You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR KEDAH DARUL

AMAN

TARIKH MASA TEMPAT

: : :

10/01/2012 2.30 PETANG BILIK MAHSURI, SKPK ALOR SETAR

HADIR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

: EN. JAFFRI JOHAN BIN ZAINUDIN EN. MOHD NOR BIN ABU BAKAR EN. JAMIL BIN OTHMAN EN. SUHAIMI YOP EN. MOHD NORHISHAM BIN OTHMAN PN. SURIA BINTI MD ISA EN. MOHD SALLEH BIN OMAR EN. ZAINAL BIN IDRIS EN. MOHD HAIRUL IZUAN BIN MANSOR : PENGERUSI N. PENGERUSI 2 N. PENGERUSI 3 SETIAUSAHA (PEG ASET)

TIDAK HADIR 1. 2. 3. 4.

EN. ZULKHAIRI BIN CHE PA EN. UMAR BIN NORMAN EN. SOLHI TAGOR BIN ABD HAMID EN. ABDUL SATAR BIN YAHYA

1.0 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatan kuasa dan membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli. 1. EN. SUHAIMI YOP Setiausaha (Peg. Aset) 2. EN. MOHD NORHISHAM OTHMAN Lembaga Pemeriksa Pelupusan 3. EN. UMAR BIN NORMAN Peg. Pemeriksa harta modal&inventori 4. PN. SURIA BINTI MD ISA Peg. Pusat sumber Sekolah

5. 6. 7. 8. 9.

EN. MOHD SALLEH BIN OMAR EN. ABDUL SATAR BIN YAHYA EN. SOLHI TAGOR BIN ABD HAMID EN. ZAINAL BIN IDRIS EN. MOHD HAIRUL IZUAN BIN MANSOR

Peg. Pembayaran Peg. ICT Sekolah Peg. Bilik Pend. Jasmani Pembantu Pegawai Pembantu Pegawai

2.0 MEMBINCANGKAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET Pengerusi juga menerangakan terdapat 6 tugas utama ahli jawatankuasa aset/alih harta (Pegawai Aset) sekolah, iaitu:
1.

Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih Kerajaan; Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke atas aset setiap tahun; Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset; Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan tahunan aset disediakan sebelum 16 Januari setiap tahun. Bertanggungjawab untuk mengurangkan jumlah aset /alih harta sekolah dengan berkesan. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

2. 3. 4.

5. 6.

3.0 BUKU STOK Pengerusi juga memaklumkan bahawa keadaan terkini buku stok sekolah tidak begitu baik. Ia tidak di kemaskini dengan betul dan teratur dan berharap pada tahun ini perkara tersebut dapat diselesaikan. Puan Suria memaklumkan bahawa semua stok di Pusat Sumber sekolah berada di dalam keadaan yang baik tetapi menghadapi masalah untuk mengisi nombor stok kerana beliau tidak mengetahui apakan turutan yang betul bagi nombor-nombor tersebut. 4.0 PENDAFTARAN SEMULA ASET SEKOLAH Pengerusi memaklumkan matlamat jawatankuasa pada tahun ini adalah mengemaskini stok sedia ada. Perisian secara otomatik telah dibeli dan memohon kepada pegawai aset untuk memasukkan segala data secara terus kedalam komputer. Komputer telah disediakan di dalam pejabat di dalam bilik mesin fotostat untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan.

Jawatankuasa telah memutuskan untuk mendaftar semula aset baru dan sedia ada (wujud) di sekolah seperti: 1. Meja murid 2. Kerusi 3. Komputer 4. Projektor 5. Papan tulis 6. Almari 7. Katil 8. Tilam 9. Bantal 10. Cadar 11. Langsir 12. water cooler 13. TV 14. Barangan pejabat Aset akan disemak mengikut tempat yang mempunyai guru/PPM/penjaga bilik. Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset menggunakan borang yang akan disediakan oleh Pegawai Aset sekolah. Mesyuarat juga memutuskan semua aset sediada perlu di kemaskini pada Mac 2012. Pengerusi juga meminta Cikgu Suhaimi untuk menyediakan carta gantt untuk mencapai sasaran yang telah di berikan.

5.0 HAPUS KIRA Mesyuarat memutuskan untuk menghantar semula surat pelupusan aset untuk menyegerakan proses pelupusan aset. Satu surat tindak ikut akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut. Pengerusi majlis memberitahu jika terdapat meja atau kerusi yang rosak sila letakkan di luar kelas supaya pekerja am dapat membawa barang tersebut ke stor lupus. 6.0 HAL-HAL LAIN En. Hairul bertanya jika printer rosak dan diganti baru adakah perlu di masukkan sebagai harta baru sedangkan barang tersebut diganti. Pengerusi memaklumkan perkara tersebut perlu di kemaskini di kad harta modal dan di masukkan sebagai aset baru. En. Saleh memohon supaya semua aset yang akan di kemaskini di tampal pelekat aset. Jika barang tersebut di selenggara perlu di kemaskini di dalam kad harta modal. Setiap aktiviti yang beraku terhadap barang tersebut perlu di rekodkan dengan baik.

7.0 PENUTUP Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

--------------------------(SUHAIMI YOP) SETIAUSAHA ASET/ALIH HARTA SEKOLAH

---------------------------------( )

Bil.

CONTOH BORANG ASET SEKOLAH Item

Jumlah

Di sediakan Oleh

Di semak Oleh

------------------------------

------------------------------------

TASKE FORCE ASET SEKOLAH SKPK ALOR SETAR KELAS


KETUA (EN NORHISHAM)

SURIA PSS

BORANG ASET (SKPK ALOR SETA0R)

Bil.

Item

Jumlah

Di sediakan Oleh

Di semak Oleh

------------------------------

------------------------------------

*SILA PASTIKAN SEMUA ALATAN DI TULIS DENGAN KUANTITI YANG BETUL

You might also like