You are on page 1of 31

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

1.0

PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai

kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka. Kanak-kanak ini lazimnya setelah melalui suatu program pendidikan, jurang perbezaan penguasaan mereka dapat dikurangkan. Namun terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak di mana cirri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka yang berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan yang khusus iaitu Pendidikan Khas. Ini termasuklah juga kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang jauh tinggi dari norma umur mereka. Kanakkanak berkeperluan khas merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai kepelbagaian masalah seperti penglihatan, pendengaran, serta mempunyai masalah pembelajaran dan pintar cerdas. 1.1 Dasar Pendidikan Khas Memastikan murid pendidikan khas mendapat akses dan ekuiti kepada pendidikan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan pendidikan kebangsaan. 1.2 Visi Pendidikan Khas
1

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.3 Misi Pendidikan Khas Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Manakala Misi Pendidikan Khas juga meliputi kepada membangunkan modal insan pendidikan khas yang cemerlang berasaskan perkara-perkara yang berikut : Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik Perkembangan potensi diri ke tahap optimum Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran Nilai-nilaimurni sebagai warganegara yang bertanggungjawab Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak Pengantarabangsaan melalui penyertaan dan amalan

2.0 2.1

DEFINISI Kanak-kanak Berkeperluan Khas


2

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkahlaku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et all (1993), menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanakkanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental keupayaankeupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. McDonell et all (1995) mengklasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkahlaku, autism, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku. Menurut Jamila (2005) kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkahlaku social dan cirri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti aktiviti sekolah atau perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan untuk pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka : 1. Mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya, 2. Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. 3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, masalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran. (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Mahmood Nazar (2000), menyatakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memboleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya.

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa. 2.2 Pendidikan Khas Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciriciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa. Hallahandan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain. Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,
5

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Menurut Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu: SIAPA? - Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu. APA? Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai.Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampurgaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu. DI MANA? Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas masih dipertikaikan Kita akan membincang isu ini dengan lebih mendalam secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan
6

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkahlaku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan bermasalah. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

3.0

PERISTIWA

PENTING

YANG

MEMPENGARUHI

PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN KHAS 1) DEKLARASI HAK-HAK KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) meliputi hak

bagi setiap individu mendapat pendidikan yang menekankan keperluan keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. 2) Pada tahun 1959 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU( PBB)

telah mengisytiharkan HAK KANAK-KANAK SEDUNIA dimana mereka berhak mendapat


7

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi kanak-kanak normal. 3) AKTA PELAJARAN 1961 dalam bahagian 1 (tafsiran) - dinyatakan bahawa

sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan yang khas untuk kanak-kanak kurang upaya. 4) LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1978) mengkaji dasar

perlaksanaan pelajaran melalui PERAKUAN 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di mana tanggungjawab kementerian tertentu adalah sebagaimana berikut: 1. Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran( terencat akal ) yang boleh didik. 2. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastic.
3. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenalpasti diperingkat awal dan

menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan yang berisiko. Selain daripada itu dalam Laporan jawatankuasa Kabinet tersebut juga Akta Pelajaran 1961 telah disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.

4.0

CIRI-CIRI

KEPERLUAN

KHAS

(ASUHAN

DAN

PENDIDIKAN)

BAGI

KATEGORI YANG DIPILIH Ciri keperluan khas yang dipilih adalah kanak-kanak yang mengalami masalah autisme. Gangguan autism dipercayai boleh diwarisi tetapi berdasarkan kajian, jumlah kes autisme yang
8

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

disebabkan oleh faktor keturunan adalah agak kecil iaitu sebanyak 15 peratus berbanding 85 peratus bagi jenis autism adopatik (tidak diketahui punca). Kebanyakan kanak-kanak autisme menunjukkan perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia 3 tahun. Bagaimanapun dalam satu kajian, didapati sebanyak 30 peratus kanak-kanak autisme mempunyai tahap intelek yang normal. Kanak-kanak autisme sering berkelakuan tidak normal atau aneh berbanding kanakkanak normal yang lain. Mereka menunjukkan ciri-ciri yang pelik seperti:
1. Menepuk tangan yang berulang-ulang 2. Memukul kepala sendiri

3. Memusing badannya berulang-ulang kali


4. Berkeseorangan yang yang keterlaluan.

5. Membuat aktiviti yang mengasyikkan seperti sering membelek peralatan elektrik seperti kipas angin. 6. Tiada perhubungan dengan orang lain atau kurang komunikasi. 7. Tidak suka kepada persekitaran yang tertentu seperti bunyi bising mesin pengisar atau bunyi yang terlalu kuat. 8. Cenderung kepada objek bulat dan bergerak seperti bola atau kipas angin yang berpusing. 9. Pendiam dan pemalu tetapi amat bijak.

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

10. Perhubungan tidak beremosi dengan orang lain atau tidak mempunyai perasaan terhadap orang lain. 11. Suka membuang masa pada sesuatu objek tetapi tidak menghiraukan fungsinya. 12. Tidak suka pada persekitaran yang berubah dan sukar menerima sesuatu perubahan atau pembaharuan. 13. Bersifat aneh terhadap sesuatu penglibatan deria. 14. Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal. 15. Kegangguan pergerakan aktiviti-aktiviti am. 16. Intelek yang luar biasa. 5.0 5.1 PENYAKIT AUTISME Definisi Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) bermaskud - Kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku, dan kelebihan intelek yang luas. Kerapkali menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain - lain. Menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur 3 tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan
10

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah 4 kali ganda daripada kanak - kanak perempuan. Menurut K.A Razhiyah (2008), istilah autism berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme yang beerti suatu aliran. Maka autism beerti keadaan yang

menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Menurut laman web, http://www.autis.info/index.php/tentang-autisme/apa-itu-autisme menerangkan iaitu autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Science Daily (Sep. 28, 2011) mendefinisikan autisme sebagai : A primary characteristic of autism spectrum disorders (ASD) is impairments in socialcommunication skills. Children and adolescents with social-communication problems face difficulty understanding, interacting and relating with others. University of Missouri researchers found that children who receive more intensive therapy to combat these impairments, especially at early ages, achieve the best outcomes. Laman web http://kidshealth.org/kid/health_problems/brain/autism.html menjelaskan bahawa , Autism (say: aw-tih-zum) causes kids to experience the world differently from the way most other kids do. It's hard for kids with autism to talk with other people and express themselves using words. Kids who have autism usually keep to themselves and many can't communicate without special help.

11

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Dalam

laman

web,

http://psychcentral.com/news/2011/09/30/early-intense-therapy-

benefits-children-with-autism/29925.html menyatakan bahawa,Autisme spectrum disorders (ASD) are typified by impaired social-communication skills. Children and adolescents with ASD have difficulty understanding, interacting and relating with others. Berdasarkan laman web, http://childrenwithspecialneeds.com/index.php/disability-

info/46.html, Autism is a complex developmental disability that typically appears during the first three years of life. It is a brain disorder that affects a person's ability to communicate, form relationships with others, and respond appropriately to the environment. People with autism are not physically disabled and 'look' just like anybody without the disability. Those with highfunctioning autism may have speech and intelligence intact. Others may be mentally disabled, mute, or have serious language delays. Autism may make them seem closed off and shut down. Some seem locked into repetitive behaviors. People with autism tend to share certain social, communication, motor, and sensory problems that affect their behavior. Menurut Cikgu Norhaslina iaitu selaku guru penyelaras Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Taman Selayang Satu di mana sekolah yang dipilih sebagai tempat kajian dilaksanakan iaitu terdapat murid-murid autisme yang mempunyai kemahiran tertentu seperti bijak matematik, pandai melukis dan mewarna dan sebagainya. Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman yang beliau miliki selama 17 tahun, pada kebiasaannya kanak-kanak autisme tidak gemar menjalinkan interaksi serta adanya hubungan kontek mata dengan orang yang bercakap dengannya. 6.0 PROFIL DAN LATAR BELAKANG SUBJEK

12

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Dharvinraj A/L Nyanasegran merupakan kanak-kanak autisme yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang 1. Dharvinraj dilahirkan pada 1 Mac 2000 merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Abangnya kini berada dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah Selayang Baru manakala adiknya berada dalam darjah dua dan belajar di Sekolah Kebangsaan Frim, Kepong. Dharvinraj kini berumur 11 tahun dan telah bersekolah dalam kelas pendidikan khas selama lima tahun iaitu 3 tahun di NASOM dan bermula pada 2010 sehingga kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang Satu. Bapanya bekerja

sebagai seorang juruteknik tetapi kini telah meninggal dunia manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Keluarganya merupakan golongan yang terpelajar. Dharvindraj telah

dilahirkan di Gleaneagles Intan Medical Centre, Kuala Lumpur. Ketika dilahirkan Dharvinraj kelihatan seperti bayi normal yang lain. Tubuh badannya sempurna dan dia kelihatan comel sekali. Namun menjelang umur 3 tahun,ibu bapanya dapat mengesan bahawa Dharvinraj masih tidak dapat menuturkan perkataan dengan baik dan sering bersendirian serta tidak suka diganggu oleh orang lain. Dia juga tidak menunjukkan sebarang respon apabila seseorang bercakap

dengannya. Bahasa komunikasi yang dituturkan oleh keluarga Dharvinraj ialah Bahasa Inggeris. Pada ketika itu juga, ibu bapanya menyedari bahawa Dharvinraj tidak seperti kanakkanak yang lain. Dia tidak gemar dibelai mahupun dipeluk apatah lagi mahu dimanjai. Dia leka bermain secara berseorangan sepanjang hari. Dharvinraj tidak menunjukkan sebarang respon apabila namanya dipanggil malah tidak berkomunikasi dengan orang yang berada disekelilingnya. Menurut ibunya lagi, Dharvinraj juga tidak takut apabila ditinggalkan secara bersendirian mahupun ketika ditinggalkan dalam suasana gelap. Dia langsung tidak

menunjukkan sebarang emosi. Sekiranya situasi berkenaan berlaku kepada kanak-kanak lain sudah pasti mereka akan menangis. Sebaliknya, Dharvinraj hanya menunjukkan wajah bersahaja
13

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

dan tidak menunjukkan reaksi takut terhadap situasi yang dihadapinya ketika itu. Dengan perkembangan Dharvinraj yang tidak memberangsangkan ini, maka ibu bapanya mengambil keputusan untuk membawanya menjalani pemeriksaan doktor mengidap autisme. hasilnya dia telah disahkan

7.0

CIRI FIZIKAL, INTELEK, EMOSI DAN SOSIAL Dari aspek fizikal, kanak-kanak istimewa ini berbadan kurus dan agak tinggi berbanding

dengan kanak-kanak yang seusia dengannya. Dharvinraj

mempunyai ciri-ciri fizikal yang

kemas, bersih dan menarik. Sekali imbas tiada siapa pun akan menyedari perbezaanya dengan kanak-kanak yang normal. Rupa parasnya kelihatan sempurna dan seolah-olah tiada kecacatan yang dialaminya. Menurut ibunya, sekiranya pakaian atau kasutnya tidak lengkap dan sempurna, dia tidak mahu ke sekolah atau keluar bersiar-siar. Begitu juga dengan penampilan dirinya yang mahukan sentiasa kemas seperti rambut diminyak, disisir rapi dan sebagainya. Dharvinraj mempunyai tabiat yang unik iaitu gemar melukis gambar kipas angin dalam pelbagai bentuk dan warna. Lukisannya kelihatan sangat kreatif dan kadangkala melangkaui lukisan kanak-kanak normal yang lain. Menurut gurunya iaitu Cikgu Norazia, setiap kali dia dikehendaki menyiapkan latihan sama ada dalam buku tulis ataupun lembaran kerja, Dharvinraj akan menyiapkan tugasan yang diberi dengan kadar yang segera kerana sesudah itu dia ingin melukis gambar kipas angin yang sentiasa menjadi kegilaannya itu. Apa yang menarik tentang kipas angin yang dilukisnya akan dilabel mengikut jenama barangan elektrik yang telah berada dalam pasaran seperti KDK, Panasonic dan sebagainya.

14

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Selain itu, Dharvinraj juga suka akan objek yang berbentuk bulat seperti bola, roda kenderaan mainan dan tidak ketinggalan pelbagai bentuk kipas yang terdiri daripada kipas syiling, kipas dinding atau kipas kaki. Ada ketika dia suka memerhatikan pusingan kipas tanpa berbuat apa-apa. Dia akan tersenyum sendiri apabila melihat kipas tersebut berpusing. Menurut kata gurunya, pernah satu ketika apabila sesi persekolahan telah tamat, dia menolak kipas dari luar kelas melalui celah-celah cermin tingkap yang terletak di atas meja gurunya. Jelasnya, Dharvinraj begitu taksub terhadap objek yang bernama kipas. Tingkah laku yang suka mencederakan diri dan panas baran menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan, namun Dharvinraj tidak mempunyai sikap yang sedemikian kerana doktor mengesahkan bahawa Dharvinraj hanya mempunyai autisme pertengahan. Dharvinraj dikategorikan sebagai memiliki simptom-simptom autisme yang mild atau pertengahan dan masih boleh dibentuk dengan mengikuti kelas pendidikan khas di sekolah. Dia mudah dibentuk dan akan melakukan apa yang dipelajarinya dengan mudah. Menurut kata gurunya lagi, Dharvinraj tidak pernah menunjukkan sikap baran atau agresif yang melampau sepanjang dia belajar di sekolah tersebut. Namun demikian,dia amat suka minum air isotonik dan makan gula-gula. Sekiranya tidak dikawal pemakanan tersebut, Dharvinraj akan menjadi hyperaktif pada hari tersebut. Dharvinraj juga sangat sensitif dan amat melindungi barangan yang dimilikinya. Contohnya, hasil lukisan kipas yang dilukis olehnya tiada siapa boleh melihatnya kecuali mendapat kebenaran daripadanya. Sebagai contoh lain, sekiranya kita meminta sedikit makanan kegemarannya seperti ayam goreng, maka dia akan menjawab dengan perkataan no atau dengan perkataan lain yang kita fahami tidak boleh ini kepunyaan saya.
15

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Sifat sangat sensitif ini kadangkala menyukarkan guru-guru membetulkan kesalahan serta mendidiknya. Namun demikian, sifat sensitif yang keterlaluan seperti ini bukanlah suatu perkara yang asing atau mustahil bagi kanak-kanak yang mengidap autisme. Dharvinraj juga sangat sensitif kepada deria rasa, bau dan bunyi. Contohnya, sekiranya dia mendengar bunyi bising dari arah luar seperti orang mengetuk bangunan, dia bertindak menekap telinga dengan kedua-dua belah tangannya dan kadang kala akan bertindak di luar kawalan dan menjadi semakin agresif. Selain itu, Dharvinraj juga sangat sensitif terhadap masa. Dia tahu waktu sesi

pembelajaran bermula dan tamat walaupun dia tidak pandai melihat masa. Hal demikian kerana pada waktu sesi pembelajaran tamat iaitu pada pukul 12.00 tengah hari, Dharvinraj akan gelisah dan tidak fokus lagi pada pembelajarannya. Pada ketika itu juga, pandangannya akan menghala ke luar bilik darjah seperti menunggu seseorang yang ingin menjemputnya pulang. Selalunya, keluarganya akan menjemput Dharvinraj tepat pada masanya kerana sudah betah dengan perangainya. Daripada segi hubungan sosial, Dharvinraj tidak mempunyai ramai kawan. Dia tidak suka bersosial dan gemar menghabiskan masanya secara bersendirian. Dia tidak akan mempedulikan orang lain seperti tiada perasaaan dalam dirinya. Hal demikian menyukarkan gurunya untuk melibatkan dirinya dalam aktiviti berkumpulan. Dharvinraj juga tidak suka kepada perubahan persekitarannya. Contoh, sekirannya guru ingin mengubah tempat duduknya, dia tidak akan berganjak sama sekali. Kanak-kanak autisme ini sukar menerima sesuatu perubahan dalam dirinya. Dharvinraj juga merupakan seorang murid yang begitu pendiam dan pemalu. Dia tidak suka bertentangan mata dengan orang lain apatah lagi ingin bercakap dengan orang lain.
16

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Daripada pemerhatian kami, dia sering menutup dan mengelakkan mukanya apabila kita bertentangan mata dengannya. Sekiranya, kita berkomunikasi dengannya, hanya patah-patah perkataan yang keluar daripada mulutnya. Itu pun pada orang yang dikenalinya seperti guru dan keluarga terdekatnya. Mengikut kata gurunya lagi, Pn Norazia, kadangkala beliau sukar memperolehi jawapan yang tepat daripadanya apabila diajukan soalan. Dharvinraj lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan hariannya. Jika di rumah, dia gemar berkomunikasi dengan ibunya berbanding adik dan abangnya. 7.1 Pemasalahan Subjek Yang Dikesan Sejak Lahir Dharvinraj dilahirkan pada 1 Mac 2000 di Gleneagles Intan Medical Centre, Kuala Lumpur secara pembedahan. Menurut maklumat yang diperolehi oleh ibunya, Dharvinraj terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana dikhuatiri berlaku kekurangan oksigen semasa proses kelahirannya. Semasa umurnya sebulan hingga tiga bulan, Dharvinraj seperti bayi normal yang lain. Dia begitu comel dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Perkembangannya seperti bayi-bayi yang lain melalui proses meniarap, merangkak dan berjalan ketika umurnya genap satu tahun. Menurut ibunya, ketika dia berumur 8 bulan, Dharvinraj mula bercakap bahasa bayi seperti memanggil ma ma ba ba tetapi apabila umurnya 12 bulan,dia tidak lagi bercakap bahasa bayi tersebut sehinggalah 16 bulan. Sepanjang umurnya dari 12 bulan hingga 16 bulan, Dharvinraj tidak boleh bercakap walaupun bahasa bayi seperti ba ba atau ku ku . Selain itu, dia juga tidak membuat pergerakan bermakna seperti menunjuk ke satu arah pada umur 12 bulan. Malah dia tidak boleh bercakap satu patah perkataan pun ketika berumur 16

17

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

bulan. Paling ketara, dia tidak boleh bercakap ayat yang mengandungi dua patah perkataan apabila berumur dua tahun. Di samping itu, Dharvinraj juga lambat ketika bercakap dengan seseorang dan

mempunyai masalah bercakap serta memahami percakapan orang. Dia juga tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Dia sering mengelakkan mukanya apabila bercakap dengan seseorang. 8.0 PENDIDIKAN DAN JENIS PERKHIDMATAN KHAS YANG DITERIMA OLEH SUBJEK 8.1 Pendidikan Yang Diterima Murid-murid berkeperluan khas menerima pendidikan sepert imana kanak-kanak yang lain. Berlandaskan prinsip yang terkandung dalam DEKLARASI HAK-HAK

KEMANUSIAAN SEJAGAT (1948) setiap individu hendaklah mendapat pendidikan yang menjurus kepada keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya yang memerluka pendidikan dan perhatian khusus. Dharvinraj menerima pendidikan selama 3 tahun di NASOM iaitu semenjak berumur 5 tahun dan seterusnya dia telah berpindah ke Sekolah Rendah (1) Taman Selayang dan kini berusia 11 tahun dan mengikuti kelas pendidikan khas. Di sekolah ini dia telah menerima pendidikan berasaskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Khas dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
18

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Di dalam kurikulum ini aspek-aspek yang ditekankan meliputi komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika dan ketrampilan diri. Selain itu lima mata pelajaran yang diterima oleh subjek meliputi Asas 3M melalui komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. Di samping itu mereka juga menerima pendidikan berasaskan mata pelajaran Pengurusan Kehidupan yang meliputi Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran Manipulatif. 1. Komponen Bahasa Melayu a b c Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid d e Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul Melibatkan diri dengan interaksi sosial melalui perbualan, permainan, penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan untuk mendapatkan perkhidmatan 2. Komponen Bahasa Inggeris a b c d Mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah Bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi Membaca dan memahami mesej yang ringkas Menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah
19

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

e 3. a b c d 8.2

Menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian Komponen Matematik Mengetahui dan memahami konsep nombor Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak Mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yang terdapat di alam sekeliling Menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian

Keperluan Terapi Kanak-kanak autisme yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah

tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi. Dhavinraj juga melalui beberapa sesi terapi untuk memaksimumkan potensi dan keupayaannya. Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran. Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal (Kamus Perubatan Mosley, 2001) Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
20

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009). Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan pergerakan kreatif, terapi seni, terapi air/hidro, terapi pasir, terapi main, dan terapi alternative. 8.3 a) Aktiviti aktiviti Terapi Yang Dilakukan Oleh Subjek Terapi motor kasar berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan

bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku. b) Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) melihat gambar bertindih, mencari

benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan
c)

Terapi motor halus memegang pensel dan menconteng atas kertas. Terapi kuda menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan

d) emosi. e)

Terapi pasir meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk

kemahiran motor halus.

21

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

f)

Terapi air bermain dengan bola dalam air dan aktiviti berenang bagi pengukuhan

pergerakan dan perkembangan otot. Pada kesimpulannya, guru-guru Dhavinraj telah mendedahkan segala aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas sepertinya. Aktiviti-aktiviti terapi ini dijalankan di sekolah dan di luar premis sekolah secara kumpulan dan individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas seperti Dhavinraj. 9.0 9.1 PENCAPAIAN SUBJEK Akademik Dharvinraj merupakan kanak-kanak autisme yang berjaya dibentuk oleh guru dan keluarganya berdasarkan pencapaiannya dalam bidang akademik. Pada saat mula bersekolah di sekolah pendidikan khas iaitu semasa dia berumur 7 tahun, Dharvinraj tidak boleh menulis dan membaca. Namun selepas diberi didikan dan tunjuk ajar, dia sudah boleh menguasai kemahiran menulis dan membaca. Menurut gurunya, dalam subjek Bahasa Melayu dia telah menguasai bacaan mudah seperti mengeja sesuatu perkataan berdasarkan suku kata. Manakala berdasarkan pemerhatian kami, Dharvinraj juga boleh mengisi tempat kosong pada huruf-huruf yang ditinggalkan mengikut susunan yang betul serta menulisnya dengan kemas sekali. Menurut ibunya pula,setiap hari beliau akan menghabiskan masa bersama Dharvinraj selama satu atau dua jam untuk mengajarnya membaca. Namun begitu,Dharvinraj hanya boleh menumpukannya sehingga satu jam sahaja.kemudian dia akan hilang fokus dan berminat ke arah melukis gambar kesukaannya iaitu kipas dan jenamanya. Dharvinraj juga pandai mewarna hasil lukisannya sehingga menjadi sangat unik.
22

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Selain itu, Dharvinraj juga bijak dalam matapelajaran Matematik, dia dapat menyelesaikan pengiraan matematik yang mudah terutama bagi operasi tambah dengan baik sekali. Namun agak sukar baginya untuk menyelesaikan operasi tolak. Dia juga dapat menulis huruf dengan kemas dan teratur. Ejaan namanya pada setiap lembaran kerja juga ditulis dengan kemas. Namun begitu menurut cikgunya, Dharvinraj mempunyai mood pada hari-hari tertentu, ketika emosinya tidak stabil dia hanya akan menyiapkan latihan yang diberi secara sambil lewa sahaja. Malahan ruang kosong bahagian belakang lembaran kerjanya akan diwarnakan sahaja tanpa lukisan kipas angin seperti kebiasaannya. 9.2 Tingkah laku sosial

Hasil daripada soal selidik daripada keluarga dan guru guru yang mengajar Dharvinraj , dia sebenarnya tidak mampu bersosial. Perkembangan sosial subjek biasanya berlaku sangat perlahan, menyebabkan dia jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya. Selain itu, dia menunjukkan 1. perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:

Tidak menghiraukan orang lain. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan

pemikiran orang lain. Dharvinraj tidak akan mempedulikan orang lain di sekelilingnya seperti tidak mempunyai perasaan. Contohnya, daripada pemerhatian kami pada hari tersebut,di mana kawan di sebelahnya yang mempunyai masalah Sindrom Down menangis sambil menghentakhentak kaki di sebelah tempat duduknya. Tetapi Dharvinraj tidak mempunyai perasaan langsung,dan tidak mempedulikannya seperti tiada apa yang berlaku. 2. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. 3. Lebih suka bermain sendiri, tidak suka berkomunikasi dengan orang lain dan mengawal barang permainannya malah tidak suka berkongsi barangnya dengan orang lain.
23

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

4. Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Dharvinraj mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. Contohnya, dia tidak suka diubah tempat duduknya, diusik barang permainannya. 5. Menunjukkan minat pelik. Contohnya Dharvinraj amat suka peralatan elektronik seperti kipas angin yang menjadi idolanya. 6. Menunjukkan pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang seperti memusingkan badannya berulang kali sehingga di luar kawalan. 7. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Dharvinraj berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin pengisar dan menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Kekurangan yang dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autisme sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara langsung apabila berkomunikasi. Dharvinraj juga tidak kenal erti bahaya pada dirinya sendiri. Walaupun kini dia berumur 11 tahun,namun dia tidak pandai lagi melintas jalan raya. Dia tidak pandai mematuhi peraturan seperti kanak-kanak normal yang lain. Keadaan ini menyebabkan ahli keluarga dan guru-guru perlu mengawalnya setiap masa. 9.3 Kemahiran khusus dan sebagainya Dharvinraj gemar melukis pada setiap lembaran kerja yang diberi terutamanya kipas angin yang pelbagai bentuk dan diwarnakan dengan sungguh menarik. Dia juga tidak lupa menulis jenama kipasnya dengan jenama tertentu seperti KDK, Panasonic, Khind, Mec dan sebagainya. Kami turut teruja dan kagum apabila gurunya memberitahu Dharvinraj mampu
24

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

menulis jenama-jenama kipas angin tersebut. Ini bermakna dia juga menulis dan menerima maklumat berdasarkan pemerhatiannya. Selain itu, hasil daripada pertemuan kami dengan ibunya, ibunya memberitahu bahawa Dharvinraj kini sudah pandai berdikari seperti melipat bajunya sendiri,mengemas bajunya di dalam almari dan menolong ibunya mencuci pinggan di dapur. Paling menggembirakan ibunya, Dharvinraj pandai melakukan ibadat sembahyang yang dilakukan oleh kaum India . 10.0 PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN SUBJEK Dalam merancang masa depan untuk subjek, ibu dan gurunya telah menekan beberapa perkara yang penting antaranya ialah, 1. Kebolehan kendiri Cara mengatasi tiada atau kurang kebolehan berdikari daripada segi menyuap makanan, memakai baju, pergi ke tandas, menjaga kebersihan diri dan lain-lain. 2. Kebolehan bermain Cara berhadapan dengan masalah tidak pandai, faham bermain, mengenai mainan, ingin bermain dan masalah kecacatan mengehadkan kebolehan bermain. Memberi peluang kepada kanak-kanak ini bermain kerana ia boleh merangsang perkembangan emosi dan berinteraksi dengan persekitaran. 3. Kognitif dan konsep asas

25

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Membantu dalam menghadapi pemikiran yang lemah, tidak boleh menerima, memahami dan mengikut arahan. Masalah mengenal asas warna, bentuk, keadaan, benda, tempat, rasa, nombor, huruf dan lain-lain. 4. Psikososial Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti. 5. Skil kehidupan dan pravokasional Cara berhadapan dengan masyarakat, menambah keyakinan, keberanian hidup berdikari. Mempertingkatkan kebolehan seperti berkebun serta membeli barangan harian. 6. Kemahiran kerjaya Membantu subjek ke arah bidang kemahiran seperti kemahiran elektrikal yang diminatinya sejak kecil. 11.0 PENUTUP Meskipun gangguan autisme tidak dapat disembuhkan, namun kami berharap Dharvinraj dapat mempelajari seberapa banyak kemahiran dan ilmu semasa zaman persekolahannya sebagai bekalan untuknya menghadapi waktu dewasanya nanti. Kami turut berharap Dharvinraj mampu hidup berdikari serta dapat menguruskan dirinya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Setelah bertemu dengannya dan melakukan pemerhatian di kelas pendidikan khas di mana Dharvinraj mendapat pendidikannya, kami berpendapat bahawa kanak-kanak autisme yang tidak
26

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

teruk boleh dibentuk dan dididik jika diserahkan kepada guru-guru yang berdidikasi. Walaupun mereka tidak akan menjadi normal secara total tetapi jika diberi tunjuk ajar oleh tangan-tangan yang ajaib ini, anak-anak autisme akan berjaya diasuh dan memperolehi potensi mereka yang maksimum. Tegasnya, cabaran ibu bapa yang ada anak - anak autisme memang besar kerana sukar untuk memahami kelakuan mereka. Gangguan tingkah laku kanak-kanak autisme juga berbeza antara individu dan ibu bapa perlu belajar cara menanganinya. Apabila bercakap dengan anak, bercakaplah mengikut tahap pemikirannya.Contohnya jika anak berusia 12 tahun, tetapi tahap pemikirannya mungkin sama seperti kanak-kanak berumur lapan atau enam tahun. Pendekatan penting untuk membentuk perlakuan baik ialah meningkatkan kefahaman anak terhadap kehidupan dan peranan mereka dalam dunia ini. Puji anak apabila mereka berkelakuan baik kerana ada kanak-kanak sengaja buat perangai hanya untuk mendapatkan perhatian. Jangan hukum anak apabila mereka buat perangai, sebaliknya gunakan pendekatan lebih positif. Contohnya, dengan mengalihkan perhatian, melakukan aktiviti digemari atau melengahkan memberi apa yang diminta. Kalau semua kaedah tidak berjaya dan anak masih mengamuk, biarkan seketika hingga perasaan mereka reda. Jelasnya, mendidik anak autistik memerlukan kesabaran tinggi. Ada kanak-kanak yang meniru setiap perlakuan atau kata-kata ibu bapa. Jika berdepan masalah begini, kita boleh mengajar anak ini melalui mimik muka. Cara ini sebenarnya sangat berkesan kerana ia bukan saja mengajar anak belajar mengenali ekspresi wajah, bahkan menimbulkan suasana pembelajaran tidak langsung yang lebih positif.

27

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak istimewa ini terhindar daripada rangsangan yang boleh menyebabkan mereka terganggu untuk mengelakkan tindak balas atau kelakuan yang tidak diingini. Pastikan anak autisme ini sentiasa berasa selesa. Kadangkala pakaian, kasut dan persekitaran boleh menyebabkan mereka berasa terganggu. Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Pastikanlah anak tersebut tahu sesetengah tindak balas yang boleh diterima apabila berdepan satu-satu keadaan. Ajarkan juga anak cara berkomunikasi yang boleh diterima dan mereka tahu komunikasi berkenaan difahami orang lain. Ajar anak untuk mengenal satu-satu keadaan supaya mereka tahu apa perlu dilakukan mengikut masa, tempat, cara dan apa bakal terjadi selepas itu. Paling penting, ibu bapa atau penjaga perlu menjaga diri supaya tidak tertekan. Dapatkan bantuan dan sokongan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa lain atau doktor. Luangkan masa untuk diri sendiri supaya anda lebih kuat dan tabah untuk mendidik anak. Terima kehadiran anak dengan hati terbuka. Percayalah Allah hanya memberi ujian yang setanding dengan kekuatan hati dan minda kita untuk menanganinya. 12.0 REFLEKSI Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang istimewa ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya. Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik.Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.
28

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

Apabila dewasa, anak autistik harus digalakkan mengambil bahagian dalam intervensi yang melibatkan komuniti. Ibu bapa anak autistik harus menerima sokongan moral daripada ahliahli keluarga dan masyarakat kerana mereka menghadapi tekanan yang tinggi.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa. Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

29

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

BIBILIOGRAFI 1. Carrell P.L. (1983). Schema Theory and ESL Reading Pedagogy [J] TESOL Quarterly (12). 2. Goodman K.S. (1971). Psycholinguistic universals in the reading process [A] In Pinsleur.P. and Quinn. T. (eds) The Psychology of Second Language Learning [C] CUP. 3. Rumelhart D.E. (1977). Toward an Interactive Model of Reading [A]. in S.Donic(ed), Attention and Performance VI [M]. Hillsdale, HJ: Elbau. 4. Smith, F. (1971). Understanding Reading: A Psycholinguistic Analysis of Reading and Learning to Read [M]. New York: Holt Rinehart and Winston.
5. Smith, F. (1985). Reading [M].CUP. Cambridge. 2nd edition. 6. http://www.ninds.nih.gov/disorders/autism/detail_autism.htm#179483082 7. http://specialchildren.about.com/od/gettingadiagnosis/p/whatare.htm 8. http://www.autis.info/index.php/tentang-autisme/apa-itu-autisme 9. http://psychcentral.com/news/2011/09/30/early-intense-therapy-benefits-children-with-

autism/29925.html
10. http://childrenwithspecialneeds.com/index.php/disability-info/46.html 11. http://kidshealth.org/kid/health_problems/brain/autism.html

12. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) 13. Persatuan Autisme Amerika Syarikat 14. Akta Pendidikan 1996, seksyen 312

30

EED3105 / Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

UPM/2011

31

You might also like