You are on page 1of 9

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Trends and Issues Assignment : Mathematic Anxiety Name


RAMLIA BINTI RAHMAN
GROUP:A

No. Matric D20081032377

Faculty : Science and Mathematics Department : Physics Semester :1 Session : 2011/2012

LECTURER INFORMATION: PROF.DR MARZITA PUTEH

Mathematic Anxiety

What is it Mathematic Anxiety? Apabila kita mengimbau kembali zaman persekolahan pernahkah kita merasa debar, bimbang, kurang menyenangkan, bosan dan sebagainya semasa berada dalam kelas Matematik? Mungkin juga bila sahaja kita mendengar perkataan Matematik sudah cukup membuat kita merasa gelisah? Samada kita sedar atau tidak kita mengalami kebimbangan Matematik atau dikenali sebagai Mathematic Anxiety yang menjadi suatu kebiasaan ataupun suatu fenomena dalam masyarakat kita. Adakah kita tergolong dalam kelompok individu yang mengalami Mathematic anxiety? Apakah yang dimaksudkan dengan Mathematic anxiety? Mathematic anxiety didefinisikan sebagai perasaan tekanan dan kebimbangan apabila menyentuh perihal nombor dan penyelesaian masalah matematik. Mereka yang mengalami Mathematic anxiety akan mula merasa bimbang apabila kelas matematik bermula ataupun diberikan soalan-soalan yang melibatkan pengiraan. Sigmund Freud merupakan orang yang pertama menerangkan makna kebimbangan (anxiety). Menurut beliau anxiety merupakan suatu perasaan yang kurang menyenangkan keadaan emosi. Beliau menyatakan bahawa anxiety merupakan signal ataupun isyarat yang menunjukan kehadiran situasi yang merbahaya dan membezakan antara objective anxiety dan neurotic anxiety. Menurut Lindquist, beliau menerangkan Mathematics anxiety sebagai perasaan tekanan dan bimbang yang melibatkan manipulasi nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam bidang kehidupan dan/atau situasi pembelajaran. Mathematic anxiety ini menyebabkan sesorang pelajar tidak dapat membuat yang terbaik dalam matematik asas mahupun matematik tambahan atau dalam sains.

Why does it happen? Mathematic anxiety yang dikaitkan dengan perasaan yang kurang menyenangkan dan tekanan terhadap matematik bukanlah suatu yang semulajadi. Faktor individu itu sendiri mempengaruhi tahap mathematic anxiety mereka. Persepsi individu terhadap matematik akan mempengaruhi prestasi mereka dalam matematik. Sering kali individu melihat matematik sebagai sesuatu yang abkstrak. Mereka hanya melihat matematik sebagai nombor-nombor, simbol-simbol dan formula yang memeningkan mereka. Mereka tidak dapat mengaitkan simbol-simbol matematik dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian kebanyakan pelajar hanya megambil langkah untuk menghafal formula-formula tersebut. Lebih membimbangkan adalah mereka belajar melalui hafalan semata-mata dan akhirnya apabila mereka merasa panic segala formula yang ada akan hilang daripada ingatan. Hal ini hanya mendorong pelajar lebih terdedah kepada matematik anxiety. Kebanyakan pelajar yang mengalami masalah ini tidak suka kepada cabaran. Matematik adalah cabaran terhadapkebolehan mental bagi mereka. Cabaran ni mendatangkan kesan yang positif atau negative. Jika seseorang pelajar itu berfikir secara positif mereka akan melihat cabaran ini sebagai suatu dorongan bagi mereka memahami matematik. Malangnya bagi mereka yang tidak suka pada cabaran akan mengangap matematik ini sebagai suatu beban kerana memerlukan mereka banyak berfikir untuk menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Mind set mereka terhadap kebolehan mereka sangat rendah. Apabila mereka menjawab soalan yang ringkas dan mudah mereka begitu teruja dapat menyelesaikannya. Namun apabila mereka diberi soalan yang mempunyai langkah kerja yang panjang menjadikan mereka berfikir saya tidak boleh. Mereka juga dikategorikan sebagai individu yang cepat mengalah. Walaupun mereka tidak mencuba lagi mereka sudah berputus asa. Pelajar-pelajar ini juga menyatakan mereka adalah slow learner. Akibat daripada tahap keyakinan yang rendah menyebabkan mereka mengagap diri mereka sebagai slow learner. Semasa pembelajaran di dalam kelas mereka tidak dapat memahami sepenuhnya pengajaran guru. Hal ini kerana mereka telah set pada minda mereka saya tidak memamhami dengan cepat terutamanya matematik. Hal ini membawa kepada pencapaian yang rendah dalam memhami matematik.

Self-blaming adalah suatu budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Apabila pelajar mendapat markah yang rendah ataupun prestasi yang tidak baik dalam matematik, mereka akan mula menyalahkan diri mereka. Mereka menyatakan mereka kurang membuat latihan, kemalasan, kurang usaha dan tidak berminat terhadap matematik membawa kepada self blaming ini. Faktor ini lah menjadi suatu penyesalan bagi mereka. Hal ini menyebabkan mereka terbawa-bawa kepada situasi yang mendatang dan menjadi mathematic anxiety dalam diri mereka.

Who has it? Kajian Beltz(1978) menyatakan bahawa Mathematic anxiety dialami oleh ramai pelajar kolej mahupun yang berada dalam kelas advance mathematic yang memerlukan pengetahuan yang luas dalam matematik. Manakala kajian oleh English (1989) menyatakan guru merupakan individu yang banyak mengalami mathematic anxiety ini. Guru yang dikatakan mempunyai masalah ini adalah lebih kepada wanita,

individu yang mempunyai tahap sikap yang rendah terhadap matematik, individu yang kurang berkemungkinan untuk mempunyai prestasi yang baik dalam kursus matematik, cenderung untuk melengkapkan sedikit kursus matematik, cenderung memilih untuk mengajar pada tahap rendah dan individu yang kurang kompeten dalam mengajar matematik. Masalah ini bukan sahaja khusus kepada guru tetapi juga kepada pelajar. Tahap pengetahauan ataupun peringkat pembelajaran seseorang dalam bidang matematik mempengaruhi perasaan seseorang pelajar terhadap matematik. Tahap Mathematic anxiety seseorang juga dikaitkan dengan pencapaian dalam ujian selaras bagi matapelajaran matematik. Apabila seseorang individu mempunyai keyakinan dia akan cenderung untuk membuat yang terbaik dalam matematik. Sebaliknya jika seseorang itu kurang keyakinan mathematic anxiety akan menjadi suatu masalah bagi mereka.

When this happen? Mathematic anxiety sering kali dialami pelajar apabila pelajar mula merasa bimbang dan kurang menyenangkan terhadap matematik. Pengalaman di dalam kelas amat penting. Mathematic anxiety ini berlaku kepada seseorang yang kurang berkeyakinan dan mempunyai motivasi yang rendah. Apabila seseorang pelajar kurang berkeyakinan di dalam kelas untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru inilah yang akan menyebabkan pelajar tersebut mula gelisah. Mathematic anxiety ini mungkin berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelas matematik. Matematik menjadi suatu fobia terhadap pelajar tersebut. Kadang-kadang hanya mendengar perkataan matematik itu sudah cukup membuat seseorang terganggu dari segi emosinya.

What created it? Mathematic anxiety ini juga disebabkan oleh guru. Walaupun sebagai seorang guru, guru tersebut juga mempunyai masalah mathematic anxiety yang akhirnya memakan pelajar mereka sendiri. Bagaimana persepsi seseorang guru terhadap matematik dan pendekatan mereka dalam pengajaran perlulah dititikberatkan. Pemikiran pelajar terhadap matematik dipengaruhi oleh guru tersebut. Jika seseorang guru turut berfikir matematik adalah suatu yang abstrak hanya melibatkan nombor, symbol, pengiraan maka tidak mustahil pelajar juga berfikiran sama. Personaliti dan cara pengajaran guru memainkan peranan penting untuk membuat samaada pelajar suka atau tidak terhadap matematik. Di dalam sesebuah kelas terdapat ramai pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza. Mereka belajar pada kelajuan yang berbeza. Terdapat pelajar yang fast-learner, moderate dan slow learner dan sebagainya. Pengajaran seseorang guru perlulah menitikberatkan perkara ini untuk memilih pengajaran yang sesuai bagi kesemua pelajar. Guru perlu sedar akan kesan buruk dalam kekurangan kepelbagaian dalam pengajaran. Hal ini menyebabkan pelajar akan merasa resah kerana pembelajaran sangat cepat dan tidak difahami. Jika permulaan pengajaran seseorang pelajar yang aktif dan membuat yang terbaik dalam kelas matematik tiba-tiba menjadi pasif kemungkinan perkara yang tidak baik telah berlaku. Pelajar tersebut mungkin telah dimalukan didalam kelas. Guru harus peka terhadap emosi pelajar. Hal ini kerana emosi mereka yang teganggu ini

menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan menjadi seolah-olah phobia terhadap matematik. Pengalaman mereka didalam kelas amatlah penting. Apabila seseorang guru meminta pelajar tampil kehadapan untuk menyelesaikan masalah guru perlu memastikan dapat mengawal kelas. Guru memberikan pujian apabila pelajar dapat menjawab soalan namun jika pelajar tersebut gagal untuk menyelsaikan masalah yang diberikan guru tidak boleh mengherdik atau memarahi pelajar. Hal ini kerana, pelajar akan merasa takut dan hilang keyakinan untuk tampil kehadapan. Mereka bimbang untuk membuat kesilapan yang sama. Terdapat guru yang menyalahkan pelajar kerana tidak memahami topic yang diajar akan hanya mewujudkan sempadan di antara guru dan pelajar. Terdapat juga situasi dimana guru hanya menerang daan tidak member ruang untuk sesi soaljawab. Pertanyaan guru kepada pelajar juga tidak harus mempunyai unsure memerli sehinggahkan pelajar takut untuk bertanya. Oleh yang demikian guru perlulah sedar akan permasalahan ini. Kita tidak mahu mewujudkan pelajar yang mengalami mathematic anxiety di atas kesilapan guru mereka sendiri dan menghancurkan masa depan mereka. Jika kita bertanya kepada pelajar cemerlang tentang pencapaian mereka dalam matematik, mereka akan dengan penuh keyakinan menjawab dengan baik. Namun, sekiranya mereka gagal keyakinan dalam diri mereka akan hilang. Terdapat perkaitan di antara kebolehan dan sikap terhadap matematik dalam pencapaian seseorang pelajar. Peperiksaan seolah-olah sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar. Apabila ditanyakan tentang perasaan pelajar tehadap peperiksaan subjek matematik pasti ada yang mengeluh dan mula merasa tekanan. Hal ini menunjukkan pelajar mengalami mathematic anxiety. Pengajaran guru juga berorentasikan peperiksaaan, Terdapat pelajar yang mengeluh kerana guru mengajar begitu cepat semata-mata untuk menghabiskan silibus sehinggahkan pertanyaan pelajar diabaikan. Pelajar akan berbincang dengan rakan berbanding mendapat bantuan daripada guru. Semasa peperiksaan berlangsung pelajar tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kerana mula merasa bimbang dan tekanan terhadap kemungkinan yang berlaku. Institusi keluarga memainkan peranan penting dalam pekembangan kanak-kanak. Permulaannya adalah pada ibu bapa itu sendiri. Sokongan daripada keluarga amatlah

penting kepada pelajar dalam memotivasikan diri mereka. Ramai pelajar yang menyatakan ibu bapa mereka member sokongan dan galakan untuk belajar. Sering kali bertanya tentang perkembangan pelajaran mereka walaupun tidak berfokuskan kepada matematik. Ternyata pelajar merasa gembira di atas keprihatinan yang diberi. Namun terdapat masalah yang timbul apabila ibu bapa mempunyai expectation yang tinggi terhadap pencapaian matematik anak mereka. Ibu bapa seolah-olah tidak bertoleransi dalam hal ini. Ibubapa memberi penekanan mereka untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam matematik jika mereka ingin menyambung persekolahan. Hal ini akan membuat pelajar berasa tertekan dan hanya menumpukan pembelajaran tanpa memahami matematik itu sendiri. Fokus hanya untuk mendapatkan keputusan yang baik memenhi kehendak keluarga mereka. Terdapat juga ibubapa yang membandingkan anak mereka dengan adik beradik yang lain. Ibubapa tersebut samaada sedar atau tidak telah meberi tekanan kepada anak mereka. Ada yang menyatakan pelajar tersebut perlu mendapat keputusan yang lebih baik berbanding kakak dan abang mereka. Hal ini secara tidak langsung member gangguan emosi dan mereka takut untuk menghampakan ibubapa mereka. Jika mereka gagal ibubapa akn terus menerus bertanya kelemahan mereka dan menyatakan mereka ingin anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang banyak menghabiskan masa bersama seseorang pelajar di dalam kelas. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk sikap rakan mereka terhadap matematik. Terdapat pelajar yang tidak mengambil serius terhadap subjek matematik kerana rakan sekelas mereka juga tidak menunjukkan usaha untuk mempelajari matematik. Rakan-rakan tidak menggalakan untuk minat kepada matematik. Terdapat pemikiran yang menyatakan walaupun mereka gagal dalam PMR mereka tetap boleh meneruskan pengajian ke tingkatan 4. Akhirnya, sikap yang berterusan sedemikian menyebabkan pelajar tersebut leka.

How did you reduce it? Mathematic anxiety adalah melibatkan masalah individu itu sendiri. Terdapat pemikiran yang negative tentang matematik dalam diri mereka. Untuk mengurangkan masalah ini pelajar perlulah mengubah pemikiran mereka kea rah yang lebih positif. Pelajar tidak patut menganggap matematik hanyalah nombor, smbol dan formula semata-mata. Mengaitkan matematik dengan kehidupan seharian akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Guru yang diberi tugas untuk mendidik pelajar haruslah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendorong samada seseorang pelajar itu minat atau tidak akan matematik. Cara pengajaran guru amatalah ditikberatkan. Jika sesorang guru mampu mewujudkan suasana pembelajaran matematik yang menyeronokkan pasti pelajar juga akan cenderung untuk meminati matematik sekaligus mengelakkanwujudnya mathematic anxiety dalam diri pelajar. Pelajar lebih berminat untuk aktiviti hands-on dalam matematik. Guru perlulah mempelbagaikan skill dan cara pengajaran. Sikap guru terhadap pelajar perlulah menggalakan pertumbuhan idea dan tidak self centered. Jika murid bertanya soalan perlulah dibincangkan bersama. Ibubapa perlu memainkan peranan dalam memotivasikan pelajar dan memberikan galakan yang positif. Ibubapa tidak harus menekan pelajar sehinggah mereka berasa takut dan bimbang jika mereka menghancurkan harapan ibubapa mereka. Ketegasan perlu namun emosi pelajar juga perlu dititikberatkan. Membuat perbandingan seorang anak dengan anak-anak yang lain adalah tidak patut. Jika untuk memberi galakan haruslah bertepatan dan tidak menghilangkan keyakinan diri pelajar tersebut. Rakan sebaya juga haruslah bersikap lebih prihatin dan tidak memberi pengaruh yang tidak baik kepada rakan. Salah satu cara untuk mengurangkan mathematic anxiety adalah dengan mewujudkan pembelajaran berkumpulan. Di dalam kumpulan kecil ini membolehkan pelajar berbincang masalah yang berkaitan matematik dan mendapat lebih pengetahuan. Hal ini akan menjadikan pelajar lebih yakin. .

How do you eliminate it? Terdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan mathematic anxiety ini. Pertama dengan meminimumkan atau menghapuskan ujian dan mengantikannya dengan asssement yang kurang mengancam. Kedua mengelakkan daripada mengasingkan pelajar membuat kerja di papan hitam dengan menggalakkan pelajar membuat kerja berkumpulan. Ketiga, menghapuskan pertandingan dan peraduan kelas yang jelas membandingkan seseorang pelajar dengan yang lain memandangkan ramai pelajar yang distress mengenainya.

You might also like