You are on page 1of 6

SUBJEK: POLITIK DAN PENTADBIRAN KOD: GMGA 1024 KUMPULAN: A TUGASAN INDIVIDU:

JURNAL
NARATIF SEBAGAI STRATEGI PEMBUJUKAN DALAM MANIFESTO BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 TAHUN 2008 DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH:

NOOR SYAFIKA BINTI ZAKARIA (214731)


PENSYARAH:

DR. MOHD FITRI B. ABDUL RAHMAN

NARATIF SEBAGAI STRATEGI PEMBUJUKAN DALAM NARATIF SEBAGAI STRATEGI PEMBUJUKAN DALAM MANIFESTO MANIFESTO BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-12 TAHUN 2008 DI MALAYSIA TAHUN 2008 DI MALAYSIA

Parti komponen Barisan Nasional acapkali mengetuai jentera pentadbiran kerajaan dengan menjadikan pelan perancangan pembangunan bersepadu peringkat kebangsaan dan bajet 2008 sebagai strategi untuk memujuk pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tersebut. Pembangunan sosio-budaya dan juga sosio-ekonomi negara dalam tempoh tiga tahun sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 adalah bergantung kuat kepada arkitek yang sedia ada yang terdiri daripada Perdana Menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional pusat dan juga jentera pentadbiran kerajaan. Ia dilakukan menerusi kupasan kandungan manifesto Barisan Nasional yang hampir sama dengan pembentangan bajet dalam Rancangan Malaysia ke-9. Semua aspek diolah menjadi satu agar boleh meyakinkan pengundi tentang kreadibiliti yang dimiliki oleh parti yang memerintah. Propaganda Barisan Nasional yang setebal dua puluh tiga muka surat itu mengandungi laporan mengenai cara kerja dalam perkara yang membabitkan sektor ekonomi dan juga sektor sosial. Barisan Nasional juga haruslah sedia maklum bahawa rakyatlah yang membayar cukai dan setiap dasar awam yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk rakyat dan semestinya juga, rakyat perlu dimaklumkan menganai rekod pencapaian sesuatu dasar tersebut. Hal ini disebabkan oleh kesensetifan rakyat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan mempertikaikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang diberi mandat dalam pilihan raya umum

sebelum itu untuk mengotakan janji-janji yang telah dimeterai dalam Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu. Secara umumnya, setiap kali pilihan raya umum diadakan, Barisan Nasional masih mengekalkan gaya penyampaian yang sama iaitu dengan memuatkan teks retorik dalam semua isi kandungan manifesto mereka. Hal ini kerana mereka seolah-olah yakin dengan taktik yang sedia ada untuk digunakan dalam pilihan raya umum yang seterusnya. Sebenarnya, manifesto Barisan Nasional menunjukkan pemikiran kerajaan dalam merangka dan melaksanakan rancangan pembangunan dalam pelbagai aspek. Namun, harus diingati bahawa rakyat hanya mahukan kejujuran kerajaan dalam melaksanakan pelan yang dijanjikan dan mereka ingin mengetahui jika terdapat unsur yang mampu merencatkan perjalanan sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12, tertera di kulit manifesto, Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto sebagai jaminan bahawa terdapat usaha dalam perancangan dan pelaksanaan dari pihak parti pemerintah untuk Malaysia perlu dipersetujui oleh media massa. Manakala bagi tema laporan kemajuan pula, ia secara langsung memberi info kepada pengundi tentang usaha yang masih dilakukan oleh kerajaan sorotan daripada Rancangan Malaysia ke-9 yang lalu. Aspek manifesto pula berkait rapat dengan laporan kemajuan iaitu usaha yang sedang dilakukan, namun masih belum diselesaikan sepenuhnya. Seterusnya, strategi pembujukan yang lain ialah dengan memaparkan gambar dan teks secara grafik sehingga boleh memancing perhatian pengundi-pengundi sasaran untuk melihat pengaruh seseorang pemimpin dan idea yang diperjuangkan dalam parti politik mereka. Namun, harus diingatkan bahawa rakyat lebih mementingkan mesej berbanding cara sesuatu mesej disampaikan berkaitan dengan parti yang cuba ditonjolkan dalam manifesto tersebut.

Kenyataan bertulis secara retorik adalah seringkali digunakan di dalam mana-mana manifesti pilihan raya. Gambaran secara makro yang cuba dibawa oleh sesebuah parti untuk menyembunyikan kekurangan yang ada pada setiap pelan yang dirancangoleh sesebuah parti untuk dijalankan seandainya parti berkenaan berjaya dalam sesuatu pilihan raya itu. Sebanyak 61 ikrar dijanjikan oleh Barisan Nasional untuk menjawab segala persoalan mengenai usaha yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan dalam menangani masalah yang timbul dalam setiap perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ikrar yang dimaksudkan ialah jaminan yang diberikan oleh pihak pemerintah sebagai kontrak. Seterusnya, mesej bagi setiap manifesto dipaparkan di mediamedia massa seringkali bersifat ideal dan secara tetap mengenepikan aspek realiti masyarakat yang membeli dan membaca akhbar berkenaan yang sebenarnya secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah kegagalan sesuatu manifesto. Terdapat satu persoalan yang harus dijawab oleh parti Barisan Nasional mengenai budi dan tanggungjawab dan juga tujuan sesuatu naratif dalam pencapaian Rancangan Malaysia Ke-9 melalui manifesto parti walaupun jarak masa untuk sesuatu sasaran itu masih jauh lagi. Sebagai contohnya, pengumuman mengenai Pilihan Raya Umum telah diumumkan seawal 9 bulan sebelum tarikh parti yang mendapat mandat memerintah sebelum ini berakhir sudah pasti menjelaskan mengenai isu-isu yang sedia ada mampu dijadikan sebagai bahan dalam berkempen dan menyangkal tuduhan pihak pambangkang. Parti pemerintah mempunyai peluang yang terbaik untuk membentangkan pelan yang sedia ada dengan menjadikan Rancangan Malaysia Ke-9 dan juga Misi Nasional sebagai sebab terbaik untuk dijadikan sebagai isi di dlam manifesto dalam kempen parti pemerintah tersebut. Hal tersebut akan memberikan kesan yang positif dari sudut sosial dan ekonomi kepada rakyat. Namun, kini pertimbangan golongan bawahan tidak lagi terdorong oleh kata-kata golongan cerdik

pandai lagi kerana kini minda rakyat lebih terbuka untuk menilai sendiri hasil kerja sesuatu parti politik itu sendiri. Target parti pemerintah dalam membentangkan Laporan Kemajuan dan Manifesto bagi Pilihan Raya Umum ke-12 ini telah menekankan kepada dua elemen yang penting iaitu perlambangan kuasa parti pemerintah dan juga pengalaman yang membentuk personaliti parti pemerintah sebagai pemilihan tunggal oleh rakyat. Parti Barisan Nasional juga beberapa kali melaungkan 50 tahun bagi mengingatkan semua pihak tentang parti yang memerintah dan caranya sehingga mereka berjaya menonjol sebagai sebuah kerajaan yang berkarisma. Namun, setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan harus diletakkan sekali dalam manifesto PRU12. Dua implikasi daripada melakukan perkara tersebut ialah rakyat akan dapat melihat kerajaan pada kedudukan sedia ada dan perlu disokong untuk terus berkembang supaya isu-isu tersebut dapat diatasi dan juga kreadibiliti kerajaan akan semakin berkurangan kerana belum mencapai target seperti yang telah dijanjikan pada Pilihan Raya Umum sebelum itu. Lapan asas yang dijanjikan dalam manifesto PRU-12 memperlihatkan tahap pencapaian interim kerajaan yang memerintah. Parti pemerintah nampaknya berusaha semaksima yang mungkin untuk memenuhi semua kehendak rakyat dari pelbagai aspek iaitu aspek asasi, keselamatan, pendidikan dan sebagainya. Secara konklusinya dapat dilihat bahawa parti pemerintah seharusnya lebih teliti dengan perubahan semasa yang membabitkan perubahan teknologi maklumat dan juga kehendak generasi muda pada hari ini. Penggunaan kaedah penceritaan sahaja tidak mencukupi untuk mempertaruhkan kebaikan yang pernah dilakukan demi kepentingan semua pihak. Manifesto yang baik seharusnya diselitkan dengan elemen realistik dari sudut had dan juga halangan untuk melakukan sesuatu.

Parti Barisan Nasional perlu mencari cara terbaik untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh golongan pengundi mereka sendiri. Isu-isu kepimpinan mula muncul semasa hampirnya kempen Pilihan Raya Umum ke-12 tersebut. Pihak yang manifesto harus pntar melihat tindaktanduk yang ditunjukkan oleh media massa yang sentiasa memerhati dan memberi komen tentang perkara yang dijanjikan oleh sesuatu parti politik itu. Kini, rakyat semakin cerdik dan banyak belajar dari setiap Pilihan Raya Umum yang dijalankan saban lima tahun itu dan perkara inilah yang sepatutnya diberi perhatian oleh sesebuah parti politik dalm setiap manifesto mereka.

You might also like