You are on page 1of 20

Bil.

7 Julai - Disember 2011

Pusat Pembangunan Akademik

Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyampaikan ucapan perasmian Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011 di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

Ahli Akademik Perlu Pupuk Amalan Berinovasi


hli akademik perlu berusaha memupuk serta mengembangkan amalan dan budaya berinovasi untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Dalam persekitaran yang sengit dan mencabar, ahli akademik sewajarnya lebih kreatif dan bersifat inovatif untuk melakukan perubahan terhadap input, proses kerja dan perkhidmatan/produk, sekali gus memenuhi hasrat dan dasar kerajaan melaksanakan transformasi demi manfaat pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Demikian menurut Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM sewaktu beliau menyampaikan ucaptama Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM pada 17 20 Disember 2011 di hotel Vistana Pulau Pinang. Katanya, inovasi sahaja tidak mencukupi. Inovasi perlu diikuti dengan inisiatif mencipta peluang pekerjaan baru selari dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan negara berpendapatan tinggi serta Program Transformasi Kerajaan. UKM telah pun mengambil inisiatif melaksanakan

bersambung ms 4

BIl.7 julai-disember 2011

Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai Pusat Ilmu Terpilih sebelum 2015. Meneraju dan memimpin ke arah pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan pelaksanaan program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran.

Visi

Misi

Kandungan

Sidang Redaksi
Penasihat Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Editor Kehormat Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Prof. Madya Dr. Kamisah Othman Prof. Madya Dr. Salleh Amat Dr. Sity Daud Ketua Editor Encik Mohd Hanafiah Omar Penyunting Encik Mohd Najib Adun Pereka Grafik Encik Hashim Muda Jurufoto Encik Hashim Muda Pengedaran Encik Md Nora Md Don

Dari meja pengarah

>3

e-Pembelajaran

>4

ISO

> 9 - 13

Sekitar Kongres P&P UKM 2011

> 10 - 11

Berita Semasa
Terbitan: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8921 3858/3600 Faks: 03-8926 4816 Buletin Pembangunan Akademik edisi online boleh dicapai di laman sesawang Pusat Pembangunan Akademik www.ukm.my/ppa

> 14 - 18

Hubungan Luar

> 19

Buletin Pembangunan Akademik

Dari Meja Pengarah

dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Sidang Pengarang Buletin Pembangunan Akademik kerana berjaya menerbitkan Buletin ini buat kali ke-7. Kejayaan Sidang Pengarang menerbitkan Buletin ini secara konsisten mencerminkan keupayaan warga kerja Pusat Pembangunan Akademik (PPA) memupuk minda yang kreatif, imaginatif dan inovatif, sekali gus menghasilkan karya, khasnya penulisan kreatif berbentuk berita dan rencana yang relevan dengan misi dan visi PPA dan UKM.

Dalam kesempatan ini izinkan saya berbicara sedikit sebanyak tentang dasar baru yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UKM (LPU) baru-baru ini. LPU Bil. 5/2011 yang diadakan pada 2 Jun 2011 telah meluluskan Dasar Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (DPBP). UKM komited melaksanakan kurikulum berasaskan hasil selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Kurikulum berasaskan hasil sebenarnya menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan pelajar. Kejayaan dasar ini bergantung pada beberapa faktor termasuk peranan pensyarah dan peranan serta penglibatan pelajar. Menerusi DPBP, pensyarah bertanggungjawab mereka bentuk pengalaman pembelajaran supaya pelajar boleh mencapai hasil pembelajaran. Matlamat ini boleh dicapai dengan cara memindahkan pemilikan dan tanggungjawab pembelajaran daripada pengajar kepada pelajar. Ini bermakna DPBP menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. Pensyarah yang bertindak sebagai pengajar sewajarnya mengubah peranan sebagai penyampai maklumat kepada fasilitator yang bertanggungjawab mendorong dan melibatkan pelajar secara langsung dalam proses penerokaan ilmu. Menerusi DPBP pensyarah perlu melibatkan semua pihak yang terbabit dalam menyumbang pembelajaran pelajar, meliputi fakulti, rakan sebaya pelajar, kakitangan, kolej kediaman, perpustakaan, alumni, majikan, keluarga, kegiatan ko-kurikulum, komuniti, industri dan sebagainya. Selain itu pensyarah juga bertanggungjawab membimbing pelajar untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengembangkan potensi pelajar sesuai dengan hasrat universiti melahirkan siswazah yang berilmu, berkemahiran, berketerampilan, kreatif, inovatif, imaginatif, berkualiti dan berdaya saing.

Sederap Melangkah, Kejayaan Terserlah

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

BIl.7 julai-disember 2011

e-Pembelajaran

inovasi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran, program keusahawanan dan program kokurikulum pelajar. Beberapa syarikat (start-up company) berasaskan penyelidikan dan inovasi ahli akademik juga telah berjaya ditubuhkan dan mencipta peluang pekerjaan baru, sesuai dengan aspirasi MBE. Selain melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, melakukan penyelidikan dan keterlibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dan industri, ahli akademik bertanggungjawab memupuk mentaliti dan budaya Y. Bhg. Tan Sri Naib Canselor UKM sedang menyampaikan Ucaptama inovasi serta keusahawanan dalam Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011 kalangan pelajar. suka mencari pekerjaan setelah menamatkan Siswazah UKM sewajarnya berupaya mencipta pengajian formal sudah tidak relevan lagi. Ahli peluang pekerjaan baru dan bukannya mencari akademik sewajarnya membimbing dan membuka pekerjaan dalam sektor awam atau sektor-sektor pemikiran pelajar dengan idea baru dan membina tradisional seperti kelazimannya. Dalam era generasi muda yang berilmu, lebih kreatif, inovatif yang semakin kompetitif, pelajar dan siswazah dan produktif, ujar Tan Sri Naib Canselor. UKM perlu memahami hakikat bahawa mentaliti

UKM Diberi Penghormatan Untuk Memimpin MEIPTA Kali Kedua


ahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohamed Amin, Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) PPA UKM kerana telah dipilih sekali lagi sebagai Pengerusi MEIPTA untuk tempoh 2012-2013. Pemilihan ini dibuat melalui kaedah pengundian oleh semua IPTA bersempena Persidangan MEIPTA kali ke-13 pada 1 November 2011 di UPM. Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) ditubuhkan pada November 2007 dan persidangan diadakan tiga atau empat kali setahun secara bergilir-gilir di setiap IPTA. Setelah empat tahun penubuhannya, MEIPTA telah mencipta beberapa kejayaan seperti Penggubalan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN); Penerbitan Buku bertajuk e-Pembelajaran di IPTA Malaysia dan Buku Amalan, Keberkesanan dan Cabaran Pelaksanaan
Buletin Pembangunan Akademik

e-Pembelajaran di IPT Malaysia; dan Kajian e-Pembelajaran di IPT Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. MEIPTA akan terus mengorak langkah seiring dengan kepesatan k e m a j u a n Prof. Dr. Mohamed Amin Embi t e k n o l o g i Timbalan Pengarah maklumat dan e-Pembelajaran) PPA UKM komunikasi (ICT) dengan beberapa lagi program yang akan dilaksanakan pada tahun 2012. Di antara program yang telah dirancang adalah penganjuran National Conference on Mobile Learning, penerbitan buku Web 2.0 di IPTA Malaysia, penerbitan prosiding dan jaringan strategik dengan universiti luar negara.

e-Pembelajaran

Jitzu Bantu Pensyarah Bangunkan e-Kandungan Web 2.0 dengan Belajar Secara Mobile Atau/Dan Online
ini usaha bagi membangunkan bahan kuliah interaktif e-Kandungan Web 2.0 oleh pensyarah dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas dengan Jitzu. Dengan hanya belajar secara mobile atau/dan online melalui jitzu. ukm.my/web20, pensyarah dapat menghasilkan beberapa bahan kuliah interaktif melalui 10 kategori (40 alatan) yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jitzu yang dibangunkan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dan Dr. Afendi Hamat dari UKM menawarkan 10 kategori Web 2.0 secara percuma kepada semua pensyarah bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Platform yang disediakan ini amat menyokong Dasar e-Pembelajaran Negara yang baru dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada April 2011. Melalui DePAN, Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. Dapatan yang sangat menarik perhatian, hanya dalam tempoh tiga minggu sejak diterbitkan dalam web, JiT@u telah diakses oleh pengguna luar UKM dari 460 bandar dari 70 negara di dunia.

Tahniah PPU!
ahniah diucapkan kepada Pusat Pengajian Umum di atas kejayaan memenangi Anugerah e-Pembelajaran (Fakulti Paling Aktif) bagi semester 2, sesi 2010-2011. Penganugerahan ini dibuat berdasarkan data penggunaan SPIN yang paling tinggi oleh warga akademik PPU. Aktif bermakna merekodkan jumlah tertinggi dalam penggunaan Nota Kuliah, Tutorial, Tugasan, Forum serta Quiz dalam SPIN. Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan Penghargaan Anugerah e-Pembelajaran daripada Y. Bhg. oleh Naib Canselor UKM pada Mesyuarat Ketua Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM Bahagian (MKB).
BIl.7 julai-disember 2011
Y.Bhg. Prof. Dr. Khairul Anuar Mastor menerima Sijil

e-Pembelajaran

Dasar e-Pembelajaran UKM disemak semula


asar e-Pembelajaran UKM yang digubal dan digunakan sejak 2008 bagi pelaksanaan e-Pembelajaran secara menyeluruh di UKM telah disemak semula berpandukan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011. Semakan semula ini amat penting bagi memastikan pelaksanaan e-Pembelajaran UKM selari dengan hasrat KPT bagi memastikan e-Pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum di semua institusi pengajian tinggi (IPT)

negara menjelang tahun 2015 selain memperkukuh dan memantapkan pembelajaran sepanjang hayat. Bengkel Semakan Semula Dasar e-Pembelajaran UKM telah diadakan pada 18 Julai 2011 di Puri Pujangga UKM dan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa e-Pembelajaran UKM. Dasar baru ini telah disebarkan kepada semua warga akademik UKM untuk mendapatkan maklumbalas dan kemudiannya di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk kelulusan. Dasar ini dijangka akan berkuatkuasa mulai Januari 2012.

Persidangan MEIPTA kali ke-13


niversiti Putra Malaysia (UPM) telah diberi penghormatan sebagi tuan rumah persidangan MEIPTA ke-13 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 1 November 2011. Persidangan yang bertemakan Strategi dan Alatan Pembangunan e-Kandungan telah diadakan di Dewan Senat UPM. Beberapa agenda telah dibincangan seperti

jaringan dengan universiti luar negara, penerbitan buku web 2.0@IPTA Malaysia, kesetaraan e-kandungan dengan penerbitan dan penganjuran National Conference on Mobile Learning pada tahun 2012. Acara kemuncak pada persidangan ke-13 adalah sesi pemilihan AJK baru MEIPTA untuk tempoh 2012-2013 dan UKM sekali lagi dipilih untuk menerajui MEIPTA manakala USM dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Sempena dengan persidangan MEIPTA kali ini, UPM telah menganjurkan Conference on Academic Development in Higher Education (ADHE2011).

Pengerusi MEIPTA, Prof. Dr. Mohamed Amin Embi & Prof. Madya Dr. Mohd. Majid Konting (Timb. Pengarah AKEPT) bersama barisan peserta Persidangan MEIPTA Kali Ke-13 di UPM.

Buletin Pembangunan Akademik

e-Pembelajaran

Perancangan Program e-Pembelajaran Tahun 2012 Anjuran PPA UKM


Bil. Program Siri Bengkel Sistem Pengurusan e-Pembelajaran & e-Kandungan 1 2 Bengkel SPIN & Pembangunan e-Kandungan 1/2012 (Sem 2, 2011/2012) Bengkel SPIN & Pembangunan e-Kandungan 2/2012 (Sem 1, 2012/2013) Siri Bengkel Bulanan (1-Day Workshop) e-Pembelajaran/ Web 2.0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 Web 2.0 Workshop Siries 1/2012: Social Networking Tools Web 2.0 Workshop Siries 2/2012: SharingTools Web 2.0 Workshop Siries 3/2012: e-Learning for Non-Academic Staff Web 2.0 Workshop Siries 4/2012: Collaboration Tools Web 2.0 Workshop Siries 5/2012: Communication Tools Web 2.0 Workshop Siries 6/2012: Presentation Tools Web 2.0 Workshop Siries 7/2012: Bookmarking/Annoation Tools Web 2.0 Workshop Siries 8/2012: Content Creation Tools Web 2.0 Workshop Siries 9/2012: Tools for Administrators Web 2.0 Workshop Siries 10/2012: Survey/Voting Tools Web 2.0 Workshop Siries 11/2012: Assessement Tools Web 2.0 Workshop Siries 12/2012: Publishing Tools Bengkel ToT e-Pembelajaran Bengkel ToT 1/2012 Bengkel ToT 2/2012 17-19/03/2012 07-09/07/2012 19/01/2012 20/02/2012 20/03/2012 24/04/2012 24/05/2012 21/06/2012 12/07/2012 05/09/2012 20/09/2012 16/10/2012 22/11/2012 11/12/2012 7/03/2012 25/09/2012 Tarikh

* tertakluk kepada perubahan masa dan tempat

Permohonan terbuka kepada semua warga akademik UKM. Permohonan hendaklah dibuat secara online di www.ukm.my/espel. Terima kasih.

Spending an evening on the World Wide Web is much like sitting down to a dinner of Cheetos, two hours later your fingers are yellow and youre no longer hungry, but you havent been nourished.
- Clifford Stoll

BIl.7 julai-disember 2011

e-Pembelajaran

TNC dan Dekan hadir Kursus Web 2.0


esibukan dalam menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab sebagai pengurusan tertinggi universiti tidak menghalang TNC HEPA dan Dekan untuk menghadiri Kursus Web 2.0 anjuran PPA. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi semangat kepada pensyarah UKM malahan dapat samasama menimba ilmu pengetahuan terkini berkaitan dengan Web 2.0. Kursus yang telah berlangsung pada 8 Oktober 2011 di Cyber Lodge View turut dihadiri oleh ahli Mesyuarat Ketua Bahagian (MKB) UKM. Melalui kursus ini peserta dapat mengintegrasi aplikasi pembangunan kandungan video seperti Jing dan Camtasia

Studio dalam Pengajaran & Pembelajaran. Selain itu, peserta kursus juga dapat mengintegrasi aplikasi pembangunan kandungan animasi seperti GoAniMate dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama Prof. Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa (Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina) memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bengkel yang dihadiri.

Prof. Ir. Dr. Othman A.Karim dan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi bersama barisan perserta kursus Web. 2.0.

Buletin Pembangunan Akademik

ISO

Juru Audit Sertai Kursus Pemantapan Audit Dalaman


eramai 70 orang Juru Audit Dalaman telah menyertai kursus Pemantapan Audit Dalaman pada 30 September 2 Oktober 2011 bertempat di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu. Kursus tersebut diadakan setiap tahun sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman SPK PPPS. Menerusi kursus ini Juru Audit Dalaman telah berpeluang mengikuti beberapa siri ceramah, bengkel dan perbincangan bagi memantapkan kefahaman mereka tentang prinsip dan pelaksanaan Audit Dalaman yang dijadualkan pada 10 24 Oktober 2011. Selain itu, para peserta juga telah berpeluang menyertai aktiviti Audit Race yang pertama kali diperkenalkan dalam kursus seumpama ini. Menerusi aktiviti Audit Race, para peserta telah dapat berkomunikasi dengan baik dan mengeratkan kerjasama serta persefahaman sesama mereka. Menurut Dr.Sity Daud, Wakil Pengurusan ISO SPK PPPS, Juru Audit Dalaman merupakan agen perubahan dalam aspek pengurusan dan

Dr. Sity Daud ketika merumuskan Kursus Pemantapan Audit Dalaman

jaminan kualiti di sesebuah organisasi. Juru Audit Dalaman tidak mencari kesalahan atau kelemahan organisasi, khasnya Audittee. Sebaliknya mereka melaksanakan tanggungjawab dengan profesional dan mendorong audittee melakukan tindakan/usaha penambahbaikan kualiti aspek penyampaian perkhidmatan.

Barisan peserta kursus Pemantapan Audit Dalaman bergambar kenang-kenangan di Hotel Felda Residence.

BIl.7 julai-disember 2011

Sekitar Kongres P&P UKM 2011

12

ISO

Jawatankuasa Induk ISO SPK PPPS Sertai Kursus Audit Pembekal

Kursus sehari itu telah dianjurkan oleh Unit Latihan Jabatan Pendaftar UKM. Ia telah dikendalikan oleh Puan Hafidzah Abd Rahim dan Puan Lizawati Mohamad Darwi Perunding Kualiti SIRIM QAS. Menurut Puan Hafidzah, pemilik dan pelaksana proses ISO perlu memahami hakikat bahawa input yang diterima atau digunakan oleh Pusat Tanggungjawab sangat mempengaruhi kualiti proses dan kualiti perkhidmatan/produk sesebuah PTJ. Sesebuah PTJ bertanggungjawab memelihara hubungan baik dan mewujudkan situasi menang-menang dengan pembekal, sama ada pembekal dalaman mahupun pembekal luar bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan. Menerusi audit atau penilaian ke atas pembekal, PTJ dapat memahami keadaan dan prestasi pembekal, menilai keupayaan pembekal dan memelihara hubungan baik dengan pembekal yang menguntungkan kedua belah pihak. Dalam konteks ISO SPK PPPS, antara pembekal dalaman yang penting dan mempengaruhi kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di UKM termasuk Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Penerbit, Jabatan Pengurusan Pembangunan serta beberapa Pentadbir Sistem, khasnya Sistem Aduan Dalaman Pelajar (SADP) di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Pelajar. Selain Jawatankuasa Induk ISO SPK PPPS, kursus tersebut telah disertai oleh beberapa orang pegawai dan ahli akademik UKM. Pada akhir sesi kursus, peserta telah membuat latihan simulasi tentang Audit Pembekal dengan bimbingan Perunding Kualiti SIRIM QAS.

akil Pengurusan dan enam orang Jawatankuasa Induk ISO Sistem Pengurusan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Prasiswazah dan Siswazah telah menyertai kursus Audit Pembekal pada 6 Julai lepas di Kelab Danau UKM.

Bengkel TOT (Modul Asas Keusahawanan dan Inovasi) Dengan Kerjasama Stevens Institute of Technology (SIT), USA
KM dengan kerjasama SIT telah berjaya menganjurkan Bengkel ToT (Modul Asas Keusahawanan dan Inovasi) pada 12-14 Disember 2011. Seramai 70 peserta yang hadir terdiri daripada para pensyarah dari pelbagai fakulti di UKM termasuklah Penyelaras Cesmed Fakulti, Koordinator dan Master Teacher. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM. Kesemua 70 peserta yang hadir ini akan membantu UKM sebagai tenaga pengajaran dalam mengendalikan kursus keusahawanan dan inovasi kepada 3000 pelajar tahun pertama pada semester dua sesi 2011-2012. Modul bengkel ini meliputi 6 perkara iaitu: Teaming and Leadership Strategy and Management Market and Market Research Finance Production Oral Presentations
Buletin Pembangunan Akademik

ISO

13

Program Pengurusan Kualiti Pusat Pembangunan Akademik 2012


Bil 1 Nama Kursus Bengkel Persiapan Pengurusan Mesyuarat Semakan Tarikh dan Tempat** 6-8 Januari 2012 (Jumaat-Ahad) Kota Kinabalu, Sabah Siri 1: 11 Januari 2012 (Rabu) Siri 2: 31 Januari 2012 (Selasa) Siri 3: 1 Februari 2012 (Rabu) 17 Januari 2011 Cadangan: Hotel Residence, UNITEN

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Kursus Asas Penghayatan Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Bengkel Teknik Analisis 9001:2008 ( 1 hari ) Data MS ISO

Mesyuarat Semakan Pengurusan Kursus Asas Audit Dalaman Kursus Asas Audit Dalaman Kursus Audit Pembekal Taklimat Road Show Audit Kendiri Dokumentasi SPK PPPS 9001:2008 Baru &

26 Januari 2012 (Khamis) Puri Pujangga, UKM

Siri 1: 3-5 Februari 2012 (Jumaat-Ahad) Siri 2: 10-12 Februari 2012 (Jumaat-Ahad) 14-15 Februari 2012 (Selasa-Rabu) 21 Februari 2012 (Selasa) 5-9 Mac 2011 (Isnin-Jumaat) Bilik Jumaah, Aras 5 UKM Siri 1: 5-6 Mac 2012 Siri 2: 26-27 Mac 2012 Puri Pujangga

Lawatan Audit SIRIM- Audit Pensijilan Semula Kursus Amalan 5S (2 hari) Kursus Kemahiran Komunikasi Juru Audit (2 hari) Bengkel Audit Kendiri (3 hari) Bengkel Teknik Menjawab NCR dengan Berkesan dan Bengkel Tindakan Pembetulan dan Pencegahan MS ISO 9001:2008 ( 3 hari ) Bengkel Teknik Analisis 9001:2008 ( 3 hari ) Data MS ISO

Siri 1: 3 April 2012 (Selasa) Siri 2: 4 April 2012 (Rabu) 30 Mac-1 April 2012 (Jumaat-Ahad) 11-13 Mei 2012 (Jumaat-Ahad) 8-10 Jun 2012 (Jumaat-Ahad) 4-5 Julai 2012 (Rabu-Khamis) Puri Pujangga Siri 1: 10-11 September 2012 (Isnin-Selasa) Siri 2: 24-25 September 2012 (Isnin-Selasa) Puri Pujangga 16-18 November 2012 (Jumaat-Ahad) Ikut tarikh SIRIM Hujung Mei 2012

Kursus Pemantapan Audit Dalaman ( 2 hari ). Prasyarat Kursus Asas (Juru Audit Baru telah ikut Audit Asas) Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Menurut Konteks ISO SPK PPPS dan Penerapan Amalan 5S Bengkel Perancangan J/Kuasa Induk ISO Tahun 2013

16 17 18

Kursus Lead Assessor- kerjasama PPA/PJK/ Unit Latihan

** Tempat dan tarikh, tertakluk kepada pindaan. ** Jumlah peserta kursus bersiri adalah di antara 30 - 40 orang.

BIl.7 julai-disember 2011

14

BERITA SEMASA

PPA Anjurkan Forum/Dialog Meja Bulat SPK Pengajaran dan Pembelajaran Selaras Swa Akreditasi
PA telah berjaya menganjurkan forum/dialog Meja Bulat Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pengajaran dan Pembelajaran selaras Swa Akreditasi pada 25 Julai lepas bertempat di Hotel Pan Pacific KLIA. Forum sehari itu telah disertai oleh ahli Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian (MKB) UKM. Dalam forum itu, tiga orang ahli panel telah berkongsi pengalaman dan kepakaran masingmasing. Mereka ialah Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah OK Rahmat, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti dan Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan, Dekan FTSM merangkap Ketua Pasukan Audit Dalaman ISO SPK PPPS. Forum berkenaan telah berjaya mencapai objektif iaitu; 1. Mendapat maklum balas hala tuju dasar pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan SPK ISO PPPS dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,

2. Menilai penyepaduan ISO SPK PPPS dengan keperluan MQA, dan 3. Membudaya Audit Kendiri yang sistematik sebagai sebahagian Audit Dalaman. Selain mengikuti forum, para peserta telah bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan ahli panel. SPK PPPS sedia ada akan diubahsuai dan ditambah baik untuk disesuaikan dengan hasil pembelajaran dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia dan menyokong strategi UKM melahirkan siswazah yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing. Selain itu, semua pemilik dan pelaksana proses ISO SPK PPPS akan menguruskan Audit Kendiri dengan lebih sistematik mulai tahun 2012. Forum tersebut telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof. Dato Ir. Dr. Hassan Basri, mantan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.

SPK PPPS sedia ada telah diubahsuai dan ditambah baik untuk disesuaikan dengan hasil pembelajaran dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia dan menyokong strategi UKM melahirkan siswazah yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing

Barisan panel dari kiri; Dr. Sity Daud, Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah OK Rahmat, Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah dan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ismail Sahid (kanan sekali).

Buletin Pembangunan Akademik

BERITA SEMASA

15

LPU Luluskan Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan

embaga Pengarah UKM telah meluluskan Dasar Etika dan Integriti Penerbitan dan Penulisan (DEIPP) pada 2 Jun 2011 bertujuan meningkatkan kesedaran tentang plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar peringkat prasiswazah dan siswazah. Plagiarisme ialah perbuatan meniru karya, maklumat atau idea orang lain tanpa memperakui sumbernya (sama ada pengarang atau karyanya) serta memperakukan bahawa karya atau maklumat tersebut merupakan hasil kerja sendiri. Pemalsuan pula merujuk kepada tindakan memanipulasikan bahan, data dan proses penyelidikan bagi menggambarkan atau mengelakkan hasil tertentu

dalam penyelidikan. Fabrikasi merujuk kepada perakuan penyelidik mengenai data yang diperoleh daripada sesuatu kaedah penyelidikan di mana pada hakikatnya penyelidik tersebut tidak menjalankan penyelidikan berkenaan. Dengan kata lain, data yang dipersembahkan bukan daripada sebarang hasil penyelidikan. Fabrikasi data juga merujuk kepada data sedia ada yang telah diubahsuai. Menurut DEIPP, pensyarah dan pelajar mempunyai peranan yang tersendiri dalam mematuhi dasar ini. Secara umumnya, pensyarah dan pelajar perlu sentiasa peka terhadap plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi. Secara keseluruhannya, menerusi DEIPP, UKM berupaya membina suasana dan budaya sihat, positif, integriti dan kebertanggungjawaban dalam dunia akademik, termasuk penyelidikan, penulisan dan penerbitan.

PPA Anjur Forum Pengajaran Dan Pembelajaran


PA telah menganjurkan Forum Pengajaran dan Pembelajaran pada 10 Ogos 2011 di Bilik Senat UKM. Empat orang ahli panel yang telah menjayakan forum tersebut ialah Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Y.Bhg. Prof. Yasmin Anum Mohd Yusof, Prof. Dr. Mohamed Amin Embi dan juga panel panel jemputan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik UPM, Y. Bhg. Prof. Dr. Aida Suraya Md. Yunus. Forum Pengajaran dan Pembelajaran pada kali ini bertemakan Keterlibatan Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

seramai 205 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik UKM. Forum yang dijalankan setiap tahun ini semakin mendapat sambutan dan maklum balas yang positif daripada kakitangan akademik yang baru. Forum ini antara lain memberi pendedahan kepada peserta tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. PPA menganjurkan forum ini setiap tahun bagi memberi pendedahan, perkongsian maklumat dan pengalaman bagi mendapat hasil yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Forum yang Dari Kiri: Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, (ahli Panel) Y. Bhg. Prof. Dr. Aida Suraya mendapat sambutan Md. Yunus. (ahli Panel), Prof. Dr. Mohamed Amin Embi (pengerusi) Y.Bhg. Prof. Yasmin Anum hebat ini telah dihadiri Mohd Yusof (ahli Panel).
BIl.7 julai-disember 2011

16

BERITA SEMASA

Pelaksanaan TQM Secara Berkesan Bantu Tingkatkan Daya Saing Institusi


erancangan dan pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) secara berkesan berupaya membantu meningkatkan kualiti, produktiviti dan daya saing sesebuah institusi. Demikian menurut Encik Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar PPA sewaktu beliau menyampaikan ceramah dalam kursus induksi untuk pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional UKM baru-baru ini di bilik latihan kolej Keris Mas UKM Bangi. Katanya, menerusi program-program kualiti di bawah falsafah dan kerangka TQM, warga kerja sesebuah institusi sama ada sektor awam, korporat mahupun swasta berupaya bekerja dalam satu pasukan dengan semangat ingin memajukan organisasi, sentiasa mementingkan pelanggan dan sentiasa melakukan inovasi dan perubahan untuk faedah pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Pelaksanaan TQM secara menyeluruh dan berterusan menjadi pemangkin kepada usaha peningkatan kualiti, inovasi dan daya saing institusi dalam persekitaran lokal dan global yang semakin kompetitif.

Sumber: http://www.fhwa.dot.gov/publications/ publicroads/95fall/images/p95a24.gif

Mengikut pendekatan TQM, penyertaan serta penglibatan pengurus dan pekerja dalam program inovasi dan penambahbaikan kualiti sangat digalakkan. Warga kerja tidak sewajarnya dianggap sebagai faktor modal semata-mata tetapi perlu dilihat sebagai aset yang berharga dan penting. Warga kerja yang berkualiti, inovatif dan kreatif mempunyai potensi untuk mempertingkatkan daya saing dan boleh menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Kursus tersebut telah disertai oleh seramai 60 peserta yang terdiri daripada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional UKM. Ia dianjurkan oleh Unit Latihan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar.

Warga PPA Ucapkan Tahniah Kepada TNC HEAA

Tahniah!
arga kerja PPA mengucapkan tahniah kepada Encik Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar atas kurniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Beliau menerima APC daripada Y.A.Bhg. Tun Dato Seri Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pro Canselor UKM bersempena Majlis Penghargaan Anugerah Perkhidmatan UKM pada 21 Oktober 2011 di DECTAR. Warga kerja PPA juga mengucapkan tahniah kepada Dr. Salleh Amat, Timbalan Pengarah (Latihan dan Perkembangan Akademik) PPA atas kenaikan pangkat ke Profesor Madya mulai 12 Oktober 2011.

Ehwal UKM Ogos

arga kerja PPA mengucapkan tahniah kepada Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Akademik dan Antarabangsa selama tiga tahun mulai 19 2011 hingga 18 Ogos 2014.

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali (TNC HEAA)

Buletin Pembangunan Akademik

BERITA SEMASA

17

PPA Pelawa Ahli Akademik Sertai Inovasi Pendidikan


usat Pembanguna Akademik mempelawa ahli akademik melaksanakan inovasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengajak mereka menyertai anugerah inovasi pendidikan bagi tahun 2011 menerusi Pusat Tanggungjawab masing-masing. Setakat ini UKM menyediakan dua kategori hadiah kepada pemenang anugerah inovasi pendidikan, iaitu kategori individu dan kategori kumpulan. Menurut Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Pengarah PPA, PTJ perlu meneliti hasil dan pencapaian inovasi ahli akademik masingmasing dan membuat saringan serta pemilihan di peringkat PTJ terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa/Panel Pemilih peringkat UKM. Sehubungan ini, PTJ diminta mewujudkan panel pemilih di peringkat Jabatan/Pusat Pengajian untuk meneliti dan memilih pemenang inovasi yang sesuai dan mengemukakannya kepada PTJ masing-masing. Hanya calon dan projek inovasi yang terbaik sahaja perlu dikemukakan kepada PPA untuk dipilih di peringkat universiti. Antara kriteria penting projek inovasi pendidikan termasuk; Projek inovasi mempunyai matlamat yang jelas dan sesuai dengan bidang pengajaran dan pembelajaran/pendidikan, Keaslian idea dilihat dan dinilai sama ada idea inovasi benar-benar asli dan baru atau idea lama yang diadaptasi semula, Hasil yang baik dilihat dan dinilai dalam konteks bermanfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

Mempunyai dokumen yang jelas dilihat dan dinilai ke atas fakta dan dokumen yang lengkap, termasuk isu/permasalahan serta pencapaian yang dibandingkan sebelum dan selepas inovasi, Tahap pelaksanaan dilihat dan dinilai sama ada inovasi dilaksanakan secara penuh (melepasi peringkat percubaan) atau sekadar peringkat percubaan (prototaip), Signifikan dilihat dan dinilai dari segi kesan/impak inovasi ke atas PTJ, UKM, masyarakat dan Negara.

PTJ perlu meneliti hasil dan pencapaian inovasi ahli akademik masing-masing dan membuat saringan serta pemilihan di peringkat PTJ terlebih dahulu sebelum ia dikemukakan kepada Jawatankuasa/Panel Pemilih peringkat UKM
Y. Bhg. Tan Sri Naib Canselor mahu PTJ memilih calon pemenang anugerah inovasi pendidikan dan calon pemenang Anugerah Pengajar Cemerlang di peringkat PTJ dan mengadakan majlis penyampaian anugerah di peringkat Fakulti/ Pusat/Institut lebih awal, antara bulan Disember 2011 Januari 2012. Hanya calon yang telah disaring dan terbaik sahaja perlu dikemukakan kepada pihak UKM. Bentuk dan nilai hadiah untuk pemenang anugerah di peringkat PTJ ditetapkan oleh PTJ masing-masing. Walau bagaimanapun, tarikh Majlis Anugerah Inovasi UKM 2012 akan ditetapkan oleh Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan (PPKK).

Quality is a journey, not a destination


- W.E. Deming

BIl.7 julai-disember 2011

18

BERITA SEMASA

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PPA disambut Meriah


ambutan Hari Raya Aidil Fitri 1432 hijrah peringkat PPA telah disambut meriah pada 21 September 2011. Turut hadir menyerikan sambutan ialah Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, TNC Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa dan beberapa orang ahli Senat UKM.

Menerusi sambutan itu, warga PPA telah memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan tali silaturahim serta memupuk perasaan kekitaan. Tan Sri Naib Canselor, TNC HEAA, Bendahari UKM, tetamu jemputan, Pengarah, pegawai-pegawai kanan dan warga PPA telah menikmati pelbagai juadah pada hari itu dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Tahun ini merupakan kali ketiga warga PPA menyambut Hari Raya Aidil Fitri di bangunan yang baru. Bangunan baru PPA terletak bersebelahan dengan kolej Keris Mas UKM Bangi.

Buletin Pembangunan Akademik

Hubungan Luar

19

Pegawai UMS Buat Lawatan Penandaarasan di PPA


nam orang pegawai Pusat Perkembangan Akademik dan Jabatan Harta Benda dan Pengurusan Risiko Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat lawatan penandaarasan di PPA UKM pada 18 Julai lepas. Rombongan yang diketuai oleh Puan Molly Donna Datuk Haji Awang Sham, Ketua Unit ISO PPA UMS itu telah mengikuti taklimat Dr. Sity Daud, Ketua Pengurusan Kualiti PPA UKM. Mereka telah berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dengan

pegawai PPA UKM. Selain itu, ahli rombongan juga telah mengikuti persembahan video korporat UKM. Dr. Sity Daud antara lain telah menjelaskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah UKM telah dilaksanakan mengikut keperluan dan piawai MS ISO 9001:2008. Sejak penggabungan SPK PPPS, proses pengajaran dan pembelajaran di UKM menjadi lebih sistematik dan mantap. Turut hadir dalam lawatan itu ialah Encik Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar dan Puan Zaharah Zainal, Penolong Pendaftar Kanan PPA.

Pegawai UMS bersama Dr. Sity Daud bergambar kenang- kenangan ketika lawatan penandaarasan ke PPA UKM.

Lawatan dari UniMAP


PA UKM telah menerima kunjungan daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 21 November 2011. Delegasi seramai empat kakitangan UniMAP diketuai oleh Dr. Zol Bahri Hj Razal (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal e-Learning).

kursus secara on-line secara percuma di UKM. Turut hadir dalam lawatan ini adalah En. Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar dan En. Mohd Najib Adun, Penolong Pendaftar Kanan PPA.

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi sebagai Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) PPA berkongsi pengalaman dengan semua delegasi mengenai pembangunan dan pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM. Selain SPIN, Dasar e-Pembelajaran, Tadbir Urus dan Penerbitan e-Pembelajaran, semua delegasi yang hadir amat teruja dengan perkembangan terkini web 2.0 di UKM. Laman web sistem Just-in time traning to you (JiT2U) yang telah dibangunkan oleh PPA amat Rombongan UniMAP sedang mendengar taklimat yang menarik perhatian mereka dengan pendekatan disampaikan oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.
BIl.7 julai-disember 2011

Buku Terbaru Terbitan PPA

Maklumat lanjut hubungi; Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. Tel : +603 8921 4651/4716/3791 | Faksimili : +603 8926 4816 | www.ukm.my/ppa

You might also like