You are on page 1of 14

Tahukah anda ...

"... bahawa Delta Danube merupakan delta Eropah terbesar dan paling terpelihara selepas Delta Volga? "... bahawa Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia?" "... bahawa empat mata angin utama ditentukan mengikut kutub dan arah putaran Bumi?" "... bahawa Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, dan juga merupakan laut/tasik termasin di dunia?" "... bahawa sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat?" "... bahawa Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar?" "... bahawa hemisfera utara mempunyai 90% dari jumlah penduduk bumi?" "... bahawa masa di Kutub Selatan mengikut zon masa New Zealand?" "... bahawa air terjun Angel adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter?" "... bahawa peta, walaupun berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tigadimensi?" "... "... "... "... bahawa bahawa bahawa bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?" Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air?" garisan longitud digunakan untuk menentukan zon waktu?" air terjun Niagara sebenarnya terdiri daripada tiga buah air terjun?"

"... bahawa Tasik-Tasik Besar membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia?" "... bahawa lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada?" "... bahawa Waktu Piawai India dihitung berdasarkan longitud82.5 T yang terletak di barat kota Mirzapur?"

5.

Danau terluas di dunia adalah Laut Kaspia di Azerbaijan Rusia Kazakhstan Turkmenistan Iran seluas 394.299 km (152.239 mil). 2. Danau tertinggi di dunia adalah danau Titicaca di Peru yang berada pada ketinggian 12.500 kaki di atas permukaan laut. 3. Laut terbesar adalah laut Mediterania yang memiliki luas 1.144.800 mil. 4. Samudra terdalam adalah Samudra Pasifik yang memiliki kedalaman rata-rata 13.215 kaki. 5. Samudra terbesar adalah Samudra Pasifik yang memiliki luas 60.060.700 mil. 6. Samudra terkecil adalah Samudra Arktik yang hanya memiliki luas 5.427.000 mil. 7. Teluk terbesar adalah Teluk Meksiko yang memiliki luas 615.000 mil. 8. Sungai terpanjang adalah sungai Nil di Afrika sepanjang 6.690 km (4.180 mil). 9. Sungai terpendek adalah sungai Roe di Montana, Amerika Serikat yang hanya sepanjang 200 kaki. 10. Sungai terbesar adalah sungai Amazon dengan luas 2.500.000 mil. 11. Gurun subtropis terluas adalah gurun Sahara di Maroko Sahara Barat Aljazair Tunisia Libya Mesir Mauritania Mali Niger Chad Ethiopia Eritrea Somalia seluas 3.5 juta mil. 12. Benua terbesar adalah benua Asia dengan luas 44.579.000 km (17.212.000 mil). 13. Benua terkecil adalah benua Australia dengan luas 3.132.000 mil. 14. Negara terluas adalah Rusia seluas 17.075.400 km. 15. Negara terkecil adalah Vatikan yang hanya seluas 0.44 km. 16. Negara dengan garis perbatasan di daratan terpanjang adalah Republik Rakyat Tiongkok yang memiliki garis perbatasan sejauh 22.117 km. 17. Negara dengan jumlah negara yang berbatasan langsung terbanyak adalah Republik Rakyat Tiongkok yang berbatasan dengan 14 negara tetangga. 18. Perbatasan antara 2 negara terpanjang adalah perbatasan antara Kanada dan Amerika Serikat sejauh 8.891 km. 19. Gunung terbesar adalah Mauna Loa di Hawaii. Hanya 4.100 m (13.448 kaki) dari gunung tersebut berada di atas permukaan laut. Tetapi apabila diukur dari dasar laut, ketinggian Mauna Loa melebihi Everest kurang lebih 3/4 mil. Mauna Loa mempunyai volume sebesar 15.520 km (9.700 miles). 20. Gelombang laut tertinggi terjadi pada 9 Juli 1958 di Teluk Lituya, Alaska ketika sebuah gempa besar menimbulkan longsor besar di teluk Lituya menimbulkan gelombang setinggi 524 m (1.720 kaki). 21. Kecepatan angin tertinggi terjadi di Belgrano II, wilayah Argentina di Antartika pada kecepatan 351 km/h.

22. Negara dengan garis pantai terpanjang adalah Kanada dengan 243.792 km (termasuk garis pantai dari 52.455 pulau-pulau di Kanada). 23. Pulau terbesar adalah pulau Greenland yang memiliki luas 839.999 mil. 24. Semenanjung terbesar adalah Semenanjung Arabia yang memiliki luas 1.250.000 mil. 25. Kepulauan terbesar adalah negara kepulauan Indonesia yang memiliki 17.000 pulau dalam bentang 3.500 mil. 26.Gugus pegunungan terpanjang adalah pegunungan Andes di Amerika selatan yang membentang sejauh 5.000 mil. 27. Air terjun tertinggi adalah Angel Falls di Venezuela yang memiliki ketinggian 3.212 kaki. (Lihat daftar lengkapnya). 28. Laguna terbesar adalah Lagoa dos Patos, Brasil sepanjang 150 mil dengan luas 4.500 mil. 29. Titik yang terletak paling utara di dunia adalah kutub utara di Samudra Arktik. 30. Titik yang terletak paling utara di daratan adalah pulau Kaffeklubben, sebelah timur Greenland (8340). 31. Titik yang terletak paling selatan di dunia dan juga merupakan titik paling selatan di daratan adalah kutub selatan di benua Antartika. 32. Titik yang terletak paling barat di daratan menurut garis penanggalan internasional adalah pulau Attu di Alaska. 33. Titik yang terletak paling timur di daratan menurut garis penanggalan internasional adalah pulau Caroline di Kiribati.

Geografi Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Geografi Negara Iklim Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwaamat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Fakta 2 Angin 3 Taburan hujan 4 Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia 5 Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak 6 Taburan suhu 7 Kelembapan bandingan 8 Cahaya dan sinaran matahari 9 Sejatan 10 Lihat juga 11 Pautan luar

[sunting]Fakta
Malaysia terletak di Hemisfera Utara, iaitu bahagian utara dari Garisan Khatulistiwa. Ia terdiri daripada 2 kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan (531.1 kilometer persegi). Kedua-dua kawasan berbentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu pinggir laut yang landai, hutan tebal dan bukit bukau. Iklimnya ialah khatulistiwa tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan utara Sabah mengalami iklim monsun tropika.

Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598km bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan manakala Sabah yang seluas 73,711km dan Sarawak yang seluas 124,449km bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang terbesar merupakan Sarawak ,melebihi 124,000km. Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 km merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil. Negeri Sabah dan Sarawak terletak di pulau Borneo. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian, iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat, dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91km adalah terletak di persisiran pantai barat Sabah. Sarawak terdiri daripada Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan. Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada musim monsun barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di hampir keseluruhan Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C. Kelembapannya dikatakan agak tinggi. Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan kesemua pejabat kerajaan pusat dijangka di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.

[sunting]Angin
Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya dengan kelajuan yang lemah, iaitu di bawah 15 knot. Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia serta bahagian utara dan pantai timur laut Sabah lebih terjejas dengan tiupan angin yang boleh mencapai 30 knot kelajuannya, atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari Siberia (luruan angin musim sejuk).

Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia. Dalam tempoh dari April hingga November semasa taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih. Sebagai negara yang dikelilingi oleh laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar, terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pedalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.

[sunting]Taburan

hujan

Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi tempatan menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pedalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim.

[sunting]Perubahan

hujan bermusim di Semenanjung Malaysia

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama: (a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November hingga Januari merupakan bulanbulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum, manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum. (b) Corak hujan di kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia menunjukkan dua tempoh hujan maksimum yang dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum utama biasanya berlaku pada bulan Oktober hingga November, manakala maksimum sekunder berlaku pada bulan April hingga Mei. Di kawasan barat laut, minimum utama berlaku pada bulan Januari hingga Februari, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Jun hingga Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan Jun hingga Julai, manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Februari. (c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan oleh kejadian 'Sumatera' pagi pada bulan Mei hingga Ogos dan corak maksima serta minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum, manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum pada bulan Mac hingga Mei dan minimum pada bulan Jun hingga Julai tidak wujud atau kurang jelas.

[sunting]Perubahan

hujan bermusim di Sabah dan Sarawak

Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima jenis utama: (a) Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami corak hujan satu maksimum dan satu minimum. Kedua-dua kawasan mengalami hujan maksimum pada bulan yang sama, iaitu Januari, manakala bulan untuk hujan minimum berbeza. Di kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau Julai, manakala di kawasan timur laut pantai Sabah, hujan minimum berlaku pada bulan April. Di bawah aturan ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun timur laut, iaitu Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih separuh daripada hujan tahunan diterima di kawasan barat Sarawak. (b) Kawasan pedalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan yang agak sekata. Walaupun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa tempoh Jun hingga Ogos, sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di nyatakan di sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pendalaman Sarawak. Long Akah menerima hujan tahunan purata yang melebihi 5,000 milimeter. (c) Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami corak hujan dua maksima dan dua minima. Maksimum utama berlaku pada bulan Oktober dan maksimum sekunder berlaku pada bulan Jun. Minimum utama berlaku pada bulan Februari manakala minimum sekunder berlaku pada bulan Ogos. Walaupun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada kedua-dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada minimum utama adalah jelas lebih rendah berbanding sekunder minimum. Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda. (d) Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding dengan kawasan-kawasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima dan dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan Februari dan Ogos, manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober. (e) Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan yang sekata. Jumlah hujan tahunan yang diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga April adalah tempoh agak kering berbanding bulan-bulan lain.

[sunting]Taburan

suhu

Sebagai sebuah negara yang terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang hampir seragam sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia serta bahagian utara dan timur laut Sabah yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin musim sejuk dariSiberia semasa monsun timur laut yang berlaku pada musim sejuk Hemisfera Utara. Walau bagaimanapun, perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3C.

Julat suhu harian adalah besar, antara 5C hingga 10C bagi stesen-stesen berhampiran pantai dan antara 8C hingga 12C bagi stesen-stesen di pedalaman, tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, waktu malam sejuk di manamana kecuali semasa monsun barat daya, yang mana pada waktu malam boleh dikatakan agak hangat. Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun timur laut dan ini terdapat di kawasan pantai timur, manakala di Sabah, bahagian utara dan timur lautnya juga menunjukkan perubahan suhu yang jelas. Bagi negeri Sarawak, tiada perubahan suhu yang jelas dapat ditentukan. Suhu purata bulanan adalah paling tinggi pada bulan April dan Mei, sementara suhu purata bulanannya paling rendah pada Disember dan Januari. Purata suhu harian di kebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan-perubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur laut, hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Sebagai contoh, di daerah Kuala Terengganu semasa monsun timur laut, suhu pada waktu siang jarang mencapai 32C dan kerap kali tidak mencapai 27C sekiranya hujan lebat melanda, manakala di Sandakan, Sabah, semasa monsun timur laut, iaitu musim hujan bagi daerah ini, suhu maksimum bagi setiap hari dalam bulan Disember hingga Februari, jarang mencapai lebih daripada 31C walaupun tanpa hujan serta suhu minimum dalam bulan-bulan ini kadang-kadang boleh turun sehingga di antara 23C dan 24C. Beberapa keadaan yang telah dicatatkan menunjukkan bahawa suhu tidak melebihi 24C, iaitu suhu terendah yang dicapai pada waktu malam di kebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya antara 21C hingga 24C. Tetapi nilai suhu di hampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut. Malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.

[sunting]Kelembapan

bandingan

Seperti yang diperkatakan, Malaysia menpunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, dan berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan barat laut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubah-ubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari. Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari, kecuali bagi negeri-negeri pantai timur, iaituKelantan dan Terengganu, di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.

Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh mencapai serendah 42% semasa bulan-bulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan-bulan lembab. Bagaimanapun, purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari satu tempat ke satu tempat, iaitu melebihi 94% dan mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri-negeri di barat laut, iaitu Kedah dan Perlis serta utara Sabah mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar.

[sunting]Cahaya

dan sinaran matahari

Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistiwa, Malaysia secara semula jadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya sinaran matahari. Bagaimanapun, adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak diliputi awan langsung kecuali tempoh kemarau. Litupan awan dapat mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah cahaya matahari yang diterima mengikut musim dan tempat. Secara purata, Alor Star dan Kota Bharu menerima lebih kurang 7 jam cahaya matahari sehari, sementara Kuching hanya menerima 3.7 jam sehari secara purata dalam bulan Januari. Selain itu, Alor Star menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari secara purata pada bulan yang sama. Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama dengan cahaya matahari.

[sunting]Sejatan
Antara semua faktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan dan suhu merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari dan seterusnya, kekurangan sinaran matahari akan menyebabkan suhu yang rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau berhujan mempunyai kadar sejatan yang rendah, sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Stesen Senai, salah sebuah stesen yang letaknya di tanah rendah, mempunyai sejatan purata yang terendah dalam sehari, iaitu 2.6 mm pada bulan November, sementara Kota Kinabalu pula mempunyai sejatan purata yang tertinggi, iaitu 6.0 mm sehari, dalam bulan April. Bagi kawasan-kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, suhu udara serta kadar sejatannya adalah rendah, sementara kawasan-kawasan tanah rendah mempunyai sejatan purata tahunan sebanyak 4 mm hingga 5 mm sehari. Selain itu, Cameron Highlands hanya mempunyai kadar sejatan sebanyak lebih kurang 2.5 mm sehari.

Fakta Menarik Dunia 1 1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini) 2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja 3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman 4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23 5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta 6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri 7. Harimau adalah haiwan yang terbesar dalam keluarga kucing 8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya 9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana 10. Titik diatas huruf i disebut title 11. Sebutir kismis yang dijatuhkan ke dalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas 12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu. 13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4 14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm 15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari 16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari 17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari Zoning Improvement Plan. 18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri) 20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus 21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta 22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter 23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak akan sama. 24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino. 25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari. 26. Tanda save pada Microsoft Office Programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik 27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Lwenthal dan Emma Wedgewood). 28. Unta punya 3 kelopak mata. 29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru 30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat selepas dipenggal lehernya 31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot di kelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik 32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya 33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan 34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki 35. 13% orang di dunia adalah kidal 36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan 37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata 39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri 40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat. 41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil). 42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu 43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya. 44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip 45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud 46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32. 47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya 48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan Solarmax. 49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur. 50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

2. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat 3. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27) 4. Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu 5. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan 6. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)
7. Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter 8. Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State) 9. Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin 10. Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand. 11. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam. 12. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari 13. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg 14. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin 15. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat 16. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja 17. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun 18. Gajah tidur berdiri 19. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha) 20. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut

21. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat

You might also like