You are on page 1of 2

Kisah Qurban Nabi Ismail AS ( perempuan)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim
yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang
dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah
kisah al-quran iaitu Kisah Qurban Nabi Ismail AS.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
0 !# q9# m9# .. 6 A=/ 5=m
Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar ( yang
dimaksud ialah nabi Ismail a.s.) Surah As Saaffat ayat 101

Nabi ISMAIL adalah putera Nabi Ibrahim dan istrinya bernama Hajar, Ismail
termasuk anak yang soleh, jujur dan patuh. Semua perintah Allah Swt. dan orangtua
ditaatinya. Saat masih bayi, Ismail dan ibunya hidup di tengah padang pasir Mekah.
Di lembah tandus itu, setelah lama menahan haus, Ismail akhirnya minum air
zamzam.

Sayangnya ketika ini, gejala buang bayi, bunuh bayi dan mendera bayi semakin
berleluasa. Persoalannya, mengapa bayi diperlakukan sedemikian? Kita harus sedar
bahawa anak adalah anugerah Allah swt yang perlu dihargai kehadirannya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada saat Ismail menjelang remaja, Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari Allah
Swt. melalui mimpinya. Ia diperintahkan Allah Swt. untuk menyembelih anaknya
Ismail. Nabi Ismail bersedia dijadikan kurban. Nabi Ismail tenang dan reda dengan
perintah Allah swt. Akhirnya, perintah penyembelihan itu dilaksanakan di sebuah
bukit di Mina. Namun, atas izin Allah Swt., ketika hendak disembelih, Ismail diganti
dengan seekor sembelihan.

$> =/ 9# $% _6 o) & $9# o& 7t2& $ #$ ? 4 $%
M/' # $ ? ( fF ) $ !# 99#
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,
Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku
menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku,
kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku
termasuk orang-orang yang sabar". Surah As Shaffat 102

Dunia kini menyaksikan bagaimana kesabaran penduduk Somalia dan Palestin akibat
kemiskinan dan penindasan. Semua ini adalah ujian dari Allah swt dan perlu dihadapi
dengan sabar dan reda.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dalam melaksanakan perintah Allah swt ini, Nabi Ibrahim menghadapi halangan.
Iblis telah mengahasut Siti Hajar dan Nabi Ibrahim supaya mengabaikan perintah
Allah swt namun Iblis tidak berjaya. Sekali lagi, Iblis cuba menghalang arahan Allah
swt semasa dalam perjalanan untuk melaksanakan ibadah ini dengan menyamar
sebagai manusia dengan memberi pelbagai alasan. Hasutan Iblis gagal dan Nabi
Ibrahim melontar batu kearah Iblis sehingga ia mati. Ibadah melontar jamrah pun
diwajibkan kepada para haji dan umrah.
$= $=& &#? 7f=9
Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya),
(nyatalah kesabaran keduanya ). Surah As Shaffat ayat 103

Hasutan mesej SMS dan web sekarang amat meruncing kerana ia boleh mengakibatkan
masyarakat berpecah belah. Oleh itu, umat Islam jangan mudah terpedaya dan terpengaruh.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

?x// 5
Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Surah As Shaffat ayat 107

Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang
menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor
sembelihan (kambing). peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan
pada hari raya haji.

SMS dan blog kini kewujudanya mempunyai kebaikan kepada masyarakat. Mereka yang
membuat kebaikan Allah swt akan membalasnya dengan memberikan pahala dan balasan
syurga.


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

$.? = z#
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang
Kemudian, Surah As Shaffat 108

Berdasarkan kepada perintah penyembelihan Nabi Ismail oleh ayahnya Nabi Ibrahim, maka
ibadah korban disyariatkan oleh Allah swt sebagai mengingati pengorbanan nabi Ismail.

Pada hari ini, kita dapati ibadah kurban akan dilaksanakan semasa Hari Raya Haji dan saya
sarankan agar daging kurban diagihkan dengan sistematik supaya tidak berlaku pembaziran.
Kita umat Islam hari ini wajib menghayati sirah nabi terdahulu.

Saya akhiri cerita ini dengan kalimah suci..

Wasalamualaikum warahmatulahi wabarakatuhi..

You might also like