You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KE-3

Tarikh Tempat Masa Kehadiran Pencadang Penyokong

: 22 Julai 2010 : Pusat Sumber Sekolah : 12.30 tengah hari 1.00 tengah hari : : :

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 1.2 Pengerusi bertanyakan perihal perkara berbangkit dalam mesyuarat yang lepas dan berbincang mengenainya. Tindakan : Makluman 2. Analisa Ujian Sumatif 1 2.1 Puan Siti Hajar memaklumkan bahawa peratus kelulusan ujian sumatif 1 adalah memuaskan. 2.2 Kelas Dinamik mendapat kelulusan yang penuh. Manakala untuk tahun 4, kelas Azam mendapat kelulusan yang lebih tinggi daripada kelas Perdana. 2.3 Puan Siti Hajar meminta agar semua guru Bahasa Malaysia memberikan penekanan yang lebih untuk kelas yang lemah. Tindakan : Makluman 3. Penyediaan Soalan Ujian Formatif 2 3.1 Senarai nama guru yang terlibat untuk penyediaan soalan ujian formatif 2 boleh dirujuk dengan Puan Siti Hajar. 3.2 Soalan-soalan yang telah disediakan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia pada 3 Ogos 2010 untuk guru sesi pagi manakala guru sesi petang pula kepada Penolong Ketua Panitia. 3.3 Soalan-soalan ini kemudian akan dihantar untuk dicetak pada 17 Ogos 2010. Tindakan : Semua guru penyediaan soalan 4. Papan Kenyataan Bahasa Malaysia

4.1 Puan Siti Hajar meminta agar semua guru mengikut jadual giliran yang telah ditetapkan untuk penyediaan maklumat dan mengemaskini papan kenyataan. Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia

5. Pertandingan Bercerita Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 5.1 Puan Siti Hajar memaklumkan agar setiap kelas menghantar 2 orang wakil yang dipilih oleh guru Bahasa Malaysia kelas berkenaan. 5.2 Tahap 2 akan menyertai pertandingan bercerita manakala tahap 1 menyertai pertandingan berpantun. Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia 6. Hal-hal lain 6.1 Encik Azlan membuat teguran terhadap kesalahan ejaan sama ada dari segi penggunaan huruf besar atau penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris. 6.2 Penelitian harus diberi ketika menulis supaya ejaan menjadi betul. 6.3 Semua guru harus menanam semangat cintakan Bahasa Malaysia dan memberi penekanan yang penting terhadap sebarang kesalahan penggunaan istilah yang tidak sesuai. Tindakan : Semua guru Bahasa Malaysia Mesyuarat ditangguhkan pada 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh, _______________________ () Setiausaha ()

Disemak oleh, ______________________

Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like