You are on page 1of 5

Refleksi Sukan Permainan Tradisonal Pada 25 April 2011 yang lalu, pelajar PISMP semester 5 ambilan Januari 2009

telah berjaya menganjurkan sebuah kejohanan sukan tradisional di peringkat IPG dengan jayanya. Antara objektif utama sukan seperti ini dilancarkan adalah untuk memenuhi kursus ataupun sukatan pelajaran yang telah dilengkan dalam takwim dalam matapelajaran Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan ( PJM 3112). Sukan permainan tradisional berbeza daripada kejohanan sukan yang lain. Acara yang dipertandingkan berupa acara permainan tradisional yang dimainkan pada zaman dahulu. Antara acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut adalah seperti permainan gasing, permainan guli, lari dalam guni, lompat ketenteng, tuju selipar dan galah panjang. Sepintas lalu, pelbagai faedah yang diperolehi dengan penganjuran kejohanan seperti ini. Antaranya ialah seperti membangkitkan kembali minat untuk bermain permainan tradisonal serta memperkenalkan permainan tradisional ini kepada kaum-kaum lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya melihat bahawa walaupun permainan seperti ini seperti ketinggalan zaman, namun tidak memerlukan kos yang tinggi kerana bahan-bahan yang digunakan dalam permainan seperti ini adalah bahan terbuang dan bahan yang mudah didapati di kawasan sekitar. Selain itu, aktiviti seperti ini membolehkan kaum-kaum lain seperti Masyarakat Cina dan India merasai sendiri permainan ini. Dengan pengalaman secara langsung seperti ini mungkin dapat meningkatkan rasa minat mereka untuk bermain permainan seperti ini pada masa akan datang. Untuk menganjurkan kejohanan seperti ini, sudah tentu memerlukan wujudnya sebuah badan organisasi yang kukuh. Hal ini kerana dengan terbinanya badan organisasi yang mantap, penyediaan

kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan lebih mudah, serta aturcara majlis dapat berjanlan dengan lebih lancer. Bagi memudahkan lagi pengurusan badan organisasi telah dilantik dan setiap unit yang terdapat dalam PISMP semester 5 telah dipertanggungjawabkan dengan satu jawatan mewakili setiap Ahli Jawatankuasa badan perlaksana. Sebagai contoh, kelas saya sendiri telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai pengerusi kejohanan serta memegang Ahli Jawatankuasa bahagian makanan. Hal ini bermaksud hal yang berkaitan penyediaan makanan dipertanggungjawabkan kepada kami seramai 20 orang ahli dalam Unit Kajian Sosial 2. Namun begitu, saya melihat bahawa, perlantikan ini adalah tidak adil berikutan masa yang diperuntukkan tidak panjang malahan terdapat unit-unit lain yang hadir sewaktu perlantikan dijalankan. Hal seperti ini sebenarnya mampu menimbulkan ketidakpuashatisan pihak-pihak dari unit lain. Selain itu kami juga diberi masa sebanyak 3 hari sahaja sebelum kejohanan berlangsung dan kami sebenarnya terpaksa bertungkuslumus memastikan pengurusan kejohanan ini berjaya dan berjalan lancar. Walaupun tugas telah diberikan, saya mendapati terdapat juga kelas-kelas lain yang kurang memberi kerjasama contohnya dalam penyediaan menyediakan barang-barang yang diperlukan dalam kejohanan seperti ini. Sikap seperti ini amat tidak digalakkan kerana akan menyusahkan pelbagai pihak. Disebalik masalah-masalah yang timbul saya mendapati, terdapat faedah yang lain yang dapat diaplikasikan. Sebagai contoh ialah dalam aktiviti penyediaan tempat. Oleh kerana unit yang dipertanggjawabkan dalam penyediaan tempat diwakili oleh unit Matematik dan Bahasa Cina, mereka kurang mahir seperti menyediakan gelanggang berikutan permainan yang telah sebulat-suara dipersetujui dalam mesyuarat ialah permainan masyarakat Melayu. Mereka telah meminta tolong unit saya, dan

kesemua ahli dari Unit PISMP Kajian Sosial 2 telah turun padang membantu menyediakan tempat kejohanan yang dijalankan. Dari sini saya melihat bahawa, kerjasama dalam kumpulan telah dipraktikkan dengan jayanya.

Mengikut tentatif kejohanan, kejohanan akan berlangsung tepat jam 5 petang dan setiap ahli perlu menghadirkan diri ke padang Institut sebelum pukul 5 petang. Dari aspek ini, saya melihat kesemua pelajar-pelajar PISMP semester 5 sangat berdisiplin berjaya menghadirkan diri dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan syabas tahniah dikalungkan kepada semua pelajar dari Unit Pendidikan Khas kerana berjaya menghadirkan diri dalam masa yang ditetapkan walaupun mereka sebenarnya menghadapi kekangan masa iaitu mengahadiri amali terapi pada hari itu juga. Hal ini bermaksud mereka tidak mempunyai rehat yang cukup malahan mampu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada aktiviti dalam kejohanan yang dilangsungkan. Kesungguhan mereka menjalankan tugas yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama menyertai aktiviti kejohanan tidak dapat disangkal lagi. Sepanjang kejohanan berjalan, saya melihat semangat persaingan secara sihat berlangsung apabila setiap wakil dari unit masing-masing yang menyertai pertandingan bermain bersunguhsungguh tanpa mengenal erti penat lelah. Kegembiraan dan wajah kekecewaan jelas terpancar kepada pihak yang menang dan pihak yang tewas. Walaupun agak kebudak-budakkan, saya melihat perkara

ini adalah positif bermaksud apabila seseorang menghayati perkara yang dilakukan, hal ini bermaksud mereka betul-betul menghadiri kejohanan bukan sekadar untuk memenuhkan tandatangan sahaja. Semangat seperti ini harus dipraktikkan dalam apa jua aktiviti yang akan dilaksanakan contohnya mengajar dan sebagainya. Meskipun terdapat banyak kelemahan dan kekurangan, akhirnya Sukan Permainan Tradisional ini berjaya dilaksanakan hasil daripada kerjasama semua. Pensyarah kami iaitu En.Tan juga banyak membantu dalam memberikan nasihat untuk menangani sesuatu masalah. Saya merasa gembira kerana permainan yang dipilih membuatkan permainan tradisional ini nampak menyeronokkan dan menghiburkan. Saya adalah individu yang turut merasa gembira apabila permainan tradisional ini berjaya dilaksanakan dan terdapat sumbangan bakti saya yang ikhlas disana bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan markah tugasan semata-mata. Harapan saya, semangat yang ditunjukkan rakan-rakan sewaktu menguruskan kejohana seperti ini terus dilaksanakan dan saya berharap pengalaman yang diperolehi sewaktu menjalankan pengurusan akan kami sebatikan di dalam diri agar tidak menjadi guru yang tidak berfungsi sewaktu berada di sekolah kelak. Sejujurnya walaupun saya bukanlah mengajar Pendidikan Jasmani sepenuh masa, saya merupakan seorang insan yang gemar bersukan, dan aktivitiaktiviti kesukanan seperti ini amat menarik minat saya untuk menyertai malahan saya berasa amat berbangga dan berpuas hati sekiranya apa yang saya minat, memberikan hasil yang baik setelah saya sendiri yang berpenat-lelah mengusaha dan menjayakan. Akan tetapi saya amat yakin bahawa, kejayaan seperti ini sebenarnya tidak mampu diperolehi tanpa wujudnya nilai kerjasama yang kukuh diantara kita semua. Jika anda seorang jurulatih yang ternama, pasukan anda belum pasti bergelar juara seandainya pemain anda

tidak memberi kerjasama. Moto inilah yang saya genggam sejak saya kecil lagi.

Disediakan oleh : Muhammad Hafiz Bin Hassan PISMP Kajian Sosial 2

You might also like