You are on page 1of 6

Ayat tunggal

Ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituan subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal seperti ayat-ayat yang lain terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan yat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat seperti yang berikut. Subjek Ayah Ali Dia Pelumba lari itu Fatimah Predikat peguam membaca akhbar itu sangat letih ke Melaka pagi tadi

Contoh di atas merupakan contoh ayat tunggal dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh pradikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek seperti contoh berikut: Predikat Ke Melaka Di atas meja Membaca akhbar Dikucupnya Subjek Fatimah pagi tadi buku itu dia anak itu

Page 1

Analisis ayat berdasarkan soalan.


Contoh ayat yang diberikan.
1. 2. 3. 4. 5. Abang ipar saya guru di sekolah kawasan pedalaman Saudara Amirul penguasa kastam di pengkalan kubur. Kakak sulung saya ke kuala semut api semalam Tujuh orang nelayan itu dari Kampung Kandis Muka puan Soleha sungguh pucat semalam.

Ayat 1 Ayat asal : Abang ipar saya guru di sekolah kawasan pedalaman Frasa yang menjadi konstituan dalam ayat satu adalah:

Frasa nama (FN )

Frasa nama (FN )

Subjek ( FN) Abang ipar saya

Predikat ( FN) guru di sekolah kawasan pedalaman

Ayat baharu. Abang ipar saya guru di sekolah kawasan pedalaman di sabah Subjek ( FN) Abang ipar saya Predikat ( FN) guru di sekolah kawasan pedalaman di sabah

Di dalam ayat baharu yang terbina berlakunya transformasi perluasan frasa predikat iaitu penambahan kata sendi nama iaitu di dan perluasan kata nama khas iaitu Sabah

Page 2

Ayat 2 Ayat asal : Saudara Amirul penguasa kastam di Pengkalan kubur. Frasa yang menjadi konstituan dalam ayat dua adalah:

Frasa nama (FN )

Frasa nama (FN )

Subjek ( FN) Saudara Amirul Ayat baharu.

Predikat ( FN) penguasa kastam di Pengkalan Kubur

Saudara Amirul yang berbadan besar itu penguasa kastam di Pengkalan kubur. Subjek ( FN) Saudara amirul yang berbadan besar itu Predikat ( FN) penguasa kastam di Pengkalan Kubur

Di dalam ayat baharu yang terbina berlakunya transformasi perluasan Frasa Nama sebagai subjek iaitu melalui proses relativisasi iaitu pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan menggunakan kata relatif yang. Maka, yang berbadan besar itu merupakan frasa relatif.

Page 3

Ayat 3 Ayat asal : Kakak sulung saya ke kuala semut api semalam Frasa yang menjadi konstituan dalam ayat dua adalah:

Frasa nama (FN )

Frasa sendi nama (FSN )

Subjek ( FN) Kakak sulung saya Ayat baharu.

Predikat ( FSN) ke Kuala Semut Api semalam

Semalam kakak sulung saya ke Kuala Semut Api Keterangan masa Semalam Subjek ( FN) Kakak sulung saya Predikat ( FSN) Ke Kuala Semut Api

Di dalam ayat baharu yang terbina berlakunya transformasi iaitu penyusunan semula melalui ayat sonsang. Dalam ayat asal unsure keterangan masa iaitu semalam hadir di akhir ayat. Apabila keterangan masa tersebut hendak difokuskan maka berlakunya proses penyusunan semula. Dengan itu keteranagn masa Semalam diletakkan di hadapan ayat.

Page 4

Ayat 4 Ayat asal : Tujuh orang nelayan itu dari Kampung Kandis Frasa yang menjadi konstituan dalam ayat dua adalah:

Frasa nama (FN )

Frasa sendi nama (FSN )

Subjek ( FN) Tujuh orang nelayan itu

Predikat ( FSN) dari Kampung Kandis

Ayat baharu . Nelayan-nelayan itu datang dari kampung terpencil yang dikenali sebagai Kampung Kandis.

Subjek( FN) Nelayan-nelayan itu

Predikat( FSN) datang dari kampung terpencil yang dikenali sebagai Kampung Kandis.

Ayat baharu di atas telah berlaku proses pengguguran dan proses perluasan. Proses pengguran berlaku pada subjek iaitu pengguguran penentu hadapan tujuh orang dan digantikan dengan frasa nama nelayan-nelayan itu... Perluasan pula berlaku pada bahagian predikat dengan penambahan frasa kerja iaitu datang dari kampung terpencil.

Page 5

Ayat 5 Ayat asal : Muka Puan Solehah sungguh pucat semalam Frasa yang menjadi konstituan dalam ayat dua adalah:

Frasa nama (FN )

Frasa adjektif (FA )

Subjek ( FN) Muka puan Soleha

Predikat ( FA) sungguh pucat semalam

Page 6

You might also like