You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN KHADIJAH RAZALI, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

Minit Mesyuarat Jawatanluasa Kali Ke-3 Tarikh : 5 Februari 2012 Tempat : Kelas 5 Al-Khawarizmi Masa : 3.00 petang Kehadiran : Nik Mohd Sabri bin Abd. Rahman Muhamad Fathi bin Abdu Ghani Muhamad Azmi bin Mohamad Muhammad Uwais Al-Qarni bin Isa Muhammad Hakim bin Haimi Siti Khadijah binti Razali Nur Izyan Farhana binti Kamaruddin Aisyah Azzahra binti Abd Rahim

Tidak Hadir Bersebab : Ahmad Firas bin Mohamed Turut Hadir : Guru Penasihat Persatuan Pendidikan Islam, Ustaz Ahmad Najmi bin Ismail

Agenda 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas 3. Perkara Berbangkit

4. Laporan Kewangan 5. Pelaksanaan Aktiviti 6. Hal-hal Lain Perkara Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa. Beliau mengharapkan majlis berjalan dengan lancer. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan tentang aktiviti minggu penghayatan Islam. Agenda 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas Saudara Muhammad Uwais Al-Qarni bin Isa mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan. Saudara Muhammad Hakim bin Haimi menyokong. Tindakan Makluman

Agenda 3 : Perkara Berbangkit Tiada perkara yang dibangkitkan. Agenda 4 : Laporan Kewangan 4.1 Saudari Nur Izyan Farhana binti Kamaruddin, bendahari Persatuan Pendidikan Islam telah mengedarkan laporan kewangan enam bulan tahun 2011. Pendapatan enam bulan tersebut ialah sebanyak RM 1200.00. (pendaftaran keahlian dan juga hasil dari aktiviti aktiviti jualan yang diadakan.) 4.2 Bajet bagi Minggu Penghayatan Islam diperuntukkan sebanyak RM 1000.00 . 4.3 Perinciannya telah dibentangkan Makluman Jawatankuasa

dalam penyata. Agenda 5 : Pelaksanaan Aktiviti 5.1 Pengerusi membincangkan aktiviti yang diadakan bagi Minggu Penghayatan Islam. 5.2 Persatuan akan mengeluarkan sebanyak Rm1000 bagi bajet Minggu Penghayatan Islam. 5.3 Kutipan derma ikhlas daripada ahli akan dibuat untuk menampung perbelanjaan aktiviti. 5.4 Kumpulan sasaran Minggu Penghayatan Islam ialah semua pelajar Sekolah Kebangsaan Khadijah Razali, staff sokongan dan akademik. 5.5 Tempat dan tarikh kemudian oleh pengerusi pengerusi. Agenda 6 : Hal-hal Lain 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih Makluman atas kerjasama ahli jawatankuasa memberi sokongan bagi menjayakan aktiviti persatuan sepanjang tahun 2011. 6.2 Setiausaha perlu menyiapkan Makluman cadangan aktiviti tahun 2012 dan perlu diadakan mesyuarat sebelum pertengahan Februari 2012. Makluman 6.3 Ustaz Ahmad Najmi bin Ismail mencadangkan supaya aktiviti mengutip dana bagi persatuan dimasukkan dalam cadangan aktiviti tahun 2012. ditentukan dan naib Makluman Jawatankuasa

Mesyuarat ditangguhkan pada minggu hadapan. Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Aisyah Azzahra binti Abd Rahim) Setiausaha,Persatuan Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Khadijah Razali, 22200 Besut, Terengganu.

(Nik Mohd Sabri bin Abd. Rahman) Pengerusi Persatuan Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Khadijah Razali, 22200 Besut, Terengganu.

You might also like