You are on page 1of 6

RENTETAN PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH(750-1258M) 752M- BERMULANYA KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah. 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim. 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani [[Ummaiyyah Sepanyol. 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol. 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah. 792M- Serangan ke atas selatan Perancis. 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi. 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus. 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah. 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Mamun. Al-Amin terbunuh dan Al-Mamun menjadi khalifah. 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina. 1005M- Multan dan Ghur ditawan. 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad. 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol). 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat. 1095M- Perang Salib pertama berlaku. 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya. 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku. 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku. 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India. 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol). 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk. 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut

PENGENALAN KERAJAAN BANI ABBASIYYAH ADALAH KETURUNAN ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB YANG MEMERINTAH LEBIH DARI LIMA KURUN DAN JUGA MENGAMALKAN SISTEM KHALIFAH SECARA WARISAN. KEBUDAYAAN, KEILMUAN, KEGIATAN EKONOMI DAN POLITIK SEMAKIN MELUAS.

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH +PENDIDIKAN +PENTERJEMAHAN +EKONOMI DAN KEWANGAN +POLITIK DAN PEMERINTAHAN +KEMUNCULAN MAZHAB +SENI BINA

PENDIDIKAN - Pada Zaman Abbasiyyah para pemerintah amat mengalakkan perkembangan ilmu dan setiap kompleks masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan. Pemerintah juga memperuntukkan pembiayaan untuk kolej dan pelajarnya. Abu Jafar al- Mansur (754-775M) merupakan perintis kepada usaha menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Beliau mengasaskan kota Baghdad dan memdirikan kolej perubatan di sana. Pada tahun 756M, Abu Jafar menjemput Jurjis bin JIbril bin Bakhtishu pengarah Hospital Jundishapur datang ke Baghdad dan memberikan tanggugjawab sebagai pengarah di kolej perubatan. Kota Baghdad sebagai pusat pusat kegiatan intelektual yang terunggul di dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid(786 809M). Beliau di anggap suka mendampingi para ilmuan dan menaungi kegiatan sarjanaan mereka serta beliau merupakan pengasas Khizanah al-Hikmah( Khazanah Pengetahuan) sebagai pencetus kegiatan intelektual . Antara tokoh ilmuan dan penterjemahan utama ialah Qadi Abu Yusuf pengarang kitab Kharaj. Marwan bin Abi Hafsah, Al-Fadl bin al-Rabi, Fadl bin Nawbakht, Yuhanna bin Masawayah. Kemuncak kegiatan intelektual di timur khusus nya Baghdad berlaku semasa pemerintahan Al-mamun bin Harun Al-Rashid (813-833M). Beliau terkenal sebai pemerintah yang cintakan ilmu pengetahuan. Beliau telah membesarkan institusi Khizanah al-Hikmah menjadi pusat intelektual terunggul di dunia sebagai Bayt al-Hikmah (Rumah Pengetahuan). Institusi ini lengkap dengan biro penterjemahan, institusi balai cerap, pusat penyalinan manuskrip dan akademi pengajian tinggi. Al-Mamun melantiik Hunayn bin Ishaq,seorang Kristian Nestorian sebagai pengarah Bayt al-Hikmah. Beliau sarjana paling produktif dalam bidang penterjemahan hasil karya YUnani ke bahasa Arab dan Suryani.

PENTERJEMAHAN - Kegiatan penterjemahan pada zaman Al-Mamun sangat sistematik. Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab-kitab hadis,fiqah dan tafsir al-quran giat dijalankan. Antara ilmuan yang terkenal ialah Ibn Juraiji di Mekah, Malik bin Anas di Madinah, Al-Awzai di Damsyik, dan Sufyan al- Thawri di Kufah . Kesan daripada penterjemahan karya sainstifik Yunani ke bahasa Arab membolehkan para sarjana Islam mempelajari ilmu-ilmu sains zaman sebelum Islam. Hampir semua karya klasik dalam bahasa Yunani yang di ketahui di tukar dalam bahasa Arab dan usaha ini dilakukan oleh para sarjana yang bertugas di Bayt al- Hikmah.

EKONOMI DAN KEWANGAN - Perkembangan dalam bidang ekonomi dapat di lihat melalui peranan baitulmal yang berfungsi menjaga khazanah negara dan mengagihkannnya mengikut keperluan negara. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan turut berkembang pesat.

KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASYIAH Kelemahan pemerintah Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan. Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah

Perebutan kuasa Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan abbasiyah Kegawatan ekonomi Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan Perselisihan aliran fahaman keagamaan Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja Keadaan ini mengganggu keamanan negara

Serangan dari luar Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera salib ) dan timur ( kerajaan monggol ) Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini. Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah

Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-

serangan tersebut dan ramainya pejuang-pejuang islam yang terkorban.

You might also like