You are on page 1of 14

UPSR 2011 SK SERI REJO SARI

Teknik #1 Kekalkan Imej Kejayaan


Minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jadi, mulai hari ini, fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik.

Teknik #2 Dekati Sahabat Bersifat Positif


Anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak.

Teknik #3 Jauhi Sahabat Bersifat Negatif


Menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. Kurangkan masa bergaul dengan mereka. Jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.

Teknik #4 Mulakan dengan api yang kecil


Mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Semakin banyak yang anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Api semangat yang kecil itu tidak menyala dengan sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan akan menyalakannya.

Teknik #5 Lakonkan Watak Kejayaan


Apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Melakonkan watak kejayaan adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran memerlukan latihan dan pengulangan.

Teknik #6 Kurangkan Tekanan Perasaan


Kalau kita sabar, hadapi tekanan dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.

Teknik #7 Doa
Doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Doa dengan seikhlas hati dan bersungguhsungguh agar mudah Allah mendengar permintaan kita. Bertawakal kepada Allah atas segala usaha yang telah dilakukan.

TIPS TAMBAHAN

MENGURUS MASA
Mengubah tabiat lama yang negatif.  Jika sebelum ini selalu menangguh kerja, kini siapkan kerja secepat mungkin. Komunikasi  Jika sebelum ini banyak berbual kosong jika guru tiada, kini isi masa dengan bertanya tentang pelajaran. Rehat  Pastikan anda mempunyai waktu rehat yang secukupnya.

MENGUATKAN INGATAN
Bermain puzzle Membaca berulang kali Membaca di awal pagi Banyakkan membuat latihan

MARI NYANYI BERSAMA !!!

You might also like