You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT GURU-GURU TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI BIL.

01 TAHUN 2012 TARIKH MASA TEMPAT


KEHADIRAN :

: : :

12 JANUARI 2012 (Khamis) 1.30 3.00 Petang Bilik Mesyuarat

Bil. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. 08. 09. 10.

Nama Jawatan En. Samid b. Rasidi Pengerusi (Guru Besar) En. Zolkifli b. Muhamat En. Ramli b. Kadir Pn. Siti Nor Azurawati bt. Ismail En. Zulkaply b. Mohamed Pn. Natrah bt. Jaafar Pn. Hjh. Mokmah bt. Samah Pn. Salwa bt. Masut @ Masod Pn. Nor Hashimah bt. Aluwi En. Nordin b. Sanat Setiausaha

TIDAK HADIR (Dengan Kenyataan) 01. Pn. Aishamayuzi bt. Hisam (cuti) 1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI: 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. 1.2 Beliau mengucapkan tahniah di atas komitmen guru melaksanakan program kelas tambahan calon-calon UPSR pada cuti penggal yang lalu. 1.3 Beliau berpendapat Majlis Pemuafakatan Sekolah dapat dijalankan dengan baik dan sambutan ibu bapa Tahun 6 amat menggalakkan. 1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Tahun 6 kerana telah menyediakan TOV dan ETR bagi sasaran 2012 pada masa cuti yang lalu. Akujanji bersama PPD Segamat juga telah selesai dijalankan. 2. 3. 4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Tiada PERKARA BERBANGKIT Tiada ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN 4.1 Program UPSR 2012 4.1.1 Program kecemerlangan UPSR boleh dirujuk melalui buku panduan dan tugasan guru serta boleh ditokok-tambah mana yang perlu. Tindakan: Semua guru tahun 6 4.1.2 Majlis pemaufakatan kali pertama dengan ibu bapa telah dilaksanakan pada 15.12.2012. Makluman 1

4.1.3 Ujian pengesanan peringkat sekolah akan diadakan pada 16 20.12.2012. Kertas ujian pengesanan (Mac 2011) akan digunakan. Tindakan : Semua guru subjek UPSR 4.1.4 Kursus Motivasi UPSR/PMR/SPM anjuran Felda pihak sekolah diminta bersedia untuk menjadi jawatankuasa pengelola. Ia melibatkan pihak Biro Tatanegara dan Unit Kaunseling Felda. Makluman. 4.1.5 Kelas STF. Belum ada arahan daripada pihak Felda. Kelas tambahan hanya boleh dijalankan di bawah program sekolah. Kelas STF waktu siang dilaksanakan pada Hari Isnin dan Selasa jam 1.20 2.20 petang. Jadual kelas tambahan akan disediakan oleh Pn. Nor Hashimah bt. Aluwi dan kelas bermula selepas Tahun Baru Cina. Tindakan : Guru Tahun 6 4.1.6 Program mentor-mentee Setiap guru akan diagih beberapa orang murid Tahun 6 untuk dibimbing sehingga berlaku perubahan sikap dan pencapaian mereka. Masa yang ditetapkan ialah setiap hari Selasa bermula jam 1.151.30 petang. Buat permulaan program bertumpu kepada subjek Bahasa Inggeris. Tindakan : Semua guru 4.1.7 Tarikh perjumpaan dengan ibu bapa Tahun 6 ialah pada 22.3.2012, 21.6.2012 dan pada 8.8.2012. Audit akademik akan dibentangkan kepada ibu bapa Tahun 6 dan guru-guru boleh berkongsi masalah pembelajaran murid dengan ibu bapa mereka. Tindakan : Guru Tahun 6 4.1.8 Penilaian/Peperiksaan setara. UPPM 1 : 6-8.3.2012 UPPM 2 : 22-24.5.2012 Percubaan UPSR : 24-26.7.2012 UPSR : 11-13.9.2012 Makluman. 4.1.9 Program Perfect A akan dianjurkan oleh pihak PPD. Kita hanya perlu menyediakan peserta yang layak. Tindakan : Guru Tahun 6 4.1.10 Aktiviti Rehat Minda. Akan dilaksanakan dua minggu sebelum UPSR. Urusan lawatan ke luar negeri Johor perlu dipohon kepada pihak pendaftaran JPNJ seawal 5 minggu. Tindakan : Guru Lawatan 4.1.11 Kelas Intensif UPSR akan dilaksanakan pada 27-30.8.2012 dan 3-6.9.2012 pada jam 2.00 4.00 petang. Tindakan : Guru Tahun 6 4.1.12 Solat Hajat UPSR akan diadakan pada setiap hari Jumaat khasnya sepanjang bulan Ramadhan di bawah kelolaan Panitia Agama Islam. Tindakan : Semua Guru

4.1.13 Program makan kismis dan jus kurma. Subsidi daripada ibu bapa Tahun 6 dan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat bekalan daripada penderma tersebut. Makluman. 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Guru-guru diminta memastikan murid-murid sentiasa bersedia dan fokus dalam apa juga bidang dan aktiviti yang dijalankan. Mereka perlu didekati dan diselami masalahnya bagi meningkatkan motivasi diri mereka. Program mentor-mentee boleh dijadikan wadah untuk membentuk mereka khasnya dari aspek disiplin diri. Tindakan : Semua guru. 5.2 Program Zoom-A. Sekolah akan membeli 10 tiket zoom-A menggunakan wang makmal komputer. Tindakan : Guru ICT 5.3 Murid Perfect A sekolah adalah seramai 8 orang. Murid yang bertukar akan diganti dengan murid yang berpotensi. Murid Harapan pula adalah seramai 4 orang. GPS sasaran sekolah ialah serendah 1.89 dan peratus pencapaian UPSR ialah 89.5%. Makluman. 5.4 Perjumpaan guru tahun 6 akan diadakan semula selepas UPPM 1. Makluman. PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Mesyuarat..

6.

Disediakan oleh, Setiausaha Mesyuarat Guru-guru Tahun 6 SK LKTP Medoi. Bertarikh : 12 Januari 2012

dinbisto/doc/minit mesyuarat guru T6

You might also like