You are on page 1of 19

1.

0 Pengenalan
Pepatah Melayu selalu mengingatkan masyarakat bahawa ibu bapa mampu membesarkan 10 orang anak tetapi 10 orang anak itu belum tentu dapat memikul tanggungjawab menjaga orang tua mereka setelah dewasa dan membina kehidupan sendiri. Justeru, tidak hairanlah apabila kita melihat budaya Melayu yang menekankan kepentingan untuk menghormati dan berbakti kepada ibu bapa seolah-olah berubah kepada gejala moden yang menyaksikan kes buang ibu bapa seperti yang terpampang di akhbar, dan ada sebahagian yang cenderung menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua dengan alasan untuk mengurangkan beban mereka. Baru-baru ini, akhbar Berita Harian memaparkan isu yang sesuai dijadikan teladan iaitu isu anak buang bapa. Menurut akhbar tersebut, seorang bapa yang berumur dalam lingkungan 60 tahun begitu amarah dan kecewa apabila didakwa dibuang anak sendiri selepas dia selesai menjalani pembersihan darah di sebuah pusat hemodialisis di Seriab, Perlis. Bapa tersebut tidak dijemput oleh anak mereka yang sebelum itu dihantar untuk menjalani rawatan di pusat tersebut dengan motosikal. Menurut kakitangan pusat tersebut, warga emas itu seolah-olah telah menjangkakan akan ditinggalkan oleh anaknya apabila dia bertanya mengenai tempat tinggal. Kakitangan pusat tersebut berkata selepas mendapati warga emas itu tidak dijemput oleh sesiapa sehingga masuk waktu Maghrib, dia ada menghubungi anak lelaki itu tetapi anaknya tidak datang. Isterinya juga enggan menerima beliau menyebabkan pihak kebajikan masyarakat terpaksa menempatkan beliau di Rumah Penyayang Jejawi. Melalui kisah diatas, jelaslah bahawa si Tanggang pada zaman dahulu masih lagi wujud pada zaman moden ini. Begitu kejam sekali hati sebilangan Tanggang moden pada hari ini. Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafiaah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti kisah si Tanggang. Kebanyakkan ibu bapa pada zaman ini mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga mereka memberikan kasih sayang yang melimpah ruah. Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk mejaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa mereka. Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.
1

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang topik ini, kami telah membuat satu sesi temu ramah terhadap beberapa jenis golongan masyarakat dan kami telah memfokuskan kepada 3 golongan utama iaitu golongan profesional yang terdiri daripada pensyarah dan guru, golongan masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa dan jurujual serta golongan pelajar yang terdiri daripada mahasiswi Uitm Segamat dan mahasiswi Kolej Taylor di Subang. Sebanyak 8 soalan telah dikemukakan kepada mereka yang berkaitan dengan topik ini dan ianya lebih memfokuskan kepada punca masalah pengabaian ibu bapa ini berlaku.

2.0 Ciri-ciri sahsiah

Melalui temu bual yang dijalankan terhadap 3 jenis golongan iaitu golongan profesional, golongan masyarakat serta golongan pelajar, kami mendapati terdapat beberapa ciri-ciri sahsiah mengikut pandangan individu-individu tersebut. Ciri-ciri sahsiah merupakan aspek yang utama yang perlu ada dalam jiwa setiap manusia. Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah, hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkah laku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Dalam topik yang dibincangkan ini, terdapat beberapa ciri sahsiah yang perlu ada dalam setiap individu bagi mengelakkan kejadian pengabaian ibu bapa ini daripada berlaku. Menurut golongan profesional, berilmu harus ada dalam diri seseorang itu. Berilmu bermaksud mempunyai pengetahuan dari segi duniawi dan juga ukhrawi. Dalam kes pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa ini, pengetahuan ukhrawi amat penting bagi pihak anak mahupun ibu bapa itu sendiri untuk mengelakkan perkara yang tidak bermoral ini berlaku. Walau setinggi mana pun pendidikannya, namun jika tiada pegangan agama yang kuat maka tidak mustahil perkara ini tidak akan berlaku. Hal ini kerana, dalam agama meletakkan golongan yang tua mestilah dihormati dan disayangi. Ciri sahsiah yang seterusnya ialah bertolak-ansur antara satu sama lain. Ibu bapa dan anak-anak haruslah bersikap lebih matang dan berfikiran terbuka. Ibu bapa janganlah terlalu mendesak anak-anak, hal ini kerana, sekiranya anak itu tidak berkemampuan dalam memenuhi kehendak mereka, mereka perlulah hidup dengan penuh kesederhanaan. Selain itu, setiap orang haruslah mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga kedua ibu bapa mereka. Setiap anak haruslah menjaga kebajikan ibu bapa mereka apabila mereka menginjak ke usia dewasa. Walaupun sudah berkeluarga, namun ibu bapa janganlah diabaikan. Menurut golongan masyarakat pula yang terdiri ibu bapa dan jurujual, ciri-ciri sahsiah seperti sabar perlulah ditanam dalam diri setiap individu. Sabar bermaksud seseorang itu dapat

menagawal emosi dalam pelbagai situasi. Anak-anak perlulah bersabar dengan kerenah ibu bapa yang kadangkala menguji kesabaran anak-anak. Disamping itu juga, saling memahami antara ibu bapa dan anak juga merupakan salah satu ciri-ciri sahsiah yang perlu disemai dalam diri individu. Anak-anak perlulah memahami bahawa ibu bapa memerlukan perhatian daripada mereka manakala ibu bapa juga perlulah faham keadaan anak-anak yang sudah berkeluarga dan juga berkerjaya. Bersyukur juga merupakan salah satu ciri sahsiah yang harus ada dalam diri anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dengan mengurniakan ibu bapa yang telah membesarkan dan mejaga kebajikan mereka. Ibu bapa juga perlu bersyukur dengan kehadiran anak-anak yang menjaga mereka walaupun hidup dengan penuh kesederhanaan. Bagi pendapat golongan pelajar pula, antara ciri-ciri sahsiah yang perlu ada adalah sikap patuh. Sikap patuh ini termasuklah patuh terhadap Allah dan juga patuh terhadap ibu bapa. Allah s.w.t memerintahkan setiap hamba-Nya supaya menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. Anak-anak juga haruslah patuh terhadap nasihat ibu bapa mereka dan tidak mengingkari apa yang disuruh. Sebagai seorang pelajar, mereka haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mengukuhkan kestabilan mereka supaya dapat menjaga keluarga serta ibu bapa mereka.

3.0 Dapatan tembual


Soalan pertama :

Apakah pandangan anda tentang pepatah Melayu yang mengatakan seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak, akan tetapi 10 orang anak itu belum tentu mampu menjaga seorang ibu? Soalan Kedua : Adakah anda bersetuju, pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa pada masa kini semakin hari semakin meningkat? Jelaskan pandangan anda. Menurut pendapat Profesor Madya Dr Salihan, pepatah tersebut ada benarnya dan ada salahnya. Ibubapa yang menjaga anak-anak itu adalah salah satu tanggungjawab bagi mereka tetapi berlainan pula bagi anak-anak, kerana ia bergantung kepada situasi anak-anak tersebut. Sekiranya anak itu perempuan yang telah berkahwin, maka dia wajib mengikut kata-kata suami sama ada membenarkan si isteri menjaga ibubapa atau tidak. Hal ini kerana ada sesetengah suami yang tidak selesa si isteri menjaga ibubapa mertuanya. Tetapi pada fitrahnya, ibu mertua juga ibarat ibu mereka sendiri. Jadi si suami haruslah memahami tanggungjawab ini.Ada juga anak-anak yang tidak gemar menjaga ibubapa mereka atas beberapa faktor seperti ibubapa yang terlalu cerewet dan sensitif. Tetapi ibubapa itu tidak sedar bahawa kadangkala didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka tidak gemar menjaga mereka. Soalan kedua yang diajukan adalah berkaitan dengan kes ini yang dilihat semakin meningkat pada masa kini tidak dipersetujui oleh Profesor kerana menurut beliau tidak ada peningkatan yang jelas mengenai hal ini kerana ini dikaitkan oleh pupulasi manusia yang menigkat. Pada masa dahulu, bilangan penduduk Malaysia masih kurang berbanding dengan bilangan penduduk pada masa kini iaitu semakin bertambah lebih kurang 5 juta orang. Jadi, sekiranya pengabaian anak-anak terhadap ibubapa semakin bertambah ia bukanlah disebabkan peningkatan kes tetapi bergantung kepada kepadatan penduduk. Hidup kini berbeza daripada dahulu. Hal ini disebabkan oleh pada masa dahulu, hubungan kekeluargaan lebih rapat dan bersifat terbuka tetapi pada masa kini, anak-anak lebih mementingkan diri daripada menggalas tanggungjawab mereka terhadap ibubapa mereka. Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan terhadap ibubapa. Hal ini disebabkan kurangnya pegangan agama yang kuat dalam diri anak-anak.

Bagi seorang guru pula beliau berpendapat, Ibu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka. Manakala anak yang sudah mempunyai keluarga sendiri perlu memberi perhatian kepada keluarga mereka berbanding kepada ibu. Beliau bersetuju dengan peningkatan kes ini kerana, pada zaman teknologi ramai yang mempunyai kerjaya yang bagus dan mencabar. Oleh itu mereka sibuk bekerja. Mereka hanya mengejar kemewahan duniawi dan Kurang nilai kasih sayang dan lupa jasa ibu-bapa mereka Kami menemuramah seorang pesara kerajaan yang juga merupakan seorang ayah kepada 5orang anak iaitu En Zoolkiflie b Abdul Rahman, 55 tahun. Ditanya kepadanya tentang soalan yang mengatakan tentang pepatah Melayu yang berbunyi, seorang ibu boleh membesarkan 10 orang anak akan tetapi 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu itu, beliau mengatakan bahawa pepatah Melayu itu akan timbul jika kes-kes itu benar dan pernah berlaku. Jadi, dalam kes ini, memang terbukti kesahihan pepatah Melayu tersebut yang mengatakan anakanak zaman sekarang tidak boleh menjaga kebajikan ibu bapa mereka sebagaimana ibu bapa mereka menjaganya semasa kecil. Ditanya kepada beliau lagi tentang kadar pengabaian anakanak terhadap ibu bapa semakin hari semakin meningkat dan menurutnya beliau amat bersetuju. Hal ini yang demikian, setiap hari, di kaca televisyen ada menunjukkan kisah orang tua yang terabai. Tambahan pula, setiap akhbar juga memaparkan kisah pengabaian orang tua yang dilakukan oleh anak-anak mereka sendiri. Begitu sanggupnya seorang anak itu membiarkan ibu atau bapa kandung mereka tersadai sendirian di rumah kebajikan orang tua. Hal ini sepatutnya tidak harus berlaku kerana, seorang anak itu seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang telah membesarkan diri mereka sehingga menjadi orang yang berguna. Berdasarkan pandangan daripada masyarakat pula, Cik Norashikin selaku jurujual di sebuah pasaraya berpendapat beliau amat bersetuju dengan pepatah melayu yang mengatakan seorang ibu mampu membesarkan 10 orang tetapi 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Hal ini kerana beliau berpendapat anak-anak tidak merasai keperitan yang ditanggung oleh seorang ibu dalam membesarkan mereka. Ini jelas menunujukkan kasih seorang ibu lebih besar daripada kasih seorang anak. Dalam pada itu beliau turut bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa pada masa ini semakin hari semakin meningkat. Hal ini kerana anak-anak pada masa ini lebih mementingkan harta kekayaan dan

mengejar kesenangan hidup. Bagi mereka ibu bapa kini menyusahkan dan sukar untuk dibela oleh anak-anak. Kekangan masa juga menyebabkan anak-anak kini mengabaikan ibu bapa mereka. Ulasan daripada seorang pelajar Uitm Segamat, Rabiatul Adawiyah binti Othman, 20 tahun, juga merupakan seorang anak, tentang kisah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa yang semakin hari semakin meningkat pada zaman sekarang. Menurut temu ramah yang dijalankan, saudari Rabiatul Adawiyah bersetuju dengan pepatah Melayu yang mengatakan bahawa seorang ibu boleh membesarkan 10 orang anak, akan tetapi seorang 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Tambahan beliau lagi, kita dapat lihat situasi dahulu dengan situasi sekarang dari segi jumlah bilangan anak yang dimana, pada masa dahulu, jumlah anak lebih ramai berbanding dengan pada zaman sekarang yang jumlah bilangan anak makin merosot. Walaubagaimanapun, jumlah bilangan anak ini tidak mempengaruhi kasih sayang seorang ibu itu untuk menjaga, membelai dan mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang. Berdasarkan soalan dimana mengatakan bahawa jumlah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa pada zaman kini semakin hari semakin meningkat. Menurutnya, perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana disetiap halaman akhbar dan juga di kaca televisyen telah wujud kisah pengabaian ibu bapa ini. Sebagaimana yang kita ketahui, jumlah penghantaran ibu bapa ke rumah-rumah kebajikan juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Perkara ini menjadi lebih serius apabila ada anak yang sanggup membuang ibu bapa mereka sendiri demi mengejar kekayaan dan kemewahan dunia. Soalan Ketiga : Golongan manakah yang sering mengabaikan ibu bapa mereka? Golongan berpendidikan tinggi Sederhana Kurang berpelajaran

Pada pendapat Profesor, semua golongan tersebut terlibat. Mereka mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Sikap ibubapa sendiri memainkan peranan yang penting dalam situasi ini. Ada
7

sesetengah ibubapa berfikiran bahawa mereka berhak meminta apa sahaja yang dihajati kepada anak-anak walaupun anak-anak tersebut tidak berkemampuan. Ada juga ibubapa yang pentingkan diri sendiri tanap memikirkan perasaan anak-anak mereka. Ibubapa haruslah bertimbang rasa menjaga perasaan anak-anak. Selain itu, anak-anak juga harus pandai mengambil hati ibubapa serta sentiasa bersabar melayan kerenah ibubapa mereka. Menurut beliau, setiap jenis golongan manusia sama ada golongan manusia yang berpendidikan tinggi, sederhana atau yang kurang berpendidikan juga turut terbabit dalam kes pengabaian ibu bapa ini. Tapi, pada pendapat beliau, golongan yang kurang berpelajaran ini merupakan peratus yang utama dalam mengabaikan ibu bapa berbanding golongan yang berpendidikan tinggi dan berpendidikan sederhana. Golongan yang kurang berpendidikan ini terutama kurang pendidikan agama lebih terjerumus dengan masalah pengabaian ibu bapa ini. Didikan agama adalah sesuatu yang penting dalam mendidik seseorang itu supaya lebih menghormati dan menghargai orang tua mereka sementara mereka masih hidup. Selain itu juga, menurut beliau, golongan yang kurang berpelajaran ini sering mengalami masalah dari segi kewangan. Oleh hal yang demikian, mereka tidak berkemampuan untuk menampung keperluan ibu bapa mereka apatah lagi keperluan anak-anak juga tidak mencukupi. Oleh itu, mereka mengambil langkah untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan orang tua agar dapat menjamin kebajikan orang tua tersebut. Mengikut pendapat seorang guru yang ditemubual pula,golongan berpendidikan tinggi.Hal ini Kerana mereka cenderung kepada kerjaya. Mereka sibuk dan tiada masa untuk menjaga ibu-bapa mereka. Mengikut pendapat segelintir masyarakat, golongan yang berpendidikan tinggi inilah yang sering mengabaikan ibu bapa mereka kerana kesibukan kerja dan sering mengejar kemewahan dunia. Akan tetapi, mengikut pandangan Encik Zoolkiflie, golongan yang berpendidikan tinggi ini tidak seharusnya berkelakuan sebegitu kerana dengan ilmu yang penuh didada dapat membuatkan mereka berfikiran lebih rasional tentang kelakuan mereka. Selain itu juga, dengan tingginya ilmu seseorang itu dapat menggalakkan seseorang berfikiran lebih matang dan lebih menghargai ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga ke peringkat yang lebih

tinggi. Dari segi kewangan pula, mereka lebih berkemampuan untuk menyara orang tua mereka daripada menghantar mereka ke rumah-rumah kebajikan. Golongan masyarakat pula berpendapat, semua golongan tidak terkecuali dalam kes pengabaian ibu bapa. Hal ini bergantung kepada keadaan, tidak semua orang yang berpendidikan atau tidak semua orang yang tidak berpendidikan melakukan perkara sebegini, beliau berpendapat pendidikan agama penting dalam menentukan tindakan seseorang individu itu. Sekiranya pendidikan agama kuat perkara sebegini tidak akan terjadi. Menurut saudari Rabiatul Adawiyah, golongan yang sering mengabaikan ibu bapa mereka adalah tidak terhad. Hal ini kerana, menurut beliau, tidak kira jenis golongan, sama ada golongan berpendidikan tinggi, sederhana mahupun yang kurang berpendidikan akan mengabaikan ibu bapa mereka atas pelbagai alasan yang tersendiri. Bagi yang berkelulusan tinggi, mereka lebih mementingkan kerjaya dan sering mengejar kemewahan dunia akan menyebabkan mereka tiada masa untuk menjaga ibu bapa mereka. Mereka akan keluar pada waktu pagi untuk ke pejabat dan pulang pada waktu malam akan menyebabkan kurang komunikasi antara anak dan ibu bapa. Ini juga akan menyebabkan ibu bapa akan merasai kekurangan kasih sayang daripada anak mereka yang tidak menghiraukan kebajikan ibu bapa mereka. Seperti yang kita ketahui, golongan tua merupakan golongan yang sensitif berikutan daripada ketidakseimbangan hormon yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Golongan tua ini juga memerlukan perhatian yang lebih daripada anak-anak mereka dan mereka ingin merasai diri mereka dihargai. Soalan Keempat : Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku? Pada pendapat profesor, pendidikan agama merupakan punca utama berlakunya kes ini. Profesor mengaitkan punca ini dengan cerita Al- Qamah yang lebih mementingkan isterinya berbanding ibunya sendiri, sehinggakan Al-Qamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah sebelum AlQamah menghembuskan nafas terakhir. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kepatuhan anakanak kepada ibu bapa. Islam sendiri sangat menegaskan anak-anak supaya menghormati ibu bapa. Bagi seorang guru pula beliau berpendapat , punca masalah ini adalah kurang didikan
9

agama. Anak-anak juga sibuk bekerja oleh itu, mereka cenderung kepada kerjaya masingmasing. Mereka memandang wang lebih bernilai daripada kasih sayang terhadap ibu bapa Menjawab soalan yang menanyakan tentang punca utama masalah ini, En Zoolkiflie berkata, terdapat banyak punca yang menyebabkan mereka mengabaikan ibu bapa mereka. Antara yang paling utama adalah berpunca daripada keluarga itu sendiri. Menurut beliau, pengaruh daripada pasangan masing-masing merupakan punca utama seseorang itu melupakan ibu bapa mereka. Jika seorang isteri ini tidak menyukai ibu/bapa mertuanya, si suami ini akan patuh terhadap permintaan isterinya dan juga sebaliknya jika seorang suami ini tidak menyukai ibu/bapa mertuanya. Hal ini akan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua demi menuruti permintaan pasangan masingmasing. Disamping itu juga, masalah kewangan juga merupakan antara salah satu faktor seseorang itu mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. Hal ini dapat dilihat oleh golongan yang berpendapatan rendah dimana mereka tidak mampu untuk menyara kehidupan ibu bapa mereka. Tambah beliau lagi, perkara utama yang menjadi punca seseorang itu mengabaikan ibu bapa mereka adalah kekurangan didikan agama. Setiap agama menekankan tentang kasih sayang. Tidak kira kasih sayang kepada Allah bagi orang islam, kasih sayang kepada Rasul, kasih sayang kepada ibu bapa dan juga kasih sayang kepada makhluk lain. Dengan wujudnya perasaan kasih sayang ini, seseorang tidak akan sampai hati untuk menyakiti hati orang itu. Oleh yang demikian, dengan adanya perasaan kasih dan sayang sesama manusia, kes pengabaian ibu bapa tidak akan berlaku. Bagi golongan masyarakat pula, menerusi temubual yang dijalankan,Cik Norashikin berpendapat antara punca yang menyebabkan berlakunya kes pengabaian ibu bapa ini adalah kerana kurangnya didikan agama daripada kecil,anak-anak pada masa ini terlalu mengejar hal dunia seperti harta kekayaan dan kemewahan. Bagi mereka harta lebih penting daripada menjaga kebajikan ibu bapa. Selain daripada itu anak-anak juga terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjaga kedua-dua orang tua mereka. Melalui soalan yang keempat mengenai punca masalah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa, menurut saudari Rabiatul Adawiyah, punca utama adalah duit. Manusia pada zaman sekarang lebih mengejar kekayaan dan kemewahan dunia semata-mata berbanding mengejar
10

kasih sayang. Menurut beliau lagi, duit itu adalah segalanya. Kerana dengan duit, mereka boleh menikmati segala kemewahan di dunia dan ada kalanya, malalui duit ini juga dapat menjual kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Walhal, mereka tidak sedar bahawa duit merupakan punca utama masalah sebegini berlaku. Kerana mengejarkan kemewahan dunia, kasih sayang terhadap ibu bapa berkurangan dan semakin terabai. Memang benar bahawa duit atau wang merupakan benda yang penting, akan tetapi, kasih sayang merupakan benda yang lebih berharga daripada wang ringgit. Benarlah kata pepatah, wang ringgit boleh dicari, akan tetapi, kasih sayang yang sejati susah dicari. Selain itu juga, menurut beliau, sifat individualisme atau mementingkan diri sendiri merupakan salah satu faktor yang menyumbang ke arah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Tamadun manusia walau apapun jenis agama yang dianuti telah meletakkan ibu bapa pada golongan yang lebih tinggi. Akan tetapi, tamadun tersebut semakin ditelan arus pembangunan. Akibatnya, anak-anak yang sudah berkeluarga kurang berminat untuk tinggal bersama ibu bapa mereka dan lebih terjurus untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan orang tua. Anak-anak yang mementinglan diri sendiri juga akan merasakan bahawa ibu bapa ini merupakan satu beban bagi mereka apatah lagi jika mereka mengalami masalah penyakit yang berpanjangan. Ini akan menyebabkan anak-anak itu akan mengambil initiatif mereka yang tersendiri untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan orang tua kerang merasakan kebajikan ibu bapa mereka lebih terjamin. Soalan Kelima : Adakah cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak mempengaruhi masalah pengabaian ibu bapa? Profesor berpendapat bahawa ibubapa haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat. Mereka harus faham akan keadaan anak-anak. Jika anak-anak tidak berkemampuan, ibubapa seharusnya tidak meminta lebih daripada kemampuan anak mereka. Semakin kuat pegangan agama. Semakin kurang sensitiviti dan emosi yang negatif di dalam diri setiap orang. Berdasarkan soalan yang berikutnya tentang cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka semasa kecil mempengaruhi masalah pengabaian ibu bapa. Menurutnya, cara didikan juga merupakan faktor sampingan dalam menyumbang kepada peningkatan kes ini. Anak-anak haruslah dididik agar memahami dengan sepenuh hati tentang amalan yang perlu dilaksanakan.

11

Suasana dirumah juga perlulah dikawal supaya tidak menimbulkan perasaan huru hara dalam rumahtangga. Keadaan ibu bapa yang sering bertengkar, bergaduh dan akhirnya bercerai juga mempengaruhi pemikiran anak-anak yang memberi kesan pada peringkat dewasa. Selain itu juga, dengan memanjakan anak-anak mereka semasa kecil juga merupakan salah satu cara didikan yang kurang berkesan dan menyebabkan masalah sedemikian berlaku. Anak-anak yang dimanjakan akan menyebabkan mereka memijak kepala orang tua mereka. Ini akan membuatkan ibu bapa akan sentiasa mematuhi apa yang diarahkan oleh anak mereka.Pandangan seorang guru pula beliau bersetuju cara didikan yang salah akan mengakibatkan masalah pengabaian terhadap ibu bapa pada masa hadapan. Sekiranya ibu bapa mengabaikan anak mereka tidak hairanlah sekiranya ibu bapa tersebut akan diabaikan waktu mereka tua. Namun, kadangkala didikan ibu bapa sudah betul tetapi anak yang tidak menerima didikan yang diberikan. Pandangan masyarakat pula, cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak pada masa kini turut mempengaruhi masalah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Hal ini kerana jika kita lihat pada masa ini terdapat sesetengah ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mengambil sikap tidak kisah dan memandang remeh tentang nilai kasih sayang yang harus ditunjukkan dan diberikan kepada anak-anak sewaktu mereka kecil lagi. Lantaran itu anak-anak merasa tersisih dan merasakan diri mereka tidak diperlukan serta tidak penting. Mereka juga tidak mengetahui apa itu kasih sayang dan bagaimana untuk menghormati kedua-dua orang tua mereka. Justeru apabila mereka dewasa mereka akan turut melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa masing-masing. Soalan yang bertanyakan tentang cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil mempengaruhi masalah ini, saudari Rabiatul Adawiyah telah berpendapat bahawa cara didikan ibu bapa semasa kecil juga merupakan satu faktor utama dalam masalah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Pada zaman dahulu, anak-anak yang terbiar dan dipinggirkan akan membuat pembelaan diri mereka semasa dewasa dengan niat untuk membalas dendam. Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak sewaktu mereka kecil akan menyebabkan mereka merasakan diri mereka tidak dihargai dan mereka akan mengabaikan orang tua mereka kerana tidak menghargai dirinya sewktu kecil. Hal ini tidak seharusnya berlaku, kerana niat membalas dendam ini merupakan perkara yang terkutuk untuk dilakukan oleh seorang umat Islam. Berdasarkan keratan

12

akhbar Metro Harian, Jumaat, 19 Februari 2009, mengatakan tentang kepentingan didikan ibu bapa dalam membentuk personaliti anak-anak. Dalam keratan akhbar tersebut menyatakan ibu bapa bijak mengawal emosi anak-anak mereka semasa kecil dapat mendidik anak-anak mereka dalam mengawal emosi mereka sewaktu mereka dewasa. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini tidak boleh lah kita menyalahkan sebelah pihak sahaja, akan tetapi cara didikan ibu bapa juga mempengaruhi anak-anak dalam terlibat dengan masalah yang sedemikian.

Soalan Keenam : Ada pendapat yang mengatakan dengan menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan orang tua akan lebih menjamin kebajikan mereka. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Jelaskan. Profesor tidak bersetuju dengan pandangan itu kerana dengan menghantar ibubapa ke rumah kebajikan bukanlah jalan menyelesaikan masalah malahan dapat mengguris perasaan ibubapa. Ibubapa memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak mereka sendiri. Bagi mereka, kasih sayang lebih penting berbanding keselesaan dan kebajikan mereka. Bagi seorang guru pula beliau tidak setuju dengan pendapat tersebut. Bagi yang berkerja adalah lebih baik menghantar paada waktu bekerja sahaja dan bukan sepenuh masa seperti kebanyakan yang terjadi pada masa ini. Ada anak-anak yang menghantar dan tidak pernah menjenguk langsung ibu bapa mereka. Perasaan ibu-bapa terguris apabila kita membiarkan mereka dijaga oleh orang lain bukan oleh anak mereka sendiri, lantaran itu beliau berpendapat adalah lebih baik jika kita menjaga mereka selepas waktu kita berkerja. Melalui soalan yang berikut, tentang jaminan kebajikan ibu bapa jika dihantar ke rumah kebajikan. Encik Zoolkiflie bersetuju bahawa ibu bapa yang dihantar ke rumah kebajikan ini terjamin dari segi kebajikannya. Contohnya, dari segi fizikal ibu bapa itu akan lebih terjamin. Anak-anak yang tidak berkemampuan dan tiada masa untuk memberi perhatian kepada orang tuanya akan menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua agar kebajikan mereka lebih diberi perhatian. Akan tetapi, walaupun kebajikan mereka tejamin, perasaan mereka yang merindui anak-anak mereka tidak dapat dihalang. Seorang ibu atau bapa mungkin mengalami ganguan
13

emosi apabila mereka berada dirumah kebajikan tersebut. Oleh itu, dari segi fizikal dan kebajikan orang tua, Encik Zoolkiflie berpendapat bahawa dengan menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan lebih terjamin. Namun begitu, perasaan orang tua tidak dapat dipelihara jika dihantar ke rumah orang tua kerana mereka akan berasa sedih melihat sikap anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan. Mereka merasakan seolah-olah diri mereka tidak dihargai. Menurutnya lagi, jikalau menghantar ibu bapa ke rumah orang tua, anak-anak haruslah sentiasa melawat mereka terutama sewaktu musim perayaan untuk mengelakkan mereka berasa sedih. Bagi pandangan masyarakat pula tidak wajar menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan orang-orang tua walaupun ianya lebih menjamin kebajikan mereka. Hal ini kerana dengan menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan, mereka akan tidak mendapat kasih sayang daripada anak-anak. Selain itu mereka juga akan berasa kesunyian dan merindui anak-anak mereka. Walaupun anak-anak tidak berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang sederhana mereka tidak sepatutnya menghantar ibu bapa mereka ke pusat kebajikan, ini kerana jika kita lihat ibu bapa sanggup menjaga anak-anak yang ramai walaupun mereka hidup susah. Dalam erti kata lain anak-anak perlulah menjaga kedua-dua ibu bapa mereka semampu yang boleh dan hidup dengan penuh kesederhanaan. Ibu bapa sebenarnya tidak menginginkan kemewahan sebaliknya mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak. Saudari Rabiatul Adawiyah mengatakan bahawa beliau bersetuju bahawa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan dapat menjamin kebajikan mereka dari segi fizikal, makan minum serta pakaian. Akan tetapi, dari segi perasaan orang tua tersebut mungkin tidak terjamin. Menurut beliau lagi, berdasarkan sebuah kisah, seorang ibu ini merasakan bahawa dirinya sangat terjamin apabila berada di rumah kebajikan orang tua itu, apabila ada golongan-golongan muda yang datang ke rumah kebajikan tersebut, ibu tersebut merasakan bahawa golngan muda yang hadir itu umpama anak-anak mereka. Lihatlah, betapa rindunya seorang ibu terhadap anak-anak mereka. Beliau juga mengatakan bahawa dengan menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan orang tua lebih menjamin kebajikan mereka daripada membiarkan mereka sengsara tidak terbela oleh anak-anak mereka. Soalan Ketujuh :
14

Ibu bapa yang sudah tua terlalu cerewet @ tingkah laku akan berubah kepada keanak-anakan. Adakah ini menjadi satu punca kepada masalah ini. Jelaskan. Profesor berpendapat bahawa ibu bapa haruslah mempunyai pegangan agama yang tinggi. Ibu bapa yang mempunyai ilmu agama yang tinggi seperti kadi dan imam sentiasa menjaga tingkah laku mereka ketika berada di bawah jagaan anak-anak mereka. Dalam akhbar kes-kes pengabaian ibu bapa jarang melibatkan orang-orang yang berpendidikan agama yang tinggi. Pandangan seorang guru pula ibu bapa menjadi cerewet adalah menjadi sunah alam. Tetapi ini bukan satu isu yang besar untuk anak-anak mengabaikan ibu bapa mereka. Dalam erti kata lain mereka sendiri yang tidak mahu menjaga ibu-bapa mereka Bertanyakan pendapat Encik Zoolkiflie tentang perubahan tingkah laku yang dialami oleh orang tua yang menjadi lebih sensitif dan cerewet, beliau bersetuju bahawa perkara itu juga menyumbang kepada pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Ibu bapa yang mengalami perubahan hormon pada peringkat tua akan menyebab mereka lebih bersifat keanak-anakan. Anak-anak akan merasa beban dalam menjaga ibu bapa mereka yang bersifat sedemikian. Ibu bapa yang bersifat sensitif dan cepat merajuk boleh menyebabkan anak-anak berasa tertekan tambahan mereka mengalami masalah ditempat kerja dan juga masalah keluarga. Pada pandangan masyarakat, melalui temubual yang telah dijalankan Cik Norashikin berpendapat sikap cerewet dan tingkah laku yang seakan-akan keanak-anakkan yang ditunjukkan oleh ibu bapa turut menjadi salah satu punca masalah ini terjadi. Anak- anak tidak tahan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Mereka berasa susah dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melayan semua kehendak mereka. Hal ini kerana anak-anak pada masa kini sibuk dengan kerjaya masing-masing. Lantaran ini beliau turut berpendapat bagi menangani masalah ini anak-anak perlulah bersabar dan menganggap bahawa ibu bapa sebenarnya ingin bermanja dengan mereka.
Berdasarkan soalan yang keenam, pada pendapat saudari Rabiatul Adawiyah, ibu bapa yang bersifat sedemikian amat leceh untuk dijaga setanding dengan dunia yang serba moden dimana golongan muda yang kurang berminat untuk memberi perhatian yang lebih kepada golongan tua yang cerewet dan terlalu sensitif.

15

Soalan kelapan : Melalui kes ini, pernahkah anda @ saudara-saudara terdekat mengalami masalah ini. Ceritakan. Berdasarkan jawapan Profesor, beliau tidak mempunyai pengalaman sedemikian. Hal ini kerana beliau berada di dalam ahli keluarga yang kecil.bagi Profesor, masalah ini tidak akan wujud sekiranya anak-anak dan ibu bapa mempunyai didikan agama yang kuat disamping mempunyai pendidikan yang tinggi. Mengenai soalan yang terakhir, iaitu soalan yang menanyakan tentang pengalaman beliau tentang saudara mara yang terdekat yang mengabaikan ibu bapa mereka. Menurut beliau, setakat ini beliau amat bersyukur bahawa saudara mara yang terdekat tidak pernah terlibat dengan kes pengabaian ibu bapa ini. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana manusia pada zaman sekarang memiliki pemikiran yang rasional dan mereka bijak memilih antara benar dan tidak benar serta yang baik dan tidak baik. Bagi seorang guru sepanjang pengalaman beliau, beliau tidak mempunyai kenalan yang menghantar ibu-bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Tetapi melalui media massa beliau dapat melihat pengabaian ini berlaku. Berdasarkan temubual yang dijalankan terhadap masyarakat mengenai pernahkah mereka atau saudara dan rakan-rakan terdekat mengalami situasi ini, sebahagian besar daripada mereka tiada pengalaman serta orang-orang terdekat mereka juga tidak melakukannya. Soalan yang terakhir adalah mengenai pengalaman saudari Rabiatul Adawiyah dalam masalah pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Menurut beliau, setakat ini, beliau tidak pernah mengalami masalah ini akan tetapi, beliau pernah mendengar kisah pengabaian anak-anak yang tidak bertanggungjawab dalam mengabaikan ibu bapa mereka. Pada pendapat beliau juga, kisah ini tidak seharusnya berlaku dikalangan manusia kerana, setiap agama di Malaysia telah menetapkan bahawa golongan yang tua itu di tempat yang teratas yang seharusnya dihormati bukan untuk diabaikan dan dihantar ke rumah kebajikan masyarakat.

16

4.0 Rumusan
Islam amat menjaga hubungan antara anak dengan ibu-bapa. Sebagai anak menjadi kewajipan mereka untuk menjaga kebajikan ibu-bapa mereka. Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa. - Riwayat al-Hakim Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(alAhqaf: 15).Ingatlah sabda Rasulullah, dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa. "Kira-kira tujuh ke lapan bulan lalu, saya pernah katakan kepada beberapa orang bahawa buang ibu bapa di hospital boleh lagi dianggap 'standard' dan tak mustahil satu hari nanti mereka buang ibu bapa di tepi jalan. "Kini, perkara itu sudah berlaku dan sememangnya kita kesal kerana tidak sepatutnya memperlakukan ibu bapa seperti itu," kata pengusaha Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Muji Sulaiman (harian metro;22.01.2010)Menurutnya juga Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Sungai Meranti, Bandar Bukit Puchong 2, Dengkil itu, sudah menyaksikan banyak kes ibu bapa diabaikan anak hingga ada yang meninggal dunia di pusat itu. Terdapat juga kes anak menghantar ibunya yang sudah tua ke jabatan kebajikan kerana anaknya tidak mahu mengambil tahu tentang ibunya. Jika diikutkan, anaknya hidup mewah dan mampu mendapatkan perkhidmatan pembantu untuk menjaga ibunya atau menghantar wanita itu ke pusat jagaan orang tua. "Tapi dia enggan kerana katanya, si ibu itu pernah meninggalkan dan mengabaikannya ketika dia kecil. Jadi, itu saja cara untuk membalas perbuatan ibunya dan wanita itu dihantar ke sini.

17

Menurut Encik Muji Sulaiman pengusaha Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua AlIkhlas antara faktor utama yang berkemungkinan anak-anak manghantar ibu-bapa mereka ke rumah kebajikan orang-orang tua ialah kerana kurangnya didikan dan penghyatan tentang agama. Setiap agama menguruh penganutnya berbakti kepada orang tua mereka. Di dalam islam ibubapa sangat tiggi darjatnya seperti dalam hadis dan firman Allah diatas. Sekiranya mereka memahami dan menghayati ajaran tersebut sudah tentu mereka tidak menghantar orang tua mereka ke pusat kebajikan dan jagaan orang-orang tua. Selain itu, menurut Jabatan Penerangan Malaysia dalam laman webnya iaitu www.pmr.penerangan.gov.my/index antara faktor anak-anak menghantar ibu-bapa ke rumah kebajikan adalah kerana mereka mendakwa melakukannya demi kebaikan dan keselesaan ibu bapa. Ada anak yang mendakwa menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa berbuat demikian.Tidak kurang anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan kerana tidak terdaya untuk merawat atau menjaga mereka yang sakit. Dengan menghantar ke rumah orang tua, masalah kesihatan ibu bapa akan dijaga dengan baik. Apa pun alasan mereka sama ada dengan niat baik atau sebaliknya, perbuatan itu tidak murni. Sewaktu kecil ibu-bapalah yang merawat dan menjaga mereka. Mereka menatang dengan minyak yang penuh. Mereka sanggup bersengkang mata diwaktu malam apabila anaknya sakit. Mereka juga sanggup bangun pada lewat malam untuk membancuhkan susu untuk anak mereka tanpa mengeluh. Adakah menghantar ke pusat jagaan dan kebajikan orang tua menjadi balasan atas semua jasa mereka. Sudah tentu mereka berkecil hati apabila anak mereka sendiri tidak mahu menjaga mereka. Menurut jabatan penerangan Malaysia antara factor lain anak-anak menghantar ibu-bapa mereka ke pusat jagaan dan kebajikan orang-orang tua adalah kerana kecacatan, nyanyuk, tidak bersefahaman di antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan tugas seharian dan masalah kewangan antara sebab berlakunya gejala ini dalam masyarakat hari ini. Seharusnya anak-anak berebut untuk menjaga orang tua mereka kerana kerana keredaan Allah terletak pada keradaan ibu-bapa. Sudah tentu ibu-bapa akan gembira apabila anak-anak mereka

18

sanggup menjaga mereka. Apabila ibu-bapa radha segala perbuatan anak-anaknya maka hidupnya akan dilimpahi rahmat dan keredaan dari tuhan.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa pada masa kini kian meningkat. Benarlah bak kata pepatah seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak itu belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Melalui temu bual yang dijalankan terhadap 3 golongan utama iaitu golongan profesional, masyarakat dan juga pelajar, terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kes ini. Antaranya ialah kurangnya didikan agama antara kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa mahupun anak-anak. Majoriti responden kami berpendapat bahawa pegangan agama meupakan perkara asas yang perlu ada dalam diri setiap individu dalam membasmi gejala ini. Punca seterusnya ialah, kebanyakkan anak-anak sudah berkerjaya pada zaman teknologi dan serba moden ini dan mereka tidak mempunyai masa dalam menjaga ibu bapa mereka. Perubahan tingkah laku ibu bapa merupakan salah satu faktor terjadinya masalah sedemikian. Dalam pada itu, cara didikan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil juga menyumbang kepada masalah ini. Ibu bapa yang memandang remeh tentang kasih sayang terhadap anak-anak sedikit sebanyak mempengaruhi sikap anak-anak setelah dewasa. Dan secara tidak langsung hal ini akan menyebabkan anak-anak melakukan perkara yang sama apabila mereka dewasa. Hal ini memberi kesan kepada peningkatan golongan ibu bapa yang dihantar di pusat jagaan orang-orang tua. Oleh itu, setiap manusia haruslah diingatkan bahawa ibu bapa adalah anugerah yang diberikan tuhan dalam kehidupan. Justeru itu, hargailah mereka sementara mereka masih hidup dan berilah semaksimum mungkin kasih sayang kita kepada mereka. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

19

You might also like