You are on page 1of 2

، ‫الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات‬

‫والصلة والسلم على رسولنا المين‬


. ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri serta
menyaksikan Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris
Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arsad peringkat
Negeri Selangor pada hari ini . Kami juga memohon
kehadhrat-Mu agar majlis ini berjalan dengan lancar .

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan


rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari
yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu ,
bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi
membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru .
Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk
mengembangkan potensi anak-anak pelajar secara
seimbang baik dalam bidang akademik mahupun ko-
kurikulum .
Amin Ya Rabbal’alamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang


teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-
cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi
pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang


benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai


perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya
dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة‬


‫حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب‬
‫العالـمين‬

You might also like