You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG SURAU AL-MUKMIN TAMAN BUKIT EMAS 70450 SEREMBAN

TARIKH HARI MASA TEMPAT RUJ : 29 JANUARY 2012 : AHAD : 10.00 PAGI : SURAU AL-MUKMIN TAMAN BUKIT EMAS : SURAU AL-MUKMIN 2012/1

QARIAH TAMAN BUKIT EMAS, TAMAN MERPATI DAN TAMAN LAYANG-LAYANG KEHADIRAN :

1. Tn Hj Alawoidin Karimdin 2. Zakaria Yacoab 3. En Mohd Ali Musa 4. Tn Hj Ghazali Bin Hassan 5. En Nazri Zakaria
6. En Zulkifli Hj Ibrahim 7. En Sulaiman Jimin 8. En Busino Othman 9. Tn Zakaria Othman 10. En Adnan Bin Taib 11. En MD Isa Othman 12. En Mohd Nasir 13. En Abdul Manan Borhan 14. Pn Azimah Bte Hamzah 15. Pn Noraini Bte Ahmad 16. Pn Rosita Ibrahim 17. Pn Habibah Bte Gaffoor 18. Hjh Nor Aziah Bte Mohd Nordin 19. Hjh Rukiah Bte Said 20. Pn Salina Bte Ahmad 21. Pn Zarina Bte Mahmood Mirza 22. Pn Sapura Bte Darus

- Pengerusi Majlis - Setiausaha - Bendahari - Imam 1 - Imam 2

23. Pn Noorlaila Bte Salleh 24. Pn Nora Bte Ibrahim AGENDA MESYUARAT

1.0 Bacaan Doa


Mesyuarat di mulakan dengan bacaan doa oleh Imam Surau Al-Mukmin, Tuan Hj Ghazali Bin Hassan. 2.0 Ucapan Pengerusi

Tn Hj Alawoidin mengucapkan terima kasih, kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung surau kali ini bagi sesi 2012. Beliau memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti surau sepanjang tahun 2011 yang lalu dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua ahli qariah yang sama-sama menjayakan semua program keagamaan yang telah diadakan pada tahun 2011 yang lalu. Beliau berharap semua program keagamaan yang dirancang nanti berjalan lancar ditahun 2012 ini juga. Tuan pengerusi juga berharap agar Imam 1 dan Imam 2 sentiasa berhubung antara satu sama lain bagi memastikan kehadiran Imam dalam setiap program yang diadakan di surau atau di rumah ahli qariah. 2.1 Agenda seterusnya adalah pembentangan Lapuran Kewangan oleh Bendahari Surau En Mohd Ali Musa. Setelah dijelaskan lapuran tersebut mendapat bantahan pada Tn Hj Ghazali mengatakan lapuran tersebut tidak lengkap. En Zakaria Yacoab (Setiausaha) meminta En Mohd Ali melengkapkan semula lapuran kewangan tersebut dan mendapat persetujuan semua yang hadir. 2.2 Pengerusi seterusnya mencadangkan agar AJK yang lama dibubarkan dan disokong oleh Tn Hj Zakaria Othman dan En Nazri Zakaria. Majlis seterusnya diserahkan kepada Imam 1 untuk proses perlantikan ahli AJK yang baru. 3.0 Pemilihan AJK Surau Al-Mukmin 2012

3.1 Jawatan Pengerusi, Tn Hj Zakaria mencadangkan Tn Hj Alawoidin dan disokong oleh En Sulaiman. Bagi calon yang kedua, En Zulkifli Hj Ibrahim pula mencadangkan En Zakaria Yacoab dan disokong oleh En. Mohd Ali. Setelah diundi Tn Hj Alawoidin mendapat 13 undi dan En Zakaria Yacoab mendapat 11 undi. Keputusannya, Tn Hj Alawoidin di lantik menjadi pengerusi Surau Al-Mukmin bagi tahun 2012.

3.2 Jawatan Setiausaha pula Tn Hj Zakaria Othman mencadangkan En Zakaria Yacoab sebagai setiausaha dan disokong sebulat suara oleh semua ahli qariah yang hadir.

3.3 Jawatan Bendahari, En Abdul Manan mencadangkan Tn Hj Zakaria Bin Othman. Disokong sebulat suara ahli yang hadir dan juga En Mohd Ali dicadangkan sebagai penolong bendahari disokong oleh semua ahli yang hadir.

3.4 Jawatan pemeriksa kira-kira pula terdiri daripada 2 orang .oleh itu, Hjh Rukiah mencadangkan Pn Noraini Bte Ahmad sebagai pemeriksa kira-kira 1 . En Nazri Zakaria pula mencadangkan En Sulaiman Bin Jimin sebagai pemeriksa kira-kira 2 dan kedua-duanya disokong oleh semua yang hadir.

3.5 Jawatan Imam 1 : Tn Hj Ghazali Bin Hassan dan Imam 2 : En Nazri Bin Zakaria. Semua ahli qariah yang hadir bersetuju dengan sebulat suara mengekalkan kedua-dua jawatan tersebut.

3.6 Seterusnya, Tn Hj Ghazali(imam 1) mencadangkan agar semua yang hadir selain dari yang terpilih secara automatik menjadi AJK bagi sesi 2012.

4.0 Ucapan dari pengerusi yang baru di lantik bagi tahun 2012-2013

Tn Hj Alawoidin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan yang diberi kepada beliau kerana sekali lagi dilantik menerajui Surau Al-Mukmin ini. Beliau juga berharap agar surau ini terus dipelihara dan diimarahkan dengan majlis-majlis keagamaan dan kemasyarakatan.

5.0 Perbincangan dan cadangan usul-usul bagi tahun 2012-2013 5.1 Tn Hj Zakaria mencadangkan sambutan maulidur rasul pada kali ini diadakan secara ringkas. Antaranya, selawat Nabi S.A.W, bacaan yassin dan tahlil diketuai oleh (Imam 1) semua yang hadir bersetuju. 5.2 En Zakaria Yacoab mencadangkan agar kelas Al-Quran diadakan di surau 3hari seminggu selepas solat maghrib sehingga solat isyak. Kelas tersebut dikendalikan oleh Pn Hjh Rukiah. Yuran bulanan akan dikenakan kepada anakanak yang menyertai kelas tersebut pada kadar yang belum ditetapkan (masih dalam perbincangan dengan Pn Hjh Rukiah) semua yang hadir bersetuju terhadap cadangan tersebut. 5.3 En Zulkifli mencadangkan agar kutipan yuran surau pada tahun ini (2012) dikenakan pada ahli qariah dengan hanya RM100 sahaja dengan sekali bayaran termasuk yuran khairat kematian sebanyak RM54.50,baki selebihnya RM55.50 akan digunakan sebagai yuran tahunan surau. Bayaran yuran tersebut boleh dijelaskan oleh ahli qariah mulai 29Januari2012 sehingga 30Mac 2012. semua yang hadir bersetuju dengan sebulat suara. 5.4 Pn Noraini mencadangkan majlis Qurban pada tahun 2012 ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Surau Al-Mukmin. Tn Hj Zakaria Othman juga mencadangkan agar setiap ahli yang ingin menyertai Qurban pada tahun ini dikenakan bayaran sebanyak RM450 bagi satu bahagian. Borang Qurban akan diedarkan pada ahli qariah. Bayaran tersebut boleh dibayar mulai 30Mac2012 sehingga 30Jun2012 kepada bendahari (Tn Hj Zakaria Othman). Semua yang hadir bersetuju dengan sebulat suara. 6.0 Lain-lain hal

6.1 Oleh kerana tiada apa-apa lagi perkara lain yang dibincangkan, maka Tn Hj Alawoidin (Pengerusi) mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli Surau yang hadir sepanjang mesyuarat agung dijalankan dengan lancar. 6.2 Tn. Hj Zakaria Othman mencadangkan agar mesyuarat ini ditangguhkan. Cadangan tersebut disokong oleh Tn Hj Ghazali Bin Hassan. Semua ahli yang hadir bersetuju sebulat suara.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.50 pagi.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

........................ ZAKARIA YACOAB Setiausaha Surau Al-Mukmin

...................................... Tn Hj Alawoidin Hj Karimdin Pengerusi Surau Al-Mukmin

SENARAI AJK SURAU AL-MUKMIN 2012

1) Pengerusi 2) Setiausaha 3) Bendahari

: : :

TN HJ ALAWOIDIN BIN HJ KARIMDIN EN. ZAKARIA BIN YACOAB TN. HJ ZAKARIA BIN OTHMAN

4) P/Bendahari 5) Pemeriksa kira-kira

: :

EN. MOHD ALI BIN MUSA (1)PN NORAINI BTE AHMAD (2)EN. SULAIMAN BIN JIMIN

6) Imam

(1)TN HJ GHAZALI BIN HASSAN (2)EN. NAZRI BIN ZAKARIA

7) Bilal 8) Pengerusi Biro Wanita 9) AJK

: : :

EN BUSIN BIN OTHMAN DATIN FAUZIAH 1. EN ZULKIFLI BIN HJ IBRAHIM 2. EN ABDUL ADNAN BIN TAIB 3. EN MD ISA BIN OTHMAN 4. EN MOHD NASIR 5. EN ABDUL MANAN BIN BORHAN 6. PN AZIMAH BTE HAMZAH 7.PN ROSITA BTE IBRAHIM 8.PN HABIBAH BTE GAFFUR 9.HJH RUKIAH BTE SAID 10.PN SALINA BTE AHMAD 11.PN ZARINA BTE MAHMOOD MIRZA 12.PN SAPURA BTE DARUS 13.PN NORLAILA BTE SALLEH 14.PN NORA BTE IBRAHIM

You might also like