You are on page 1of 5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR PERAK DARUL RIDZUAN

No. Pendaftaran : PIBG PK 143 http://www.sktsekah.blogspot.com e-mel: samano1@streamyx.com Telefon : 05 4775145 Faks : 05 4775145

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE 2, 2011 - 2012 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : : : : 22 MAC 2011 SELASA 3.00 PETANG : BILIK GERAKAN SK TUALANG SEKAH 1. En Amir Abdul Rahman bin Mior Hamzah, PJK (GB) 2. En Ahmad Tarmizi bin Shariff (YDP) 3. En Adzhar b Amir (PK Petang) 4. En Mohd Sam bin Itam 5. Cik Mahfuzah bt Mohd Tahir 6. Pn Zamilah bt Saidi 7. Pn Norzanah bt Saad 8. Pn Maimon bt Yahya 9. Cik Hairani binti Bahari 10. Cik Nor Azrin binti Mohd Zaki Adzhar
1. En Meor Zui Hassan bin Meor Harun 2. Tn Hj. Ali Othman bin Dayon 3. Ustaz Mohd Sofian b Hj Rejab 4. Ustaz Tadri bin Hj Mazir 5. En Mahamad Ghazali b Mohd Zainudin 6. En Mohd Razif b Ibrahim 7. En Ishak b Ismail

Tidak Hadir

AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA 1.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. 1.2 Beliau menghargai kehadiran semua AJK yang dapat meluangkan masa hadir mesyuarat walaupun sibuk dengan rutin harian sama ada di tempat kerja mahu pun di rumah.
Makluman Umum

2.0

UCAPAN GURU BESAR/PENASIHAT PIBG 2.1 Tuan Guru Besar turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada AJK PIBG yang dapat hadir mesyuarat pada kali ini. 2.2 Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa ujian selaras bagi tahun 1 6 peringkat negeri Perak akan dijalankan pada 29, 30 & 31 Mac 2011. 2.3 Soalan ujian selaras bagi tahun 3, 4, 5 & 6 disediakan oleh panel penggubal JPN Perak dan bagi tahun 1 & 2 akan disediakan oleh guruguru mata pelajaran di sekolah.

2.4 Tuan Guru Besar juga menjelaskan bahawa mesyuarat pada kali ini

bertumpu kepada persediaan sebelum mesyuarat agung PIBG pada 27 Mac 2011
Makluman Umum
Page 1 of 3

3.0

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE-2 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-2. 3.1.1 Cadangan sah oleh : Cik Hairani binti Bahari 3.1.2 Sokongan oleh : Puan Maimon bt Yahya
Tindakan : Setiausaha PIBG

4.0

MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 4.1 Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan Semasa. 4.1.1 Cadangan sah oleh : Cik Nor Azrin binti Mohd Zaki Adzhar 4.1.2 Sokongan oleh : Pn Zamilah bt Saidi
Tindakan : Bendahari PIBG

5.0

PERKARA BERBANGKIT

PERKARA 2.7 Jawatankuasa sukan sekolah mohon peruntukkan sebanyak RM2205.00 daripada PIBG untuk sukan olahraga tahunan 2011 5.1 Peruntukkan PIBG untuk pembiayaan sukan tahunan sebanyak RM2205.00 belum dikeluarkan oleh Bendahari kerana sukan tahunan sekolah ditunda pada bulan Jun 2011.
Tindakan : Bendahari PIBG

PERKARA 7.4 - Pn Zamilah mohon wang SMART dikeluarkan semua daripada akaun PIBG dan diserahkan kepada Bendahari SMART 5.2 Bendahari PIBG menjelaskan bahawa buat masa ini, wang SMART Tahun 6 dikeluarkan sedikit demi sedikit atas permintaan Bendahari SMART.
Tindakan : Bendahari PIBG

PERKARA 7.5 - Ustaz Tadri bin Hj Mazir mohon kerjasama sekolah menggalakkan kehadiran murid Tahun 6 hadir ke sekolah agama rakyat (SAR) 5.3 Ustaz Tadri bin Hj Mazir mohon kerjasama sekolah & PIBG bagi menggalakkan kehadiran murid-murid tahun enam hadir ke sekolah agama rakyat pada sebelah petang. Pada masa ini, kehadiran murid-murid tahun enam amat merosot sekali dengan hanya seorang murid sahaja yang hadir. 5.4 Penyelarasan waktu belajar kelas-kelas tambahan UPSR dengan waktu belajar di

sekolah agama rakyat dicadangkan. Waktu belajar di sekolah agama rakyat pada pukul 2.00 3.00 petang dan waktu kelas tambahan UPSR di sekolah pada pukul 3.00 5.00 petang.
Tindakan : Mudir SAR / Guru Penyelaras Tahun 6

Page 2 of 3

6.0

HAL-HAL LAIN 6.1 Pendapatan kutipan derma PIBG bagi tahun 2010 sebanyak RM5.00 seorang tidak logik. Bendahari diminta membuat semakan semula resit-resit bayaran kerana pendapatan derma PIBG kurang berbanding jumlah sebenar murid.
Tindakan : Bendahari PIBG

6.2 Pn Maimon bt Yahya memaklumkan bahawa guru-guru tidak menyemak buku kerja murid. Beliau mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memantau perkara ini.
Tindakan : Guru Besar

6.3 Pn Maimon bt Yahya juga memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 anaknya tahun 1S tidak diterima.
Tindakan : Guru Besar / PK Petang

6.4 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Makan Malam / Alumni Kali ke-3 akan diadakan pada 07 April 2011
Tindakan : Setiausaha PIBG

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.57 petang.

TEGUH BERSATU PENDIDIKAN BERMUTU

Dicatat & disediakan oleh, 2011

22 MAC

(MOHD SAM BIN ITAM) Setiausaha Kehormat Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Tualang Sekah

Page 3 of 3

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KALI KE-3 SESI PERSEKOLAHAN 2011-2012

AGENDA MESYUARAT 1. 2. 3. 4. 5. Ucapan YDP PIBG 1.1 Ucapan Umum Ucapan Guru Besar 2.1 Ucapan Umum Membentang & mengesahkan minit mesyuarat yang lalu Membentang & mengesahkan kedudukan kewangan PIBG Perkara-perkara berbangkit (Jika ada) 5.1 Minit Mesyuarat 5.2 Penyata Kewangan Semasa

6. Post-Mortem Majlis Makan Malam Amal 2011 7. Sambutan Hari Anugerah Cemerlang 2011 7.1 Tarikh : 11 November 2011 (Jumaat) 7.2 Perasmi : YB ADUN Tualang Sekah 7.3 Peruntukkan tetap PIBG : RM60.00 x 19 orang 5A 2010 = RM1140.00 7.4 Peruntukkan khusus : RM2,000 (kebenaran Susaha & YDP PIBG) 8 Bayaran tambahan/keperluan persekolahan 2012 9 Hal-hal lain (jika ada)

Bayaran Tambahan Persekolahan 2012 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 pada 27 Mac 2011 Telah memutuskan perkara seperti berikut :1) Derma PIBG 2012 : RM5.00 seorang murid 2) Bayaran tambahan Tahap Satu : RM20.00 seorang murid 3) Bayaran tambahan Tahap Dua : RM30.00 seorang murid 4) Buku latihan pintas jawi (Thn 1 sahaja) RM3.80 seorang murid Kemudahan Bayaran Ansuran 5 x bayaran mulai Januari 2012

You might also like