You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Agung Rumah Merah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) METHODIST, JALAN RAYA BARAT, 41000 KLANG,

SELANGOR. KALI PERTAMA / 2012

Tarikh Hari Masa Tempat

: 6 JANUARI 2012 : Jumaat : 7.30 pagi : Luar makmal Biologi

Kehadiran : Rujuk senarai kehadiran Turut hadir : Pn Siti Meriam bt Yakob guru penasihat Pn Siti Norngaliah bt Mohd Salihin guru penasihat Pn Daliaakmar bt Sukri guru penasihat Cik Nadia Soh Abdullah guru penasihat Pn Rose Mary a/p Muthusamy guru penasihat Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Siti Meriam bt Yakob selaku ketua guru penasihat. 1. Ucapan guru penasihat 1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mensyuarat. 1.2 Ucapan terima kasih kepada ahli mesyuarat kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini. 1.3 Berharap agar ahli mesyuarat dapat membuat keputusan bagi menggerakkan rumah merah melalui aktiviti yang dirancang. Tindakan : Makluman

2. Perkara berbangkit 2.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan Tindakan : Makluman

3. Pemilihan Jawatankuasa Rumah Merah bagi tahun 2012. Pemilihan dijalankan secara cadangan dan undian. Keputusannya : Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha : Nike Choo Lee-Ann : Nur Fatehah bt Baharin : Norfatin Farisya bt Ajis

Penolong setiausaha : Nurul Ayuni bt Mohd Azuan Bendahari AJK tingkatan : Logamalar a/p Sundiramalar : Nur Farisha bt Mohd Kamal Farah Nadia bt Mohd Shaharuddin Putri Amelina bt Rosman Ashwini a/p Manoharan Tindakan : Makluman 4. Hal-hal lain 4.1 Pn Siti Meriam bt Yakob selaku guru penasihat rumah merah mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Rumah Merah yang baru dilantik dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh minat. 4.2 Saudari Nike Choo Lee-Ann selaku pengerusi rumah merah yang baru dilantik berharap agar ahli rumah merah dapat mengikut peraturan yang telah dipersetujui demi memajukan rumah merah. 4.3 Beliau juga mewajibkan penyertaan semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dianjurkan terutamanya ketika hari sukantara. 4.4 Ahli rumah merah berbincang tentang mascot yang akan digunakan untuk perbarisan dalam Temasya Sukan Tahunan nanti. Tindakan : Makluman 5. Ucapan penangguhan pengerusi 5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli rumah merah yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau. 5.2 Beliau berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi dengan penuh komitmen. Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.35 pagi

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (NORFATIN FARISYA BT AJIS) Setiausaha rumah merah, SMK (P) Methodist, Jalan Raya Barat, 41000 Klang Selangor.

(PN SITI MERIAM BT YAKOB) Guru penasihat rumah merah, SMK (P) Methodist, Jalan Raya Barat, 41000 Klang Selangor.

Tarikh disediakan : 27 Januari 2012

You might also like