You are on page 1of 1

LAMPIRAN II

SOALAN 1 Pada pendapat saya pengguna perlu menggunakan kuasa beli dengan bijak bagi membendung masalah kenaikan harga barangan. Empat teras utama sebagai pengguna yang bijak ialah membeli barangan berkualiti, membuat perbandingan harga, memilih perkhidmatan terbaik dan membuat pilihan tepat. Pengguna perlu memiliki maklumat yang mencukupi supaya tidak terjerat dengan kerakusan peniaga mendapatkan untung.

SOALAN 2 Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 gagal berfungsi sebagai pelindung hak pengguna. Akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNKK ini bertujuan melindungi pengguna dari amalan perniagaan yang tidak beretika berhubung urusan jualbeli antara peniaga dan pengguna. Pihak bertanggungjawab sentiasa berusaha memberi pendidikan kepenggunaan yang secukupnya kepada masyarakat melalui pelbagai forum, seminar, bengkel dan lain-lain bagi menambah pengetahuan kita sebagai pengguna. Pengguna juga perlu aktif membuat aduan kepada pihak berkuasa sebagai langkah membendung penipuan dikalangan peniaga.

You might also like