You are on page 1of 13

PENGENALAN

SEJARAH PERLEMBAGAAN

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Bagi tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara.

Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utaraoleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal

oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeriyang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undangundang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

DEFINISI UNDANG-UNDANG

o Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku atau prosedur yang dibentuk oleh adat , perjanjian atau autoriti. o Suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan oleh sesuatu autoriti politik, suatu sistem guaman. o Suatu set peraturan atau prinsip yang mengendalikan sebahagian sistem guaman: undangundang cukai, undang-undang jenayah dan lain-lain. o Undang-undang ialah semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum. o Satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku dalam masyarakat. o Satu set peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah Negeri.

JENIS UNDANG-UNDANG

o Undang - Undang Awam (Public Law)

o Undang - Undang Persendirian (Private Law)

Undang-Undang Awam _ Undang-undang yang mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. _ Undang-undang perlembagaan- membincangkan hak individu dan negeri. _ Undang-undang jenayah- membincangkan jenis jenayah yang dilakukan oleh individu terhadap negeri.

Undang-Undang Persendirian o Undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu seperti hak-hak dan tugas sesama mereka.

o Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. o Contoh: Undang-undang kontrak , undang-undang tort, undang-undang hak cipta, Akta perkongsian dan lain-lain.

SUMBER

UNDANG-UNDANG

o Terdapat dua sumber undang-undang  Sumber Bertulis  Sumber Tidak Bertulis

Sumber Undang-Undang Bertulis

o Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. o Dikenali sebagai sumber bertulis sebab undang-undang tersebut dinyatakan,ditulis dan distatutorikan secara spesifik. o Sumber-sumber undang-undang bertulis di Malaysia ialah  Perlembagaan Persekutuan  Perlembagaan Negeri  Akta  Enakmen  Ordinan  Undang-undang subsidiari Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis

o Undang-undang selain daripada sumber undang-undang bertulis, iaitu undang-undang yang tidak ditulis danbukan digubal oleh mana-mana badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ia boleh didapati daripada kes-kes yang lepas , adat resam tempatan dan lain-lain.

o Sumber-sumber undang-undang tidak bertulis di Malaysia ialah  Undang-undang Inggeris  Undang-Undang Syariah  Adat Resam

Perlembagaan Persekutuan  Undang-undang utama Malaysia  Di antara perkara-perkara yang bincangkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah o Hak Individu o o o Kuasa Kerajaan Pusat Kuasa Kerajaan Negeri Kuasa Raja

 Undang-undang yang tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.

Perlembagaan Negeri

o Terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri o Di antara perkara-perkara yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negeri ialah  Yang bersangkutan dengan Sultan  Adat  Kewangan negeri  Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan

Akta (Undang-Undang Persekutuan)

o Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Parlimen selepas merdeka o Undang-undang persekutuan sebelum merdeka dikenali sebagai Ordinan. Contoh:  Akta Kontrak 1950  Akta Syarikat 1965  Akta Perkongsian  Lain-lain Enakmen

o Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. o Undang-undang Negeri bagi Sarawak dikenali sebagai Ordinan Contoh:  Enakmen Undang-undang keluarga Islam Selangor 1984  Enakmen Undang-Undang keluarga Islam 2004 (Negeri Perak) Undang-Undang Subsidiari o Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan oleh pihak atau badan tertentu seperti menteri-menteri dan pihak berkuasa tempatan di bawah kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Akta atau Enakmen yang dikenali sebagai Akta Induk. o Undang-undang Subsidiari wujud di peringkat Persekutuan dan Negeri.

o Juga dikenali sebagai undang-undang kecil atau perwakilan.

Undang-Undang Inggeris o Undang-Undang Inggeris membentuk sebahagian daripda undang-undang di Malaysia. o Ia terdiri daripada Common Law dan Rules of Equity (Kaedah Ekuiti). o Bukan semua Common Law dan Rules of Equity boleh membentuk sebahagian daripda undang-undang di Malaysia. o Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia adalah diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 Undang-Undang Inggeris

_ Common law refers to law and the corresponding legal system developed through decisions of courts and similar tribunals, rather than through legislative statutes or executive action .

Rules of Equity

Equity is the name given to the set of legal principles, in jurisdictions following the English common law tradition, which supplement strict rules of law where their application would

operate harshly, so as to achieve what is sometimes referred to as "natural justice." It is often confusingly contrasted with "law", which in this context refers to "statutory law" (the laws enacted by a legislature, such as the United States Congress), and "common law" (the principles established by judges when they decide cases).

Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia.

Pemakaian Undang-undang Inggeris di Malaysia adalah tertakluk kepada dua syarat: _ Apabila wujudnya kekosongan undangundang tempatan di dalam sesuatu kes yang tertentu. _ Hanya Undang-Undang Inggeris yang sesuai dengan kegunaan tempatan. Institusi Undang-Undang di Malaysia. _ Mahkamah Persekutuan _ Mahkamah Rayuan _ Mahkamah Tinggi _ Mahkamah Sesyen _ Mahkamah Majistret _ Mahkamah Penghulu

Institusi Undang-Undang di Malaysia. Mahkamah Tinggi 1. Mendengar kes sivil dan jenayah 2. Tuntutan >RM280,000 3. Semua jenis hukuman termasuk hukum mati 4. Mendengar kebankrapan dan kes-kes tidak didengar oleh mahkamah lebih rendah.

Mahkamah Persekutuan & Rayuan 1. Mendengar kes rayuan daripada mahkamah tinggi 2. Mendengar kes untuk kali pertama 3. Memutuskan sama ada undang-undang negeri bercanggah dengan undang-undang persekutuan

Institusi Undang-Undang di Malaysia. Mahkamah Majistret 1. Kes-kes sivil dengan tuntutan< RM25000 2. Hukuman penjara <10 tahun

Mahkamah Penghulu 1. Kes-Kes sivil dengan tuntutan <RM50 2. Kes-kes yang kecil. Denda tidak >RM25 3. Cuma boleh hukum orang berketurunan Asia.

Mahkamah Sesyen 1. Kes-kes sivil dengan RM25000<tuntutan<RM280,000 2. Hukuman penjara bagi kes sivil sehingga 10 tahun 3. Boleh dengar kes jenayah dengan hukuman penjara melebihi 10 tahun tetapi tidak boleh jatuhkan hukuman mati.

SENARAI PERATURAN DAN PERINTAH YANG DIKUATKUASAKAN DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 (PINDAAN 1996)
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan), 1977 Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), 1977 Perintah-Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) (Pindaan), 1978 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978 (Pindaan 1980) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan), 1978 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian), 1979 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor), 1985 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan Pelupusan Buangan Terjadual), 1989 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan Pelupusan Buangan Terjadual), 1989 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan Klorofluorokarbon dan Lainlain Gas Sebagai Propelan dan Agen Pengembang), 1993 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin) (Pindaan), 1994

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1994 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan Terkawal Di Dalam Sabun, Bahan Cuci Sintetik dan Agen Pencuci Lain), 1995 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Disel), 1996 Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol 1996)

You might also like