You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH AGAMA IRSYADIAH JENERI, 08320 SIK, KEDAH DARUL AMAN

ANALISIS, POST MORTEM DAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PMR 2011 BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK & SAINS

1.

KEDUDUKAN MATAPELAJARAN MATEMATIK BAGI PMR 2011 Prestasi matapelajaran matematik PMR 2011 menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan PMR 2010 dan 2009. Peningkatan peratus lulus meningkat sebanyak 14.4 iaitu dari 83.2 % pada tahun sebelum kepada 97.6 % pada tahun semasa. Peningkatan ini jelas sekali telah mencapai sasaran mengikut headcount yang telah ditetapkan.

M/P

CALON DAFTAR

BIL.TIDAK HADIR

CALON AMBIL

GPMP

MATEMATIK (PMR 2010)

108

107

1.9

4.7

17

15.9

65

60.7

18

16.8

3.86

MATEMATIK (PMR 2011) 84 0 84 7 8.3 9 10.7 27 32.1 39 46.4 2 2.4 3.24

MATAPELAJARAN

% LULUS 2007 69.23

% LULUS 2008 48.90

% LULUS 2009 79.59

% LULUS 2010 83.20

% LULUS 2011 97.6

MATEMATIK

2.

ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN

PROGRAM
KEKUATAN 1. Soalan dan latihan berformat PMR telah diterapkan pada pelajar seawal bulan Mac semasa ujian bulanan dan kelas harian. 2. program gempur dijalankan selepas percubaan PMR dengan mengedarkan soalan percubaan negeri-negeri lain

SOALAN
1. pelajar dapat membiasakan diri dengan format soalan PMR.

GURU DAN PELAJAR


1. guru mengadakan kelas insentif kepada pelajar yang berpotensi untuk lulus 2. guru mengedarkan latihan dan memastikan pelajar menjawab secara berkumpulan dengan bimbingan guru 3. pelajar berinisiatif untuk mendalami topik yang digemari 4. pelajar didedahkan dengan soalan past year semasa latihan di dalam kelas 1. pelajar tidak dapat mencapai aras soalan yang pelbagai disebabkan tahap pemahaman yang rendah.

KELEMAHAN

1. koleksi soalan percubaan negeri negeri lain yang terhad (tidak semua negeri) 2. kekangan masa untuk mengadakan

1. Pelajar gagal menguasai kertas satu kerana tidak mengingati topik tingkatan 1 dan 2

kelas tambahan disebabkan programprogram lain yang bertindih

2. pelajar tidak menguasai sifir 3. pelajar tidak menyediakan kalkulator

3.

STRATEGI PENINGKATAN MATAPELAJARAN MATEMATIK PMR 2012

Ujian diagnostik akan diadakan untuk mengenalpasti pelajar yang lemah dalam sesuatu tajuk dan jika perlu mana-mana tajuk yang kurang difahami oleh pelajar akan diulangkaji semula di dalam kelas tambahan sesi petang.

Latih-tubi soalan-soalan PMR mengikut tajuk-tajuk dari tingkatan 1,2 dan 3. Kelas latih-tubi akan dilaksanakan dalam kelas tambahan sesi petang.

y y

Kelas tambahan sesi petang akan dimulakan lebih awal iaitu mulai bulan Februari Ujian topikal akan diadakan sebaik sahaja selepas selesai pembelajaran setiap bab Tingkatan 3 untuk memastikan semua pelajar memahami pembelajaran yang dipelajari.

Strategi menghabiskan sukatan pelajaran Tingkatan 3 akan bermula pada bulan Mei hingga Jun.

Buku nota dan latihan akan disemak dengan lebih kerap bagi memastikan pelajar menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru.

Bagi meningkatkan peratus lulus, pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik akan dibimbing melalui Klinik Matematik yang akan diwujudkan di bawah program Panitia Matematik.

Bagi meningkatkan peratus cemerlang, pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendapatkan pangkat A akan dikumpulkan dan diadakan kelas Intensif Khas, iaitu pada kelas tambahan sesi petang.

Pendedahan tentang teknik menjawab soalan matematik kertas 2 akan diadakan lebih awal.

Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan memandangkan format soalan matematik Kertas 2 adalah tetap setakat ini.

Pengkelompokan pelajar ke dalam bengkel 3 kelompok iaitu cemerlang, sederhana dan lemah akan diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi memudahkan kelas tambahan pada sebelah petang.

Mengadakan ujian intensif Matematik berbentuk Pra-PMR dengan mengambil kertas soalan peperiksaan percubaan dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan dari sekolah-sekolah di beberapa buah negeri yang lain. Ujian ini akan diadakan sebelum dan selepas peperiksaan percubaan PMR.

Taklimat atau ceramah kepada pelajar bagi mengatur strategi terakhir ke arah pencapaian kecemerlangan PMR 2012, di mana fokus diberikan kepada teknik menjawab soalan-soalan berbentuk mudah dan sederhana dan juga soalan-soalan yang melibatkan kemahiran mengira.

Disediakan Oleh,

Di sahkan Oleh

. (NOOR NAJUA AIMAN BT MOHD SHARIF)


GURU MATAPELAJARAN MATEMATIK SEK. MEN AGAMA IRSYADIAH

(TIRMIZI BIN ZAKARIA) PENGETUA SEK. MEN AGAMA IRSYADIAH

You might also like