You are on page 1of 13

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

Baitun Sakinah
Menggapai Mawaddah & Rahmah Blog Archive Unite Links Friends About Subscribe to RSS feed Sticky post

Selamat Datang
Monday, February 11, 2008 2:22:41 AM rumahtangga Terima kasih kerana sudi singgah seketika di blog ini. Setelah sekian lama hasrat dipendam akhirnya terlancar juga satu blog baru yang secara khusus membincangkan persoalan rumahtangga. Sebelum ini saya pernah bincangkan secara juz'i di dalam blog saya Kehidupan & Keimanan namun saya merasakan satu keperluan yang mendesak agar topik rumahtangga ini dibincang secara khusus. Bahan-bahan yang akan dipaparkan di blog ini adalah petikan kertas kerja atau buku-buku serta coretan pengalaman dan pandangan saya sendiri berkaitan rumahtangga. Semoga persinggahan anda di sini akan menyemarakkan lagi perbincangan dan perkongsian pengalaman. Semoga segala usaha dan sumbangan kita akan mendekatkan kita dengan Keredhaan dan Rahmat Allah SWT. Kehidupan & Keimanan 1 comment

Jadikan Pendidikan Anak-Anak Sebagai Medan Amal


Thursday, June 18, 2009 6:40:59 AM Alhamdulillah, dapat juga berkongsi sedikit coretan sebagai perkongsian dalam membangunkan generasi Muslim Mukmin. Lama juga rasanya (Mungkin terlalu lama) blog ini tidak diupdatekan. Tentunya ada diantara kita yang merasa terbeban dengan tanggungjawab mendidik anak. Kalau kita melihat pendidikan anak-anak ini sebagai proses menyediakan keperluan jasadinya sahaja; beri makan, pakaian, sediakan tempat tinggal dan sebagainya....tentu bebanan ini tidak terasa sangat. Tetapi jika kita melihat penjagaan(beri makan, pakaian dll) itu sekadar pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak bahkan yang lebih besar lagi ialah mendidik anak-anak kita hingga mereka mengenal Allah sebagai Rabb dan Ilah hingga mereka merasa perlu untuk tunduk dan patuh kepada Allah SWT serta takut dengan dosadosa maka kita akan merasakan tugas mendidik anak ini bukan kepalang beratnya.

http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan disini sebagai mind setting untuk kita mendidik anak bahkan melihat pendidikan anak-anak ini sebagai medan amal. mungkin antaranya ada yang menambah rasa berat kita dengan amanha besar ini dan mungkin ada yang dapat meringankn jiwa kita walaupun tugas dan tanggungjawab ini tetap berat untuk dipikul.

Mendidik anak ini adalah satu amanah atau taklif (pertanggungjawaban0 dari Allah SWT. Anak kita ini adalah amanah Allah yang berada di bawah jagaan kita supaya kita dapat bangunkan jiwa keimanan dan besarkannya sebagai mukmin atau mukminah. jiwa yang terkesan dengan kalimah-kalimah Iman; bila disebutkan nama Allah maka gementar hatinya, bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah imannya dan dia sentiasa merasakan kebergantungan dan kebersamaan dengan Alllah SWT. Anak adalah anugerah Allah SWT. Anak-anak kita ialah buah kasih sayang, buah cinta kasih dari pertemuan 2 jiwa.Bayangkan kita berumahtangga tetapi tidak ada anak. Ada yang habiskan wang beribu ringgit untuk dapatkan anak, ada yang menunggu bertahun-tahun. Anak kita inilah tempat kita berlindung di hari tua. Doa anak-anak kitalah yang kita nanti-nantikan di alam barzakh nanti dan anak-anak kita jugalah yang kita harapkan menjadi hujjah kepada kita untuk selamat dari azab Allah SWT. Mendidik anak kita adalah Ibadah Setiap kesabaran yang kita tunjukkan ketika mendidik mereka dicatatkan pahalanya. setiap doa kita untuk mereka akan mendekatkan hati dan harapan kita pada Allah SWT. W#alaupun didikan kita kadang-kadang gagal tetapi setiap usaha kta masih dicatat sebagai ibadah. Kita berusaha tetapi Allah yang menentukan natijahnya. Mendekatkan hati anak kita kepada Allah adalah Dakwah Dakwah yang memerlukan hikmah dan kesabaran. Dakwah yang mempunyai berbagai tahapan yang menuntut kesabaran dan keyakinan pada janji-janji Allah. Membangunkan Iman pada jiwa anak adalah Tarbiyyah yang berterusan. Tarbiyyah yang menuntut doa dan perjuangan. Masanya panjang dan jalannya berliku-liku. bersambung kemudian...... 1 comment

Syu'ur Pendidikan Anak-Anak


Wednesday, April 23, 2008 5:34:47 PM Matlamat umum
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

Firman Allah s.w.t : Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ( Surah at Tahrim : 6 ) Matlamat Khusus Menjadikan anak-anak pemimpin yang beriman dan bertaqwa, seperti firman Allah SWT: 1.Dan orang-orang yang berkata : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. ( Surah al Furqaan : 74 ) 2. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai ( Surah Maryam : 5 6 ) Tidak semua manusia boleh mencapai matlamat khusus ini. Namun memadailah jika ia dapat mencapai matlamat umum di atas. Pendidikan keimanan sebagai asas 1. Iman adalah asas pembentukan peribadi dan syakhsiyyah Islamiyyah. Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar". ( Surah Al Hujurat : 15) 2. Iman adalah asas pembentukan keluarga. Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat ". (Surah Al Hujurat: 10) Sabda Rasulullah SAW: (Bermaksud) "Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada deennya, maka dia hendaklah bertaqwa dengan sebahagian yang masih tinggal". (Riwayat Thabrani) 3. Iman adalah asas pembangunan fizikal dan harta benda. Firman Allah s.w.t :"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya), itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengannya ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

(Surah At Taubah : 109) Iman yang perlu dipupuk adalah iman yang bersifat waqi'i dan munazzim. Justeru itu, selalulah berkata kepada anak-anak :"Berimanlah kepada Allah!", "Ingatlah kepada Allah!", "Takutlah kepada Allah!", "Cintalah kepada Allah!", "Bertaqwalah kepada Allah!". Selepas itu hubung dan kaitkan iman anak-anak dengan: 1. Amalan harian, syakhsiyyah, akhlak dan ibadah yang mereka dilakukan. 2. Kesudahan hidup manusia di akhirat nanti. Keadaan syurga dan neraka. 3. Sejarah Islam dan contoh-contoh lalu serta pengiktibarannya. 4. Alam dan ciptaan-ciptaan Allah SWT yang sangat hebat. (Keempat-empat method ini adalah method pendidikan yang popular digunakan oleh Al Qur'an). Ingatlah bahawa iman anak-anak perlu dipupuk supaya ia subur, segar dan kuat. Pada masa yang sama ia juga perlu dipupuk supaya melahir dan menjanakan natijah yang betul. Melahirkan natijah yang betul dalam syakhsiyyah anak-anak adalah suatu `kemahiran' yang perlu dipupuk sejak kecil sepertimana memupuk anak-anak bercakap dengan bahasa yang betul. Mengajak dengan lembut, menguatkuasakan yang ma'ruf dan menangkis kemungkaran Firman Allah SWT: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada mungkar : mereka itulah orang-orang yang beruntung" ( Surah Ali Imran : 104) Daripada ayat ini dapat difahami akan: 1. Mengajak kebaikan kebaikan Mengajak anak-anak kepada kebaikan dilakukan dengan bijaksana, hikmah, lembut dan dengan perasaan kasih sayang. 2. Penguatkuasaan yang ma'ruf `Penguatkuasaan' yang ma'ruf dalam rumahtangga sering disalahertikan sebagai pendidikan menggunakan rotan dengan tangan-tangan yang kasar lagi keras. Tidak dinafikan, penggunaan rotan juga adalah satu wasilah pendidikan terhadap anak-anak tetapi Islam telah menetapkan bahawa ia adalah wasilah yang terakhir setelah menggunakan pelbagai wasilah yang lain. Itu pun mengikut adab-adab tertentu seperti tidak mencederakan anak-anak, digunakan pada bahagian tertentu, dengan kekuatan tertentu dan dengan bilangan tertentu. Penguatkuasaan yang ma'ruf dalam rumahtangga berlaku apabila kita menjadikan perkara-perkara ma'ruf seperti solah, adab kepada ibu bapa, adab berpakaian, adab makan, adab belajar dan sebagainya sebagai PERATURAN-PERATURAN dalam rumahtangga. Anak-anak dididik agar ia memahami hakikat peraturanhttp://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

peraturan itu. Mereka diasuh agar menyedarinya, menghormatinya dan mengikutinya. Anak-anak akan merasai nikmat mengikuti peraturan-peraturan Islam itu apabila selalu dihubungkan dengan iman atau taqwa kepada Allah SWT, sepertimana sering dilakukan oleh Al Qur'an dalam mentarbiyyah generasi awal. Sifat sabar, pema'af dan istimrariah adalah penting dalam hal ini untuk mendapatkan natijah yang tabi'i. Tugas untuk menghormati dam menegakkan perkara-perkara ma'ruf ini adalah tugas semua anggota isi rumah secara kolektif. Sesungguhnya Islam adalah din yang lengkap dengan pelbagai peraturan untuk kehidupan manusia dalam segala aspek. Mematuhi peraturan Islam di dunia luar yang luas bertitik tolak daripada dunia rumahtangga. Rumahtangga yang lepas-bebas tanpa peraturan adalah umpama sebuah negara yang ada pemimpin, tetapi tidak ada perlembagaan dan undang-undang. 3. Menangkis kemungkaran Menangkis kemungkaran adalah satu proses yang perlu berlaku secara berterusan lantaran pada hari ini jahiliyyah menyerang anak-anak secara berterusan melalui pelbagai wasilah dan kesempatan. Setiap kali kemungkaran itu masuk, ia perlu ditangkis dengan cara memberi kefahaman, kesedaran dan mengajak anak-anak untuk meninggalkannya. Oleh itu kemungkaran tidak boleh dibiarkan menular masuk ke dalam rumahtangga melalui t.v., majalah, radio, video, gambar-gambar dan seumpamanya. Juga tidak boleh dibiarkan masuk melalui salah laku ibu bapa atau pendidik sendiri. "Kamu adalah bapa atau ibu atau pendidik yang telah diberikan hak oleh Allah dalam lingkungan kamu. Maka kamu boleh menggunakan hak itu dalam konteks ini." Amalan harian ibu bapa (atau pendidik) (Aplikasi Thuruq At Tarbiyyah) 1. Ibu bapa sebagai mithal 'amali Sabda Rasulullah SAW: (Bermaksud) " Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan akhlak yang baik ". 2. Mu'alajah Al 'Uyub (Mengikis 'aib) Merawat keaiban atau kelemahan yang ada pada anak-anak seperti dengki, pemarah dan sebagainya. 3. Menghubungkan anak-anak dengan mathal a'la (Contoh mulia/tinggi) Anak-anak, sejak kecil sentiasa memerlukan watak sebagai contoh untuk mereka ikuti. Hubungkanlah mereka dengan contoh-contoh dalam sejarah Islam seperti para ambiya', para sahabat, mujahid-mujahid Islam dan sebagainya. Sungguh malang, anak-anak pada hari ini telah dihubungkan dengan pelbagai watak yang merosakkan, dalam media massa yang mereka kagumi dan ikuti. 4. Menghubungkan anak-anak dengan matlamat yang waqi'i Kemampuan anak-anak adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap anak perlu dihubungkan dengan matlamat atau cita-cita yang munasabah dengan kemampuan dan potensi yang ada padanya agar dia tidak kecewa dan bersemangat untuk mencapainya. 5. Melibatkan anak-anak dalam perbincangan dan bertukar-tukar fikiran Berbincang dan bertukar-tukar fikiran akan menyubur serta menajamkan aqal, mera'i kemerdekaan jiwa
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

dan mewujudkan kemesraan serta jambatan hati yang kukuh antara ibu bapa dan anak-anak. Tidak Boleh Ditangguh Lagi... Anak-anak membesar dengan cepat dan pantas. Jahiliyyah pula sedang menyerang dari pelbagai sudut. Fitrah anak-anak begitu rakus menyerap segala pengajaran yang berlaku terhadap mereka. Kita sudah kesuntukan masa. Segeralah mentarbiyyah mereka. Seandainya kita tidak mentarbiyyah mereka atau menangguhkannya, maka pihak lain akan mentarbiyyah mereka. `Buah' yang akan dipetik pada akhirnya adalah samada anak itu akan menjadi kawan atau menjadi lawan. Saya Tidak Mampu ! (Antara Cita-Cita Dan Hakikat) Cita-cita adalah matlamat yang ingin kita capai dalam pendidikan anak-anak. Hakikat pula adalah hakikat kemampuan yang ada pada kita. Kita perlu perhatikan antara cita-cita dan hakikat. Atau, dengan perkataan lain, antara matlamat yang ingin dicapai dan kemampuan yang ada. Cita-cita kita dalam pendidikan anak-anak ialah kita ingin melahirkan anak-anak yang memiliki syakhsiyyah yang lengkap dalam segenap sudut samada dari segi keimanan, pemikiran, da'wi mahu pun haraki. Manakala kita lihat pula kepada kemampuan yang ada, maka terdapat jurang yang jauh. Jurang inilah yang memberi peluang kerja dan jihad, agar kita sampai kepada cita-cita tersebut. Di dalam keadaan kita yang serba kekurangan, maka setiap keinsafan dan keikhlasan untuk berkerja dan menyumbang bagi melahirkan anak-anak yang soleh adalah sangat kita kehendaki, hargai dan kita harapkan diberkati Allah SWT. Sekurang-kurang kemampuan yang ada pada kita, InsyaAllah kita masih mampu untuk membaca Al Qur'an dan Hadith serta makna-maknanya di hadapan anak-anak. Perlakukanlah ia sekerap mungkin dalam suasana kasih sayang, tanpa rasa jemu atau dengan melawan rasa jemu. InsyaAllah selepas itu kita akan merasai semakin mampu untuk memperkatakan Islam dan mendidik anak-anak dengan Islam. Kesilapan Yang Dicairkan Oleh Iman Dan Taqwa Anak-anak dibesarkan oleh tangan-tangan ibu bapa dan para pendidiknya. Tangan manusia adalah tangan yang tidak bebas daripada kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah banyak melakukan kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah mencederakan jiwa dan pemikiran anak-anak. Maka ubatikanlah kembali dengan iman dan taqwa. InsyaAllah iman dan taqwa akan dapat mencairkan kembali kesilapan yang lalu. Iman dan taqwa dapat menampung kembali kekurangan-kekurangan yang lalu. Para sahabat awal Rasulullah SAW menerima tarbiyyah Rasulullah setelah umur mereka meningkat dewasa. Mereka telah melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan jahiliyyah. Keunggulan iman dan taqwa telah mengubati sejarah mereka yang hitam. Hayatilah Firman Allah s.w.t :"Hai orang-orang yang beriman, kiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan mu dan mengampuni (dosa-dosamu). Dan Allah mempunyai kurnia yang besar ( Surah al Anfaal : 29 ) InsyaAllah kita masih lagi belum terlewat. Ingatlah!

http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Rabmu dan takutlah suatu hari yang mana seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati Allah". ( Surah Luqman : 33)

Buah Cinta Kasih


Sunday, March 30, 2008 3:13:45 AM Setiap rumahtangga yang terbina tentunya terasa sunyi dan hambar tanpa kehadiran anak-anak yang merupakan buah dari cinta kasih suami isteri. Abang saya sendiri mencuba berbagai cara perubatan selama 9 tahun hingga akhirnya mereka dianugerahkan cahaya mata. Nabi Zakaria berdoa dengan penuh pengharapan dan kesabaran walaupun umurnya sudah terlalu tua, sebagaimana yang digambarkan di ayat-ayat awal surah Mariam. Sudah terlalu tua hinggakan apabila diwahyukan yang ia akan menerima anak, dia sendiri sukar untuk mempercayainya hingga dimintanya Allah memberikan tanda-tandanya lalu Allah menjadikannya tidak dapat berkata-kata selama 3 malam sebagai bukti kebenaran berita yang diterimanya ketika itu barulah ia benar-benar yakin.

1. Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad. 2. (yang dibacakan Ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria, 3. Yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. 4. Ia Berkata "Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku Telah lemah dan kepalaku Telah memancarkan uban, dan Aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku. 5. Dan Sesungguhnya Aku khawatir terhadap mawaliku[orang yang akan menyambung kerja-kerja dakwah] sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, Maka anugerahilah Aku dari sisi Engkau seorang putera, 6. Yang akan mewarisi Aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku, seorang yang diridhai". 7. Hai Zakaria, Sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan Dia. 8. Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan Aku (sendiri) Sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua". 9. Tuhan berfirman: "Demikianlah". Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan Sesunguhnya Telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali". 10. Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, berilah Aku suatu tanda". Tuhan berfirman: "Tanda bagimu ialah bahwa kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sehat". 11. Maka ia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu ia memberi isyarat kepada mereka; hendaklah kamu bertasbih di waktu pagi dan petang. (Surah Mariam: 1-11)
Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Fitrah ini wujud dikalangan muslim mahupun bukan muslim. Walaupun begitu, kita sebagai ibu bapa muslim sangat di tuntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan ilahi ini (anak anak) kerana ketidakfahaman dalam perkara ini akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan peranan dan tangungjawab ke atas anak-anak malah mungkin mereka tidak memberikan hak-hak asas anak, misalnya kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya. Menurut Akhlaq Hussain "anak-anak yang soleh menjadi sumber ibu-bapa mendapatkan ganjaran di dunia dan di akhirat." Oleh yang demikian pendidikan anak-anak supaya menjadi muslim soleh adalah satu tanggungjawab deeniyyah, tetapi kegagalan dalam mendidik mereka juga akan membawa akibat yang berat di akhirat, sepertimana yang terdapat di dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

( Surah at Tahrim : 6 ) Anak-Anak Adalah Generasi Pewaris Da'wah Kita. Disamping anak-anak perlu dididik dan dibentuk menjadi anak-anak yang soleh, anak-anak juga perlu di proses dengan rapi supaya mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab dakwah dan jihad. Anak anak kita adalah pewaris perjuangan yang sedang kita laksanakan hari ini dan mereka di pertanggungjawabkan untuk meneruskan perjuangn suci ini dengan lebih berkesan kerana kesedaran yang telah ada di dalam hati kita. Di atas hajat ini juga Allah menyebutkan doa nabi Zakaria :

Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeniggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku seorang yang diredhai ( Surah Maryam : 5-6 )
Oleh itu perlulah kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah kita peka atau prihatin dengan tanggungjawab pendidikan anak-anak kita? Jika kita peka, adakah kepekaan ini telah membuahkan perancangan untuk melaksanakan pendidikan yang berkesan? Persiapan apakah yang telah kita buat ke atas diri kita bagi melaksanakan tuntutan yang sangat besar ini, iaitu mendidik anak-anak kita? 1 comment

Bingung
Monday, March 17, 2008 2:07:29 AM Zaman dunia tanpa batasan kini benar-benar membingungkan ibu bapa dalam persoalan pendidikan anakanak. Kecanggihan teknologi maklumat (IT) ini menjadikan segala maklumat dikongsi bersama. Pendidikan anak ala barat, timur, Islam, liberal dan sebagainya memenuhi ruang fikiran kita hingga kita kebingungan untuk menentukan cara terbaik untuk mendidik anak. Ada yang terlalu liberal sehingga terbangunnya keperibadian bebas tanpa batasan serta melahirkan watakwatak yang diluar kawalan dan tingkah laku yang diluar jangkaan ibu bapa. Ada pula yang terlalu tegas dan garang hingga membantutkan sebahagian dari elemen-elemen penting pada diri anak-anak; ada yang hilang keyakinan diri seta kehilangan punca untuk mengenali dirinya dan ada pula yang lupa diri dan memberontak untuk menunjukkan siapa dirinya. Di suatu sudut yang lain anak-anak pula terdedah dengan pelbagai cara hidup asing yang didedahkan oleh media massa serta laman-laman siber yang membentuk pelbagai watak-watak baru yang jauh berbeza dengan watak-watak zaman remaja ibubapa mereka. Pendedahan cara hidup dewasa yang terlalu awal pada kanak-kanak pula membentuk kematangan tiruan (artificial maturity) lebih membingungkan lagi golongan ibubapa. Teorinya mudah saja...ibubapa perlu memahami jiwa anak-anak untuk menentukan pendekatan yang tepat untuk membangunkan keperibadian anak secara betul dan seimbang tetapi untuk menterjemahkannya secara praktikal benar-benar membuntukan kita. Ibubapa seolah-olahnya tidak mengenali anak-anak mereka sendiri dan tidak kurang jika yang terpedaya dengan lakonan anak-anak mereka hingga tersalah di dalam menilai dan mengukur perkembangan anak. Sebagai seorang guru saya berdepan dengan berbagai karakter remaja. Ada yang terlibat dengan kes-kes curi, samseng dan sebagainya tetapi remaja yang sama menggambarkan dirinya sebagai anak yang penyantun dan berbudi bahasa di rumah hinggakan masalah remaja ini bila dikemukakan pada kedua orang tuanya menghasilkan respon diluar jangkaan. Pihak sekolah menjangkakan kedua ibubapa mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka untuk membetulkan kesilapan anak-anak mereka sebaliknya yang
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

diperolehi ialah cemuhan dan kemarahan. Islam mengambarkan proses pendidikan bukan sekadar proses pengisian ilmu tetapi jika proses pembersihan (Tazkiyyah), Pengajaran (Talim) dan juga membiasakan anak-anak dengan sifat-sifat yang baik (Tadib). Proses ini tidak bermula apabila anak kita lahir dan tidak juga semasa anak masih di dalam kandungan tetapi bermula dengan pemilihan isteri yang baik. Memilih dan memulakan rumahtangga yang terpelihara dari maksiat dan berpandukan tuntutan syarak menjadikan rumahtangga ini sebagai tapak semaian yang berkat dan dirahmati Allah bagi menyambut kelahiran anak yang masih di dalam keadaan fitrah sehingga proses pertumbuhannya nanti akan berlangsung secara seimbang. Ibunya adalah wajah pertama yang akan dilihat dan dihayatinya. Segala raut ketenangan atau keserabutan ibunya akan begitu cepat mencorakkan jiwa anak yang lahir. Begitu juga tempoh sembilan bulan di dalam kandungan, segala pergolakan perasaan si ibu akan memberi kesan besar pada jiwa anak dalam kandungan. Al Quran menggambarkan bahawa anak-anak lahir di dalam keadaan fitrah (suci) lalu diberikan mereka pendengaran, penglihatan dan hati. Pendengaran dan penglihatan ini adalah sensor atau wasilah untuk mencorakkan hati anak-anak yang lahir ini. Rasulullah SAW mengambarkan dalam suatu hadith bahawa setiap bayi itu lahir di dalam keadaan fitrah maka ibubapanyalah yang akan menyahudikannya, menasranikan atau memajusikannya. Persoalannya kenapa ibubapanya? Kerana ibubapanya ialah persekitaran pertama yang dicapai atau dikesan oleh pendengaran dan penglihatan anak-anak yang lahir. Peredaran masa meluaskan lagi lingkungan yang dicapai oleh kedua-dua indera yang akan mencorakkan hati atau jiwa anak-anak yang umpama kain putih ini. Mereka mula menhayati dan terkesan dengan persekitaran rumahnya; hiasan-hiasan dan gambar-gambar yang tergantung di dinding rumah mereka. Apabila kanak-kanak ini semakin membesar maka dia akan keluar berjalan atau berbasikal disekitar rumahnya...semua ini akan mencorakkan hati dan jiwanya serta membangunkan suatu keperibadian yang sesuai dengan proses pembinaan hati atau jiwa yang telah dilaluinya. Hakikat ini menggambarkan bahawa jiwa anak-anak akan melalui proses yang berterusan samada proses itu membangunkan aspek poisitf atau negatif. Jiwa anak-anak akan melalui proses pengayaan jiwa yang akan membangunkan kekuatan jiwa, juga proses pengotoran yang melemahkan jiwa dan memerlukan pembersihan. Oleh itu termasuk di dalam proses tazkiyah atau penyucian ini adalah proses menyekat gejala-gejala yang mengotori jiwa. Bagaimana mungkin berlaku proses pembersihan serta proses pengotoran secara serentak sedangkan kecenderungan jiwa pada sesuatu yang mengotorinya lebih kuat dan mudah. Ibnu Jauzi menggambarkan kecenderungan jiwa manusia pada keburukan seperti air yang menuruni bukit sedangkan kecenderungan pada kebaikan adalah seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan suatu tenaga tambahan. Seringkali ibubapa sibuk memberi pengajaran kepada anak-anak tanpa mengenali dan merawat jiwa anakanak. Bayangkan jiwa anak kita seperti gelas yang sebahagiannya sudah terisi dengan lumpur dan kotoran lalu kita mengisinya dengan air yang jernih dan bersih sehingga gelas itu penuh dan melimpah...apa yang dapat kita lihat. Tentunya yang melimpah keluar bukan kotoran tetapi adalah air yang dituangkan itu. Selama manapun kita mengisinya maka yang terus melimpah itu ialah air jernih dan bersih itu. Ada kawan-kawan saya yang terkejut dan tidak percaya apabila saya katakan yang dirumah saya tidak ada television. Ada seorang mamak disebuah restoran menggelengkan kepalanya sambil mengataka zaman sekarang....kalau ada orang yang kata di rumahnya tarak TV, itu betul-betul luarbiasa . Tidak kurang juga yang menempelak konon-kononnya nanti anak jadi jakun.
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

Mungkin para pembaca yang sedang membaca tulisan inipun merasakan demikian. Tetapi cuba kita senaraikan kebaikan dan keburukan yang disediakan oleh television sekarang ini; keburukan yang akan menjadikan jiwa anak-anak kita kotor dan keras. Dan cuba juga kita senaraikan altenatif lain selain dari television. Anak saya yang sulung sekarang sudah berumur 8 tahun, kadang-kadang bila cuti sekolah kami pulang ke kampung anak-anak saya sekali sekala tumpang menonton television di rumah sepupu mereka tetapi tidak pernah pula anak-anak saya balik kerumah dan minta saya belikan television. Sebenarnya ada dunia informasi yang lebih luas dan mengembirakan remaja selain dari television. Untuk menggantikan television saya belikan sebuah komputer di rumah. Saya selalu ke kedai video untuk cari filem animasi atau drama masyarakat yang menarik tetapi bebas dari unsur-unsur pergaulan bebas dan ganas. Sebenarnya kebayakan filem-filem yang menang award adalah filem yang tidak menjadikan babak percintaan atau hubungan luar batasan sebagai daya tarikannya. Hanya pengarah murahan yang kekeringan idea akan memilih pelakon-pelakon cantik dengan aksi-aksi yang mengiurkan sebagai bahan tarikan filemnya. Saya pernah belikan filem yang juga menang award iaitu Children Of Heaven arahan Majid Majidi dari Iran. Kisah ini hanya berkisar sepasang anak dari keluarga miskin dan kasut mereka yang terlalu dhaif tetapi dipaparkan dengan cara yang cukup menarik. Anak-anak saya menontonnya lebih dari sepuluh kali bahkan anak perempuan saya akan menangis ketika babak anak perempuan yang kehilangan kasutnya. Dengan pengunaan software yang khusus saya juga download cerita-cerita yang pernah dipaparkan ditelevision suatu masa dulu (zaman dimana TV masih berperanan sebagai sumber informasi dan hiburan yang agak terkawal) antaranya little house on the Praire dan Macgyver yang cukup diminati oleh anak-anak saya terutama Mcgyver yang pandai membuat bom menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran. Saya juga menghadiahkan anak saya strategic game (seperti Red Alert dan sebagainya) yang dapat menjana minda dan menarik bahkan lebih disukainya dari menonton Doraemon yang boleh merosakkan aqidah. 1 2 Next

Blog search
search

Joe and Buzz: A new Web show!

Friends (6)

danishifa

http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

Ghazy2007

azmibhr

saleemwahab

wardahalshauqah

myizzam Show all friends

Shoutbox

Abinya syafiq 2009-08-20 03:23:10 Belikan buku kisah teladan Nabi dan para sahabatnya,agar tertanam cinta anak pada agamanya.dan tidak mengagungkan org kafir.

Azmi Bahari 2008-02-11 02:34:48 Apa yang anda hajatkan dari rumahtangga yang telah terbina atau akan dibina?

Latest comments

anonymous atirah writes: Syukur Allah sentiasa bersama kita

http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

anonymous wanie writes: sebagai seorang wanita...saya berharap saya b ...

anonymous Anonymous writes: Salam.. tersentuh baca artikel ini. Saya ...

anonymous wanee writes: so as the conclusion,konsep keluarga dalam is ...

anonymous Anonymous writes: adakah benar tujuan utama dajal adalah un ...

anonymous syabab amal writes: eerrmm,sy klau bab2 iman nie mmg sy min ... M T January 2012 W T F S S 1 8 15 22 29

2 3 4 5 6 7 9 10 11 12 13 14 16 17 18 19 20 21 23 24 25 26 27 28 30 31 December 2011February 2012

Tags
rumahtangga

Recent visitors
abdullahmujahhi
http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

Azmi Bahari - Baitun Sakinah

abuedujanah myizzam shahkirin rutran ranggasena Download Opera - Surf the Web with lightning speed, using the fastest browser ever.

Azmi Bahari is blogging on My Opera


My Opera is a blog and photo sharing community with millions of members. Join now to follow Azmi Bahari's blog and get your own. Help/FAQ | Terms| FOAF Language: English English

http://my.opera.com/azmibahari/blog/[1/5/2012 4:36:57 PM]

You might also like