You are on page 1of 7

Abstrak

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi di dalam membantu meningkatkan kemahiran pelajar di dalam penulisan surat rasmi di dalam Bahasa Perancis untuk murid tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Kaedah latih tubi merupakan teknik yang mengikut teori behaviorisme di mana murid diberikan tugasan yang sama secara berulangkali sehingga mereka berjaya mencapai aras yang ditetapkan. Pelajar akan diberikan latihan dan corak soalan yang sama untuk dijawab dalam setiap sesi pengulangan. Diharapkan melalui kajian ini murid tingkatan dua SEMASHUR akan lebih mahir didalam format karangan surat tidak rasmi di dalam bahasa perancis dan seterusnya mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan DELF A1. Pengenalan Matapelajaran bahasa perancis merupakan salah satu bahasa asing yang diajar di sekolah berasrama penuh di Malaysia. Ia merupakan subjek elektif selain dari bahasa Jerman, Jepun, Arab dan Mandarin. Pelajar-pelajar SEMASHUR diberi pilihan samada untuk memilih matapelajaran bahasa Perancis, Jepun atau Arab bagi subjek bahasa ketiga mereka. Pelajar yang memilih bahasa Perancis akan mempelajari bahasa Perancis dari tingkatan satu hingga tingkatan empat. Selain dari peperiksaan awal dan akhir tahun, para pelajar akan turut menduduki peperiksaan antarabangsa iaitu DELF A1 dan DELF A2 sewaktu di tingkatan dua dan tingkatan tiga. Refleksi isu Kemahiran menulis karangan surat rasmi merupakan satu daripada kemahiran yang diperlukan oleh murid tingkatan dua SEMASHUR untuk lulus di dalam peperiksaan DELF A1 dan juga peperiksaan awal dan akhir tahun. Markah akan di nilai berdasarkan format yang betul dan isi karangan yang tepat. Murid-murid telahpun diajar untuk menulis karangan surat rasmi sejak tingkatan satu lagi. Seharusnya mereka mampu lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan yang di duduki. Sebaliknya, rata-rata murid tingkatan dua SEMASHUR masih tidak mampu mendapat markah yang memuaskan di dalam peperiksaan awal tahun. Ini amat membimbangkan kerana selesai menduduki peperiksaan akhir tahun, murid tingkatan dua semashur yang mempelajari subjek bahasa perancis akan menduduki peperiksaan DELF A1 di mana penilaian markah akan di buat oleh juri-juri yang di lantik oleh Alliance francaise, persatuan bahasa perancis yang bertanggungjawab mengendalikan peperiksaan seragam bahasa perancis di seluruh dunia.

Melalui pemerhatian yang di lakukan terhadap markah peperiksaan awal tahun murid tingkatan dua Semashur yang mengambil subjek bahasa perancis, di dapati murid lemah di dalam penulisan surat rasmi dalam bahasa perancis.ini dapat dilihat apabila hanya segelintir daripada pelajar tersebut yang mendapat markah cemerlang di dalam bahagian dua (karangan) subjek bahasa perancis. Kegagalan mendapat markah yang baik di dalam bahagian ujian karangan akan memberi kesan terhadap markah keseluruhan pelajar. Saya juga mendapati semasa memberi tugasan dalam kelas, murid sering menunjukkan isyarat tidak faham serta sentiasa merujuk kepada rakan sebelah. Murid kadangkala kelihatan keliru tentang bagaiman untuk memula dan menyiapkan tugasan. Kebiasaannya murid hanya akan memulakan penulisan agak lewat. Ini menyukarkan rancangan pengajaran saya, dan ini menyebabkan saya kadangkala gagal mengikut jadual masa yang di rancang. Begitu juga sewaktu memberi tugasan kerja rumah kepada murid untuk mengarang surat rasmi di dalam bahasa perancis, murid seringkali lewat dan gagal menyiapkan tugasan yang diberi. Antara alasan yang diberikan murid termasuklah tidak faham dan tidak mampu menyiapkan tugasan kerana soalan sukar. Alasan ini sukar diterima kerana murid-murid tingkatan dua semashur telahpun menguasai kata kerja asas dan arahan di dalam bahasa perancis. Disamping itu, sewaktu menghantar tugasan yang diberikan sebelumnya, seringkali saya melihat murid melakukan kesilapan terutamanya dari segi format penulisan. Murid sering membuat kesalahan seperti kedudukan penghantar dan penerima serta kedudukan tandatangan. Murid juga seringkali gagal memenuhi bilangan perkataan yang diminta. Tidak dilupakan sewaktu memeriksa jawapan peperiksaan awal tahun, di dapati murid mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama di dalam mengarang surat biarpun telah dibetulkan sewaktu membuat latihan dalam kelas dan tugasan kerja rumah.

Saya merumuskan salah satu punca murid tidak mahir di dalam mengarang surat rasmi di dalam bahasa perancis adalah diatas beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah murid tidak faham format penulisan mengarang surat di dalam bahasa perancis. Ini mungkin disebabkan format surat rasmi di dalam bahasa perancis adalah berlainan dengan format surat rasmi di dalam bahasa melayu. Sebagai contoh kedudukan penghantar dan penerima yang berkedudukan berlainan berbanding format surat rasmi di dalam bahasa melayu.

Namun, saya merasakan faktor yang paling mendorong kepada kelemahan murid tingkatan dua semashur adalah kerana kurangnya pendedahan dan terhadap format surat rasmi di dalam bahasa perancis. Ketiadaan sumber rujukan yang mencukupi menyebabkan masalah ini. Murid hanya mengharapkan kepada guru untuk menyediakan contoh-contoh karangan surat rasmi.Kekangan masa juga menyebabkan guru kadangkala sukar menumpukan kepada pengajaran format penulisan surat rasmi di dalam bahasa perancis. Guru hanya mempunyai 120 minit seminggu untuk sesi pengajaran. Ini menimbulkan kesukaran kepada guru untuk menumpukan kepada sesi latihan penulisan di dalam kelas kerana ia agak mengambil masa. Bagi mengatasi permasalahan kurangnya pendedahan dan latihan terhadap format penulisan surat rasmi di dalam bahasa perancis, saya menyenaraikan beberapa tindakan yang mungkin mampu menangani masalah ini. Pertamanya saya mendapati adalah penting bagi guru untuk menyediakan helaianhelaian contoh karangan surat rasmi kepada murid-murid. Kemudahan internet haruslah dimanfaatkan oleh guru sebaiknya, dimana di internet terdapat pelbagai contoh surat karangan rasmi yang boleh diedarkan kepada murid. Contoh-contoh surat rasmi ini boleh dibaca oleh murid tingkatan dua semashur di asrama. Di samping itu, saya merasakan seharusnya guru memberikan lebih galakan, pujian atau imbuhan kepada murid yang dapat menyelesaikan tugasan latihan pada masa yang ditetapkan dengan tepat. Pujian dan galakan ini adalah sejajar dengan konsep peneguhan positif ekonomi token. objektif Objektif yang ingin saya capai hasil kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid di dalam menulis surat karangan rasmi seterusnya meningkatkan pencapaian markah mereka semasa peperiksaan akhir tahun. Diharap juga murid akan mampu meningkatkan prestasi mereka didalam peperiksaan akhir tahun dan juga lulus di dalam peperiksaan DELF A1. Kumpulan sasaran Responden yang saya pilih adalah 10 orang murid tingkatan dua sekolah menengah sains hulu selangor (semashur) yang mengikuti kelas bahasa perancis sebagai kelas bahasa asing. Mereka dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dimana mereka merupakan 10 orang yang gagal mendapat markah lulus di dalam ujian tersebut. Mereka didapati bukan sahaja gagal mengikut format karangan surat rasmi yang betul, malah mereka gagal menyelesaikan ujian dalam masa yang di tetapkan. Instrumen kajian

instrumen kajian yang digunakan ialah ujian satu dan ujian dua (sila rujuk lampiran). Ujian satu dijalankan pada... manakala ujian dua dijalankan pada... iaitu selepas tindakan. Pelaksanaan tindakan Saya merasakan kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi kelemahan murid didalam penulisan surat rasmi dalam bahasa perancis adalah melalui teknik latih tubi. Untuk mengkaji keberkesanan teknik ini, pertama sekali saya akan melakukan satu ujian penulisan secara mengejut. Murid dikehendaki mengarang satu surat rasmi. Masa ditetapkan mengikut masa ujian sebenar. Saya akan menyenaraikan dan mengkaji kesalahan format yang dilakukan pelajar. Markah yang diperolehi akan dicatat sebagai markah ujian pra. Saya membahagikan kaedah latih tubi ini kepada lima sesi. Sesi yang pertama adalah lebih kepada sesi pengenalan tentang kaedah mengarang surat rasmi. Saya akan menerangkan kepada murid tentang format yang betul untuk menulis sepucuk surat rasmi dalam bahasa perancis. Saya akan memperuntukkan masa untuk sesi soal jawab, dimana murid boleh bertanyakan soalan sekiranya mereka masih tidak jelas tentang format penulisan yang betul. Diakhir kelas, saya akan menyediakan helaianhelaian contoh surat rasmi dalam bahasa perancis untuk dibaca murid semasa di asrama. Saya mengingatkan kepada murid bahawa saya akan meminta seoarang murid untuk menerangkan kembali format penulisan surat rasmi pada sesi yang berikutnya. Semasa sesi kedua, saya akan memilih secara rambang murid yang akan membentangkan format karangan surat rasmi di hadapan kelas. Sekiranya murid berjaya menerangkan secara tepat, galakan berupa pujian dan tepukan akan saya berikan. seterusnya saya akan meminta murid untuk membetuk kumpulan-kumpulan kecil. Murid dikehendaki berbincang di dalam kumpulan dan akan mengarang satu surat rasmi di dalam bahasa perancis di atas kertas mahjung. jawapan kemudiannya akan dibentang dihadapan kelas. Setiap kumpulan akan memeriksa jawapan kumpulan lain. Kumpulan yang dapat mengarang dengan betul akan dinilai sebagai kumpulan terbaik. Diakhir kelas, saya akan meminta murid untuk mengarang satu surat rasmi dimana tugasan ini akan dihantar pada sesi yang berikutnya. Pada sesi ketiga, saya akan mengumpul tugasan yang diberikan kepada murid pada sesi sebelumnya. Murid yang gagal menyiapkan tugasan diberi akan didenda. Kemudiannya saya akan mengadakan sesi latihan dimana murid akan diminta untuk membuat satu karangan surat rasmi. Masa yang diperuntukkan adalah 15 minit. Penggunaan kamus bahasa perancis dibenarkan bagi memudahkan murid. Saya akan menggunakan masa tersebut untuk menanda kertas tugasan murid. Selesai latihan,

saya akan memulangkan tugasan murid yang telah siap ditanda.Diakhir kelas, saya akan memberikan tugasan baru kepada murid. Corak latihan yang sama akan dikekalkan pada sesi keempat dan kelima. Untuk lebih jelas, berikut merupakan jadual sesi latih tubi yang saya syorkan. Bil Sesi Perkara 1 Ujian Satu 2 1 Sesi pengenalan kepada format surat rasmi Sesi soal jawab Edaran helaian contoh surat rasmi Meminta murid menghafal format surat rasmi Seorang murid menerangkan format surat rasmi Latihan dalam kumpulan Tugasan kerja rumah diberi Tugasan kerja rumah dikumpul Sesi latihan Tugasan yang siap ditanda dipulangkan Tugasan kerja rumah baru diberi Tugasan kerja rumah dikumpul Sesi latihan Tugasan yang siap ditanda dipulangkan Tugasan kerja rumah baru diberi Tugasan kerja rumah dikumpul Sesi latihan Tugasan yang siap ditanda dipulangkan Tugasan kerja rumah baru diberi Ujian Dua Memeriksa kertas jawapan Refleksi Sasaran Murid tingkatan dua semashur Murid tingkatan dua semashur

Murid tingkatan dua semashur

Murid tingkatan dua semashur

Murid tingkatan dua semashur

Murid tingkatan dua semashur

7 8 9

Murid tingkatan dua semashur Murid tingkatan dua semashur Murid tingkatan dua semashur

Selesai sesi kelima, saya akan menyediakan satu set soalan berkenaan karangan surat rasmi di dalam bahasa perancis. Masa yang diperuntukkan adalah mengikut masa peperiksaan sebenar (30 minit). Penggunaan kamus adalah dilarang. Saya akan menyediakan refleksi berdasarkan markah ujian dua.

Refleksi selepas kajian.

Melalui kajian kami melalui keputusan ujian satu yang dijalankan pada...,saya mendapati masih ramai murid yang gagal mendapat markah memuaskan untuk penulisan karangan surat rasmi. 10 orang daripada 28 murid tingkatan dua semashur didapati gagal dalam ujian ini. Beberapa pelajar didapati gagal menggunakan format yang betul sewaktu menjawab soalan. Sebagai contoh, bilangan perkataan, kedudukan penghantar dan penerima, kedudukan tandatangan dan sebagainya. Malahan terdapat segelintir daripada mereka yang gagal menyiapkan karangan surat rasmi dalam bahasa perancis pada masa yang di tetapkan. Untuk mengatakan bahawa masa yang diberikan tidak mencukupi adalah tidak benar kerana terdapatnya pelajar yang mampu menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, hanya ada segelintir pelajar yang mampu menguasai teknik mengarang surat rasmi didalam bahasa perancis menggunakan format yang betul. Ujian satu telah dijalankan secara mengejut. Ini dilakukan supaya data yang dikumpul adalah berdasarkan pemahaman murid tentang format penulisan surat rasmi pada masa tersebut. Pada sesi pertama, saya telah memulakan kelas dengan bertanya kepada murid sekiranya masih ada diantara mereka yang kurang mahir didalam menulis surat rasmi di dalama bahasa perancis. Saya mendapati murid mengambil sikap mendiamkan diri dan enggan bertanyakan soalan. Saya merasakan ini adalah kerana wujudnya perasaan malu murid untuk bertanya soalan kepada guru dihadapan murid lain. Keadaan itu sama dengan pelajar Jepun hasil kajian F Anderson (1993). Pakar psikologi itu mendapati kebanyakan pelajar enggan membuka mulut dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan berbentuk komunikasi ketika berada di bilik darjah kerana sikap malu.Beliau berkata, antara manifestasi sikap malu pelajar Jepun yang ketara dalam kelas bahasa Inggeris adalah, mereka jarang memulakan diskusi, mereka mengelak daripada membangkitkan topik baru, mereka tidak mencabar guru, mereka jarang bertanya untuk mendapatkan penjelasan dan tidak memberi jawapan secara sukarela.

Saya meneruskan kelas dengan membentangkan satu contoh karangan surat rasmi dengan menggunakan projektor di dalam kelas. Ini adalah supaya semua murid dapat melihat dengan jelas contoh format surat rasmi. Penggunaan projektor adalah untuk menarik perhatian murid supaya memandang dan mendengar apa yang diterangkan oleh saya. Saya mengelakkan diri dari memberi lampiran contoh surat rasmi di awal

kelas kerana murid mempunyai kecenderungan untuk tidak memandang kehadapan kelas, sebalinya menconteng kertas yang diberi. murid kemudiannya telah dibekalkan dengan lampiran contoh surat rasmi didalam bahasa perancis. Sumber ini diperolehi saya menerusi internet memandangkan kesukaran mendapatkan buku contoh karangan didalam bahasa perancis dimalaysia. Tambahan pula, saya merasakan sumber ini adalah lebih relevan kerana contoh-contoh tersebut adalah mengikut piawaian Cadre Europeen Commun, salah satu badan yang menguruskan peperiksaan antarabangsa DELF dan DALF. Pada sesi ketiga, keempat dan ke lima sesi latih tubi dijalankan ada diantara kumpulan pelajar tersebut yang merungut kerana terpaksa melakukan aktiviti yang sama di mana mereka kurang minat melakukannnya ekoran daripada tidak begitu mahir dalam penulisan surat rasmi. Tetapi selepas beberapa sesi mereka mendapati bahawa mereka dapat menyiapkan aktiviti yang dijalankan dengan lebih cepat dan mula memahami kepentingan mind mapping yang telah diajarkan kepada mereka. Kami juga mendapati bahawa ketika sesi peta minda pelajar semakin mahir dalam mengenal pasti isi-isi penting yang dikehendaki oleh soalan dan ini secara tidak langsung telah mempercepatkan proses penghasilan surat rasmi dikalangan pelajar. Adalah tidak dinafikan terdapat segelintir pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris dimana halangan utama mereka adalah perbendeharaan kata , dimana mereka mengalami kesulitan untuk memahami kebanyakan perkataan sama ada yang terdapat di dalam soalan mahupun petikan yang diberikan. Untuk kelompok pelajar ini kami telah mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran kepada mereka unutk menggunakan kamus bahasa perancis semasa sesi latih tubi.

You might also like