You are on page 1of 6

SMK GUNUNG SEMANGGOL 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA/2011


18 MEI 2011 Masa: 2.20 ptg Tempat: Makmal A

Kehadiran:
1. Pn. 2. Pn. 3. Pn. 4. En. 5. Pn. 6. En. 7. Cik 8. Pn. 9. Pn. 10. Cik 11. Pn. 12. En. 13. En. 14. Pn. 15. Pn. 16. En. 17. Pn. 18. Pn.

Rodziah bt. Zakariah (Guru Kanan Sains) Hasliana bt. Hashim (Ketua Panitia Sains Teras) Sharifah bt. Baharom Khainuddin b. Hj Ali Leela Devi A/P Palany Kumar (Ketua Panitia Kimia) Jamaludin b. Jafri suhana bt. Othman (Ketua Panitia Fizik) Aishah bt. Idris Roslina bt. Jaafar Elinashakila bt. Mazlan (Ketua Panitia Matematik) Haidaad bt. Abdul Rahim (Ketua Panitia Biologi) Ahmad Jais b. Abdul Samad Azmi b. Othman (Ketua Panitia Matematik Tambahan) Hajjah Siti Fatimah bt. Hj. Ameri Ruziah bt. Bakri- Pembantu Makmal Yusri b. Kamaruddin- Pembantu Makmal Siti Khadijah bt. Zainal Abidin Alina bt. Baserah

Tidak hadir bersebab:


1. En. Mohd Syukri b. Deris 2. Pn. Norsham bt. Ahmad

Agenda:

1.Ucapan aluan pengerusi Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Menucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.Perkara-perkara yang berkaitan dengan mesyuarat kurikulum diperingatkan semula oleh pengerusi: 1.1TOV dan ETR dalam buku rekod mengajar guru perlu diisi dan dilengkapkan. Tindakan: Semua guru.

1.2Target dan latihan/tahun-lekatkan dalam buku latihan Tindakan: semua guru.

1.3Mengulas tentang hasil mesyuarat pengurusan berkenaan masalah pencairan maklumat, dan keputusan dibuat agar semua guru di minta hadir semasa mesyuarat kurikulum yang di adakan. Tindakan: Makluman guru.

1.4Semua guru diminta menyediakan analisis item kertas peperiksaan pertengahan tahun. Cara-cara akan di terangkan dalam LADP pada hari Isnin 23.5.2011 oleh Pn. Fairus. Tindakan: Semua guru.

1.5Semua guru diperingatkan tentang amanat tuan pengarah tentang amaalan Sense of urgency Tindakan semua guru.

1.6Kewangan-perancangan panitia dalam perbelanjaan. Tindakan: Ketua panitia.

1.7Headcount- cuba fahami, dan jika ada kelemahan yang patut diperbaiki lakukan tindakan untuk memperbaiki setiap kelemahan.

Tindakan: makluman guru.

1.8Buku rekod mengajar- tulis, lengkapkan dan hantar setiap minggu. Tindakan: semua guru.

2.Pengesahan minit mesyuarat yang lalu. 2.1 Disahkan oleh Pn Sharifah Baharom, disokong oleh En. Khainuddin Bin Hj. Ali.

3.Perkara berbangkit 3.1 Peka- berjalan dan dikemaskini 3.2 berkaitan perkara 4.6.3 mesyuarat 1 tiada perutukan kewangan.

4.Post mortem SPM 2010 4.1 Pencapaian meningkat 2.6% dari segi peratus lulus. Pelajar yang mendapat A meningkat dari 7 orang calon pada 2009 kepada 21 orang calon pada 2010 (15.7%). Kekuatan sukatan dihabiskan awak (Ogos), latih-tubi SPM, kelas tambahan, prep, pecutan akhir, teknik menjawab oleh penceramah jemputan, motivasi pelajar sendiri. Kelemahan- soalan kertas 2 tertamanya bahagian esei. Strategi mencapai target spm 2011- pelajar berpotensi akakn dikumpul dalam kelas khas, yang sederhana dan lemah klinik sains. -maklumat sepenuhnya berkenaan pencapaian sain spm 2010 boleh rujuk fail panita sains. Tindakan: Makluman guru.

5. Post mortem penilaian kurikulum 1 5.1 Analisa pencapaian mata pelajaran sains PMR. Pencapaian keseluruhan kurang memuaskan. Tiada pelajar yang mendapat keputusan A. Peratus lulus 44.95% (64/154 pelajar). Kelemahan dikenalpasti ialah pelajar tidak

mengulangkaji tajuk-tajuk tingkatan 1 dan 2 serta tidak bermotivasi semasa peperiksaan. Tindakan: Makluman guru.

5.2 analisa pencapaian mata pelajaran sains SPM menunjukkan peratus lulus tingkatan 5 ialah 73.23%, target spm 2011 ialah 99.26 %. Secara keseluruhan adalah kurang memuaskan dan harap dapat diperbaiki. Tindakan: Makluman guru.

6. Pekeliling-pekeliling terkini 6.1 program SOLAR dijalankan secara bulanan. Tindakan: Guru tingkatan 3

6.2 Program SOLAF, program latih tubi SPM Fasa 1: 18. 04. 2011 hingga 25.04.2011 Fasa 2: 02.08. 2011 hingga 05.08.2011 Fasa3: 17.10.2011 hingga 01.11.2011 -soalan hendaklah didownload dari JPN dan difotostat oleh guru panitia. Tindakan: Guru sains SPM dan ketua panitia.

7. Perancangan persediaan PPT 7.1 Setiap soalan yang disediakan hendaklah disediakan mengikut peraturan penyediaan soalan, disediakan oleh, disemak oleh, disahkan oleh. periksaan pertengahan tahun berjalan lancar. Tindakan: semua guru.

8. PPSMI 8.1 Program-program yang dijalankan oleh panitia sains;

-kereta solar -aeroangkasa (roket dimenangi oleh SMKV Bagan Serai) -Saintis muda dan inovasi sains (kesuntukan masa- tiada penyertaan) Tindakan: makluman guru.

9. Peruntukan PCG panitia 8.1 Baki pada 18.04.2011 panitia Sains RM504.35 Tindakan: makluman guru.

10. Hal-hal lain 10.1 Kem Elit- dijalankan diperingkat dalaman, tarikh belum ditetapkan. Tindakan: semua guru

10.2 Kem motivasi untuk pelajar galus bagi kelas-kelas hujung tingkatan 3 dan 5. Hanya melibatkan pelajar terpilih sahaja. Tindakan: semua guru.

10.3 Bilik PPSMI didapati tidak berkunci beberapa kali. Guru-guru yang terakhir menggunakan bilik PPSMI diingatkan supaya memastikan bilik sentiasa ditutup. Tindakan: semua guru.

10.4 Pencerapan buku latihan tingkatan 1 dan 4 oleh ketua panitia. Ketua panitia pastikan tanda buku-buku latihan yang dihantar. Tindakan: Ketua panitia.

10.5 Kelas-kelas ganti sila masuk terutamanya semasa peperiksaan. Tindakan: semua guru

Ucapan penanguhan Semua guru hendaklah mengambil perhatian tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan 2. NKRA- prasekolah, LINUS, aktiviti-aktiviti SPT, new deal . 3. Lawatan pengarah penampilan fizikal, perhimpunan rasmi, pakaian guru, kehadiran guru dalam setiap aktiviti2 sekolah. Tindakan: semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-As pada jam 3.30 pm.

Disediakan,

Disemak oleh,

(EN. JAMALUDIN BIN JAFRI)

You might also like