You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 1/TAHUN 2011 Tarikh : 08 Januari 2011 Masa : 09.30-12.

30 t/hari Tempat : Bilik gerakan Pengerusi : En Mohd Shahrizal bin Yusoff Kehadiran/(Bilangan) : 4 orang Nama Yang Hadir : 1. En Mohd Shahrizal Bin Yusoff 2. Pn Noorlaili Binti Yahya 3. Puan Asilah Bt. Ramli Nama Yang Tidak Hadir : En. Ishak Bin Saidoo ( Kenyataan ) Cik Zubaidah Binti Muda ( Kenyataan ) Cik Nurakmarina Binti Azmi ( Kenyataan ) Turut Hadir (Jika ada) : Aida Yuliana 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI 1.1 En Shahrizal mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia kerana menghadirkan diri. Tindakan: Ketua Panitia 1.2 Penyelaras Mata Pelajaran Sejarah mengikut tingkatan 1.2.1 En Shahrizal memaklumankan Ajk Panitia sejarah adalah seperti berikut: SU Panitia: Cik Nurakmarina binti Ramli Tingkatan 1:Cik Nurakmarina Tingkatan 2:Pn Asilah Bt Ramli Tingkatan 3: Cik Zubaidah Musa Tingkatan 4: En Mohd Shahrizal Bin Yusoff Tingkatan 5: En Ishak Bin Saidoo

Penyelaras PBS: Pn Hjh Noor Laili Yahya Tindakan: ahli panitia 1.2.2 Pn Noor Laili membincangkan mengenai target PMR 2011,Plan J mengikut piawaian sekolah yang mesti ditentukan oleh guru bagi setiap kelas sejarah,latihan pengukuhan dan pencapaian yang sebenar. Dalam tempoh 1 minggu, 35 soalan yang mengandungi soalan objektif, subjektif yang mengikut aras hendaklah diberikan kepada pelajar. Tindakan: Ketua Panitia, ahli panitia 1.2 Post Mortem Pengajaran dan Pembelajaran 2010 1.2.1 En Shahrizal memberitahu, rancangan mengajar harian boleh merujuk kepada Ketua Bidang dan Guru Cemerlang. Objektif/hasil pembelajaran dan refleksi hendaklah yang boleh diukur. Terdapat kekangan masa bagi penerangan bagi satu topik kecil mengambil masa yang agak lama kerana pelajar bangsa Cina tidak faham Bahasa Melayu. 1.3 Ujian dan Penilaian 1.3.1 Guru-guru dingatkan supaya mematuhi pelan tindakan yang dikeluarkan oleh SU peperiksaan. JSI mematuhi nisbah 5:3:2, Soalan dan skema jawapan hendaklah disahkan oleh Ketua Bidang dan Penolong Kanan 1. Guru yang mengajar sejarah di kelas mesti membuat analisis item dan diserahkan kepada penyelaras tingkatan untuk dibuat rumusan keseluruhan tingkatan. 1.4 Kursus Dalaman 1.4.1 Guru juga memerlukan kursus dalaman dalam Teknik Penandaan Kertas 2 , Mempelajari Bahasa Cina dan Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan Untuk Sejarah . 1.5 Alat Bantu Mengajar 1.5.1 Puan Noor Laili memaklumkan bahan-bahan dari galeri sejarah juga boleh digunakan sebagai ABM. Ahli panitia bersetuju untuk menyediakan ABM berbentuk carta, bahanbahan, video, bahan replika bagi 2 minggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan.

1.6 Kerja Kursus (PBS) 1.6.1 Kerja kursus bagi tingkatan 1 dan 2 hendaklah dihantar pada Mei 2011 sebelum Ujian 2. 20 % markah diperuntukkan bagi kerja kursus dan dicampurkan dengan markah ujian 2. Manakala untuk tingkatan 3 mengikut pelan tindakan yang akan dikeluarkan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tindakan: En Shahrizal, ahli panitia 3 HAL - HAL LAIN 3.1 Kertas kerja dan pemilihan ajk Program Getop dan Gem 2 sedang disiapkan oleh ketua panitia. Mesyuarat bagi program kemerdekaan ditetapkan pada bulan Julai. Anggaran belanjawan bagi tahun ini lebih kurang sama dengan tahun lepas. Buku stok inventori hendaklah ditulis mengenai rekod pembelian yang dibuat dan nota invois juga difotokopi untuk simpanan sebagai rujukan. Tindakan: En Shahrizal, ahli panitiai Disediakan oleh, ....................... (Pn Asilah Bt Ramli) Disemak oleh, .................... (En Mohd Shahrizal Bin Yusoff)

You might also like