You are on page 1of 12

SUMBANG MAHRAM

Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya. Sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaankebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang mahram

Dari reaksi-reaksi didapati bahawa ramai yang merasakan undang-undang yang sedia ada penjara minima 6 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan sehingga 24 kali masih belum memadai. Sementara itu kita masih terbaca kes-kes sumbang mahram yang baru di sana-sini. Ini menunjukkan bahawa undangundang yang ada masih belum cukup untuk deter atau menakutkan orang-orang ini dari melakukan perbuatan tersebut. Mungkin dengan hukuman yang lebih berat, perbuatan ini dapat dicegah. Walau bagaimanapun undang-undang sahaja tidak memadai. Berkaitan dengan masalah sumbang mahram (inses) ini, satu kajian telah dilakukan oleh Dr. Abdul Hadi Zakaria pada tahun 1996 dan laporannya telah diterbitkan pada Januari 1998 dengan tajuk Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menunjukkan bahawa:-

y y y y y

Dari tahun 1992 1994, didapati bahawa 30% dari kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan inses. Penceroboh utama jenayah ini ialah bapa kandung (48.8%) dan diikuti oleh bapa tiri (24.4%). Lelaki-lelaki lain yang juga sering menjadi penceroboh ialah bapa saudara, abang ipar dan datuk. Kebanyakan kes sumbang mahram ini berlaku di rumah kediaman mangsa. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kes-kes ini melibatkan mangsa yang muda. Pada kali pertama inses berlaku, kebanyakan gadis terlibat berada di peringkat awal remaja. 54.9% dari mereka berumur di antara sebelas dan lima belas tahun.

Dari segi umur pesalah pula, pesalah termuda ialah 18 tahun manakala yang tertua ialah 65 tahun. Majoriti pesalah berada dalam kategori umur 34 hingga 49 tahun dan diiikuti oleh kumpulan umur 50 hingga 65 tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada lelaki dewasa yang terlalu muda atau terlalu tua untuk melakukan inses.

y y y

Kajian ini juga menunjukkan bahawa perbuatan ini sering diulangi. Kebanyakkan kes melibatkan ulangan sebanyak 2 4 kali. Hakikat bahawa mangsa tinggal serumah dengan penceroboh memudahkan perbuatan ini diulang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa inses lebih banyak berlaku di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan dengan itu kajian ini juga menunjukkan majoriti kes berlaku di kawasan luar bandar. Ini bertentangan dengan pandangan am bahawa kampung dan komuniti tradisional adalah kawasan selamat kerana didiami oleh orang-orang yang konvensional, yang berpegang kuat kepada ajaran agama dan yang dikatakan tidak cenderung ke arah perbuatan jahat.

Dari segi etnik, bilangan kes yang paling tinggi adalah di kalangan orang Melayu (89%) diikuti dengan India dan Cina. Namun ini tidak semestinya menunjukkan etnik Melayu paling ramai melakukan kesalahan ini kerana ada kemungkinan etnik lain tidak melaporkannya manakala orang Melayu melaporkan kejadian ini kerana sumbang mahram dilihat sebagai satu perbuatan yang amat bertentangan dengan Islam dan berdosa besar.

Akhir sekali, dalam percubaan pengkaji untuk menjelaskan punca-punca kejadian sumbang mahram ini, beliau telah melihat apakah kecacatan hubungan perkahwinan antara pesalah dan isterinya menyumbang kepada masalah ini seperti yang ditemui di Barat.

Namun, penemuan kajian ini bercanggah dengan di Barat dan didapati bahawa dari segi hubungan perkelaminan pesalah, majoriti pesalah mengakui bahawa hubungan perkelaminan mereka tidak ada kena mengena dengan kesalahannya itu. Sama ada nafsunya dipenuhi oleh isteri atau tidak, ia tetap akan melakukan inses.

Faktor-faktor Sumbang Mahram Tahap iman yang lemah

Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram mengetahui dosa tersebut. Kegagalan Isteri memenuhi Keperluan Suami

Kegagalan isteri memuaskan keperluan suami menjadi punca berlakunya sumbang mahram. Inimendorong suami menggunakan anak untuk tujuan tersebut. Rata-rata isteri menurut beliau tahu perlakuan sumbangmahram adalah salah tetapi atas sebab malu atau takut kehilangan suami menyebabkan mereka rela suami melakukan perkara tersebut daripada membenarkan suami mereka mencari kepuasan di luar agar kelemahan dan kegagalan mereka dalam hubungan suami isteri diketahui umum Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga

Batas pergaulan yang sudah melampaui had-had yang dianjurkan boleh menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada sumbang mahram.

Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walau bagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat.

Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian, hukuman yang lebih berat perlu diberikan.

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN

Pengenalan Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan

pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang

dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada

jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar

dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati

sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Punca Keruntuhan Akhlak Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut; 1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti

masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. 2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka

merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. 3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Cara Mengatasi Masalah Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilainilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman

dilantik dalam tersebut.

memantapkan

pelaksanaan

dan

keberkesanan

kaunseling

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI Kesimpulan Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Bohsia

Definisi

Menurut kamus dewan, maksud Bohsia adalah gelaran remaja perempuan yg suka berpelesiran, berfoyafoya, melepak, dan sering terlibat dlm kegiatan maksiat. Faktor-faktor
y

1.

Faktor diri Pegangan agama

Latar belakang agama yang lemah menyebabkan remaja bohsia/bohjan terlibat dengan gejala ini. Agama mengajar individu mengenai tanggungjawab. Mengenai nilai hidup yang mulia.Mengenai dosa dan pahala,dan mengenai syurga dan neraka. Ia menjadi benteng kukuh yang dapat menghindar diri remaja daripada tingkahlaku yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Jelas disini remaja yang berkaitan tidak mempunyai kekuatan dalaman yang dapat menentang pengaruh luar yang mendorong mereka untuk terjebak dalam gejala sosial. Remaja yamg terbabit, berhijrah ke bandar dan tinggal bersamasama dengan rakan-rakan sebaya. Kecetekan akal kerana umur yang muda dan ditambah dengan pendidikan agama yang lemah menyebabkan mereka lebih banyak bertindak mengikut hati dan perasaan dan bukan mengikut pertimbangan akal yang waras. 2. Keluarga Ketiadaan ibu bapa dan ahli masyarakat kampung yang selama ini adalah "pengawal" bagi mereka, memberikan mereka satu bentuk kebebasan untuk lebih mudah mengikut telunjuk hati dan perasaan. Ini ditambah pula dengan pelbagai daya tarikan yang wujud di bandar yang menjanjikan keseronokan sepanjang masa.
y

1.

Faktor persekitaran Rakan sebaya

Rakan sebaya yang negatif mempengaruhi remaja untuk bertingkahlaku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma masyarakat. Pengakuan beberapa orang gadis bohsia mendedahkan bagaimana mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan untuk menonton video lucah, lari dari rumah, ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli-belah. Semasa melepak bersama dengan rakan-rakan bohsia yang lain di "port" tertentu, remaja ini diperkenalkan dengan bohjan sehinggalah mereka menjadi teman tidur kepada bohjan tersebut.

2.

Media massa

Media massa turut menyumbang kepada proses keruntuhan moral di kalangan remaja. Walaupun media massa ada mensajikan bahan -bahan konstruktif namun masyarakat khususnya generasi muda lebih terpikat kepada bahan-bahan yang berbentuk sensasi dan menghiburkan. Video lucah dan bahan bacaan lucah juga disket lucah amat mudah didapati di dalam pasaran hari ini. Dengan latarbelakang pendidikan agama yang lemah, remaja terbabit dirangsang untuk mencuba apa yang telah mereka tontoni atau baca. Akhirnya, mereka terjebak ke dalam lembah maksiat. 3. Budaya asing

Budaya asing yang mengutamakan keseronokan, dan mengamalkan seks bebas dan bersekedudukan telah mempengaruhi remaja terbabit untuk terlibat dalam gejala bohsia/bohjan. Mereka sanggup lari dari rumah atau memperdayakan ibu bapa dengan alasan-alasan tertentu supaya dapat bersama berseronok dengan rakan-rakan. 4. Masyarakat Semakin lemahnya kawalan sosial di bandar yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi menyumbang kepada kepada keruntuhan moral generasi terkini. Dalam masyarakat tradisi, hubungan anggota masyarakat begitu erat dan saling mengenali antara satu sama lain, sikap tolong-menolong dan saling mengambil berat antara mereka. Perhubungan yang erat secara tidak langsung menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku ahli masyarakatnya. Cara mengatasi 1. Pusat Pemulihan Gadis remaja yang ditangkap kerana terlibat dengan masalah sosial harus dihantar ke institusi pemulihan akhlak bagi menjalani proses pemulihan. Kemasukan mereka ini, majoritinya adalah atas perintah mahkamah atau akta yang berkaitan seperti Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996). Program pemulihan akhlak yang dijalankan oleh institusi tersebut dapat membantu remaja yang bermasalah untuk memperbaiki sikap negatif dan seterusnya menghalang mereka dari terjerumus semula ke dalam masalah sosial yang lebih serius. 2. Pendidikan agama dan moral

Bagi pihak kerajaan pujian harus diberikan kerana banyak langkah-langkah yang tegas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Bermula dari peringkat sekolah, para pelajar telah didedahkan dengan pendidikan agama dan moral yang menjadi salah satu mata pelajaran utama di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Langkah selajunya kerajaan juga mengadakan program rakan muda dan rakan masjid untuk menangani masalah gejala sosial yang begitu membimbangkan di kalangan remaja yang telah keluar dari alam persekolahan.

You might also like