You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN BILANGAN 1/2011 Tarikh

Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Nama Yang Hadir : 1. 2. 3. : 24 Januari 2011 : 11.00 pagi : Bilik APD : En. Abdul Ridzuan bin Abu Bakar :3

En. Abdul Ridzuan bin Abu Bakar Pn. Chan May Fye Cik Nor Maizura Ashikin Ibrahim

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali pertama tahun 2011. 1.2 Ahli jawatankuasa dimaklumkan bahawa ada beberapa perkara yang menjadi hala tuju semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab iaitu berdasarkan Nilai Perkhidmatan berikut : 1.2.1 Integriti - Menghayati nilai integriti diri melalui pemikiran , amalan dan tindakan. 1.2.2 Profesionalisme - Memupuk budaya kerja yang profesional bagi merealisasikan mandat yang diamanahkan kepada sekolah bagi menjana generasi pelajar yang kompeten. 1.2.3 Budaya Pemuafakatan - Membentuk jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman di kalangan warga RPS yang boleh menyumbang ke arah pembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasi tinggi. 1.2.4 Organisasi Pembelajaran - Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui pengwujudan iklim tempat kerja yang mampu merangsang ke arah perkongsian misi dan visi, penggalakkan keterbukaan fikiran di dalam memberi pandangan dan teguran bagi kemajuan organisasi, peningkatan ketrampilan individu, pembelajaran kolaboratif dan menjunjung amalan terbaik organisasi bagi membolehkan penambahbaikan berterusan. 1.2.5 Prestasi Tinggi - Membentuk budaya kerja yang berprestasi tinggi melalui tenaga kerja yang kompeten dan berpotensi bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan komitmen organisasi seiring dengan perkembangan terkini aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan semasa. Tindakan : Makluman 2.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas 2.1 Pengesahan minit Cadangan : Cik Nor Maizura Ashikin Ibrahim Sokongan : Pn. Chan May Fye

3.0 Perkara-perkara Berbangkit 3.1 Merujuk Agenda Pentaksiran dan prosedur memulakan tugasan 3 Tindakan : Semua Guru Prinsip Akaun

4.0 Tindakan Susulan 4.1 Guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan 3 Tindakan : Semua Guru Prinsip Akaun 5.0 Hal-hal Lain Tiada 6.0 Ucapan Penangguhan 6.1 Semua guru mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar sasaran yang diharapkan untuk tahun 2011 tercapai. Pengerusi berharap segalanya berjalan lancar mengikut prosedur ditetapkan KPM. Makluman dan Tindakan : Semua Guru Prinsip Akaun Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh hari

Disediakan oleh :

Disemak oleh

En. Abdul Ridzuan b. Abu Bakar Ketua Panitia P.Akaun

Pn.Chan May Fye


Guru Kanan VOTEK

(Tandatangan tidak diperlukan untuk cetakan komputer)

CERTIFIED TO ISO 9000:2008, CERT NO : AR 4501

Tarikh Keluaran 4 Jan 2010

No Keluaran 01

No Pindaan 00

You might also like