You are on page 1of 12

Pengurusan Bilik Darjah

PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Madzniah bt Md Jaafar kerana telah banyak member ilmu dan tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan disayangi kerana rajin membuat perbincangan ilmiah yang banyak memberi idea untuk disumbatkan kedalam tugasan ini. Tidak lupa juga kepada IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang banyak memberi kemudahan yang bertaraf lima bintang yang telah memberikan keselesaan sepanjang saya berada di maktab. Ibubapa di kampong yang berkerja penat lelah, saya saying anda semua. Tanpa anda siapalah saya.

Pengurusan Bilik Darjah

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN 2.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER 2.2 MODEL ASERTIF CANTER 2.3 MODEL LOGIKAL DREIKURS 2.4 MODEL KELOMPOK KOUNIN 2.5 MODEL TERAPI REALITI GLASSER 3.0 ANALISIS KAJIAN KES 3.1 SITUASI DI DALAM BILIK DARJAH 3.2 MODEL YANG DIGUNAKAN 3.3 STRATEGI PENYELESAIAN RUJUKAN 1 3 3 4 5 5 6 7 7 7 8 10

Pengurusan Bilik Darjah

1.0 Pendahuluan

Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak ysng khusus atau pola tingkah laku. (American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk berkelakuan baik. Dengan kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kesemua model-model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah

2.0 Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan

Menurut

Doyle

(1979),

pengurusan

bilik

darjah

adalah

satu

proses

menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa model yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Model-Model disiplin ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, aplikasi model-model tersebut bergantung kepada keadaan situasi dan kes yang dihadapi.

2.1

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku dalam pembentukan keinginan. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.

Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, tingkah laku akan menjadi semakin lemah. Hukuman adalah berbeza dengan pengukuhan negatif.

Pengurusan Bilik Darjah

2.2

Model Asertif Canter

Model ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati banyak guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini adalah salah satu model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah. Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian : a) Peraturan b) Pengenalan positif c) Akibat/kesan Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa bertanggungjawab ke atas tingkah laku murid-muridnya. Seorang guru perlu mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya, termasuk:

a) menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin. b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama. c) mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa mahupun penjaga murid-murid. Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk: a) mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka. b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang positif.

Pengurusan Bilik Darjah

2.3

Model Logikal Dreikurs

Pengajaran demokratik dan berdepan dengan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman sebaliknya merupakan satu cara untuk mengajar murid-murid untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya.

Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

2.4

Model Kelompok Kounin

Model Kelompok Kounin menekankan aspek pengurusan kelas. Pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa cakna tentang kemahuan dan keperluan murid. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi pembelajaran dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta peka terhadap kemajuan murid. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu: a) Merangkumi semua (withitness) Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid. b) Bertindih (overlapping)

Pengurusan Bilik Darjah

Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.

c) Momentum (momentum) Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka adalah ciri-ciri guru yang peka. d) Kelancaran (smoothness) Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. e) Fokus kumpulan (group focus) Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu : i. ii. iii. melibatkan murid secara keseluruhan mewujudkan P & P yang lebih menarik menarik perhatian murid

2.5

Model Terapi Realiti Glasser

Perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik atau bijak. Glasser lebih menumpukan kepada perbincangan kelas. William Glaser menegaskan nilai timbang rasa adalah penting. Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaikbaiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin berlaku jika tersalah membuat pilihan. Murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.

Pengurusan Bilik Darjah

3.0 Analisis Kajian Kes

Apabila seseorang guru berhadapan dengan sesuatu masalah di dalam bilik darjah, beliau perlu mengaplikasikan model-model yang sesuai bagi mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik untuk menangani masalah yang dihadapi. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita harus memahami dan menyelami model-model modifikasi yang kita pelajari agar kita akan peka terhadap perasaan pelajar dan juga persekitaran bilik darjah. Hal ini dapat membantu kita untuk menganalisis keadaan pelajar serta bilik darjah demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.

3.1 Situasi DI Dalam Bilik Darjah Cikgu Ali merupakan seorang guru baru di sekolah Kebangsaan Seri Murni. Sebagai seorang guru baru, Cikgu Ali merasakan beliau masih tidak dapat mengawal kelas dengan baik. Cikgu Ali telah ditugaskan menjadi guru kelas bagi kelas 5 Biru. Cikgu Ali mendapati terdapat beberapa orang murid di dalam kelas tersebut selalu menimbulkan masalah ketika pengajaran di dalam kelas. Murid - murid tersebut selalu membuat bising, menganggu rakan rakan yang lain dan tidak focus ketika guru mengajar di hadapan. Sebagai seorang guru kelas, Cikgu Ali amat bimbang dengan masalah ini kerana murid murid lain juga tidak dapat focus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. 3.2 Model Yang Digunakan Berdasarkan situasi di atas, saya telah memilih Model Asertif Canter. Model ini bagus kerana ia menegaskan tingkahlaku yang sopan dan baik di dalam diri setiap individu. Selain itu, guru juga haruslah bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku murid. Di dalam model ini, guru harus menjadikan setiap pelajar mempunyai akhlak akhlak dan nilai murni yang baik di dalam diri masing masing. Apabila terdapat murid yang Berjaya menunujukkan tingkahlaku yang diingini, ganjaran haruslah diberikan.

Pengurusan Bilik Darjah

Terdapat dua jenis ganjaran iaitu berbentuk material ataupun bukan material. Ganjaran berbentuk material seperti gula gula, buku, pensil dan sebagainya. Manakala ganjaran berbentuk bukan material seperti kata kata pujian, semangat dan galakan daripada guru tersebut. Selain itu, Model Kelompok Kounin juga merupakan model yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah pada situasi di atas. Model ini mementingkan keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan berkesan. Guru perlulah cakna terhadap keperluan dan kehendak murid-murid. Guru yang memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai karakteristik seperti peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu masa, mampu mengagak sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berupaya membuatkan pelajar fokus semasa proses pengajaran berjalan. Jika kesemua ciri-ciri ini ada di dalam diri guru tersebut nescaya beliau akan berjaya mengawal kelasnya dengan baik dan masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan sekali

3.2 Strategi Penyelesaian Masalah Terdapat beberapa strategi yang dapat di gunakan oleh Cikgu Ali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Di dalam situasi tersebut, Cikgu Ali merupakan guru kelas 5 Biru. Di dalam kelas tersebut terdapat beberapa murid yang bermasalah dan suka membuat bising di dalam kelas serta tidak fokus ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sebagai guru kelas, Cikgu Ali boleh membuat satu peraturan kelas yang ringkas, padat dan tegas untuk kelas tersebut. Ini akan dapat mengawal keadaan kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Jika para pelajar dapat mengikut peraturan yang dibuat, guru perlulah member peneguhan positif kepada para pelajar seperti pujian, ganjaran, penghargaan dan lain lain. Peneguhan negative juga perlu dibuat jika para pelajar tidak dapat mengikut peraturan yang telah dibuat seperti teguran dan dendaan. Tetapi peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaian.

Pengurusan Bilik Darjah

Selain itu cikgu Ali juga boleh mengasingkan beberapa orang pelajar tersebut supaya mereka tidak berkelompok. Cikgu Ali boleh menyusun semula kedudukan mereka dengan menempatkan mereka duduk bersebelahan dengan mereka yang berminat untuk belajar. Dengan cara ini dapat mengurangkan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran didalam kelas sedang berjalan. Seterusnya, Cikgu Ali perlu memahami punca-punca pelajar tidak berminat untuk belajar. Cikgu Ali mungkin perlu menukar cara pengajaran seperti cara pengajaran yang memusatkan pelajar. Ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar semasa proses pengajaranpembelajaran dijalankan.

Pengurusan Bilik Darjah

RUJUKAN 1 Banks, S.R. (2005). Classroom Assessment:Issues and practices.

Boston:Pearson Educ. Inc. 2 Choong Lean Kheow, PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Pengurusan Bilik

Darjah dan Tingkah Laku Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 3 Haliza Hamzah (2008). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku, Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4 Hardin. C.J.(2004). Effective Classroom Management: Models and Strategies for

Todays Classrooms. NJ: Pearson Merill Prentice Hall. 5 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penilaian Kendalian Sekolah. KL.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 6 Krause, K., Bochner, S & Duchesne, S (2003). Educational Psychology,

Australia: Thomson 7 Myint Sue Khine et al. (2005). Classroom Management, Singapore. Pearson

Prentice Hall (Ch.4) 8 9 Santrock, J.W. (2006). Educational Psychology (3rd ed). New York: McGraw-Hill Weinstein, C.S. & Mignano, A.J. (2007). Elementary classroom management (4th

ed.). Boston:McGrow-Hill (Ch.2) 10 Woolfolk, A.H.(2004). Educational Psychology (9th ed). Boston: Allyn & Bacon

You might also like