You are on page 1of 6

PRAKATA

Tugasan ini adalah berkaitan tentang pendekatan bertema. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat pelajar serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek, tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Pendekatan bertema terbahagi kepada tiga iaitu Tema Persekitaran, Tema Masyarakat dan Tema Komunikasi. Dalam tugasan ini, penulis menggunakan pendekatan bertema jenis Tema Persekitaran. Tema persekitaran ialah persekitaran fizikal, sosial dan alam semulajadi. Persekitaran fizikal ialah pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Manakala, persekitaran alam semulajadi ialah peranan dalam memberi kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.

PENGENALAN Pendekatan bertema seringkali digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat pelajar serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek, tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan member peluang kepada untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Pendekatan Bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Selain itu,pendekatan ini merupakan alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran.membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Pemilihan dan penentuan tema adalah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek dan berorientasikan kajian kes. Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut seperti boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar. Selain itu, ia perlu bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu berminat terhadap tema yang dipilih dan pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema terbahagi kepada tiga iaitu Tema Persekitaran, Tema Masyarakat dan Tema Komunikasi. Tema persekitaran ialah persekitaran fizikal, sosial dan alam semulajadi. Persekitaran fizikal ialah pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Manakala, persekitaran alam semulajadi ialah peranan dalam memberi kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.

Seterusnya yang kedua ialah Tema Masyarakat. Tema Masyarakat ialah yang berkaitan penekanan terhadap manusia,sosial dan budaya. Manakala yang ketiga ialah Tema Komunikasi. Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan danmemberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal (dalam bentuk bahasa) bukan verbal (isyarat).

Cara menjalankan pendekatan bertema dalam proses pengaktifan pengajaran dan pemindahan pembelajaran

Terdapat beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan pendekatan bertema. Contonhya aktiviti K-W-L. K ialah know iaitu apa yang saya tahu tentang tajuk ini?. W ialah want iaitu apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? Dan L ialah learn iaitu apa yang saya belajar daripada tajuk ini?. Contohnya, pendekatan bertema berkaitan Tema Persekitaran. Dalam matapelajaran sains, boleh mengintegrasikan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pendidikan jasmani. Cara yang boleh dijalankan untuk pendekatan bertema ini ialah seperti mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran alam semulajadi. Seperti mengambil tema haiwan dan lebih di spesifikkan dengan mengambil harimau sebagai tajuk. Cara untuk mengaktifkan pembelajaran berdasarkan pendekatan bertema ini ialah dengan murid-murid diperkenalkan tentang harimau dalam Zoo Negara melalui lawatan yang diadakan. Murid diperkenalkan oleh guru tentang harimau yg dilihat dalam kandang Zoo. Selepas itu, murid diminta menerangkan secara lisan bagaimana harimau bergerak, bunyi ngauman dan mengkaji sifat serta tubuh haiwan. Melalui seni visual, murid diberi tugasan untuk melukis dan mewarna gambar harimau dan persekitaran berdasarkan apa yang telah dilihat dengan menggunakan pelbagai warna. Melalui muzik, murid-murid diterangkan dengan melakon semula bunyi ngauman harimau yang didengar, contohnya bunyi ngauman yang kuat dan perlahan. Manakala melalui pergerakan, murid-murid akan melihat bagaimana harimau bergerak iaitu berjalan, berlari dan melompat. Proses pemindahan pembelajaran boleh diperolehi dengan kefahaman, kesamaan, kemahiran dan celik akal. Kefahaman ialah murid hendaklah faham tentang konsep yang telah diterangkan sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru. Contohnya seperti harimau, murid-murid perlu mengkaji dan memahami sifat-sifat harimau dan bentuk tubuhnya. Kesamaan pula ialah dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang

dipelajari perlu mempunyai persamaan. Contohnya,harimau yang tinggal di dalam Zoo dan yang berada di dalam hutan adalah sama dari segi sifat dan anggota tubuh badan. Kemahiran pula ialah murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia memindahkannya kepada situasi baru. Contohnya murid telah mengetahui sifat-sifat dan anggota tubuh harimau. Manala, celik akal ialah murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain. Contohnya murid sudah mengetahui harimau merupakan sejenis haiwan jenis pemangsa.

You might also like