You are on page 1of 4

LAMPIRAN l PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012 JUL 401 BAHASA

A MALAYSIA

SILA AMBIL PERHATIAN:

i. ii. iii. iv. v.


vi.

Pilih SATU (1) daripada tajuk di bawah. Tulisan Times New Roman, Font 12 dan ditaip langkau dua baris. Panjang karangan antara 500 hingga 600 patah perkataan sahaja. Tugasan ini mesti SAMPAI DI PPPJJ SEBELUM ATAU PADA 02 Januari 2012. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh ini.
Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama TIDAK diasingkan.

Bahagian A: KARANGAN

ARAHAN: Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah perkataan tentang satu daripada tajuk di bawah. (Pemarkahan karangan yang anda tulis akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan serta gaya keseluruhannya.) 1. Universiti Apex menggemilangkan dunia akademik negara.Bincangkan. 2. Kegemilangan negara bergantung pada kegemilangan rakyatnya yang seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Bincangkan. 3. Bahasa Malaysia memenuhi fungsinya sebagai bahasa pentadbiran negara, bahasa ilmu, dan bahasa yang menyatupadukan rakyat? Berikan pendapat anda. 4. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di negara ini semakin terhakis. Berikan pendapat anda. 5. Mahasiswa pencetus perubahan masyarakat. Paparkan.

LAMPIRAN II
Bahagian B: KEFAHAMAN BACAAN

ARAHAN: i. ii. iii. Baca petikan di beri dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan ringkas dan tepat. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan bagi setiap soalan. Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat.

Setiap kali menjelang musim perayaan, masalah kenaikan harga yang berlebihan menjadi isu utama yang dibincangkan dalam media massa. Kebiasaannya, permintaan terhadap sesetengah barang meningkat dengan mendadak, khasnya bagi bahan makanan yang banyak digunakan sewaktu musim perayaan, seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, dan daging. Mengikut teori ekonomi, peningkatan permintaan yang berlaku secara berterusan tanpa disertai peningkatan penawaran akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga. Pengguna pula sewajarnya mempunyai maklumat yang mencukupi tentang fenomena kenaikan harga barangan agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan peniaga yang gemar menangguk di air keruh. Kenaikan harga barangan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Bencana alam boleh menyebabkan kekurangan bekalan makanan. Dalam situasi ini, penawaran akan berkurangan manakala kadar permintaan tidak mengalami perubahan. Kenaikan harga barangan secara semula jadi juga berlaku apabila penduduk bertambah secara mendadak sedangkan bekalan barangan tidak dapat diatasi dengan meningkatkan penawaran melalui usaha menambah bekalan barangan yang mengalami kekurangan. Faktor manusia turut memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi kenaikan harga, terutamanya pada masa tertentu. Realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah mewujudkan pelbagai perayaan. Hal ini memberi kesempatan kepada sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan harga secara berlebihan pada musim perayaan. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan skim kawalan harga bagi menstabilkan harga dan memastikan pengguna tidak menghadapi masalah kenaikan harga barangan keperluan yang melampau. Pada musim perayaan, kerajaan telah mewartakan beberapa jenis
2

barangan keperluan sebagai barangan kawalan. Tindakan ini adalah mengikut Akta Kawalan Harga 1946 yang menetapkan agar semua barangan kawalan hendaklah dilabelkan dengan tanda harga berwarna merah jambu sepanjang tempoh penguatkuasaan berkenaan. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Kejayaan menangani kenaikan harga barangan banyak bergantung kepada tahap kesedaran pengguna terhadap kuasa beli yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, sebagai ejen utama dalam ekonomi yang mewujudkan permintaan, pengguna perlu memiliki maklumat yang secukupnya tentang peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam melengkapkan inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi membanteras masalah ini. Selain bertindak sebagai pemantau harga, pengguna seharusnya menyedari hak mereka untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi dengan membuat laporan dan aduan tentang masalah yang berkaitan kenaikan harga yang didakwa berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Pengguna juga tidak seharusnya teragakagak untuk menyuarakan aduan tentang amalan perniagaan yang tidak beretika dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak peniaga. Hak pengguna ini tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dikuatkuasa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perlindungan Pengguna, November 2002)

1.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna mampu membendung kenaikan harga barang? Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa Akta Perlindungan Pengguna 1999 gagal berfungsi sebagai pelindung hak pengguna. Berikan hujahan anda.

2.

You might also like