You are on page 1of 2

Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan pelakuan kanak-kanak.

Kanak-kanak dikatakan berupaya membuat rumusan, sebab itulah cikgu Zainal mengajar murid-muridnya tentang peraturan pembinaan ayat. Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Murid cikgu Zainal dapat membina ayat selepas merumuskan apa yang disampaikan oleh cikgu Zainal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Selain itu, tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

Teori Behavioris (Skinner) Teori ini mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan dan sebagainya. Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa.

You might also like