You are on page 1of 6

1

PUASA BULAN MUHARRAM (TASUA & ASYURA)



DALIL PENSYARIATAN DAN FADHILAT
Puasa Tasua dan Asyura adalah puasa pada hari yang ke-9 dan ke-10 dari bulan Muharram.
Kita disunatkan untuk menggabungkan antara dua hari tersebut, iaitu berpuasa pada kedua-
dua hari itu. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. secara marfu :
))

((
Maksudnya :
Jika aku masih kekal (hidup) pada waktu yang akan datang, maka aku akan
berpuasa pada hari yang ke-9 dan ke-10 (dari bulan Muharram)
(1)
.
Hadis lain mengenai kelebihannya, diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw
ditanya : Apakah solat yang paling afdal selepas solat fardu (lima waktu)?. Jawab baginda :
)) ((
Maksudnya :
Solat dipertengahan malam.
Kemudian baginda ditanya lagi : Kemudian apakah puasa yang paling afdal selepas
Ramadhan?. Jawab baginda :
)) ((
Maksudnya :
Bulan Allah
(2)
yang dipanggil (oleh manusia) dengan Muharram
(3)
.
________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Al-Khilal dengan sanad yang jayid. Ia dijadikan hujah oleh Imam Ahmad. Diriwayatkan oleh
Imam Muslim : )) ((
(2)
Disandarkan bulan itu dengan nama Allah sebagai satu kemuliaan.
(3)
Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan dia berkata : Hadis Hasan. Juga oleh Ibnu Majah, Ad-Darimi
dan Ahmad.
2

Galakan berpuasa pada hari ke-10 bertambah kuat dengan hadis Nabi saw :
(( ))
Maksudnya :
Aku berharap kepada Allah Taala supaya Dia menghapuskan (dosa) yang setahun
sebelumnya
(4)
.
Adapun dalil yang mengatakan hukum berpuasa pada hari ini adalah sunat dan tidak wajib
adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
))

((
Maksudnya :
Sesungguhnya hari ini adalah hari Asyura, dan ia tidak diwajibkan ke atas kamu,
dan aku berpuasa. Sesiapa yang ingin (berpuasa), maka berpuasalah. Sesiapa yang
(tidak) ingin (berpuasa), maka tidak perlu berpuasa
(5)
.
Suruhan di dalam hadis di atas membawa maksud kepada galakan dan bukan wajib.

PUASA ASYURA MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA. ADAKAH DOSA-DOSA BESAR JUGA
TERMASUK DI DALAMNYA?
Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada menjawab mengenai persoalan ini
(6)
:
Terdapat banyak hadis mengenai puasa Asyura, antaranya apa yang diriwayatkan oleh
Muslim dan lain-lain dari Abi Qatadah katanya, Rasulullah saw bersabda :
(( ))

________________________
(4)
Diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Imam Bukhari dan Tarmizi, dari Abi Qatadah katanya, Rasulullah saw
bersabda : )) ((
Maksudnya : Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun, (iaitu) setahun yang lepas dan setahun
yang akan datang. Dan puasa pada hari Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lepas.
(5)
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Malik di dalam Muwatto dan Ahmad.
(6)
http://www.qaradawi.net/fatawaahkam/30/1643.html
3

Maksudnya :
Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun, (iaitu) setahun
yang lepas dan setahun yang akan datang. Dan puasa pada hari Asyura
menghapuskan (dosa) setahun yang lepas.
Diantara hikmah Allah swt adalah Dia menjadikan manusia sentiasa melakukan
kesalahan. Dan juga antara rahmat-Nya adalah dia menjadikan bagi mereka pelbagai
cara untuk menghapuskan kesalahan-kesalahan, dan menghilangkan kesan-kesannya.
Antaranya dengan bersolat, bersedekah, melakukan haji dan umrah, dan sebagainya
dari sekian banyak kebaikan-kebaikan. Firman Allah swt :
| ...>' _,>.`, ,!:,.l
Maksudnya :
Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu
menghapuskan kejahatan
(7)
.
Dan sabda Rasulullah saw :

(( ))
Maksudnya :
Dan iringilah kejahatan (dosa-dosa) dengan kebaikan (amal-amal soleh),
nescaya ia akan menghapuskannya.
Puasa adalah diantara cara yang terbaik untuk menghapuskan dosa-dosa kerana ia
padanya ada perkara-perkara seperti meninggalkan syahwat, melawan hawa nafsu,
menyempitkan laluan-laluan syaitan yang mana mereka berjalan melalui salur-salur
darah anak Adam.
Bukanlah menjadikan hak bagi anak Adam untuk meminta dari tuhannya supaya dosa-
dosanya selama setahun atau dua tahun, dihapuskan dengan puasa satu hari sahaja.
Sesungguhnya Allah swt itu begitu pemurah dan penuh dengan kebaikan, pemurah dan
pemaaf. Firman-Nya :

________________________
(7)
Surah Hud : 114.
4

_! _.s ,. ., _. ',!: _..> -. _ ,`_:
Maksudnya :
Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku
kehendaki, dan rahmat-Ku meliputi tiap-tiap sesuatu
(8)
.
Hadis yang telah kita sebutkan tadi menyebutkan secara mutlak mengenai penghapusan
dosa tanpa mengikatnya dengan dosa-dosa kecil. Tetapi majoriti dari kalangan ulama
mengikatnya dengan dosa-dosa kecil. Ia disokong pula dengan hadis dari Abi Hurairah
r.a. di dalam Sohih Muslim :

((
))
Maksudnya :
Solat-solat yang lima, dan Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan,
menjadi penghapus (dosa) apa yang diantara kesemuanya selagi mana dosa-
dosa besar dijauhi.
Jika kesemua kebaikan-kebaikan yang besar ini dapat menjadi penghapus dosa-dosa
dengan syarat dia meninggalkan dosa besar, maka adalah lebih aula untuk ia juga
disyaratkan bagi puasa Asyura.
Imam Nawawi berkata :
Jika dia tidak mempunyai dosa-dosa kecil, maka akan dihapuskan dosa-dosa
besar. Jika dia tidak mempunyai dosa-dosa besar, maka ia akan menjadi bekalan
untuk meningkat darjatnya.

SEJARAH DAN HIKMAH
Puasa hari Asyura pada awal permulaan islam adalah satu kefarduan, tetapi ia dimansuhkan
dengan kewajipan berpuasa bulan Ramadhan. Lalu baginda saw pun memberi kebebasan untuk
memilih, sama ada untuk berpuasa atau tidak pada hari tersebut. Pendapat ini dipilih oleh
kebanyakan ulamak, Syeikh Taqiyudin dari Hanabilah, dan para ulamak usul fiqh.
________________________
(8)
Surah Al-Araf : 156.

5

Dan hikmah disunatkan untuk berpuasa pada hari ini adalah seperti apa yang dijelaskan oleh
Ibnu Abbas r.a. :
Nabi saw tiba di Madinah, dan dia melihat orang-orang Yahudi berpuasa Asyura.
Baginda bertanya : Apakah ini?.
Jawab mereka : (Hari ini - Hari Asyura) Adalah hari yang baik, Allah swt melepaskan
Nabi Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka. Lalu Nabi Musa pun berpuasa.
Lalu baginda saw pun bersabda :
)) ((
Maksudnya :
Aku lebih berhak dengan Musa berbanding kamu.
Kemudian baginda pun berpuasa dan menyuruh untuk berpuasa
(9)
.

MARTABAT-MARTABAT
Para ulama menyebutkan bahawa puasa hari Asyura ini ada tiga martabat :
i. Martabat pertama : Berpuasa tiga hari, hari ke-9, ke-10 dan ke-11.
ii. Martabat kedua : Berpuasa dua hari, hari ke-9 dan ke-10.
iii. Martabat ketiga : Berpuasa sehari sahaja, iaitu hari ke-10.
Ulamak Syafieyyah mensunatkan untuk berpuasa bersama-sama dengan hari ke-11, malah di
dalam kitab Al-Umm digalakkan untuk berpuasa ketiga-tiga hari. Al-Hanabilah menyebutkan
bahawa jika permulaan bulan Muharam itu mengelirukan kaum muslimin, puasalah ketiga-tiga
hari supaya lebih meyakinkan.

MELUASKAN REZEKI
Dari Jabir bin Abdillah r.a., bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
))

((
________________________
(8)
Muttafaqun Alaih.

6

Maksudnya :
Sesiapa yang meluaskan (rezeki) ke atas dirinya dan pada hari Asyura, Allah akan
meluaskan ke atas dirinya sepanjang tahun.
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam Asy-Syuab dan Ibnu Abdul Barr. Dan hadis ini
mempunyai banyak jalan lain, semuanya dhoif. Tetapi jika ia dapat saling mencantum antara
semuanya, maka akan bertambah kuat sebagaimana yang dikatakan oleh As-Sakhawi.


RUJUKAN :
1. Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah Zuhaili, terbitan Darul Fikr, cetakan ke-10,
1428H-2007M.
2. Fiqh Sunnah oleh Syeikh Syed Sabiq, terbitan Darul Fath, cetakan ke-3, 1428H-2008M.
3. http://www.qaradawi.net/fatawaahkam/30/1643.html
4. Masuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, terbitan Kementrian Waqaf dan Hal Ehwal Islam
Kuwait, cetakan ke-2, 1404H-1983M.

Disusun oleh :

Mohammad Naqib bin Hamdan,
Pelajar Tahun 4, Sesi 2011/2012,
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif.

You might also like