You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KEDUA TAHUN 2011 SMK TUANKU ABDUL RAHMAN 73400 GEMAS, NEGERI

SEMBILAN

Tarikh Masa Tempat Pengerusi

: 12 Mei 2011 (Khamis) : 3.00 Petang : Bilik Gerakan Al-Razi : Pn. Norasyikin Mohd Aris (Ketua Panitia)

Kehadiran : 1. Pn. Norhayati Hj. Sahwan (Ketua Bidang Kemanusiaan) 2. Pn. Norasyikin Mohd Aris (Ketua Panitia) 3. En. Mohd Adzrul Nidzam B. Adnan (Setiausaha Panitia) 4. Pn. Gan Chui Hiong 5. Cik Hjh. Rosnah Hj. Alias 6. Pn. Yusmira Tidak Hadir : 1. En. Azmi

Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang sudi untuk hadir ke mesyuarat kali kedua Panitia Geografi walaupun sibuk dengan tugas-tugas yang lain. Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Cadangan : Pn. Gan Chui Hiong
1

Sokongan : Pn. Yusmira

Agenda 3 : Perkara Berbangkit 1.1 Aktiviti Panitia Geografi Semua aktiviti Panitia Geografi telah dirancang dan telah dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. . 1.2 Lawatan Sambil Belajar Satu program lawatan sambil belajar sedang dirancang dan peruntukan bagi program tersebut juga telah disediakan.

1.3

Penggubalan soalan peperiksaan

Penggubalan soalan peperiksaan untuk setiap tingkatan telah diagihkan dan dilaksanakan pada Ujian Selaras Mac dan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Agenda 4 : 4.1

Program Panitia Kelas Kecemerlangan Kelas-kelas kecemerlangan dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan. Buku-buku dan bahan untuk kelas kecemerlangan tersebut juga telah diguna pakai. Namun, terdapat sedikit masalah mengenai ketidakhadiran pelajar terutamanya daripada kelas 3 Elit dan 3 Harmoni.

4.2

Bengkel Teknik Menjawab Geografi PMR Program ini telah pun dilaksanakan pada hari Sabtu iaitu hari cuti ganti persekolahan. Namun begitu, timbul sedikit masalah mengenai ketidakhadiran pelajar dari kelas 3 Elit dan 3 Harmoni semasa bengkel tersebut dilaksanakan.

4.3

Taklimat Pemarkahan Kerja Kursus Geografi

Cik Hajah Rosnah telah dipilih untuk menghadiri taklimat tersebut dan Cik Hajah Rosnah juga berkongsi sedikit maklumat mengenai aspek-aspek penting dalam penilaian dan pemarkahan kerja kursus Geografi. 4.4 Minggu Panitia Geografi Minggu Panitia Geografi telah pun dirancang oleh Pn. Norasyikin dan akan dilaksanakan pada 27 Jun hingga 4 Julai 2011. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan juga telah dirancang dan Pn. Norasyikin meminta supaya guruguru Geografi dapat saling bantu-membantu bagi menjayakan Minggu Panitia Geografi. 4.5 Pengumpulan Set-set Soalan Usaha sedang dijalankan bagi mengumpulkan set-set soalan latih tubi Geografi untuk PMR daripada pelbagai sumber. 4.6 Program Penambahbaikan STPM Seminar Teknik menjawab bagi semua subjek-subjek STPM (termasuk Geografi) anjuran PPD Tampin akan dilaksanakan pada bulan Julai. Agenda 5 : 5.1 Analisis Pencapaian Geografi SPM dan STPM Analisis Geografi SPM Hanya dua orang calon sahaja yang mengambil subjek Geografi SPM pada tahun 2010. Calon-calon tersebut juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang A+ dan A-. Ketua Panitia juga mencadangkan untuk membuka kelas Geografi di peringkat menengah atas di SMKTAR.
5.2

Analisis Geografi STPM Secara keseluruhannya, seramai 28 orang pelajar daripada 39 orang pelajar lulus penuh (A-C). Manakala 8 orang pelajar hanya lulus sebahagian dan bakinya seramai 3 orang gagal. Secara amnya, peratus lulus Geografi STPM jatuh sebanyak 15% pada tahun 2010 berbanding tahun yang sebelumnya.

Agenda 6 : Hal-hal Lain


3

6.1

Bajet Panitia Geografi Subjek Geografi telah ditukarkan status daripada subjek teras kepada subjek wajib. Hal ini menyebabkan berlakunya pengurangan kewangan bajet Panitia Geografi. Baki terakhir ialah RM 2100 (untuk PMR sahaja).

6.2

Percanggahan fakta dalam subjek Geografi Pn. Gan menyatakan bahawa terdapat percanggahan fakta antara buku teks dan buku rujukan mengenai taburan purata hujan tahunan di Malaysia. Cik. Hajah Rosnah menjelaskan fakta yang terdapat dalam buku teks akan diguna pakai sekiranya terdapat percanggahan fakta antara buku teks dan buku rujukan.

6.3

Lebihan Kewangan BCG Pn. Norhayati menjelaskan bahawa terdapat lebihan kewangan dalam BCG dan lebihan ini telah digunakan untuk membeli rak-rak buku, mesin laminate dan mesin binding. Pn. Norhayati juga menjelaskan semua guru boleh menggunakan alatan-alatan tersebut pada bila-bila masa.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.15 P.M

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh:

Disahkan Oleh:

................................... En. Mohd Adzrul Nidzam Adnan Setiausaha Panitia Geografi, SMKTAR 2011

.......................................... Pn. Norasyikin Mohd Arif Ketua Panitia Geografi, SMKTAR 2011
4

...................................... Pn. Norhayati Hj Sahwan Ketua Bidang Kemanusiaan SMKTAR 2011

You might also like