You are on page 1of 7

1.0 Apakah itu kebimbangan matematik?

Kebimbangan matematik boleh dideIinisikan sebagai perasaan tertekan dan bimbang


yang dirasakan seseorang apabila dia perlu memanipulasi nombor ataupun menyelesaikan
masalah matematik samada dalam kehidupan seharian ataupun dalam situasi akademik (Puteh,
2002). Orang-orang yang menderita kebimbangan matematik cenderung untuk berasa mereka
tidak mampu untuk melakukan aktiviti ataupun menyertai kelas matematik dengan baik. Ada
antara mereka yang mengalami Iobia matematik. Atas sebab ini juga, banyak pelajar memilih
bidang major yang melibatkan hanya sedikit bidang matematik untuk ijazah mereka.
Kebimbangan matematik merupakan masalah emosional dan bukannya masalah intelektual.
Walaubagaimanapun, kebimbangan matematik dalam diri seseorang dapat mengganggu
kebolehan seseorang untuk mempelajari matematik dengan baik lalu ianya menjadi suatu
masalah intelek terhadap individu terbabit.
Saya tidak dapat melupakan pengalaman saya yang berasa tertekan untuk menghadiri
kelas subjek Matematik Tambahan semasa berada di Tingkatan Empat. Ini adalah kerana saya
tidak dapat memahami apa yang diajar dan guru sering bertanya soalan kepada pelajar secara
rawak. Saya berasa tertekan kerana saya tidak dapat menjawab soalannya lalu berasa malu
terhadap rakan-rakan sekelas yang saya anggap pasti dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya.
Saya berusaha menguasai subjek yang diajar dengan bertemu dengan guru bagi meminta beliau
menerangkan secara personal. Akan tetapi saya seperti tidak Iaham langsung apa yang dijelaskan
seolah-olah beliau sedang bercakap bahasa asing dan menulis simbol-simbol yang tidak saya
Iahami. Saya berasa malu untuk berterus-terang bagi menyatakan bahawa saya masih tidak
Iaham penjelasan beliau lalu saya cuba bertanya kepada rakan-rakan yang hasilnya juga
mengecewakan. Saya seolah-olah tidak tahu langsung apa yang saya belajar tentang subjek
tersebut. Akhirnya saya gagal dalam peperiksaan untuk subjek terbabit selama dua semester
berturut-turut lalu membuat keputusan untuk berpindah sekolah bagi menyambung pelajaran
Tingkatan Lima saya.
Di sekolah baru, saya dapati saya dapat memahami subjek Matematik Tambahan.
Penerangan guru subjek terbabit tidak lagi menjadi sebuah bahasa asing, akan tetapi bahasa yang
mengagumkan yang membuat saya melihat aplikasi teori dalam kehidupan seharian. Saya

mendapat keputusan cemerlang dalam kuiz dan peperiksaaan dalam subjek ini sepanjang saya
berada di Tingkatan 5 dan juga dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM.
.0 Kenapa kebimbangan matematik berlaku?
Matematik di Malaysia dianggap sebagai subjek yang penting dan kadangkala ianya
dilihat sebagai sesuatu yang menunjukkan tahap intelektual seseorang. Ini berkait rapat dengan
sistem persekolahan Malaysia yang mempunyai struktur 6-3-2-2 di mana pelajar harus melalui 6
tahun sekolah rendah dengan sebuah peperiksaan awam yang mempunyai subjek matematik pada
akhir tahun. Kemudian, mereka perlu melalui 3 tahun sekolah menengah rendah dengan sebuah
peperiksaan awam Peperiksaan Menengah Rendah, PMR.
Dengan kelulusan PMR dan matematik sebagai salah satu subjek yang perlu lulus,
barulah mereka boleh meneruskan pelajaran 2 tahun di peringkat sekolah menengah dan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM pada hujung tahun. Sekali lagi, mereka
perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam subjek matematik bagi mendapatkan peluang
yang lebih baik bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan meluaskan pilihan kursus yang
boleh mereka ambil di sana kelak.
Oleh itu, kita mendapati bahawa pelajar Malaysia telah mengalami penekanan untuk
menguasai subjek matematik sejak daripada bangku sekolah rendah lagi yang secara tidak
langsung telah mewujudkan suatu kebimbangan. Ini adalah kerana peperiksaan yang mereka
hadapi memainkan peranan yang cukup besar terhadap masa depan mereka.
Sistem persekolahan ini memerlukan pelajar menduduki empat peperiksaan awam di
mana subjek matematik merupakan subjek yang ditekankan sebelum dipertimbangkan bagi
kemasukan ke institut pengajian tinggi. Sistem pendidikan begini telah menghasilkan pelajar
yang ber-orientasi-kan peperiksaan dengan pengetahuan yang berasaskan tuntutan peperiksaan
sahaja. Ini menyebabkan terdapatnya graduan yang berjaya dari segi keputusan peperiksaan
akademik, akan tetapi tidak dapat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan luar
tuntutan akademik mereka.
Saya sendiri merupakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek
matematik sejak peringkat sekolah rendah kecuali ketika saya berada di Tingkatan 4. Akan tetapi

saya mendapati bahawa saya kekurangan kemahiran sosial seperti tidak berupaya bekerja dalam
kumpulan dengan baik, tidak diberi peranan yang signiIikan dalam aktiviti persatuan dan
sebagainya. Saya berpendapat bahawa tuntutan untuk cemerlang dalam subjek matematik
memerlukan saya menghabiskan kebanyakan masa saya mengulang kaji pelajaran dan membuat
latihan berbanding daripada melakukan aktiviti bukan akademik seperti bersosial yang juga
penting untuk perkembangan emosi dan rohani saya.
3.0 Siapakah yang mengalami kebimbangan matematik?
Menurut Buxton (1981), kebimbangan matematik dianggap sebagai karakteristik biasa
pelajar dan orang dewasa (Puteh, 2002). Menurut Betz (1978), kebimbangan matematik juga
merupakan masalah pelajar-pelajar kolej walaupun pelajar yang mengambil subjek matematik
lanjutan di mana para pelajar ini memerlukan latar belakang matematik yang cemerlang (Puteh,
2002). Menurut kajian English (1989), guru-guru yang mengalami kebimbangan matematik
merupakan guru-guru perempuan, guru-guru yang mempunyai sikap yang kurang baik terhadap
matematik, guru-guru yang tidak mempunyai latar belakang akademik matematik yang baik,
guru-guru yang kurang mengambil kursus dalam bidang matematik, guru-guru yang memilih
untuk mengajar matematik peringkat rendah, dan guru-guru yang mempunyai perasaan tidak
dapat mengajar matematik dengan baik (Puteh, 2002).
Selain daripada itu, menurut kajian Kogelman dan Warren (1978), kebimbangan
matematik juga dialami para eksekutiI yang berjaya dalam bidang masing-masing dan berikutan
itu, mereka biasanya menyerahkan tugas pengiraan kepada orang bawahan mereka (Puteh, 2002).
Ini menjelaskan pengalaman saya yang melihat kebimbangan matematik ini berlaku kepada
seseorang yang mempunyai latar belakang matematik yang kompeten. Beliau merupakan
seorang jurutera. Akan tetapi beliau keberatan apabila diminta mengira harga makanan ketika
membantu di kedai makan keluarganya kerana katanya beliau tidak mampu mencongak dengan
cepat dan itu mungkin membosankan para pelanggan yang seterusnya menjadi Iaktor mereka
kurang berminat ke kedai makan itu lagi. Sebagai pelajar ijazah major Iizik dan minor matematik,
saya juga ada berasa bimbang dan menolak untuk mengambil tugas mengira skor keseluruhan
dalam sebuah pertandingan badminton kerana saya tidak yakin dapat mengira dengan
baik.kerana terdapat peraturan tertentu dalam pengiraannya yang tidak pernah saya tahu sebelum
ini. Saya juga bimbang tersalah dalam pengiraan lalu menjadi malu.

Oleh itu saya yakin bahawa kebimbangan matematik ini boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja termasuk orang-orang yang mempunyai latar akademik dalam matematik yang baik.
.0 Bilakah kebimbangan matematik berlaku?
Sesetengah orang sudah tidak ingat sejak bilakah mereka mempunyai rasa takut terhadap
matematik. Mereka hanya menyedarinya apabila sudah memiliki perasaan itu. Ada juga orang
yang boleh menyatakan peristiwa tertentu ataupun waktu muncul perasaan takut terhadap
matematik.
Menurut Puteh (2002), kebimbangan dimaniIestasikan secara Iisiologi,Ienomenologi dan
sikap. Sebagai contoh, pelajar yang cuba mengatasi masalah matematik yang sukar dalam
suasana peperiksaan mungkin berasa gementar dan menunjukkan tanda-tandanya dengan
menggeletar ataupun mengalami perpeluhan di tangan. Mereka mungkin tidak berupaya
memikirkan persoalan matematik terbabit dan berasa tertekan. Mereka juga mungkin tidak dapat
duduk dengan tenang. Perbezaan dalam memaniIestasikan kebimbangan matematik ini mungkin
adalah disebabkan oleh kemahiran mereka dalam menghadapi situasi genting.
Menurut Buxton (1981), Clarke (1985) dan Quilter dan Harper (1988), kebimbangan
matematik berlaku apabila seseorang terdedah dengan matematik dan ianya boleh mempengaruhi
keupayaan dalam subjek tersebut secara negatiI (Puteh, 2002). Akhirnya ia boleh menyebabkan
seseorang mengelak daripada terlibat dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan matematik.
Menurut Tobias (1978), sikap tidak selesa terhadap subjek matematik di peringkat sekolah
rendah dan menengah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sindrom kebimbangan
matematik dan mengelak terus daripada penglibatan dalam hal-hal berkaitan matematik apabila
tamat persekolahan kelak dan seterusnya membataskan peluang pekerjaan dan bidang yang boleh
diambil di institusi pengajian tinggi (Puteh, 2002).
Selain daripada itu, kebimbangan boleh dirasakan akibat daripada tindak balas terhadap
tekanan tertentu. Contohnya, seseorang mungkin merasakan satu ancaman apabila perlu
menyelesaikan masalah matematik yang sukar jika dia merasakan bahawa kegagalannya dalam
menyelesaikan masalah terbabit menyebabkan orang sekeliling memandang rendah terhadapnya
ataupun dia dianggap telah mengecewakan diri sendiri.

Kesimpulannya, reaksi terhadap sesuatu kebimbangan adalah bergantung kepada


berbagai Iaktor seperti keadaan kelas dan cara pengajaran guru.
.0 Apakah yang mencetuskan kebimbangan matematik?
Terdapat berbagai-bagai Iaktor yang menyumbang kepada terjadinya kebimbangan
matematik dalam diri seseorang. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kebimbangan
matematik berpunca daripada instruksi dan kurikulum matematik yang lemah, siIat semulajadi
matematik yang abstrak dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada satu
Iaktor yang saling berkaitan yang menyebabkan sukar untuk menentukan satu Iaktor tertentu.
Menurut Bush (1991), kebimbangan matematik timbul akibat daripada persekitaran
individu yang memindahkan sikap negatiI terhadap matematik daripada orang dewasa sekeliling
individu terbabit kepada individu itu ketika individu terbabit masih kanak-kanak lagi (Puteh,
2002). McMillan (1976) pula mendapati bahawa sikap dan minat guru matematik mempunyai
kesan yang lebih hebat terhadap sikap pelajar berbanding pengajaran guru terbabit (Puteh, 2002).
Pendapat ini disokong Kelly dan Tomhave (1985), Bulman dan Young (1982) dan Lazarus (1974)
yang menyatakan dapatan kajian mereka bahawa guru-guru yang mempunyai kebimbangan
matematik akan memindahkan sikap itu kepada pelajarnya (Puteh, 2002).
Terdapat juga kajian yang mendapati ibu bapa sebagai Iaktor yang mencetuskan
kebimbangan matematik ini. Menurut Lazarus (1974) dan Wilhelm dan Brooks (1980), ibu bapa
selalunya menggalakkan kebimbangan matematik ini timbul dalam diri anak-anak mereka (Puteh,
2002). Ini menyokong pendapat Bush (1991) yang menyatakan bahawa kebimbangan matematik
berkembang sejak zaman awal persekolahan (Puteh, 2002). Maka keIahaman yang jelas tentang
punca kebimbangan matematik ini hanya boleh didapati dengan mengkaji perkembangannya
pada peringkat awal persekolahan.
6.0 Bagaimanakah mengurangkan kebimbangan matematik?
Terdapat berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kebimbangan
matematik dalam diri individu. Ia boleh bermula dengan individu terbabit mengubah sikapnya
terhadap matematik. Sebagai contoh, beliau mungkin boleh berusaha memberitahu diri sendiri
bahawa beliau perlu mencuba menyelesaikan masalah matematik yang dilalui dalam kehidupan
seharian dan jika dia melakukan kesilapan, itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya menjadi

malu. Contohnya dia boleh cuba mengira jumlah harga barang-barang yang dibeli dan
membandingkan dengan harga yang dikira mesin di kaunter. Dia mungkin mendapati jumlah
yang dikiranya berbeza lalu dia perlu berbincang dengan pekerja di kaunter itu. Boleh jadi
pekerja itu telah melakukan kesilapan dan boleh jadi individu itu yang melakukan kesilapan. Jika
ini menjadi kebiasaan, beliau akan bersikap biasa terhadap kesalahan dalam pengiraan tapi itu
tidak menjadikannya berhenti mengira. Ini bermakna beliau dapat mengatasi perasaan takut
tersilap kira dan takut menjadi malu akan sebab tersebut, dan seterusnya dapat mengurangkan
kebimbangannya dalam usaha menyelesaikan masalah matematik dalam tuntutan akademiknya.
Selain daripada usaha individu terbabit, Iaktor persekitaran juga boleh memainkan
peranan yang penting dalam usaha mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri individu.
Bagi seorang pelajar di Malaysia, tuntutan untuk menguasai subjek matematik adalah tinggi.
Pihak sekolah dan ibu bapa biasanya memandang tinggi dan menekankan pencapaian cemerlang
dalam subjek ini. Pada pendapat saya, penekanan terhadap subjek matematik dan status istimewa
yang diberikan terhadap subjek ini bukanlah suatu masalah, akan tetapi cara subjek ini
ditekankan dan cara subjek ini dipandang tinggi merupakan suatu masalah.
Sebagai contoh, saya biasa mendapat maklum balas bahawa subjek matematik ini penting
kerana sesiapa yang cemerlang dalam subjek ini, dia adalah seorang yang pandai. Itulah
pandangan yang saya dapati daripada para guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Menurut pandangan
saya, ini merupakan cara penekanan terhadap subjek matematik yang negatiI. Ini adalah kerana
pandangan sedemikian menyebabkan seseorang berIikir bahawa jika dia tidak cemerlang dalam
subjek matematik, dia tidak pandai ataupun dalam bahasa kasarnya, dia seorang yang bodoh.
Jelas sekali pandangan ini berbentuk ugutan tentang harga diri seseorang individu yang boleh
mencetuskan kebimbangan terhadap subjek ini. Maka pandangan seperti ini perlu dihapuskan
dengan berbagai-bagai cara seperti kempen kesedaran di sekolah dan penulisan di media massa.
Status istimewa yang diberikan oleh persekitaran di Malaysia yang saya persetujui
berlaku telah dilakukan dengan merendahkan nilai subjek subjek selain matematik. Sebagai
contoh, saya mendapati biasanya pelajar yang tidak mendapat cemerlang dalam subjek
matematik tetapi cemerlang dalam subjek subjek lain seperti GeograIi, Bahasa Malaysia, dan
Sejarah tidak mendapat pujian berbanding pelajar yang mendapat cemerlang dalam matematik
tetapi tidak cemerlang dalam subjek - subjek lain. Saya mendapat maklum balas yang biasanya

menyatakan bahawa kecemerlangan dalam subjek selain matematik tidak mempunyai peluang
pekerjaan yang berpendapatan lumayan. Pandangan ini merupakan satu kesilapan dan usaha
untuk memperbetulkannya pasti akan dapat mengurangkan masalah kebimbangan matematik
dalam diri individu khususnya para pelajar.
Kesimpulannya, peranan lebih daripada satu pihak diperlukan dalam usaha
mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri individu ataupun dalam pandangan umum
masyarakat.
.0 Bagaimanakah menghapuskan kebimbangan matematik?
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa dapatan kajian mendapati kebimbangan matematik
berkembang sejak zaman awal persekolahan dan peranan yang dimainkan para guru dalam
memindahkan kebimbangan matematik ini kepada pelajar-pelajarnya. Oleh itu, pendidikan
seorang guru sekolah harus mengambil berat isu kebimbangan matematik ini dan memastikan
bahawa para guru yang dihasilkan tidak mengalami kebimbangan matematik supaya
kebimbangan ini tiada dalam persekitaran pembelajaran seorang individu.
Cara ini mungkin berkesan bagi generasi modal insan akan datang akan tetapi generasi
yang telah mengalami kebimbangan matematik pada hari ini perlu dibantu agar persekitaran
kebimbangan ini dihapuskan. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan melancarkan
kempen kesedaran di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan melibatkan ibu bapa
ataupun penjaga tentang isu ini dan kesan negatiInya. Ahli akademik yang mempunyai akses
kepada media massa juga boleh menggunakan media massa bagi membincangkan isu
kebimbangan akademik ini dan menyeru masyarakat agar menghapuskannya.
Sesungguhnya isu kebimbangan matematik ini merupakan isu yang serius kerana ia boleh
menyebabkan kesan negatiI terhadap peluang peluang dalam kehidupan seseorang individu di
Malaysia seperti peluang pendidikan dan peluang pekerjaan. Oleh itu satu usaha yang berterusan
dan serius perlu digembleng bagi menghapuskannya.

TAMAT

You might also like