dengan gagasan 1 Malaysia`. Hal ini yang demikian, sistem pendidikan sekarang telah
mewujudkan 3 jenis aliran sekolah antaranya sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina dan juga sekolah jenis kebangsaan Tamil SJK). Perbezaan sistem sekolah ini banyak
menimbulkan persoalan dalam menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini yang
demikian, sekolah dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda
yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa
dan agama.
Matlamat penubuhan sekolah satu aliran perlu jelas iaitu bagi membentuk perpaduan
yang tulen, sejati dan harmoni. Setiap pihak haruslah berkorban bagi memastikan sistem
sekolah satu aliran ini dilaksanakan. Kepentingan sistem ini ialah, ianya menyediakan satu
persekitaran dimana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran
dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi
dan memahami antara satu sama lain. Dalam menuju ke arah sebuah negara yang maju, siIat
saling memahami perasaan dan sensitiviti dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
adalah penting bagi menjamin kestabilan ekonomi, politik dan sosial. Sistem sekolah satu
aliran merupakan alternatiI bagi memupuk integrasi antara kaum di sekolah. Menurut buku
Keberkesanan Sekolah karya ShariIah Md. Nor keberkesanan sekolah dapat dilihat dari
pelbagai perspektiI umum antaranya melalui perspektiI budaya, ekonomi dan pendekatan
hubungan kemanusiaan dalam hubungan organisasi.






7

.0 Isu berkaitan dengan sekolah satu aliran.
Gagasan satu Malaysia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada penubuhan sekolah satu
aliran. Bayangkan jika kanak-kanak yang berumur 12 tahun berada di sekolah yang sama dan
belajar bersama-sama rakan yang sebangsa dengan mereka sejak dari peringkat pra sekolah,
sekolah rendah dan kemudiannya di sekolah menengah. Jadi sudah tentu perpaduan antara
kaum tidak dapat dibina kerana sejak kecil mereka sudah terbiasa dengan rakan yang
sebangsa dengan mereka. Bagaimana pula jika kanak-kanak tersebut telah bergaul dengan
rakan-rakan yang berlainan bangsa sejak berumur 6 tahun sehinggalah berumur 18 tahun,
semestinya hubugan yang terjalin di antara mereka sangat akrab.
.1 Isu pertama-tentangan daripada sesetengah pihak.
Dalam topik ini antara isu yang hangat diperkatakan ialah mengapa kita perlu menentang
dasar sekolah satu aliran ini sedangkan ia merupakan salah satu usaha yang boleh membawa
kepada keharmonian dan perpaduan selaras dengan konsep satu Malaysia? Sebenarnya
masyarakat cina dan masyarakat india amat berminat dengan sekolah satu aliran ini tetapi
para pendidik dalam kalangan kaum-kaum itu sendiri mempunyai sentimen perkauman yang
amat tebal yang telah menentang idea ini. Pelbagai keluhan dan kritikan serta cemuhan
daripada mereka yang menentang sekolah satu aliran yang berpendapat bahawa sekolah ini
mempunyai mutu pendidikan yang tidak bagus menyebabkan wujudnya sekolah vernakular
6
.
Timbalan Pengerusi Dong Zong Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia) Chow Siew Hon dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanaan sekolah
satu aliran. Menurut Chow Siew Hon:
Sebaliknya, ada pelbagai pendekatan lain yang boleh dilaksanakan dan berkesan
untuk mengukuhkan perpaduan nasional, termasuk menerusi pelaksanaan politik yang adil
dan saksama,` katanya ketika dihubungi semalam.
www.satumalaysia.wordpress.com , Oktober 2009)

6
(LIn) bkn penggunaan bahasa atau dIalek yg dIpertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dlm masyarakat:
sIstem pendIdIkan -; sekolah -; bahasa - bahasa yg dIpertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu.

8

Sebagaimana kata Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon, setiap kaum ada
warisan kebudayaan yang wajib dipertahankan. Tambahan pula kebudayaan Cina adalah
tergolong dalam kebudayaan dan warisan yang tertua di dunia. Jadi masakan kaum Cina akan
berdiam diri jika warisan turun-menurun mereka ingin dihapuskan. Kemungkinan sekolah
satu aliran bakal menghadapi krisis identiti. Golongan muda mungkin tidak tahu sama ada
mereka mahu mengamalkan identiti Melayu yang menjadi dasar identiti sekolah satu aliran,
atau identiti ibunda kerana ramai yang hidup dalam budaya rojak. Hal ini dapat dilihat
melalui produk sekolah kebangsaan sekarang. Mereka segan menuturkan bahasa ibunda
mereka sendiri sebaliknya memilih Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu walaupun
berkomunikasi sesama kaum di rumah.
Menurut beliau lagi, dalam soal agama pula, sekolah satu aliran hanya menggunakan
pelajar beragama Islam sedangkan agama lain tidak diajar. Pelajar bukan Islam secara tidak
langsung terdedah kepada ajaran Islam, jadi lama kelamaan mereka menjadi keliru tentang
agama yang ingin diikuti. Hal ini membuatkan para ibu bapa bimbang anak-anak mereka
akan menukar agama yang mereka anuti. Beliau berpendapat bahawa perpaduan kaum
sebenarnya hanya akan tercapai sekiranya terdapat pelaksanaan yang diambil dengan serius.
Walaupun ada dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa mereka perlu mengekalkan
budaya kaum masing-masing, alasan ini sebenarnya tidak kukuh dan tidak masuk akal kerana
jika kita lihat kaum-kaum mereka di negara-negara lain tidak sedikit pun belajar di sekolah-
sekolah vernakular malah ada sekolah-sekolah tersebut dihalang penubuhannya.
.2 Isu kedua-peranan pemimpin politik memperkasakan sekolah sabagai alat
perpaduan.
Isu kedua yang dibincangkan ialah mengenai peranan pemimpin politik untuk
memperkasakan sekolah sebagai satu alat untuk mencapai perpaduan. Setiap pemimpin yang
telah dipilih sebagai ahli politik diberi mandat yang besar untuk menjaga keharmonian
negara dan rakyat. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara yang berbilang kaum dan bangsa jadi perpaduan merupakan senjata utama kepada
keamanan negara. Salah satu cara untuk memupuk perpaduan adalah melalui pendidikan.
Tetapi seharusnya setiap ahli politik tidak menggunakan sekolah untuk kepentingan mereka

9

tetapi untuk kepentingan semua. Peranan setiap ahli politik dari pemimpin-pemimpin utama
parti iaitu UMNO, PAS , MIC, MCA dan Parti Perikatan adalah untuk berganding bahu
berusaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan yang menjadi alat untuk perpaduan
kaum yang berbilang bangsa dan menyahut saranan perdana menteri Dato` Seri Najib Bin
Abdul Razak iaitu Satu Malaysia dimana berslogan 'Rakyat didahulukan dan pencapaian
diutamakan. Menurut Ahli Parlimen Barisan Nasional, Hanim Samuri:
Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia
wafar difadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.
alam konteks ini kerafaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan
menfadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belafar dalam satu sekolah yang
sama, katanya ketika membahaskan Bafet 2010 pada sidang ewan Rakyat di sini hari ini.
UTUSAN MALAYSIA, Oktober 2009)
Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran
sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi menyelami
makna sebenar gagasan satu Malaysia. Salah seorang ahli parlimen telah mencadangkan
supaya semua sekolah menengah di Negara ini dibuat ini dibuat dalam satu aliran bagi
memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan. Dalam
konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikan satu
aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Namun apa yang
timbul adalah tidak semua ahli politik dari pelbagai parti yang setuju dengan penubuhan
sekolah satu aliran. Pemimpin politik pula tentu ingin menonjolkan diri sebagai jaguh kaum
masing-masing. Matlamat mereka hanyalah untuk mendapat sokongan politik peribadi
mereka bukan atas semangat nasional. Mereka menolak bulat-bulat idea itu tanpa mahu
perbincangan lebih terbuka dan ilmiah. Mereka takut kehilangan identiti kaum masing-
masing.
Sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa cadangan ini akan membunuh adat
dan budaya yang telah mereka amalkan. Bagi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan
pembangkang, mereka menyokong saranan tokoh akademik, ProI. Emeritus Tan Sri Dr.

10

Khoo Khay Kim yang mencadangkan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi
memastikan perpaduan dicapai. Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus
menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh
menjadi titik tolak kearah perpaduan negara. Parti-parti perkauman juga patut menukar agar
tidak memperjuangkan kaum sendiri sahaja. Tindak tanduk yang melampau dalam parti
perkauman boleh membangkitkan kebencian kaum lain. Contohnya, perbuatan pemimpin
UMNO mencium keris menyebabkan orang bukan Melayu meragui UMNO dan juga orang
Melayu kerana bagi mereka UMNO adalah Melayu tetapi hakikatnya terdapat juga Melayu
dalam kalangan parti pembangkang. Begitu juga apabila MCA yang mempersoalkan Dasar
Ekonomi Baru DEB). Masyarakat melayu juga meragui masyarakat Cina. Jadi, kerenah
politik inilah yang menjadi penghalang kepada perpaduan kaum.
Sehubungan dengan itu parti politik seharusnya melihat sekolah satu aliran sebagai
landasan utama kepada perpaduan kaum dan keamanan negara. Pepatah melayu ada
menyatakan bahawa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Jadi perpaduan antara kaum
haruslah disemai daripada peringkat kanak-kanak lagi supaya mereka boleh menyesuaikan
diri dan bergaul dengan rakan- rakan pelbagai kaum. Ada juga pihak mengatakan bahawa
sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan berdasarkan kajian dan pemerhatian
yang telah dibuat.
Walaupun dasar sekolah satu aliran ini mampu membawa kepada perpaduan kaum
tetapi dasar ini juga mempunyai implikasi yang negatiI. Munkin isu ini amat sensitiI dalam
kalangan orang Islam tetapi hal ini tidak oleh dipandang ringan sekarang. Jika sekolah satu
aliran ini wujud maka akan wujud satu masalah yang besar iaitu murtad. Kenapa isu ini
timbul? Apabila sekolah satu aliran ini wujud, maka wujudlah perpaduan dalam kalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India. Apabila keserasian ini wujud, bangsa lain akan mula
mendekati Islam tetapi bagaimana pula jika berlaku kes-kes pelajar Melayu perempuan yang
jatuh cinta dengan pelajar yang berlainan bangsa yang bukan beragama Islam . Jika sekarang
ramai remaja kita yang hanyut dengan cinta sehinggakan melahirkan anak luar nikah
bayangkan jika wujudnya sekolah yang bercampur dengan pelajar yang bukan Islam,
semestinya kadar peningkatan anak luar nikah menjadi semakin tinggi. Seperti yang kita
sedia maklum, remaja mempunyai pemikiran yang agak cetek dan bagaimana jika mereka

11

tidak berIikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan, contohnya masalah cinta remaja
antara satu bangsa dan masalah seks pelajar sudah tentu memeningkan ibu bapa dan guru-
guru.
Apakah yang akan terjadi sekiranya gejala ini melibatkan pula bangsa Melayu
dengan bangsa lain. Bukankah ini boleh mencetuskan masalah perkauman yang lebih dasyat
lagi dan juga bukahkah ini akan melibatkan masalah agama iaitu seperti kes murtad. Dengan
sejumlah besarnya bangsa lain bercampur dengan bangsa Melayu dalam satu sekolah maka
situasi ini mungkin terjadi. Walaupun ini cuma andaian tetapi, adalah tidak mustahil untuk
terjadi. Ada sesetengah pihak berpendapat, dengan penubuhan sekolah satu aliran juga
mungkin akan meningkatkan perkahwinan campur yang memberi manIaat kepada kaum
Melayu sahaja. Apabila sudah kenal antara satu sama lain maka mulalah bercinta tetapi yang
akan menanggung penderitaan paling dahsyat adalah ibu bapa. Ibu bapa manakah yang
sanggup membiarkan anak-anak kesayangan mereka sanggup bertukar agama dan apa yang
ditakuti oleh ibu bapa mereka ini adalah kasih sayang antara mereka semakin berkurang dan
inilah yang dikatakan meMelayukan dan mengIslamkan kaum Cina dan India dalam senyap.
. Isu ketiga-penghapusan etnik dan budaya masyarakat lain.
Isu lain yang timbul adalah penghapusan etnik dan budaya masyarakat Cina dan India.
Kebudayaan masyarakat Cina dan India gagal diperjelaskan oleh ProIesor Emeritus Tan Sri
Dr. Khoo Kay Kim. Masyarakat Cina dan India bimbang mengenai beberapa kelab
kebudayaan Cina yang berasal dari sekolah Cina ataupun Tamil akan dihadkan atau
dilupakan terus. Inilah yang merisaukan mereka. Seperti yang kita sedia maklum, apabila
sekolah satu aliran ditubuhkan semua sekolah dan kaum bergabung maka sudah tentu masa
akan terhad dan ini akan mengehadkan segala-galanya kerana mereka terpaksa
mencantumkan kebudayaan antara tiga kaum iaitu melayu, cina dan india menjadi satu
bangsa Malaysia. Ini adalah ibarat melakukan kerja tanpa pengkhususan.



12

.4 Isu keempat-perbezaan pendapat daripada segelintir tokoh.
Seorang tokoh pendidikan, ProIesor Datuk Dr. Kamaruddin berpendapat sistem
pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar merupakan cara paling berkesan dalam
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Matlamat ini boleh dicapai dengan cepat dan
berkesan dengan mewujudkan sistem pendidikan satu aliran berbanding daripada pelbagai
aliran di negara ini. Isu pengasingan pelajar mengikut kaum telah dibangkitkan oleh
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP) dan sekiranya ia benar-benar
berlaku, ini boleh memberi kesan negatiI yang boleh menghalang matlamat perpaduan dan
integrasi nasional. Sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah pada ketika ini wujud
hasil toleransi pelbagai kaum sewaktu hendak mencapai kemerdekaan.
Wujudnya satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara
tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Konsep perpaduan
dalam konteks negara ini perlu diIahami sebagai satu prinsip Rukun Negara yang mana
mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecah-belahkan rakyat seperti
semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Melalui sekolah
satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di
samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi
nasional menerusi pendidikan. Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting
untuk diIikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek
ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang
lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk
mencapai perpaduan.
Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan
masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan
pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun
1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai
perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan,
pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan

13

pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara
berIikir yang sama.
Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memperkembangkan nilai-nilai
positiI yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dijadikan matapelajaran
yang wajib disertai semua pelajar dan mereka akan melakukan aktiviti luar dalam satu
kumpulan. Ia dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan
perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik seperti
berkarisma, berkeyakinan tinggi dan juga mempunyai semangat juang dalam diri masing-
masing.
4.0 Cabaran dalam perlaksanaan sekolah satu aliran.

Bagi mencapai matlamat yang diimpikan oleh setiap individu, masyarakat mahu pun negara
dalam merealisasikan hala tuju sistem pendidikan, satu pernyataan atau perakuan iaitu
FalsaIah Pendidikan Negara telah digubal dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat
Kurikulum pada 14 Disember 1988. Ianya adalah berdasarkan pada laporan-laporan yang
telah dikemukakan oleh individu-individu yang terbabit secara langsung dengan dunia
pendidikan yang berkaitan dengan amalan-amalan dan permasalahan yang terdapat dalam
sistem pendidikan yang dijalankan pada masa lalu. Antara laporan-laporan yang dijadikan
asas dalam penggubalan FalsaIah Pendidikan Negara ialah Penyata Razak, Penyata Rahman
Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet. Tujuan laporan ini dibuat
atau dilakukan ialah bagi menambahbaik mutu dan kualiti sistem pendidikan dalam
mengharungi cabaran-cabaran yang wujud dipersekitaran dalaman dan luaran. Selepas itu,
sistem sekolah satu aliran pula dicadangkan untuk mencapai matlamat pendidikan negara.
Namun demikian, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi. Antaranya adalah dari
sudut politik, masyarakat yang berbagai dan para pendidik.



14

.1 Politik.
Kebanyakkan parti politik yang ada di negara kita tidak bersetuju dengan cadangan
yang dibuat oleh ProIesor Khoo Kay Kim ini. Antara parti tersebut adalah pihak MCA dan
MIC. Mereka berpendapat bahawa dengan terhapusnya sekolah vernikular ini, ia akan
menyebabkan bahasa ibunda mereka akan ketinggalan. Tetapi, menurut ProIesor Khoo Kay
Kim, hal ini tidak menjadi satu masalah buat mereka kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh
diselitkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di bilik darjah. Menerusi sistem sekolah
satu aliran, ia tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.
AlternatiInya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar
berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik
yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka,
mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Namun demikian, tentangan
yang dihadapi oleh pelbagai pihak menjadi satu cabaran buat kerajaan untuk melaksanakan
sekolah satu aliran ini. Namun demikian, kerajaan tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan
sekolah satu aliran ini. Ini kerana, menurut Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak
menulis di dalam blognya yang pihak kerajaan akan mempertimbangkan cadangan itu dan
akan mengutamakan suara rakyat. Hal ini selaras dengan slogan 1 Malaysia iaitu "rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan". Beliau juga ada menyatakan bahawa cadangan ini
tiada gunanya sekiranya ia ditentang sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan
masyarakat. Kita sedia maklum bahawa pembangunan sosial dalam sesebuah negara itu
bergantung kepada pimpinan politik yang eIektiI dalam suasana politik yang aman dan
tenteram. Begitu juga dengan sistem sekolah satu aliran ini. sekiranya ada pihak politik yang
cuba mengeruhkan suasana ini, maka sukarlah bagi pihak kerajaan untuk meneruskan hasrat
sekolah satu aliran ini. Disamping itu juga, kurangnya ketegasan dalam kepimpinan juga
menjadi satu cabaran untuk melaksanakan sekolah satu aliran ini. Ini dapat dilihat melalui
sikap sesetengah pemimpin yang tidak berpen dirian tegas dalam pelaksaanaan dasar
pendidikan di negara kita ini. Dalam pada itu, terdapat juga sesetengah pihak politik kaum
masing-masing yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih perhatian rakyat tanpa
memikirkan kepentingan masa depan negara. Ternyata mereka lebih mengutamakan
kepentingan diri dan agenda politik jangka pendek daripada matlamat mewariskan sebuah

13

negara yang bebas perkauman kepada generasi masa depan. Walaupun ada pihak
berpendapat pelaksanaan sistem satu aliran bukan Iaktor tunggal ke arah penyatuan bangsa
Malaysia, langkah menutup terus perbincangan secara rasional dan jujur mengenainya,
menjauhkan lagi rakyat daripada mencapai matlamat itu.
Mereka lebih melihat kesan yang negatiI berbanding kesan yang positiI. Sikap
mementingkan diri pihak politik ini menjadi satu cabaran yang besar buat negara untuk
melaksanakan sistem sekolah satu aliran. Sistem sekolah satu aliran ini tidak akan dapat
dilaksanakan selagi pihak pemimpin tidak bertegas dalam hal ini. Oleh itu, kepimpinan yang
cekap adalah penting untuk kesejahteraan negara. Oleh kerana adanya pertalian earat antara
kestabilan politik dengan pimpinan yang eIektiI, serta pentingnya dasar-dasar negara
dilaksanaan dengan jayanya, maka perlulah kita mengatur dan menyusun strategi
pelaksanaan sesuai dengan kehendak-kehendak baru itu.
.2 Mayarakat yang berbagai kaum.
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tiga kaum
utama yang wujud di Malaysia adalah kaum Cina, India, dan Melayu. Setiap kaum tersebut
hidup di dalam budaya dan tradisi yang berlainan. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran
buat negara untuk menyatupadukan mereka melalui penubuhan sistem sekolah satu aliran ini.
Kebanyakkan kaum di Malaysia ini lebih mementingkan amalan dan tradisi mereka. Sukar
bagi pihak kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa cadangan sekolah satu aliran ini
adalah satu usaha yang boleh membawa kepada perpaduan bersama. Setiap manusia masing-
masing dikurniakan dengan sebiji otak yang tidak sama modelnya, ini menyebabkan
pendirian manusia yang pelbagai, kreativiti manusia yang sentiasa baru, akhirnya manusia
akan hidup keseorangan dengan cara dan budaya tersendiri, menjadikan semakin pelbagailah
latar belakang setiap kaum. Kebanyakkan kaum di Malaysia begitu mementingkan dan
mempunyai semangat perkauman yang tinggi. Bagi mereka isu perkauman terlalu sensitiI
unuk dibangkitkan. Hal ini dapat dilihat apabila sistem sekolah vernekular ingin
dimansuhkan dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran. Pelbagai reaksi negatiI
daripada masyarakat terutamanya daripada kaum Cina dan India yang bimbang akan tradisi
mereka dihapuskan. Sedangkan ini adalah satu usaha yang positiI ke arah perpaduan kaum.
Sememangnya perpaduan tidak akan wujud seratus peratus sekiranya hendak mengikut kata-

16

kata rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang darjat, berbilang-bilang
pandangan. Kita semua datangnya daripada pelbagai latar belakang, akan tetapi kita harus
mempunyai hala tuju, cita-cita dan visi negara yang sama. Kita tidak boleh mengikut
kehendak setiap orang untuk memperkasakan latar belakang atau budaya masing-masing dan
membelakangi cita-cita negara, iaitu perpaduan. Oleh itu, mayarakat yang pelbagai menjadi
pencetus kepada cabaran untuk melaksanakan dasar sekolah satu aliran ini.
. Pendidik.
Adakala ia mengejutkan, adakala ia menyedarkan dan adakalanya ia menginsaIkan
kita semua. Apa jua keadaannya, jika disediakan suasana pembelajaran yang kondusiI serta
memperolehi sokongan yang sewajarnya dari semua pihak, kita mampu mencapai
kecemerlangan. Pendidikan amat penting dalam usaha membentuk jatidiri bangsa dan
memupuk perpaduan warga. Wawasan pendidikan negara bukan sekadar untuk melahirkan
insan berilmu, malah perlu memenuhi tanggungjawab sosial memupuk nilai-nilai budaya
yang positiI bagi membina warga bangsa yang bersatu lagi berpadu. Pendidik adalah
komponen utama dalam menjayakan hasrat sekolah satu aliran ini. Namun demikian, terdapat
segelintir pendidik yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini. ini menjadi cabaran
buat negara untuk melaksanakan hasrat yang murni ini. Sesetengah persatuan guru-guru
menentang cadangan ini terutamanya daripada kaum Cina dan India. Hal ini dapat dilihat
dengan wujudnya penentangan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis
Kebangsaan SJK) Tamil Malaysia. Mereka menolak cadangan ini dan berpendapat bahawa
terdapat banyak lagi cara atau pendekatan lain yang boleh dibuat untuk menyatupadukan
kaum contohnya dari segi politik. Jadi, dengan wujudnya persepsi begini daripada pendidik
maka lagi sukarlah untuk kita melaksanakan sekolah satu aliran ini. bertambah besarlah juga
cabaran yang akan dihadapi oleh negara kerana pendidik adalah tunjang kepada
pembangunan pendidikan. Jika mereka sendiri tidak bersetuju dengan cadangan ini maka lagi
sukarlah untuk ia dilaksanakan. Menurut Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak
berkata bahawa sekolah satu aliran atau seumpamanya akan datang kemudian apabila isu-isu
yang mendepaninya seleasi dahulu. Bagi beliau, sekolah satu aliran itu bukanlah sesuatu
yang mustahil.

17

.4 Media massa.
Media massa memainkan peranan yang amat penting untuk menyatupadukan rakyat.
perkembangan media massa turut memainkan peranan yang penting dalam gerakan
kesedaran masyarakat ke arah perpaduan terutamanya dalam bidang pendidikan. Namun
demikian, menjadi satu cabaran buat negara untuk melaksanakan sekolah satu aliran ini yang
dipengaruhi oleh media massa yang kadangkala mempengaruhi minda masyarakat tentang
sesuatu isu atau perkara yang dibincangkan. Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa
rakyat adalah seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan
yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum
lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa
ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga
mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda.
Baru-baru ini akhbar mengetengahkan secara besar-besaran tentang tuntutan Tindakan
Jawatankuasa Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia Suqiu) terhadap 83
perkara yang kononnya ' dibuat atas dasar kepentingan perpaduan dan kemajuan negara...
sedangkan sebahagian besar daripada tuntutan itu jelas menyentuh hak dan keistimewaan
orang Melayu. Ianya satu contoh tindakan ekstrem yang tidak patut dilakukan. Ianya telah
mencetuskan bibit-bibit perbalahan yang membimbangkan. Ekoran daripada itu, Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung GPMS) mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara
kepada kerajaan dan menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh
negara sebagai bantahan kepada tutututan Suqiu itu. Kebanyakkan akhbar pada masa kini
lebih membawa kearah perpecahan masyarakat. Untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan
bersama, media massa seharusnya bijak dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-
masing. Ini kerana, media massa memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan
semanagat nasionalisme di kalangan masyarakat di Malaysia.





18

5.0 Pendekatan dalam menangani masalah sekolah satu aliran.
Sekolah satu aliran atau satu sekolah untuk semua, merupakan salah satu daripada kemuncak
kejayaan kepada sistem pendidikan negara. Sistem ini bukan berkisar hanya kepada
pencapaian akademik tetapi ianya merupakan salah satu langkah bagi mewujudkan
pembinaan negara bangsa seperti yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia. Melalui
sistem sekolah satu aliran ini juga ianya memberi peluang kepada rakyat untuk berIikir
sebagai satu bangsa. Perlaksanaan sekolah satu aliran ini merupakan jalan terbaik untuk
menghapuskan polarisasi
7
kaum dan pada masa yang sama mengukuhkan perpaduan serta
merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini.FalaIah Pendidikan Negara
FPN) telah menyenaraikan matlamat pendidikan yang memberikan penekanan kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek
8
, rohani, emosi,dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada
negara,masyarakat dan keharmonian negara. Keharmonian negara hanya dapat dicapai
melalui penyatuan semua kaum. Lantaran itu pelbagai langkah boleh dilakukan bagi
mewujudkan perpaduan antara kaum, antaranya menerusi cadangan sistem sekolah satu
aliran. Beberapa pendekatan boleh dilakukan bagi merealisasikan sistem sekolah satu aliran
ini.
5.1 Pendekatan pertama-penyediaan pelan induk.
Pendekatan pertama yang boleh diambil ialah kerajaan perlu menyediakan pelan
induk yang lengkap mengenai penubuhan sekolah satu aliran bagi memastikan sistem
tersebut tidak meminggirkan mana-mana identiti kaum di negara ini. Menurut Presiden
Persatuan Pemuda Negara Malaysia, Stephen Doss :

keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pIhak (prInsIp, kecenderungan, pendapat dsb) yg
bertentangan sama sekalI: pd masa lalu, soal - antara kuasa dI kalangan pelajar tIdak wujud kerana mereka
mempunyaI satu tujuan utk mencapaI kecemerlangan dlm pelajaran; berpolarIsasI mengamalkan 54,78,8:
tetapI struktur kuasa dan pengaruh dI dunIa tIdak lagI - dlm semua Isu.
8
/Intelk/ kuasa utk berfIkIr; akal budI: kaum (golongan) - kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdIk
pandaI.

19

"ari semasa ke semasa kita dengar mengenai rancangan sekolah satu aliran tetapi
tiada pelan induk lengkap mengenai pelaksanaannya. "Saya menyokong penuh sekolah
sebegini tetapi ia perlu memastikan identiti mana-mana kaum tidak terpadam dengan
pelaksanaannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini`
MINGGUAN MALAYSIA, November 2009)
Pelan induk tersebut haruslah berupaya memaparkan sistem penyampaian pendidikan yang
kondusiI
9
kepada semua peringkat warga pendidik dan pelajar tempatan. Selalu kita dengar
dari masa ke semasa mengenai sekolah satu aliran ini, tetapi tiada pelan induk yang lengkap
mengenai perlaksanaannya. Terdapat juga individu yang menyokong penuh sistem sekolah
satu aliran ini tetapi beliau berpendapat ianya perlulah memastikan identiti mana-mana kaum
di Malaysia tidak terpadam dengan perlaksanaanya. Menurut Perdana Menteri Malaysia
Dato` Seri Najib Tun Razak, kerajaan sedia mempertimbangkan perlaksanaan sekolah satu
aliran ini sekiranya ianya dimahukan oleh rakyat. Tambah beliau cadangan ini tiada gunanya
sekiranya ia di tentang sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat.
5.2 Pendekatan kedua-persediaan pemimpin.
Selain itu pendekatan kedua yang perlu dititikberatkan ialah para pemimpin haruslah
bersedia dan mengetepikan soal kebanggaan dan kepentingan kaum mereka dan melihat
Iaedah sekolah satu aliran secara holistik
10
. Menurut presiden MIC, Datuk Seri S. Samy
Vellu ,
Sekiranya cadangan itu dikemukakan dalam usaha menfalinkan perpaduan
kaum,ada banyak cara lain lagi untuk melakukannya dan bukan melalui pendidikan satu
aliran.`katanya dalam Utusan Malaysia, Mac(2001)`.
BERNAMA, Oktober 2009)


9
sesuaI, baIk dsb utk membantu mencapaI atau mendorong menghasIlkan sesuatu: 0gn menyedIakan
persekItaran yg -, negara akan terus mengalamI perkembangan ekonomI yg menggalakkan.
10
bersIfat salIng berkaIt antara satu sama laIn sbg suatu sIstem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar
menyentuh aspekaspek tertentu sahaja: model InI bertujuan memberIkan pandangan secara menyeluruh dan
- bagI memahamI konteks operasI sesuatu organIsasI.

20

Melalui ini dapat kita lihat sesetengah pemimpin MIC dan MCA terlalu
mementingkan kaum masing-masing. Mereka sekadar melihat dari segi asas parti politik
perkauman mereka, mereka juga bertindak atas persepsi dan malas untuk mengambil risiko.
Walhal, jika mereka pimpinan kaum sejati, yang sayangkan kaum mereka, merekalah yang
wajar menyahut idea ini dan menggalas tanggungjawab bersama menerangkan konsep
sebenar sekolah satu aliran ini. Sikap tolak ansur antara kaum perlulah dipraktikkan. Hal ini
kerana jika pejuang-pejuang pendidik masih mementingkan kaum masing-masing dan
menutup minda mereka untuk melihat dan memahami agenda yang jauh lebih besar iaitu
perpaduan nasional
11
, maka sebarang idea dan perbincangan berkaitan dengan sekolah satu
aliran adalah sia-sia. Dalam pada itu matlamat penubuhan sekolah satu aliran ini perlulah
jelas, kita janganlah hanya bersemangat apabila bercakap mengenai cogan kata 1 Malaysia
tetapi terdiam apabila terpaksa berkorban untuk sesuatu agenda yang lebih besar.
5. Pendekatan ketiga-kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pendekatan yang seterusnya iaitu yang ketiga, kerajaan perlulah mewujudkan
kesedaran di kalangan rakyat berbilang kaum bahawa kewujudan sekolah satu aliran bukan
bertujuan untuk menghapuskan identiti sesuatu kaum. Semua pihak harus sedar bahawa
sekolah bukan sahaja tempat untuk murid menimba ilmu malah bermulanya pergaulan di
antara kaum. Melalui sistem sekolah satu aliran ini, bahasa ibunda kaum lain tidak akan
terhapus kerana menurut laporan Rahman Talib 1960), bahasa ibunda kaum lain akan turut
diajar sekirannya terdapat 15 orang murid yang mendaItar. Justeru sistem sekolah satu aliran
ini perlu diterima sebagai satu wahana untuk membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum akan terus wujud sebagai komponen
penting yang mewarnai perpaduan sejati 1Malaysia. Pelbagai kempen dan ceramah
kesedaran yang berkaitan boleh dilaksanakan dalam memberikan kesedaran kepada rakyat
Malaysia yang berbilang kaum pada masa ini mengenai betapa pentingnya perlaksanaan
sekolah satu aliran ini dan manIaatnya. Rakyat berbilang kaum juga haruslah menerima dan
memahami dengan jelas bahawa waima bahasa penghantar di sekolah satu aliran adalah

11
1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaIan, kecocokan; . perIhal berpadu (bergabung menjadI satu,
sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk - kebangsaan; bahasa |elayu sbg bahasa yg boleh
menjadI penggerak ke arah mencapaI - 3,843,

21

bahasa Melayu tetapi sekolah juga akan mengekalkan hak-hak setiap rakyat untuk
mempelajari bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
5.4 Pendekatan keempat-penukaran nama atau terma sekolah satu aliran.
Dalam pada itu, pendekatan lain yang boleh diambil ialah dengan menukar nama atau
terma sekolah satu aliran kepada terma yang lain. Hal ini kerana penggunaan terma sekolah
satu aliran ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya rakyat.
Oleh itu antara terma yang boleh digunakan ialah sekolah 1 Malaysia atau sekolah untuk
semua. Justeru dengan ini, usaha untuk mencari titik tolak ke arah penerimaannya dikalangan
rakyat serta pejuang-pejuang bangsa dapat diwujudkan. Selain itu, Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia PKPIM) berpendapat agar pihak kerajaan menganjurkan siri
perbincangan dan persidangan yang melibatkan semua pihak bagi membentuk konsep
sekolah satu aliran yang jelas dan mampu menyatu serta mencerminkan ketiga-tiga identiti
bangsa dan kebudayaan rakyat pelbagai kaum. Semua guru dan sekolah di seluruh peringkat
harus berperanan sebagai agen yang membentuk perpaduan pemikiran dan sosial pelajar
dengan memberi penekanan terhadap subjek-subjek yang berunsur kenegaraan, warisan, dan
sejarah kepelbagaian kaum. Hal ini kerana dalam situasi semasa , penekanan hanya diberikan
kepada subjek-subjek yang bersiIat teknikal sehingga pelajar kurang didedahkan dengan
penghayatan perpaduan dan kenegaraan Malaysia.
5.5 Pendekatan kelima-mewajibkan pengajaran agama lain di sekolah.
Pendekatan seterusnya ialah seperti yang kita tahu terdapat isu yang mengatakan
sekolah satu aliran ini bakal menimbulkan masalah yang melibatkan agama. Sebagai contoh
pelajar-pelajar akan mudah terpengaruh dengan ajaran agama rakan-rakan mereka dan jika
pelajar tersebut beragama islam ini akan membawa kepada murtad. Selain itu timbul juga isu
yang mengatakan melalui sekolah sistem satu aliran ini ianya akan menggalakkan
perkahwinan campur antara pelbagai agama. Bagi kaum cina isu ini dipandang serius kerana
bagi mereka melalui perkahwinan berlain agama ini ianya akan menyebabkan mereka
terpaksa menukar agama. Lantaran itu ianya sedikit sebanyak bakal menghapuskan ajaran
agama mereka. Dalam pada itu mereka turut bimbang hubungan kekeluargaan mereka
terputus.Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang telah bertukar agama akan menjadi

22

lebih renggang. Justeru pendekatan yang boleh di ambil ialah dengan mewajibkan sukatan
pelajaran keagamaan di sekolah satu aliran ini. Pelajar melayu diajar mengenai agama
islam,cina agama buddha dan india mengenai agama hindu. Melalui sukatan pelajaran ini
para pelajar akan lebih memahami agama masingmasing dan tidak akan timbul isu
pertukaran agama. Selain itu mengenai perkahwinan campur, antara pendekatan yang boleh
dilakukan ialah dengan mewujudkan sekolah satu aliran bagi pelajar perempuan dan pelajar
lelaki secara berasingan. Melalui kewujudan sekolah ini pergaulan antara pelbagai kaum
masih lagi dikekalkan.
Kesimpulannya, tidak dinaIikan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan untuk
mengiringi hasrat murni ke arah menyatupadukan rakyat. Isu utama seperti identiti kaum dan
bangsa serta bahasa pasti akan menjadi alasan utama bagi pihak yang menentang. Terdapat
juga sesetengah pihak yang sebenarnya enggan melihat Malaysia terbina daripada rakyat
satu bangsa. Mereka juga bimbang kewujudan sekolah ini bakal melenyapkan terus identiti
sesuatu kaum, sebaliknya sekolah satu aliran sebenarnya walaupun menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa penghantar tetapi bahasa ibunda kaum lain masih diajar. Hakikatnya
inilah yang gagal diIahami oleh segelintir pihak yang mempunyai semangat perkauman yang
tinggi dan menebal. Lantaran itu yang menjadi mangsa ialah pelajar-pelajar kerana hak
mereka dinaIikan untuk bergaul dan saling mengenali dikalangan pelbagai kaum. Justeru
pelbagai pendekatan boleh diambil bagi merealisasikan sekolah satu aliran ini. Dalam erti
kata lain kemampuan untuk melaksanakan sekolah satu aliran ini banyak bergantung kepada
kesedaran, kejujuran dan keinginan yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak.






23

.0 Penutup
Sistem pendidikan satu aliran sering digunakan sebagai alasan retorik
12
untuk
menyatupadukan kaum-kaum lain di Malaysia. Walhal mereka terlupa konsep ini pada
mulanya diperkenalkan oleh penjajah British di dalam sebuah Jawatankuasa Barnes pada
tahun 1951. MotiI asal pihak penjajah pada waktu itu ialah memperkenalkan Sekolah Satu
Aliran Inggeris. Malahan sejak dari dahulu lagi matlamat asal UMNO ialah meneruskan
sistem pendidikan satu aliran sepertimana yang dilaporkan di dalam Laporan Razak pada
tahun 1956.
Selepas negara Merdeka sehinggalah Akta Pendidikan 1961 dibilkan, sistem sekolah
satu aliran ialah sekolah aliran Inggeris. Namun begitu, menjelang 70`an segala bentuk
pendidikan sekolah satu aliran ialah di dalam Bahasa Malaysia. Berlainan pula berlaku kini,
sistem pendidikan negara mungkin akan kembali kepada sistem sekolah aliran Inggeris dek
kerana segelintir ahli politik yang tidak mempunyai prinsip dan sering mengutarakan
pendapat dan cadangan masing-masing.
Seperti yang diperkatakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri M.Samy Vellu berkata
dalam Utusan Malaysia, Mac 2001 berkata jika sekolah satu aliran hendak dilaksanakan
sistem pembelajarannya hendaklah mengambil kira bahasa ibunda kaum-kaum tertentu
sebagai bahasa yang penting untuk dipelari di sekolah. Tambahan beliau,
Sebelum ini soal bahasa ibunda tidak diambil kira sekarang kita mahu fika sekolah
satu aliran hendak diadakan faktor itu mestilah diberi perhatian serius`.
UTUSAN MALAYSIA, Mac 2001)
Menurutnya lagi, isu pergaduhan di Jalan Klang Lama tidak seharusnya dikaitkan
dengan penubuhan sekolah satu aliran kerana ia melibatkan masalah ekonomi dan
kemiskinan bukannya masalah pembelajaran di sekolah. Penubuhan sekolah satu aliran ini
haruslah dibincangkan secara serius kerana ia boleh menimbulkan pelbagai implikasi

12
/rtorIk/ 1 senI menggunakan bahasa yg Indah dan menarIk utk memujuk atau mempengaruhI pemIkIran
pendengar; senI berpIdato. 2 bahasa yg dIbuatbuat atau dIbesarbesarkan (yg Indah dan mulukmuluk).
penuh dgn bahasa atau kata yg Indah dan muluk utk mempengaruhI pemIkIran pendengar: 8elIau terlalu - dlm
menyampaIkan ceramahnya. beretorIk berbIcara atau berpIdato dgn menggunakan bahasa yg 70947: KIta
tIdak perlu - dgn pelbagaI teorI hIngga orang tIdak memahamI Isu yg dIperkatakan.

24

daripada pelbagai pihak memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan
berbilang kaum.
Punca masalah ini timbul disebabkan sistem politik yang berlandaskan kaum yang
berterusan sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah kini ianya masih dipraktikkan.
Baru-baru ini, ProI. Khoo Khay Kim dan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir sekali lagi
menyuarakan cadangan sekolah satu aliran dengan alasan untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia dan perkara ini bererti Sekolah Tamil dan Cina akan dimansuhkan daripada sistem
pendidikan. Walaupun sekolah jenis kebangsaan dimansuhkan akan tetapi bahasa ibunda
kaum masing-masing tetap boleh digunakan.
Pendidikan dalam bahasa ibunda Bahasa Melayu merupakan hak asasi manusia dan
diiktiraI, malahan UNESCO Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan PBB) juga telah
mengiktiraIkan 'Hari Bahasa Ibunda Sedunia pada setiap 21 Febuari. Hal ini yang
demikian, tidak salahlah jika penubuhan sekolah satu aliran ini dilaksanakan kerana bahasa
ibunda mereka tidak akan terjejas dengan penubuhan 'Hari Bahasa Ibunda Sedunia.
13

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua bersatu mencari jalan penyelesaian yang
munasabah dan bernas daripada berusaha menghancurkan satu lagi khazanah berharga
negara. Perkara ini juga bagi mengelak tercetusnya pelbagai masalah lain yang lebih besar.
Usaha berterusan bagi membentuk warga Malaysia bersatu padu mestilah tidak terhenti di
tengah jalan. Sekitar tahun 80'an, warga pendidik daripada Sekolah Cina telah bersetuju
dengan cadangan program "Aktiviti Integrasi" dengan Sekolah Aliran lain tetapi dek kerana
sikap Dr. Mahathir yang lepas tangan setelah perjanjian tersebut dipersetujui telah
mengakibatkan usaha itu gagal sama sekali. Punca utama warga pendidik Cina menolak
cadangan "Sekolah Wawasan" seperti yang dicadangkan oleh Dr. Mahathir ialah kerana tiga
aliran bahasa ini diletakkan dibawah hegemoni
14
sekolah Bahasa Melayu. Sekolah Cina dan

1
HarI 8ahasa bunda Antarabangsa berasal darI pengIktIrafan antarabangsa kepada HarI Pergerakan 8ahasa
yang dIsambut dI 8angladesh (dahulunya PakIstan TImur) semenjak tahun 192, apabIla sebIlangan penuntut
unIversItI 8angladesh dIbunuh oleh polIs dan tentera PakIstan dI 0haka ketIka menyertaI Pergerakan 8ahasa
8engalI.
HarI 8ahasa bunda Antarabangsa dIsambut setIp tahun oleh negara ahlI UNESCD dI Ibu pejabatnya untuk
memupuk kepelbagaIan bahasa dan budaya dan keanekabahasaan.
14
(hgmonI) pengaruh atau domInasI sesebuah negara atas negaranegara laIn: pelbagaI undangundang
dIgubal utk melengkapkan - penjajah terhadap rakyat perIbumI.

23

Tamil secara bersyarat akan dipindahkan dibawah rancangan "Sekolah Wawasan" dan ini
bermakna tiada sekolah baru yang akan diperkenalkan.
Pendidikan telah lama menganggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan
rakyat Malysia yang berbilang kaum ini. Hal ini yang demikian, sekolah merupakan satu
institusi sosial yang akan menghimpunkan semua pelajar yang berbilang kaum. Di negara
kita, selepas berlakunya peristiwa berdarah pada tanggal 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum
berlaku diantara kaum melayu dan cina. Pada ketika itu, Menteri Pelajaran iaitu, Datuk
Abdul Rahman Yaakoub
15
telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris ke arah
sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
bermula pada tahun 1970.
Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang
menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu
didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besiIat
majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana
melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat
Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan
kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai
di antara mereka. Dengan tertubuhnya sekolah satu aliran ini, tidak mustahil nahasa ibunda
bagi setiap kaum terhapus. Ini kerana, sistem sekolah satu aliran ini menggunakan bahasa
melayu sebagai bahasa pengantar akan tetapi bahsa lain juga boleh diamalkan. Namun
begitu, cadangan ini tidak dipersetujui ramai pihak terutamanya dari golongan yang bukan
melayu dan juga segelintir ibu bapa yang tidak menyokong penubuhan sekolah satu aliran ini
dengan mengatakan bahawa jikalau anak-anak mereka dihantar ke sekolah satu aliran,
mereka bimbang akan budaya nenek moyang mereka terhapus dan mereka akan dipengaruhi
oleh budaya melayu.


13
Seorang ahll pollLlk Malaysla yang dllahlrkan dl Mukah Sarawak dan Lelah men[adl keLua MenLerl Sarawak
yang keLlga dan men[adl ?angulperLua negerl Sarawak (Cabenor Sarawak)

26

Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara
ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu
sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu
bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti
yang dibimbangi selama ini. Oleh itu, perancangan pembinaan sekolah satu aliran oleh pihak
kerajaan ini tidak sepatutnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutama pihak
pembangkang untuk kepentingan politik masing-masing kerana matlamat asal penubuhan
sekolah satu aliran ini adalah untuk melahirkan generasi yang bersatu-padu dan memahami
antara satu dengan yang lain.
















27

7.0 Rujukan
Buku-buku
Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Thinker's Library Sdn. Bhd.
Bernama, 8 Ogos 2009, 20.08 pm, Sekolah Satu Aliran Boleh Jayakan 1Malaysia Mukhri:.
G S Reddy, Current Issues in Education, Heolkamal Publication PVT.LTD, 2007.
Haris Md. Jadi, Etnik, Politik dan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur, 1990.
Ornstein/Levine , Foundation of Education, Houghron MiIlin Company, 1989.
ShariIah Md. Nor, Keberkesanan Sekolah Satu PerspektiI Sosiologi, Universiti Putra
Malaysia, Serdang, 2000.
Laman web
http://www.utusan.com.my/utusan/inIo.asp?y pada 14/01/10.
http://satumalaysia.wordpress.com/2009/10/30/sekolah-satu-aliran-bukan-jawapan-kepada-
perpaduan-nasional pada 09/01/10.
http://www.utusan.com.my/utusan/inIo.asp?y pada 14/01/10.
http://satumalaysia.wordpress.com/2009/10/30/sekolah-satu-aliran-bukan-jawapan-kepada-
perpaduan-nasional pada 09/01/10.
Akhbar harian
Utusan Malaysia, Malaysia, 2009
Berita Harian, Malaysia, 2002.

You might also like