You are on page 1of 33

PEMBUANGAN BAYI 1.0 PENGENALAN Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku.Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Kita selalu memperkatakan permasalahan tentang seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram, rogol, pencabulan, penderaan anak-anak, keganasan rumahtangga, dan permasalahan masyarakat lain-lain. Akan tetapi, pada generasi kini, kita dikejutkan dengan permasalahan pembuangan bayi yang semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam yang menjadi pegangan. Sedih, pilu, ngeri, tidak berperasaan dan banyak perkataan-perkataan lain yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ini yang berlaku di Malaysia.Hampirlah setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak serta elektronik.Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kes pembuangan bayi ini banyak dijadikan daripada remaja yang tidak pernah diberi dengan pengajaran keibubapaan dan seks kerana bayi ini merupakan datang daripada pergaulan bebas dan berzina ibu bapa tersebut.Ibu bapa yang mudata
1

tersebut hanyalah menikmati keseronokan pada masa itu tanpa mengira kesannya dan batas-batas agama.Akhirnya, merekalah menggangap anak sebagai satu beban kepada mereka dan fikiran ini telah mengakhbarkan mereka supaya membuangkan bayi tersebut dengan tidak bertanggungjawab dan keji. Setiap anak yang boleh datang ke dunia ini telah diiktiraf sebagai suatu anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai kepada ibu bapa tersebut.Oleh itu, tugasan ini bertujuan untuk membincangkan mengapakah kes pembuangan bayi tersebut semakin serius pada generasi kini terutamanya dalam kalangan remaja dan golongan pelacuran. 2.0 KONSEP 2.1 DEFINISI Membuang bayi merupakan langkah yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil.Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut. Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat.Keadaan ini banyak berlaku dalam golongan remaja dan golongan pelacuran.Di samping itu, senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di merata tempat dunia ini.Sebagai contoh, di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menjadikan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi tersebut mati kelemasa. Di Indonesia, seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Selain itu, di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut,

manakala di Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan berumur 19 tahun, Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor. 2.2 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN PEMBUANGAN BAYI Fenomena ini telah menjadi semakin serius.Beberapa punca telah menyebabkan kes pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi.Antaranya, akar yang paling utama yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi merupakan kebebasan seks dan berzina dalam segala golongan terutamanya golongan-golongan pelacuran juga merupakan punca-punca yang menyebabkan pembuangan bayi.Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, mereka di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.Selain itu, fikiran remaja generasi ini yang perlahan matang kerana mereka membuat satu perbuatan hanyalah bergantung kepada keseronokan mereka dan tanpa memikirkan kesannya.Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Selain itu, Selain itu, kekurangan pengajaran dan kefahaman agama juga merupakan factor utama yang mencetuskan kes-kes pembuangan bayi ini.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya.Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii.Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas
3

dilahirkan.Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan. Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku.Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya.Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya.Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak.Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami. 2.3 KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat.Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri, tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang
4

masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka.Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun.Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala.Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan. Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah.Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan.Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan

daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi.Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat.Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini.Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung keskes seperti daripada berlaku. 2.4 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PEMBUANGAN BAYI Bagi mengatasi masalah ini dari, ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja.Oleh sebab, ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak.Semasa anak dilahirkan, anak diibaratkan sebagai kertas putih yang suci dan bersih dan terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorakkannya.Oleh itu, ibu bapa perlulah menjadi satu contoh yang baik kepada anak dan mencorakkanya untuk menjadi seorang insan yang berguna mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.Dalam pengajaran orang cina, kasih sayang merupakan satu senjata yang berkuasa untuk mencegah seluruh fikiran yang negatif.Dengan ini, kasih sayang daripada ibu bapa merupakan

salah satu saluran untuk mencegah remaja terlibat dalam sebarang kegiatan yang tidak baik seperti berzina. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini.Oleh sebab, guru diiberatkan sebagai pelita dalam kegelapan, merekalah sanggup membakar dan berkorban diri untuk mencahayakan masa depan pelajar-pelajar. Selain itu, menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah sosial tiada penghujungnya , pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secarakomprehensif melalui kurikulum dan kokurikulum di sekolah, intervensi,latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalamstrategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkanmasyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telahdiberi tanggungjawab untuk mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala programdan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial diperingkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikirangenerasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatifberfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial danmewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937). Bagi mencapai hasrat diatas, semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama, danberusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagimenjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika merekahamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah.Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal
7

dilahirkan.Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.Semuapihak digesa agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalamusaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. 3.0 PERBINCANGAN
3.1 MENGAITAN PEMBUANGAN BAYI DENGAN TEORI MORAL DAN AGAMA

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan kewajaran sikap pembuangan bayi dari sudut teori moral dan agama. Kita juga akan mengaitan pembuangan bayi dengan punca utamanya iaitu kebebasan seks dan berzina.Dari sudut teori eksistensialisme, di mana manusia dipandang sebagai suatu makluk bereksistensi yang mengkaji situasi sekeliling dengan kesadaran tersendiri. Oleh itu, isu tersebut merupakan sesuatu yang wajar.Tindakan seks ini merupakan keinginan remaja atau sesiapa golongan masyarakat untuk mencapai kepuasan hidup.Kelakuan penguguran dan pembuangan bayi juga merupakan suatu langkah bagi meneruskan hidup remaja yang tidak berkemampuan.Dengan adanya situasi yang menjadikan pihak pertama mengalami masalah, alternatif yang terbaik adalah mengurangkan tekanan secara menghapuskan kandungan mereka. Remaja berhak melihat cara manusia sekeliling berada. Pilihan wajar yang mengelakkan masalah muktlak diutamakan. Seseorang remaja itu bertanggungjawab memilih cara penyelesaian masalah kerana mengetahui cara menempatkan dirinya.Peraturan dan hokum agama tidak boleh menjadi halangan kebebasan pilihan remaja sekira pilihan itu pilihan remaja sendiri. Perbuatan seperti yang berada pada isu tersebut dikatakan bermoral sekiranya waktu itu adalah sesuai di mana ia tidak menyusahkan remaja. Teori eksitensialisme mengatakan remaja itu ketua kepada pilihannya sendiri di mana pilihannya haruslah berdasarkan situasi mereka sendiri dan moral itu ditetapkan sendiri.
8

Selain daripada teori-teori tersebut, kes pembuangan bayi juga dikatakan wajar dari sudut teori moral, egoisme.Teori egoisme ini membawa maksudseseorang itu mestilah melakukan sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri sendiri.Setiap perbuatan yang berkesannya memberi keuntungan dan faedah kepada diri sendiri adalah satu perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri. Oleh itu, seseorang itu yang membuang bayinya adalah cara yang mudah dan dapat menolakkan bebannya dengan cepat. Merekalah tidak lagi memikirkan bagaimana untuk menyayangi anak mereka dari sudut kewangan dan dapat melarikan diri daripada pandangan masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut mereka. Sebaliknya, dari sudut teori kemoralan social, kelakuan pembuangan bayi adalah tidak wajar.Teori kemoralan social ini dipengaruhi oleh pegangan agama masyarakat tersebut.Teori ini merupakan suatu teori etika yang berkaitan dengan apaapa peraturan dalam sesuatu masyarakat, bangsa atau kaum. Peraturan ini pula biasanya merujuk kepada agama, adab sopan, adat tradisi, susila, undang-undang dan apa jua perbuatan yang dianggap baik oleh kumpulan masyarakat tersebut. Maksudnya, dalam sesebuah masyarakat akan ada perkara yang diizinkan dan dilarang perbuatan yang betul dan salah, baik dan buruk dan sebagainya. Oleh itu, pembuangan bayi akan menjejaskan masyarakat sekeliling. Mereka pasti berasa malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Masyarakat memandangkan pembuangan bayi sebagai satu kelakuan yang keji dan perbuatan ini telah melanggar undangundang masyarakat. Lebih-lebih lagi, kes pembuangan bayi adalah tidak wajar dari pandangan teori moral kategorikal imperatif.Teori ini memperkatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak

dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk munuruti atau mematuhi. Jikalah kelakuan remaja atau golongan lain mengatakan pembuangan bayi tersebut adalah perbuatan yang bermoral dan diterima, apakah yang akan terjadi kepada masyarakat kita tersebut. Akibatnya merupakan kes pembuangan bayi akan meningkat secara tiba-tiba. Remaja dapat mencari alasan dengan mengatakan bahawa bayi tersebut bukan merekanya dan menolakkan tanggungjawab tersebut. Dari pandangan agama iaitu agam Islam, pembuangan bayi dan perbuatan seks bebas adalah diharamkan. Menurut ajaran agama islam, salah satu asas utama agama Islam ialah Akhlak yang bermaksud tingkah laku. Akhlak yang baik akan lahir apabila kita melakukan sesuatu perbuatan seolah-olah Tuhan melihat dan mengawasi setiap perbuatan, maka akhlak yang baik mestilah dipupuk dan dipelihara oleh setiap insan. Salah satu ciri akhlah seorang muslim adalah mencontohi akhlah yang baik dan meninggalkan akhlak yang tercela atau keji. Oleh sebab itu, perbuatan seks bebas dan pembuangan bayi jelas bertentangan dengan ajaran islam yang berpegang teguh kepada akhlak yang baik. Selain daripada itu, Islam mementingkan 5 perkara yang perlu dijaga iaitu harta, maruah, akal, nyawa dan agama.Dalam konteks ini, pembuangan bayi dan perbuatan seks bebas adalah bercanggah dengan salah satu perkara tersebut iaitu maruah manakala pengguguran boleh dikaitan dengan nyawa iaitu pengambilan nyawa janin yang secara langsungnya bermaksud pembunuhan.Oleh sebab, sesiapa yang tidak menjaga 5 perkara ini adalah dianggap berdosa besar dan mesti segera bertaubat. Dalam isu yang dibincangkan ini, salah satu punca kepada berlakunya gejala social ini mungkin bersangkut paut dengan kegagalan golongan remaja dalam mengawal hawa nafsu dan godaan, maka dalam ajaran Islam, bagi mereka yang tidak

10

dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa. Hubungan seks bebas tanpa perlindungan membawa kepada peningkatan risiko pengguguran di kalangan remaja yang masih mentah dan juga kes pembuangan bayi.Pengguguran mengakibatkan kematian janin.Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat yang dikenali sebagai nutfah, alaqah, dan mudhghah.Peringkat terakhir adalah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.Pada kandungan adalah haram dan berdosa besar kerana pengguguran dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh iaitu sebagai makhluk bernyawa.Malahan anak dalam kandungan adalah tidak berdosa.Walaubagaimanapun, pengguguran adalah dibenarkan pada pandangan agama Islam dalam keadaan tertentu.Contohnya untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan. Selain pengguguran, hubungan seks bebas remaja juga membawa kepada peningkatan kes pembuangan bayi.Perbuatan biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru mengambil tindakan demi kepentingan sendiri.Gejala ini bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah kemanusian masia.Pada zaman jahiliah iaitu zaman kegelapan, gejala ini menjadi sebahagian daripada nilai masyarakat jahiliah.Mereka bukan sahaja membuang bayi perempuan, malah sanggup menanam anak perempuan mereka dengan hidup-hidup untuk menjaga maruah peribadi dan keluarga sendiri.Perbuatan ini dianggap jahil pada pandangan Islam iaitu tidak mematuhi 5 perkara yang perlu dijaga.Justeru itu, jelasnya hal ini berlaku lantaran remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Sebaliknya, bagi agama Buddha, perlakuan seks bebas iaitu segala hubungan antara lelaki dan perpuan yang tidak diakui oleh undang-undang negara dan

11

kemoralan social, kecuali hubungan isteri dan suami adalah perbuatan yang tidak dibenarkan.Peraturan ini dipercayai dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dan amat membantu dalam budinya sendiri. Mengikuti konsep Karma, perbuatan yang baik akan membawa kesan baik manakala perbuatan yang jahat akan membawa padah. Sekiranya hendak mendapat karma yang baik, maka perlulah mematuhi 5 rukun moral agama Buddha iaitu jangan membunuh, mencuri, berzina, berbohong dan mengambil dadah atau arak yang boleh mengelirukan akal. Perlakuan seks dengan sesiapa yang bukan isteri atau suami juga tidak dibenarkan kerana itulah bersamaan dengan perbuatan berzina. Penganut agama Buddha mempercayai patuh kepada rukun jangan berzina akan membawa keteteraman minda dan menjernihkan hati, jika selalu mematuhi rukun ini akan mendapat Bodhi yang benar dan akhirnya individu tersebut tiada hubungan lagi dengan dunia ini dan mencapai nirvana. Terdapat juga empat kebenaran mulia dalam ajaran Buddha, iaitu Dukkha, DukkhaSamudaya, Nirodha dan Dukkha-Nirodha.Antaranya Dukkha-Samudaya bermaksud punca penderitaan adalah keinginan dan nafsu yang kuat. Keinginan dan nafsu ini akan didorong oleh kejahilan. Nafsu adalah salah satu punca penderitaan manusia untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan yang tiada penghujungnya, manakala Dukkha-Nirodha bermaksud apabila keinginan dan hawa nafsu dihapuskan maka penderitaan dapat diatasikan.Manusia haruslah menghapuskan atau mengatasi nafsunya untuk mengelakkan penderitaan.Perlakuan seks bebas adalah berpunca daripada hawa nafsu yang tidak terkawal, maka hendaklah mengatasi nafsu untuk berseks untuk mengelakkan penderitaan seperti kesedihan pengguguran atau pembuangan bayi. Pengguguran bayi merupakan salah satu kesalahan yang serius dalam peraturan atau rukun agama Buddha, kerana salah satu nilai dari 5 rukun agama Buddha adalah jangan membunuh, dan dalam agama Buddha, pengguguran adalah
12

sama dengan membunuh. Hal ini disebabkan dosa menggugur bayi setimpal dengan dosa membunuh. Selain itu, pengguguran adalah salah satu dosa dalam 5 dosa yang paling berat, iaitu membunuh ibu bapa, membunuh arahar, menggugur bayi, membunuh suami, dan menghina atau merosakan patung Buddha. Dosa ini akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka wu jian. Neraka ini dikelilingi dengan tembok besi yang setinggi 10000 kilometer dan penuh dengan barak api yang sangat panas. Bagi sesiapa yang jatuh ke dalam neraka ini, mereka akan mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir ke dunia manusia atau dunia lain lagi. Di samping itu, salah satu nilai dalam nilai moral agama Buddha ialah baik hati kepada semua makhluk iaitu menyayangi dan menghormati makhluk lain kerana semuanya juga mempunyai hak untuk hidup, maka pengguguran juga bermaksud telah merampaskan hak bayi itu untuk lahir atau hidup di dalam dunia ini. Walaupun dosa membuang bayi tidak seberat dengan mengguguran bayi, tetapi pembuangan bayi tetap membawa penderitaan kepada bayi itu sama ada bayi itu masih kecil atau masa hadapannya, maka mengikut prinsip karma, pembuang bayi juga akan menerima karma yang tidak baik. Perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang buruk kepada yang melakukannya, ianya akan mencorakkan perwatakan atau mengubahkan nasib orang tersebut sama ada dalam hayat ini atau hayat yang berikutnya. Contoh yang biasa dapat diperhatikan adalah seperti sering sakit, menghadapi penyakit aneh, berjumpa dengan perkara yang aneh. Ringkas kata, apa yang lahir semula itu bukan jiwa tetapi hasil perlakuan sesuatu makhluk atau perwatakannya pasa hayat sebelumnya. 3.2 SOKONGAN

13

Dalam perbincangan tentang kes pembuangan bayi ini, hal ini telah dibincang dan dianalisis oleh falsafah atau bangsawan yang lain. Berikutnya mempunyai beberapa artikel yang membincang tentang kes pembuangan bayi tersebut :

14

"PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH"

Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui. Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadijadi sehingga tidak dapat di bendung lagi Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93: Maksudnya: "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar". Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak
15

boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya. Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179: Maksudnya: "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai". Oleh itu, renung-renungkanlah.......................... Disediakan oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor

16

ARKIB : 21/02/2010

Masalah buang bayi boleh diatasi


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my

Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua Masyarakat perlu diterapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar pihak iaitu isu pembuangan bayi. pembuangan bayi boleh dibendung. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar motivasi, Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, terdapat pelbagai sebab mengapa dan kenapa berlakunya peningkatan kes pembuangan anak. Sebab kes ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu sosial, spiritual atau rohani dan era globilasasi dan pembangunan teknologi. "Faktor sosial merupakan salah satu daripada penyumbang utama berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks," katanya. Di samping itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka hingga menyebabkan mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang pemantauan. Dr. Mohammad Shatar menambah, didikan agama yang kukuh adalah dinding terbaik untuk mengelakkan diri remaja daripada sebarang kes jenayah dan salah laku. Namun, ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi kesalahan kepada mereka. Ilmu agama Justeru itu, kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram. "Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT)

17

pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini," jelasnya. Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini. Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin. Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. "Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas. Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan," jelasnya. Dr. Mohammad Shatar menambah, psikologi remaja yang terlibat dengan kes tersebut tidak akan tenang dan tenteram. Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas. Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu. "Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi manusia lain sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Selain itu, meletakkan diri kita dalam diri mereka, jika kita jadi bayi tersebut apakah perasaan kita. Dari segi psikologi, cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab," jelasnya. Beliau menjelaskan, teori sosial mengenai cinta di bawah umur 13 tahun, percintaan yang berlaku hanyalah berdasarkan kepada kecantikan. Manakala, umur 13 hingga 25 tahun, percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu orang lain bercinta kita nak bercinta dan jemu dengan pasangan masing-masing, akan dicuba pasangan lain. Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab. Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan. "Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini berpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial 'sifar'. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di
18

antara masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan masalah buang anak ini," ujarnya. Kesedaran Dr. Mohammad Shatar menyarankan masyarakat memberi kesedaran untuk membendung gejala tidak sihat ini. Misalnya, kerajaan boleh melaksana undangundang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat. " Ibu bapa juga perlu peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh remaja mereka. Selain itu, guru perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah," katanya. Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang penambahbaikan untuk kembali ke pangkal jalan. "Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa," ujarnya.

19

Statistik pembuangan bayi


Wednesday, 19 January 2011 11:50 kn4g92 Statistik
Top of Form

User Rating: Poor

/ 13 Best
Bottom of Form

Sinopsis Banyak yang telah dilaporkan, entah berapa banyak pula lagi yang tidak dilaporkan. Ada yang ditemui dalam bentuk tidak cukup sifat iaitu dilahirkan secara paksa dan ada yang ditemui dalam keadaan cukup sempurna dan comel. Besar kemungkinan ia masih hidup ketika dibuang. Ia pasti akan meruntut jiwa siapa sahaja yang melihatnya sambil memikirkan siapakah yang tergamak memperlakukan bayi yang tidak berdosa itu sedemikian rupa. Sumber statistik Bilangan kes adalah seperti yang dikeluarkan oleh PDRM dan data yang dikumpulkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Statistik ini cuba diperkuatkan dengan melihat perangkaan daripada Jabatan Pendaftaran Negara. 2004 hingga 2010 Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.

20

Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Kemaskini Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga 2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8 peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital. Walaupun kini Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan denda tidak memlebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, kes buang bayi terus berlaku di mana Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 127 kes, diikuti Johor 104 kes, Sabah 73 kes, Serawak 42 kes dan Negeri Sembilan 30 kes.

Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010

Zina atau seks luar nikah Selain daripada dibunuh atau dibuang, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44
21

peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Kempen Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah dilancarkan semasa Malam Amal Raudhatus Sakinah pada 14 Julai 2007. . Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang bahaya zina khususnya di kalangan remaja dan memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak-anak dalam menangani permasalahan gejala sosial. Kempen Kami Prihatin telah dilancarkan pada 12 April 2010. Kempen yang lahir dari inisiatif akhbar Utusan Malaysia ini merupakan tindakan proaktif untuk mencetuskan rasa keinsafan dalam kalangan masyarakat yang rasa marah, geram dan benci terhadap manusia yang tergamak membuang bayi yang baru menjenguk dunia tanpa rasa belas. Kempen ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta stesen televisyen Astro Awani dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Pergerakan Puteri UMNO telah melancarkan kempen Life is Precious 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 April 2010 bagi menangani fenomena pembuangan bayi. Kempen itu bertujuan menyedarkan masyarakat untuk menghargai anak sebagai anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini atau Baby Hatch Pertubuhan Kebajikan dan pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) melancarkan Baby Hatch pada 29 Mei 2010. Penganjurnya berpendapat Baby Hatch perlu diwujudkan di Malaysia kerana negara memiliki kerajaan yang bertanggungjawab serta rakyat penyayang. Kewujudan Baby Hatch tidak bertujuan menggalakkan kes kehamilan luar nikah, sebaliknya menyelamatkan bayi dibuang ibu bapa yang tidak menghendaki mereka. Baby Hatch yang beroperasi 24 jam adalah pilihan terakhir kepada bayi tidak dikehendaki yang menyediakan tempat perlindungan sihat dan selamat sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Sesiapa saja datang ke OrphanCARE dan meletakkan bayi di tempat yang dikhaskan.

Hukuman 13/8/2011. Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

22

Apakah langkah paling berkesan? Kes pembuangan bayi adalah kesan daripada aktiviti zina yang amat berleluasa ketika ini. Jelasnya kempen, baby hatch dan penguatkuasaan undang-undang pembuangan bayi sahaja tidak akan mengekang aktiviti zina daripada berlaku. Undang-undang sahaja tidak mampu menjaga manusia. Mahu tidak mahu penyelesaian menurut agama adalah yang paling berkesan. Hukum hudud dan Qisas adalah yang terbaik bagi tujuan menghukum dan dalam masa yang sama mendidik manusia.

23

Kes Pembuangan Bayi di Malaysia. Cadangan?


by Staff Berita Semasa on June 4, 2010 in Berita Dunia Apa yang ingin dibanggakan walaupun kalau pencapaian akademik sekolah dan tahap pendidikan berada dalam prestasi terbaik, tetapi kes pembuangan bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi. Dikejar tuisyen sana, tuisyen sini. Buat kelas tambahan pagi dan petang (bukan niat menyalahkan sekolah semata). Akhirnya keputusan dan pencapaian peperiksaan duduk sama tinggi dengan statistik kes zina mahupun kes pembuangan bayi di Malaysia. Mahu ker begitu? Sampai bila? Dahlah kau berzina, kau buang bayi pula merata-rata. Apa nak dengan manusia zaman sekarang ni, sanggup buang atau bunuh bayi yang tak berdosa. Kasihanilah bayi yang tak berdosa tu. Masa berseronok tak ingat, dah membusung baik si lelaki dayus mahupun si gadis yang akal pendek mulalah gelabah puyuh, akhirnya jalan paling kejam yang dipilih mereka. Wahai insan yang bernama manusia yang terlibat dengan kes pembuangan bayi ini, bukalah mata. Renung-renungkanlah wajah-wajah comel ini. Mereka berhak untuk bernafas dimuka bumi Allah S.W.T. ini. Berilah mereka peluang untuk hidup Laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi kelahiran anak luar nikah :
Tahun 2007 : 16,100 anak luar nikah Melayu Tahun 2008 : 16,541 anak luar nikah Melayu Tahun 2009 : 17,303 anak luar nikah Melayu

Ini beberapa kes lahir anak luar nikah dan kes pembuangan yang dilaporkan untuk 7 hari terakhir ini. Yang tidak dilaporkan atau tidak berjaya dikesan? Erm.

MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemui ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab di belakang Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM) baru-baru ini

24

KULAIJAYA Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru. Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain. PETALING JAYA Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini baru-baru ini Seks bebas antara salah satu dari dosa-dosa besar? Tidak kira samada kau main pakai kondom ker, pancut luar ker, jikalau bukan muhrim, zina tetap zina. Yang kesiannya mak ayah yang hidup susah, cari duit hantar anak-anak pergi sekolah, tetapi lain yang mereka belajar. Budak-budak yang berzina ini sebenarnya bukan nak ANAK, mereka hanya mahu seronok-seronok. Orang-orang tua minta bawa balik kejayaan, mereka bawak balik berita anak luar nikah!!!!!!! Melihat kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin menjadi-jadi, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ingin melaksanakan pusat penyerahan bayi luar nikah (bank bayi). Apa pandangan anda?

25

ARKIB : 07/04/2010

Selangor catat kes pembuangan bayi tertinggi - Shahrizat


07/04/2010 2:57pm

KUALA LUMPUR 7 April - Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak. "Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu, katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BNMaran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut. Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). Bernama

4.0 ANALISIS KUMPULAN

26

Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah membuat satu survey yang tentang kes pembuangan bayi tersebut dengan 30 orang yang terdiri daripada umur, perkerjaan, kaum dan pegangan agama yang berbeza.Mereka datang daripada pelbagai pekerjaan sama ada sebagai seorang penuntut di universiti, pengurusan dalam syarikat, guru-guru di sekolah dan sebagainya. Soalan-soalan yang ditanya dalam survey tersebut adalah seperti berikut : 1. Nama : ___________________________________ 2. Umur : _____ 3. Jantina : lelaki / perempuan 4. Bangsa : Malay / Indian / Cina / Lain-lain : ________ 5. Agama : Islam / Hindu / Buddha / Christian / Lain-lain : ________ 6. Pekerjaan : __________________ 7. Pada pendapat anda, pembuangan bayi adalah sikap yang bermoral atau tidak? Ya / Tidak 8. Dari sudut agama anda, membuang bayi adalah satu sikap yang keji? Ya / Tidak 9. Pada pendapat anda, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin menjadi-jadi? Ya / Tidak 10. Siapakah yang menjadikan kes pembuangan bayi semakin serius? Golongan remaja / Golongan dewasa / Golongan pelacuran 11. Apakah punca utama yang menyebabkan kes pembuangan bayi tersebut? Kebebasan seks / Berzina / Kurang pengajaran dan kefahaman agama / Kematangan fikiran remaja generasi ini perlahan / Sikap masyarakat yang menghukum turut ibu yang mempunyai anak luar nikah 12. Apakah langkah yang berkesan untuk mengurangkan kes pembuangan bayi? Peranan ibu bapa / Peranan Sekolah / Bantuan kepada ibu yang hamil luar nikah

27

Dalam 30 orang yang telah membuat survey tersebut, antara 20 orang terdiri daripada bangsa Cina dan daripada 20 orang tersebut, 15 orang berpegang agama Buddha, 3 orang berpegang agama Christian dan 2 orang daripadanya berpegang agama Catholic. 10 orang yang lain terdiri daripada 7 orang dari bangsa Malay yang berpegang agama Islam dan 3 orang yang lain merupakan bangsa Indian yang berpegang agama Hindu.Kesemuaan 30 orang tersebut menganggap pembuangan bayi ini sebagai kelakuan yang tidak bermoral dan sesuatu sikap yang keji dari pandangan agama mereka. Bagi menjelaskan dapatan dari survey ini, beberapa graf telah dibuat dengan pandangan daripada 30 orang tersebut terhadap kes pembuangan bayi ini. Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Adakah Pembuangan Bayi Adalah Sikap yang Bermoral atau Tidak?

Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Adakah Pembuangan Bayi Adalah Sikap yang Keji Dari Sudut Agama Sendiri?

Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Adakah Kes Pembuangan Bayi Semakin Menjadi-jadi Di Malaysia?

Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Siapakah Yang Menjadikan Kes Pembuangan Bayi Semakin Serius?

28

Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Punca Utama yang Menyebabkan Kes Pembuangan Bayi Tersebut?

Graf yang Menunjukkan Pandangan Daripada 30 Orang Terhadap Langkah Yang Berkesan Untuk Mengurangkan Kes Pembuangan Bayi?

Berdasarkan pendapatan daripada 30 orang yang ditanya tersebut, kita boleh diberitahu bahawa kes pembuangan bayi merupakan kelakuan yang betapa tidak bermoral dan ditolak oleh masyarakat. Walaubagaimana dari sudut agama Islam, Hindu, Christian dan Buddha, mereka juga memandang pembuangan bayi sebagai sikap yang keji. Seorang guru daripada 30 orang yang telah membuat survey ini yang bernama Ahmad Yassin bin Louto, dia berpendapat bahawa kes pembuangan bayi telah berlaku di tempat sekelilingnya. Dia menganggap sikap pembuangan bayi ini dikategorikan sesama kelakuan membunuh. Dia memberitahu kami bahawa pembuangan bayi ataupun membunuh telah melanggar akhlak daripada pandangan agama Islamnya. Di samping itu, seorang yang berpekerjaan sebagai tukang kayu yang bernama, Chuan Kim Chow, dia juga berpendapat bahawa membuang bayi akan membawa kesan yang negatif terhadap seseorang yang melakukannya daripada pandangan bangsa Cina. Dengan kata ini kerana jiwa bayi tersebut akan mengikuti suami atau isteri dan ia akan membalas balasannya terhadap mereka yang membuang bayi. Lebih-lebih lagi, dia memberitahu kami bahawa pengguguran juga akan membawa balasan yang sama dengan membuang bayi. Oleh itu, dia menyeru kerajaan bahawa mengatasi masalah pembuangan bayi ini supaya imej negara dapat ditingkatkan dan mengamankan masyarakat.

29

Daripada 30 orang ini, kebanyakan mereka berpendapat bahawa golongan remaja adalah golongan yang danger diikuti golongan pelacuran dan faktor utama yang menyebabkan pembuangan bayi merupakan kebebasan seks dan berzina. Dengan ini, kami berpendapat bahawa sikap remaja yang ingin tahu telah menjadi punca yang menyebabkan berlakunya pembuangan bayi. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya . Akhirnya, kebanyakan mereka berpendapat bahawa langkah yang paling berkesan adalah peranan daripada ibu bapa. Ini keran ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak. Ibu bapalah perlu menjadi contoh yang baik dan memberi pengajaran tentang seks dan agama. Dengan ini, fikiran remaja akan menjadi lebih stabil dan matang. Ahmad Yassin Bin Lauto iaitu salah seorang daripada 30 orang tersebut juga berpendapat bahawa kerajaan boleh memperkenalkan bank bayi. Dengan ini, bank bayi dapat membantu suami dan isteri yang tidak ada kebolehan untuk menyayangi anak mereka. 5.0 KESIMPULAN

30

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Disebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja. Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah

31

ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Janganlah menyebabkan bayi yang dianugerah oleh Tuhan kita menjadi mangsa semasa dia datang ke dunia betapa baik ini kerana mereka merupakan hidupan yang tidak berdosa dan berkuasa untuk memilih kehidupan mereka walaupun masih kecil. Marilah kita bersatu suara, sejiwa dan sekata untuk menghapuskan kes pembuangan bayi ke tahap yang minimum.

6.0 RUJUKAN Buku : Ng Chan Chai (2011). Pendidikan Moral MPW 2153, Kuala Lumpur: Universiti Tunku Abdul Rahman. Internet : Teori-teori Moral Tentang Perbuatan Anabelle (Tanpa tarikh). Tripod, dari http://etikabio.tripod.com/teori_moral.html

32

Pembuangan Bayi(2010). Scribd, dipetik pada 21 Ogos 2010, dari http://www.scribd.com/doc/41022261/PEMBUANGAN-BAYI Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa (2010). Khairil Afzal, dipetik pada 4 April 2010, dari http://www.khairilafzal.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakinberleluasa Gejala Pembuangan Bayi (2008). Lakaran Kata, dipetik pada 23 Julai 2008, dari http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/23/gejala-pembuangan-bayi/ Langkah-langkah Untuk Menangani Gejala Buang Bayi Di Kalangan Remaja (2009). Lakaran Kata, dipetik pada 11 April 2009, dari http://mazlan66.wordpress.com/2009/04/11/langkah-langkah-untuk-menanganigejala-buang-bayi-di-kalangan-remaja/

33

You might also like