You are on page 1of 2

ASAL-USUL MELAKA

Sumber 1 : Sejarah Melayu

Melaka diketahui sebagai sebuah negeri


bersejarah yang kaya dan dikenali sebagai lambang semangat perpaduan kebangsaan yang telah ditempa hasil ukiran dan tenunan sejarah yang unik. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara (atau Raja Iskandar), pemerintah Melayu Temasik yang terakhir (Singapura pada masa dahulu) pada tahun 1396 apabila baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke Muar, dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara Sungai Melaka. Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap di situ dan menamakannya sebagai "Melaka" sempena nama sebuah pokok tempat baginda bersandar.

__________________________________________________ Sumber 2 : Perkataan Arab.


Nama Melaka juga dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu :-

Mulaqah yang bermaksud pertemuan atau

Malakat iaitu perhimpunan segala dagang.

_______________________________________________________________________ Sumber 3 : Mitos Hindu

Nama Melaka dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Amalaka. Pokok Amalaka dipercayai pokok yang pertama tumbuh di dunia dan dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

You might also like