You are on page 1of 5

MaCS (Managing Challenging Schools)

Pengenalan MaCS ialah nama singkatan bagi Program Managing Challenging Schools di Sarawak. Program ini merupakan suatu usaha bersepadu Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian sama ada dari segi kuantiti atau kualiti. Program MaCS telah dimulakan pada tahun 2005 dan pada masa itu tumpuannya hanyalah kepada sekolah-sekolah menengah yang berprestasi rendah dalam penilaian PMR. Pelaksanaan program MaCS pada tahun 2005 telah menunjukkan keberkesanan yang ketara dalam pencapaian keputusan PMR pada hujung tahun 2005.
Ciri-ciri MaCS

MaCS mempunyai ciri-ciri yang berikut :


mewujudkan suatu visi masa depan organisasi. mewujudkan senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang untuk melakukan perkara yang sama bagi satu tempoh masa. berorientasikan masa depan dan bukan pada situasi semasa. penekanan kepada strategi dan bukan hanya taktik.

Matlamat Program MaCS Program MaCS digubal untuk memantapkan kepemimpinan sekolah ke arah meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam akademik. Matlamat utama program MaCS adalah berlandaskan perancangan strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (GeMS) seperti yang berikut: semua sekolah menjadi sekolah berkesan.( M1) semua murid mendapat pendidikan terbaik daripada guru yang berkualiti.(M2) kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti di semua peringkat.(M3) semua sekolah dan murid mempunyai ekuiti dan akses yang saksama untuk kecemerlangan dan pembangunan masa depan.(M4)

penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan. (M5) Objektif Program MaCS meningkatkan akauntabiliti Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru terhadap pencapaian akademik sekolah meningkatkan interaksi dan perkongsian pengalaman dalam kalangan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru. meningkatkan tahap kemahiran pengurusan strategik terutamanya dalam pengurusan kurikulum dan sumber. meningkatkan prestasi UPSR,PMR, SPM (kualiti dan kuantiti) Modus Operandi Program MaCS Pelaksanaan program ini melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai sektor di Jabatan, Pejabat Pelajaran Gabungan, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil dan juga pihak pengurusan sekolah. Pendekatan bersepadu begini merupakan usaha menjana idea untuk merangka strategi yang relevan seperti mesyuarat, bengkel, lawatan penandaras bagi pihak pengurusan sekolah yang dikenal pasti dengan harapan yang berkenaan dapat memantapkan peranan mereka sebagai pemimpin yang berkesan di sekolah. Untuk memastikan program ini memberi impak kepada keberkesanan dalam pengurusan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, program pemantauan telah dirangka dan dilaksanakan untuk mengesan status pelaksanaan program MaCS di sekolah-sekolah yang terlibat. Perkongsian Pintar/ Latihan/ Bengkel/ Mesyuarat Rancangan Pemajuan Sekolah Perancangan Strategik Perancangan Taktikal Pelan Operasi Headcount, markah Base-line, TOV dan ETR

Kepimpinan Instruksional Pemantauan/ penyeliaan berterusan program (sekolah)

Sasaran : Semua pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pengurusan, Guru Kanan, Ketua Panitia Lawatan Penanda arasan Lawatan Pemantauan Berkala pelaporan Tindak susul Pengiktirafan Pemantau

MaCS FASA II [2009 2011]

Matlamat program MaCS Fasa II bertujuan melonjakkan peningkatan kuantiti dan kualiti pencapaian UPSR/PMR mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Sekolah dikelompokkan kepada tiga kategori iaitu Gemilang, Cemerlang dan Harapan berasaskan keputusan UPSR DAN PMR 2008. Di bawah Program MaCS Fasa II, pencapaian PMR negeri telah disasarkan untuk tempoh 3 tahun, bermula 2009 hingga 2011 dari segi kuantiti dan kualiti. Untuk PMR, Kuantiti ( 2009:65%, 2010:70%, 2011:75%) dan Kualiti (2009:4.0%, 2010:4.5%, 2011:5.0%). Program MaCS Fasa II memberi penekanan kepada pendekatan dan strategi dalam pengoperasiannya. Tiga pendekatan iaitu Holistik, Unik Dan Integratif (HUI) dan lima strategi iaitu Lawatan, Latihan, Latihtubi, Lonjakan dan Lanjutan (5L) telah dirangka untuk dioperasikan dalam MaCS Fasa II.

Pendekatan HOLISTIK bermaksud penglibatan secara menyeluruh, iaitu melibatkan semua kategori sekolah dan melibatkan murid-murid dengan pelbagai tahap kebolehan. Pendekatan UNIK bermaksud menggunakan pendekatan berbeza untuk menangani kepelbagaian dan keistimewaan murid dan sekolah.

Pendekatan INTEGRATIF merangkumi pemanfaatan bahan dan maklumat dari internet, melibatkan kol;aborasi semua sector / unit di JPN/PPD, melibatkan Persatuan dan Kesatuan MGC, PPSMS, MGB, Majlis Pengetua Kanan dan semua pihak berkepentingan memainkan peranan masingmasing. Pengoperasian program MaCS Fasa II menggunakan strategi 5L, iaitu LAWATAN, LATIHAN, LATIH TUBI, LONJAKAN dan LANJUTAN. 1. Strategi LAWATAN melibatkan lawatan ke sekolah-sekolah. Semasa lawatan aktiviti berikut akan dilakukan: a) b) c) d) e) f) g) h) Verifikasi SKPM-S (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) Semakan RPS (Rancangan Pemajuan Sekolah) Semakan BLD, TOV, ETR dan OTI Semakan Sistem Maklum Balas. Semakan Rekod Penyeliaan Semakan Sistem Data dan Maklumat. Mencerap Pengajaran dan Pembelajaran Memberi Bimbingan dan Khidmat Bantu.

2. Strategi LATIHAN dalah bagi sekolah yang ada masalah ilmu pengetahuan dan kemahiran.Tujuan latihan adalah untuk : i. merancang dan melaksanakan aktiviti berbentuk kursus/bengkel/ latihan dalaman. ii. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru melalui perkongsian amalan terbaik. 2. Strategi LATIHTUBI, pelaksanaanya akan mencakupi: i. Penilaian formatif berdasarkan topik. ii. Ujian bulanan dijalankan setiap bulan iaitu pada minggu ke-4. iii. Ujian Pra seragam yang dikendalikan di peringkat negeri sebanyak 2 kali setahun (Program Gerak Gempur UPSR & PMR 2009) 3. Strategi LONJAKAN akan melibatkan sekolah kategori gemilang dan kategori harapan. Untuk sekolah kategori gemilang, motivasi dan pengiktirafan akan dilaksanakan. Sekolah kategori harapan akan diberi khidmat nasihat dan kaunseling. 4. Strategi LANJUTAN merupakan strategi peluasan selain kelas-kelas peperiksaan. Peluasan ini melibatkan sekolah kategori Harapan dan Kategori Cemerlang. Pelaksanaannya akan melibatkan program intervensi yang akan bermula pada awal Tahap 2 (Tahun 4 dan Tahun 5) di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 di sekolah menengah. Program MaCS Fasa II telah dirancang secara strategik bagi tempoh tiga tahun, iaitu dari 2009 hingga 2011. Melalui pendekatan dan strategi pengoperasian yang telah dirancangkan dan dilaksanakan, adalah diharapkan sasaran pencapaian UPSR dan PMR dapat dicapai bagi setiap

tempoh masa yang telah ditetapkan. Untuk mencapai sasaran tersebut, komitmen, kerjasama dan persefahaman dari semua peringkat pelaksana adalah amat diperlukan

You might also like