You are on page 1of 26

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

1.0

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei .

Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

2.0

PUNCA-PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969

Menurut Siew Chang Yee, (2007) peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Hal ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau melukakan kembali parut yang telah pun kering dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab mengapa ianya terjadi. Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan Antara punca konflik adalah :

2.1

LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

2.2

DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS

Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum dari sudut ekonomi. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.

Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala

masyarakat India bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Ketidakseimbangan ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan. Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu kesan daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa mengambilkira tentang ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

2.3

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.

Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berpandukan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

keperibadian etnik yang sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman

bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak yang buruk di dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan, kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan Universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.

Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Naib Pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.

Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

2.4

Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tuanku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu .

Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malah taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

Tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat. Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh ketinggalan di belakang.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan, sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS .

Bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menambahkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah berjaya dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang berbau penghinaan terhadap UMNO dan orang-orang Melayu.

Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan, mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Baru iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahliahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

2.5

PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah paling bawah berbanding dengan kaum Cina.

Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tuanku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orangorang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini.

10

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soalsoal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

2.6

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

11

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

2.7

Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain sekaligus

mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.

2.8

Masalah ekonomi

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling

mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

12

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

2.9

Persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masingmasing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.

3.0

Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi

Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei.

13

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua. Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan

ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum.

Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga

14

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

barangan bagi petani. Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah di dapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang.

4.0

Strategi Penyusunan Semula Masyarakat

Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar. Strategi ini bertujuan untuk seimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung, kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar-bandar sebagai peniaga.

Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapai integrasi nasional. Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat

15

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi

menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya

Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera. Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur.

Dalam pada itu hak milik dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan. Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981.

16

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28. Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada jumlah pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang.

Oleh itu, matlamat DEB masih tidak tercapai dan memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka.

Dalam proses ini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati manfaat daripada pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan. Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi.

Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB meningkat ,

17

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu. KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara

5.0

Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam peristiwa 13 Mei 1969

Tanggal 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia berkaitrapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu mermpunyai banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu.

Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu.

18

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

6.0

Pengajaran Peristiwa 13 Mei 1969

Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah Negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi.

Hal ini merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaan tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN.

Dengan Pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan

Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat.

19

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

20

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kini aktivis chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun.

Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis

21

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

China. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei

Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat dijadikan iktibar dalam memulihara perpaduan kaum. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk menaikkan semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang. Beliau menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan antinasional. Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah pandai bercakap, walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia. Ini perbuatan yang kurang ajar dan tidak menghormati Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada 1957, katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum lain. Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada orang Melayu dan pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan India, Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

22

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan tidak memahami undang-undang, katanya. Beliau juga terus mempersoal pihak yang mempersoal ketuanan Melayu. Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama ini? Kalau masih rasa kekurangan, jangan salahkan orang Melayu. Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk keresahan di kalangan orangorang Melayu, katanya.

Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis berkata, adalah amat susah untuk mentadbir tiga kaum sekiranya masing-masing hendak menunjukkan kehebatan sendiri. Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi induk kepada ikatan tiga kaum dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu.

Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan, maka gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai, katanya.

23

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

7.0

Kesimpulan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan antara kaum yang menggariskan sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang meliputi bidangbidang politik, sosial dan ekonomi.

Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sihat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei seharusnya dan selayaknya menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan peristiwa bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum merupakan perkara paling penting dalam menjaga keharmonian negara.

Ramai di kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah. Dan para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

24

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud perbalahan melibatkan kaum dan mungkin ini kerana mereka telah lupa detik hitam yang bersejarah 13 Mei 1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu sejarah dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya.

Oleh kerana kejadian itu, dapat membuktikan kepada kita semua tentang kesankesan yang boleh timbul sekiranya kita tidak bertanggungjawab. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Berbekalkan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

25

Perkembangan Hubungan Etnik Di Malaysia

SADN 1043

RUJUKAN

Lee Ban Chen (2004). Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic Information Research Development (SIRD)

Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah (1991). Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur.

Nik Anuar Nik Mahmud (2007). 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.

Siew Chang Yee (2007). Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Adam (2004). Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.shvoong.com/humanities/history/1652218-peristiwa-13-mei/ http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

26

You might also like