You are on page 1of 3

‫نحمده ونستعينه ونستغفره‬، ‫الـحمد لله‬

‫ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات‬


‫أعمالنا من يهده الله فل مضل له ومن يضلله‬
‫ والصلة والسلم على رسولنا‬، ‫فل هادي له‬
. ‫المين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬
,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk
mengisi seluruh ruang hidup kami dengan
ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu
: yang mulia
‫ب‬
ِّ ‫ي ونسكي ومحياي ومماتي للهِ َر‬ ْ ِ ‫صلَت‬ َّ ِ ‫ل إ‬
َ ‫ن‬ ْ ُ‫ق‬
.‫ن‬ ِ َ ‫العَال‬
َ ْ ‫مي‬
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku ,
dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu
Allah.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima


yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan


fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang
kepada kalimat Ikhlas dan prinsip keikhlasan .
Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami
Nabi Muhammad S.A.W. , yang juga agama
ayah kami Nabi Ibrohim ‘alaihissalam dengan
setulus hati . Dan Nabi Ibrohim bukan seorang
musyrikin .

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami ,
sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami .

1
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal
Jalaliwal’ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia


adalah pengawal kehidupan kami ,
Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah
kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah
urusan akhirat kami kerana di sanalah kami
akan dikembalikan .

Ya Allah , Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal


Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan


(dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang ,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah
yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan


ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah
keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini


sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

2
‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬
‫وقنا عذاب النار‬
‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬
‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬
‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

‫‪3‬‬

You might also like