You are on page 1of 3

Bahaya 2

Nikmat Zina Dunia semakin menjauh dan saat ini kita hidup dalam zaman yang sangat bebas. Bahkan nilai-nilai kebebasan telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Hal ini kelihatan bila mana terlalu bebasnya pergaulan dalam masyarakat, nilai-nilai agama pun mulai ditinggalkan. Lihat saja sekarang, dengan mudah kita dapat menemukan pelbagai bentuk maksiat di sekeliling kita. Bahkan hal-hal yang menjurus pada perbuatan zina terpampang di sekitar kita. Ianya tidak lagi dianggap sebagai perkara aib atau menyalahi adat budaya ketimuran jauh lagi menjolok mata. Anak-anak muda zaman sekarang seakan-akan berlumba-lumba dalam hal ini. Begitu banyak gadis-gadis yang mempertontonkan kesempurnaan tubuhnya secara bebas, hubungan dengan lawan jenis yang melampaui batas adat dan syarak serta banyak lagi halhal yang membuat pelaku zina seakan-akan menjadi sesuatu yang biasa-biasa saja. Ditambah lagi dengan lemahnya iman dan ilmu agama yang dimiliki, membuat perlakuan zina semakin merajalela di sana sini. Oleh itu ilmu yang ada pada Allah SWT sangat unik dan tidak boleh untuk diperdebatkan. Kenapa begitu? Lihat sahaja bagaimana Allah SWT mengatur kehidupan manusia. Percaturan dan susunan melalui sunnatullah amat hebat sekali. Allah menghalalkan hambaNya untuk berkembang biak serta mengimarahkan alam ini. Proses ini terus berlaku dengan aman sentosa. Allah SWT mengarahkan serta mengatur manusia yang berlainan jantina untuk saling kasih mengasihi dan terima menerima juga menyatu bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat. Hal ini melibatkan pertembungan serta percampuran dua jenis kelamin agar beroleh zuriat atau keturunan yang bakal terus berkembang serta mempunyai silsilah yang tidak terhijab atau terputus pada satu-satu peringkat. Dengan cara ini juga manusia akan terus berkembang dengan cara yang sangat unik serta sempurna. Sebab itu Allah SWT wujudkan dua jenis kelamin yang berbeza dan cukup unik. Kedua-duanya saling ingin-mengingini di antara satu sama lain. Disamping itu Allah SWT anugerahkan pelbagai limpahan keinginan yang sangat unik. SubhanaLlah. Cara ini sahaja keinginan alamiah iaitu tuntutan kelamin lelaki dan perempuan dapat terlaksana. Maka manusia terus berkembang biak serta mempunyai rangkaian berjenama iaitu sesur-galur kekeluargaan. Allah SWT Maha Mengetahui, sebab itu Allah SWT haramkan hubungan sulit atau hubungan secara gelap bagi memenuhi tuntutan hawa nafsu seks semata-mata. Bukankah cara sebegitu amat-amat semberono sekali! Cara gila dan tiada tamadun langsung! Mana
1 | N i k m a t D a l a m La k n a t

boleh buat macam itu, ingat perlakuan atau tabiat manusia ini boleh disamaertikan macam haiwan? Kita punyai peraturan dan adab budaya serta berpandu kepada hukum syara. Gunakan akal sebagai peneraju serta pemutus bukannya nafsu semata. InsyaAllah berdasarkan wahyu dan taat serta patuh kepada segala perintah-Nya pasti akan selamat. AlhamduliLlah, syukur kerana kita semua dibolehkan berkahwin bagi memenuhi keperluan syahwat. Bukan itu sahaja, malah boleh hidup bersama dengan wanita yang sangat dikasihi dengan menabur benih-benih cinta. Kecintaan tersebut akan melahirkan kelopakkelopak mawar yang segar indah dan menarik. Semua ini terhasil dari jalinan kasih dan cinta yang terus bersemi, menjaga tatasusila, mempersembahkan serta melempiaskan hajat kepada pasangan yang sah agar bertambah erat cinta dan sayang, membina dan membangun pergaulan yang baik di antara suami dan isteri. Sebenarnya sentuhan dan jalinan yang wujud di antara suami isteri membolehkan diri merasai ketenangan. Disamping itu timbul perasaan untuk menjaga serta melempiaskan aura syahwat masing-masing pada tempat yang di redhai. Secara tidak langsung terjelma dari dalam diri pasangan untuk saling lindung dan melindungi. Semuanya saling perlu memerlukan, hal ini akan menjadikan diri terus kekal dan tetap utuh di hati pasangan masing-masing. Itu yang menyebabkan suami isteri tidak boleh lama berjauhan, sebab masing-masing punyai peranan penting serta cepat merindui diri masing-masing. Melalui perkahwinan ini juga isteri akan dapat melahirkan zuriat yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang cantik dan comel serta punyai minda yang bijak, cerdik dan cerdas. Malahan zuriat bakal menjadi penerus keluarga yang bijak dan bertanggungjawab serta amanah kepada Allah SWT. Keluarga inilah yang bakal membentuk masyarakat madani yang harmoni, kreatif serta melandasi segala syariat-Nya. Allah SWT berfirman; Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Rum, 30:21) Tidak dinafikan ada sebahagian umat manusia ini yang langsung tidak mahu mengikuti aturan dan bebas melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada kitab-Nya. Semua mereka ini adalah terdiri dari orang yang tewas dikalahkan hanya dengan nafsu syahwat semata-mata. Hal ini disebabkan kekuasaan yang ada di dalam diri telah menjangkaui akal mereka serta tiada wujud lagi bisik wahyu Allah SWT. Meraka rakus sebab nafsu kehaiwanan telah menyelubungi jiwa mereka. Mereka inilah merupakan golongan yang merosakkan ekosistem alam, perosak kehormatan, perosak generasi dan golongan yang melampaui batas yang Allah SWT telah haramkan. Maka ini yang dinamakan dengan zina. Padahal, secara terang Islam telah melarang melakukan perbuatan zina. Usahkan melakukannya, mendekati sajapun sudah tidak boleh. Tentunya perintah untuk tidak mendekati dan melakukan perbuatan zina bukanlah tanpa sebab. Ini kerana perbuatan zina merupakan sebuah perbuatan yang keji yang dapat mendatangkan kemudaratan bukan 2 | N i k m a t D a l a m La k n a t

hanya kepada pelakunya, namun juga kepada orang lain serta anak yang bakal dilahirkan. Bukankah itu satu kezaliman?. Banyak sekali dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang melarang perbuatan zina ini. Bahkan sebahagiannya disertai dengan celaan yang keras dan hina bagi pelakunya dan hukuman yang amat ngeri sekali baik di dunia maupun di akhirat kelak. Dari segi luaran memanglah kahwin dan zina seperti sama. Sebab kedua-duanya melibatkan hubungan jenis atau seks di antara seorang lelaki dan perempuan. Hakikatnya adalah sangat jauh dan berlainan sama sekali. Ini dapat dibezakan dengan hukum dan kesan perlakuan persetubuhan itu sendiri. Ok! Mari kita lihat contoh yang membezakan kedua perkara tersebut; NIKAH Persetubuhan adalah halal, sebab ikut syara dengan adanya ikatan yang sah melalui perkahwinan. ZINA Perhubungan pun sudah haram, apatah lagi persetubuhan, maka jelas dan terang haram, disebabkan mengikut nafsu syahwat yang melanggar syara, perlakuan ini mengundang murka atau laknat Allah SWT ke atas diri pelaku. Di panggil zina sebab tiada ikatan nikah atau ijab dan qabul.

Bukan dikatakan zina sebab telah ada ikatan iaitu ijab dan qabul.

Hikmah pernikahan yang disyariatkan oleh Islam sangat besar, antaranya ialah suami akan menjadi pelindung serta memelihara pasangan dari pelbagai ancaman atau gangguan lelaki lain yang ingin mengambil kesempatan terhadap kehormatannya secara yang tidak sepatutnya.

3 | N i k m a t D a l a m La k n a t

You might also like