You are on page 1of 8

Pulmonary Tuberculosis Smear positive

June 4, 2009 ruzlamblog Apakah Pulmonary Tuberculosis Smear Positive (PTB +ve)? PTB +ve adalah satu penyakit yang melibatkan paru-paru manusia dimana kuman tibi dapat ditemui di dalam kahak pesakit yang mempunyai tanda tanda penyakit tibi.

Kuman TIBI telah ditemui oleh Dr. Robert Koch pada tahun 1882.

Apakah tanda-tanda PTB +ve? Antara tanda tanda utama penyakit ini adalah ;
y y y y

Batuk berterusan terutamanya yang lebih 2 minggu dan mungkin diikuti dengan kahak berdarah. Demam panas dan pesakit akan berpeluh pada waktu petang dan malam Kurangnya selera makan dan seterusnya pesakit kelihatan kurus dan kurang berat badan Sentiasa berasa cepat letih apabila berjalan dan kadang kadang sesak nafas

Bagaimanakah Penyakit ini dikesan?


y y y y

Melalui Sejarah pesakit Pemeriksaan Kahak Pesakit sebanyak 3 kali iaitu Acid Fast Bacilli(AFB) Pemeriksaan X-ray Dada Suntikan Tuberculin Test (Mantoux Test) ke lengan pesakit yang disyaki mengidap Penyakit Tibi

PTB +ve boleh dikesan dan disahkan melalui pemeriksaan kahak sahaja tanpa perlu membuat pemeriksaan lain.

Bagaimanakah Penyakit ini berjangkit? Terdapat 3 cara jangkitan yang dikenalpasti iaitu ; 1. Bersin 2. Batuk Batuk 3. Bercakap Ketiga- tiga cara jangkitan tersebut sebenarnya merupakan penyebab kepada pembebasan kuman melalui udara yang kita sedut.

Apakah rawatan untuk Penyakit TIBI?

First Line drugs iaitu ianya terdiri daripada ;


y y y y y

Streptomycin (S) Isoniazid (H) Rifampicin (R) Ethambutol (E) Pyrazinamide (Z)

Kesemua ubatan tersebut hendaklah diambil dalam tempoh 6 bulan dimana 2 bulan pertama pesakit akan memakan ubat yang terdiri dari 4 jenis dari 5 jenis ubat di atas dan 4 bulan berikutnya ubat yang diberi selalunya terdiri dari 2 jenis sahaja dari 5 jenis ubatan di atas. 2 bulan pertama pesakit hendaklah memakan ubat setiap hari sehingga cukup sekurang kuranya 56 dos (hari) 4 bulan berikutnya pula pesakit hanya memakan ubat tibi hanya 2 kali atau 3 kali seminggu sahaja. (32 dos atau 48 dos) Apakah Langkah Pencegahan Penyakit ini? Walaupun penyakit ini boleh dirawat tetapi kita juga perlu untuk mencegahnya dan berikut merupakan langkah pencegahan untuk orang awam ; 1. Pastikan rumah anda dimasuki cahaya matahari pada waktu siang dan mempunyai pengudaraan yang baik dengan cara membuka tingkap rumah anda. 2. Jika batuk sentiasalah menutup mulut anda atau bila hendak batuk anda batuk ditempat tiada orang ramai 3. Segera membuat pemeriksaan kahak jika batuk anda berterusan 4. Cepat cepat ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan jika anda mempunyai tanda tanda penyakit ini Nasihat untuk anda semua
y y

y y y y

Penyakit TIBI bukan penyakit keturunan Jika keluarga, jiran, sahabat dan orang yang anda kenal mempunyai tanda tanda seperti di atas, ajaklah mereka untuk segera membuat pemeriksaan dan mendapatakan rawatan di hospital atau klinik berhampiran Tubuh kita sebenarnya memang terdedah sejak sekian lama kepada kuman TIBI tetapi antibodi badan kita boleh membunuhnya Penyakit TIBI boleh membunuh jika rawatan diabaikan ataupun lambat mendapatkan rawatan Makanlah ubat TIBI mengikut cara dan masa yang betul kerana jika tidak adalah dikuatiri penyakit TIBI tidak dapat disembuhkan lagi dengan ubat2 di atas (Resistan TIBI) Jika anda mengidap PTB +ve janganlah anda pergi ke tempat orang ramai kerana ianya boleh berjangkit !!!

Posted in Penyakit. Leave a Comment

INTENSIVE CASE FINDING (ICF)TIBI DI KG. PADAS DAMIT, BEAUFORT, SABAH


May 31, 2009 ruzlamblog Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca sekalian Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ni kan hohohoho maklumlah rasa malas menguasai diri ini hohohoho ok lah pada kali ini saya akan memberi maklumat mengenai aktiviti kami di Unit Kawalan Tibi kawasan Beaufort, Sabah. Pada 22 April 2009 hingga 24 April 2009, Unit Kawalan Tibi gabungan 3 daerah iaitu Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang telah mengadakan pencarian kes tibi secara intensif di Kg. Padas Damit, Beaufort. Objektif kami adalah untuk mencari dan mengenal pasti kes2 tibi yang tidak dikesan melalui kaedah rumah ke rumah dengan cara mengambil spesimen kahak untuk setiap penduduk kampung yang menunjukkan simptom2 awal penyakit tibi. Semasa program berlangsung, kami di bahagikan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai seorang PPP, seorang PPKP, seorang JT/JM, seorang Pemandu dan 2 orang Sukarelawan kampung berkenaan. Setiap rumah yang kami lawat pula kami akan lekatkan poster tibi dan kad pemeriksaan di pintu atau dinding rumah penduduk kampung bagi menandakan kami telah melawat rumah tersebut. Memandangkan program kami ini berlangsung selama 3 hari 2 malam, kami telah menetapkan bahawa setiap malam kami akam membincangkan penemuan dan halangan kami semasa menjalankan aktiviti kami. Alhamdulillah kami tidak menghadapi apa2 masalah semasa program berlangsung malah penduduk kampung pula yang lebih teruja menyambut kedatangan kami ke rumah mereka. Setelah 3 hari 2 malam kami menjalankan aktiviti ini, kami telah berjaya mengesan 1 ORANG PESAKIT TIBI SMEAR POSITIVE. Kes yang kami jumpa yang mempunyai gejala penyakit tibi pula adalah dalam lingkungan 30 ++ orang dimana kahak mereka setelah kami periksa tidak

mempunyai kuman tibi. Sepanjang program ini kami juga telah berjaya menyerbu lebih kurang 100++ buah rumah. Sepanjang kami berada di kg. Padas Damit ini, kami juga telah dibantu oleh staf Klinik Kesihatan Padas Damit, Beaufort dan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada KK Padas Damit kerana membenarkan juga klinik mereka dijadikan penginapan kami sepanjang program berlangsung. Tidak lupa juga kepada sukarelawan2 yang banyak membantu kami dan begitu juga dengan semua penduduk kampung Padas Damit yang memberi kerjasama penuh kepada kami. Terima kasih kami ucapkan. Berikut adalah antara gambar2 yang sempat saya tangkap semasa aktiviti rumah ke rumah berlangsung;

Posted in Penyakit. Leave a Comment

Penyakit TIBI @ Batuk Kering


May 14, 2009 ruzlamblog Salam semua Hari ini merupakan hari yang agak senang lenang bagi saya kerana pesakit saya tiada datang ke klinik saya untuk mengambil ubat jadi adalah lebih baik untuk saya memberikan informasi mengenai TIBI al maklumlah kerja bidang kesihatan. dalam klinik TIBI lagi tu.. hohoho Penyakit TIBI ni sebenarnya telah lama di ketahui tapi walaupun dunia semakin moden dengan bermacam2 kaedah perubatan namun penyakit TIBI sebenarnya belum lagi dapat dihapuskan dengan 100% jadi sebagai seorang kakitangan kesihatan adalah wajar untuk saya berkongsi kepada kawan2 semua tentang penyakit ini.. Pada dasarnya semua orang yang berada di dunia ni telah terdedah dengan kuman TIBI namun oleh kerana keadaan pertahanan badan setiap orang adalah berbeza maka itu ada yang mengidap penyakit ini dan ada yang tidak.

Penyakit TIBi mempunyai tanda2 seperti :


y y y y y

Batuk yang melebihi 2 minggu batuk yang berkahak dan kadangkala disertai dengan darah Berpeluh pada waktu petang dan malam Susut berat badan Kurang selera makan

Namun tanda2 diatas hanyalah sebahagian sahaja dan mungkin seseorang yang dijangkiti itu langsung tidak mempunyai tanda2 tersebut. Pesakit yang macam ni lah yang paling ditakuti kerana sukar dikesan oleh staf kesihatan. Penyakit TIBI ni mempunyai beberapa jenis antaranya ialah :
y y y y

Tibi Pulmonary Smear Positive Tibi Pulmonary Smear Negative Tibi Ekstrapulmonary Tibi Pulmonary dan Ekstrapulmonary

Di antara kesemua jenis penyakit TIBI di atas Tibi pulmonary smear Positive adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh berjangkit kepada orang ramai. Namun semua jenis penyakit diatas boleh diubati dan jangka masa rawatan untuk penyakit TIBI adalah di antara 6 bulan ke 1 tahun. Jadi nasihat saya sebagai staf kesihatan kepada kawan2 semua adalah sesiapa saja samada kawan, keluarga, saudara mara atau jiran anda yang mempunyai tanda2 seperti di atas terutamanya batuk yang melebihi 2 minggu agar dapat membuat atau menjalani pemeriksaan kahak di hospital atau klinik yang berdekatan dengan anda. Oleh itu sempena sambutan Hari TIBI Sedunia pada 24 Mac 2009 lalu saya mengesyorkan agar kita sama2 memerangi penyakit TIBI ini. Tema Hari TIBI Sedunia tahun ini adalah . I AM STOPING TIBI !

You might also like