You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Daerah Kota Kinabalu 2012 Bil 1/2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 10 Februari 2012 : 2.00 pm : Bilik Mesyuarat SMK TTF : - PK Pentadbiran - PK Pentadbiran Petang - Ketua Bidang Bahasa - Pen.Setiausaha Kokurikulum - Jurulatih Bahas SMK TTF -Jurulatih Bahas SMK TTF -SMK SMAKK ( Pengerusi Bahas) -SMK AGAMA TUNAS -SM Stella Maris -SM Maktab Sabah -SMK Sanzac -SMK Bandaraya -SM ST Francis Convent -SMK (P) Likas -SMK AKK -SM La Salle - SM Tinggi K.Kinabalu -SMK Likas -SMK Kolombong

1. Pn Sulina Hj Sonte@Sudina 2. Pn. Jamilah Hj Jaafar

3. Hjh Sharifah Zubaidah 4. Cik Grace Matius 5. Pn Connie Ah Gang 6. En. Naseer Illias 7. Pn. Halijah Jonggang 8. Pn.Hartini Asimin 9. Cik .Fauzanah PG Jaafar 10. Pn.Paridah A. Rahman 11. Pn.Rosneh Abidin 12. Pn.Zubaidah Sipil 13. En. Ramlih Majid 14. En.Mohd Zahid Awg Jaib 15. En.Hasbi B.Muin 16. En. Datu Hilman Syah 17. En. Hartono B Jalil 18. En.Dominic Linus 19. Pn.Sophia Albert Tidak hadir bersebab : 1. Pn Hajah Siti Salmiah Hj Samaie 2. En. Sairin B Saidin 3. Pn Nurismah Liaw 4. Cik Sharifah Zhanifah B Akarab 5. Pn Halina Jumaring

Agenda mesyuarat: 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Penetapan tarikh, tempat dan masa pertandingan 4. Peraturan Pertandingan 5. Sumbangan Penyertaan 6. Tarikh Akhir Penghantaran Borang 7. Hal-hal Lain

BIL 1.

PERKARA UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Puan Jamilah Hj Jaafar selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih di atas kedatangan semua guru dan para wakil guru-guru dari Sekolah lain. 1.2 Selanjutnya Puan Jamilah juga meminta maaf dengan Ketidakhadiran Puan Pengetua ( Pn Hjh Siti Salmiah Hj Samaie) dan Pk Kokurikulum iaitu En Sairin B Saidin kerana terpaksa menguruskan komitmen di luar. 1.3 Pn Jamilah juga mengatakan program seumpama ini sentiasa dijalankan pada setiap tahun, dan Sekolah kita pernah menjadi tuan rumah pertandingan bahas sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003,2008 dan 2012.

TINDAKAN / CATATAN Makluman

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tidak ada pengesahan minit mesyuarat. PENETAPAN TARIKH, TEMPAT, DAN MASA PERTANDINGAN 3.1 Puan Jamilah mempersilakan Pengerusi Pertandingan Bahas iaitu Puan Halijah membentangkan kertas konsep bahas terbaru untuk diperdengarkan kepada sidang hadirin. 3.2 Puan Halijah mengatakan tarikh yang dicadangkan oleh PPD bagi pertandingan Bahas Peringkat Daerah ialah pada 28Februari 2012 (Selasa). 3.3.Puan Halijah mengharapkan Tuan Rumah Bahas iaitu Sekolah SMKTTF dapat menyediakan kelengkapan yang diperlukan serta tempat yang sesuai agar pertandingan dapat dijalankan dengan baik dan teratur. 3.4 Kertas Konsep Bahas yang telah diberikan pada hari tersebut adalah kertas konsep pertama yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Antara perubahan baru yang diperkenalkan ialah dari segi perubahan masa dan juga celahan. PERATURAN PERTANDINGAN 4.1 Puan Halijah menerangkan secara ringkas peraturan-peraturan pertandingan bahas yang mesti dipatuhi oleh setiap peserta.Beliau memohon Sekolah SMK TTF menyediakan sekurang-kurangnya 10 orang penjaga masa. 4.2 PuanHalijah juga menegaskan hakim bahas adalah terdiri daripada guru-guru Sekolah lain. 4.3 Beliau turut mengingatkan kepada semua guru, penegasan bagi setiap tajuk/topik bahas adalah berdasarkan isi dan bukanlah berdasarkan persembahan semata-mata. Ini disebabkan ramai peserta keliru berkenaan dengan pemberian markah oleh juri-juri bahas. 4.4 Puan Halijah juga menekankan kepada setiap guru agar Makluman

3.

4.

Setiap Sekolah yang menyertai Juri/Hakim Bahas

memahami kertas konsep bahas yang telah diberikan dengan sebaik mungkin, kerana markah akan dinilai berdasarkan isi dan bukan kepada persembahan, dan diharapkan setiap peserta bahas tidak keluar tajuk/topik perbincangan pada hari tersebut. Respon: Puan Connie Ah Gang 1. Puan Connie mengemukakan soalan kepada Pengerusi iaitu apakah jenis celahan yang boleh diguna pakai pada hari tersebut. 2. Puan Halijah menjawab celaan adalah mengikut ketetapan yang terdapat di dalam kertas konsep yang telah diberikan. Speaker dewan sahaja yang boleh memberikan persetujuan untuk proses celaan. 4.5 Untuk hakim bahas pula Puan Halijah selaku pengerusi mengesyorkan agar setiap sekolah dapat menyediakan dua orang hakim dan perlu Pihak Tuan Rumah dapat menyediakan surat lantikan untuk diberikan kepada hakim bahas. 4.6 Puan Halijah juga menyatakan Hakim Bahas akan diberikan sijil dari pihak PPD dan Sekolah, dan sekiranya mempunyai idea yang lebih baik boleh diutarakan. 4.7 Dua minggu sebelum tarikh pertandingan, sekolah-sekolah yang ingin mengikuti pertandingan bahas perlu menghantar/memfakskan surat penyertaan kepada pihak penganjur untuk mengelakkan sebarang masalah penyertaan. 4.8 Puan Halijah mengharapkan pihak Tuan Rumah penganjur dapat menghubungi/memfakskan semula penyertaan kepada sekolah lain yang tidak dapat hadir mesyuarat pada hari tersebut agar penyertaan pertandingan bahas lebih meriah dan ramai saingan yang sihat. 4.9 Tarikh akhir penghataran borang penyertaan adalah pada 17 Februari 2012 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari. Respon: En. Naseer B Illias 1. En Naseer mengemukakan soalan kepada Puan Khadijah berkenaan dengan jumlah hari yang diperlukan untuk pertandingan bahas. 2. Pn Halijah mengatakan ianya bergantung kepada jumlah penyertaan dari sekolah-sekolah lain. 5. SUMBANGAN PENYERTAAN 5.1 Puan Jamilah mencadangkan jumlah bagi setiap penyertaan pertandingan bahas adalah sebanyak RM100.00 kerana ianya sudah dibincang dan telah dicadangkan oleh Puan Pengetua ( Puan Hjh Siti Salmiah). Setiap Sekolah yang Menyertai

6.

HAL-HAL LAIN
3

6.1 Puan Halijah mengharapkan pada hari pertandingan kurangnya gangguan suara dari peserta, sekiranya perlu juri hanya menggunakan isyarat badan sahaja contohnya mengangkat tangan tanpa bersuara. 6.2 Celahan hanya akan dibenarkan sekiranya topik/tajuk adalah berkaitan dan logik diterima dan juga sesuai dengan hujah dan kriteria. 6.3 Setiap peserta bahas adalah wajib menerima 2 kali dan memberi 2 kali izin laluan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan diakhiri dengan doa.

Makluman

Disediakan Oleh: (GRACE MATIUS) Pen. Setiausaha Kokurikulum

Disemak Oleh: (HAJAH SITI SALMIAH HAJI SAMAIE) Pengetua SMKTTF

You might also like