You are on page 1of 10

TEORI TEORI MOTIVASI

TEORI-TEORI MOTIVASI
Pengenalan: Motivasi adalah merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan motivasi pembelajaran yang sempurna. Ini yang kerana, boleh

merupakan

kaedah

pengajaran

meransang minat pelajar dalam mata pelajaran yang diikuti. Motivasi juga merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan.

TEORI-TEORI MOTIVASI
Teori Hierarki Keperluan Maslow Teori Atribusi Weiner Teori Ekspektansi dan Nilai Teori Dissonansi Kognitif Teori Motivasi Pencapaian McClelland Teori Motivasi Herzberg

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW


Keperluan merupakan deprivasi; seseorang bertindak terhadap matlamat. Keperluan fisiologi dan psikologi perlu dipenuhi. Sekiranya keperluan kekurangan(deficiency needs) belum dipenuhi,maka keperluan perkembangan(growth needs)tidak akan bermakna. Setelah keperluan kekurangan dipenuhi, individu tidak lagi bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hierarki yang kebih tinggi. Individu akan berkecenderungan untuk berkembang seterusnya membawa kepada penyempurnaan kendiri; yakni mencapai potensi yang menyeluruh.

TEORI ATRIBUSI WEINER

Teori ini menegaskan bahawa pelajar akan memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan ditumpukan terhadap persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan. Faktor dalaman atau luaran seperti kebolehan,kesukaran,tugasan,usaha dan nasib.

TEORI EKSPEKTANSI DAN NILAI

Gabungan antara dua kekuatan iaitu; harapan dan nilai. Motivasi pelajar ditentukan dengan berapa banyak matlamat dan harapan sama ada mereka akan berjaya dinilai oleh mereka. Sebagai guru, ransangan kepada pelajar untuk menghargai nilai pendidikan sebagai salah satu cara meningkatkan taraf hidup mereka.

TEORI DISSONANSI KOGNITIF


Teori ini terdiri dalam psikologi sosial yang membahas mengenai perasaan tidak selesa seseorang akibat sikap, pemikiran, dan perilaku yang saling bertentangan dan memotivasi seseorang untuk mengambil langkah demi mengurangi ketidakselesaan tersebut. Jadi, pelajar akan mendorong dirinya untuk keluar dari zon tidak selesa itu. Hubungan antara kognisi; yakni kecenderungan individu untuk mencari kepercayaan atau pandangan. Tiga cara hapuskan dissonansi/tingkah laku: a) Kurangkan kepercayaan dissonansi tersebut b) Tambah kepercayaan konsonansi untuk melebihi kadar bilangan dissonansi. c) Ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak konsisten lagi.

TEORI MOTIVASI PENCAPAIAN MCCLELLAND


Motivasi meningkat jika pelajar dimotivasikan, memahami unsur-unsur motivasi dan libatkan diri dalam usaha itu. Motivasi bertindak dua hala,memberi dan menerima. Beliau membezakan di antara high achievers dengan low achievers yang mana pada kebiasaannya high achievers menetapkan matlamat tidak mudah dan terlalu susah untuk dicapai. Satu set proses memberi tenaga kepada tingkah laku seseorang itu dan matlamat menjuruskan tingkah laku itu kepada satu matlamat; pilihan positif bermakna dan memuaskan keperluannya. Perlu wujud maklumbalas yang jelas dan nyata tentang kejayaan daripada usaha seseorang. Teori ini menjelaskan bahawa pencapaian akan dipertingkatkan malalui latihan atau pendedahan kepada pengalaman baru. Teori ini menyebabkan harapan untuk kejayaan dan ketakutan untuk kegagalan tertanam dalam jiwa pelajar.

TEORI MOTIVASI HERZBERG (1966)


Menurut Herzberg (1966), ada dua jenis faktor yang mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan menjauhkan diri dari ketidakpuasan. Dua faktor itu adalah; a) Faktor ekstrinsik - memotivasi seseorang untuk keluar dari ketidakpuasan, termasuk didalamnya adalah hubungan antara manusia, imbalan, keadaan sekeliling, dan sebagainya a) Faktor intrinsik. - sedangkan faktor ini memotivasi seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan, yang termasuk didalamnya adalah kejayaan, pengakuan dan kemajuan dalam kehidupan.

Sumber dan rujukan: a) Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam,Selangor. Oxford Fajar sdn. Bhd. b) Diperolehi pada 20 Februari 2012, http://eprints.utm.my/10385/3/TEORI-TEORI_MOTIVASI.pdf c) Diperolehi pada 24 Februari 2012, supiani.staff.gunadarma.ac.id d ) Diperolehi pada 24 Februari 2012, www.ums.edu.my/webv3/appl e) Diperolehi pada 29 Februari 2012 http://www.mudahbelajar.com/?p=487 f) Diperolehi pada 3 Mac 2012, http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_disonansi_kognitif

You might also like