You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA KHB & PERDAGANGAN KALI PERTAMA- BIL.

1 2012 SABK MAAHAD AL-IMAM ASY-SYAFIEE, JELAPANG, IPOH. PERAK TARIKH MASA TEMPAT : : : 31 Januari 2012 10.25 Pagi Pusat Sumber, MAIS

KEHADIRAN: 1. 2. Pn.Siti Mardziah Binti Abdullah Pn.Erne Hayaty Binti Osman - Ketua Bidang / Panitia - Setiausaha

AGENDA MESYUARAT : 3.1 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali pertama.Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada sekolah dalam melunaskan tanggungjawab sebagai guru. Harapan daripada pengerusi juga agar subjek Kemahiran Hidup & Perdagangan akan meningkat dengan lebih baik lagi pada tahun 2012. 3.2 PENGURUSAN KEWANGAN

3.2.1 LEBIHAN KEWANGAN TAHUN LEPAS i. Pengerusi memaklumkan bahawa baki pada tahun lepas masih ada RM 329.42 Pengerusi memaklumkan setiap pesanan barang perlulah didahului dengan mengisi borang nota minta yang boleh diperolehi di pejabat sekolah. Lebihan perbelanjaan tahun lepas di cadangkan untuk dihabiskan untuk: a. Fotostat Dokumen Standard Prestasi Pentaksiran sebanyak 3 set untuk KP, guru matapelajaran dan fail. Tindakan: Puan Erne Hayaty Bt Osman b. Pembelian gam kayu. c. Berus lukisan Tindakan: Puan Siti Mardziah Binti Abdullah 3.2.2 PCG KEWANGAN TAHUN 2012 i. Pada tahun ini peruntukan yang boleh diguna pakai adalah sebanyak RM 6162.53 untuk Panitia KHB dan RM 279.74 Panitia Perdagangan. Pengagihan cadangan perbelanjaan adalah seperti lampiran 1.
1

ii.

Cadangan pembelian pada peringkat awal adalah seperti berikut : a. Jahitan 4 kayu Kain Kapas, 1 kayu kain seluar slack, tambahan 3 buah mesin jahit, servis 5 buah mesin jahit sedia ada b. Masakan 6 set meja lipat untuk aktiviti masakan, 3 biji tong gas, 10 set hidangan untuk 2 orang termasuk sudu dan garfu. c. Tanaman- set aktiviti merumput. d. PLBS 2 buah Rak Fail Bercermin

3.3 PERANCANGAN PROGRAM 1. Perancangan Program peningkatan bagi kelas peperiksaan adalah seperti yang dicadangkan mengikut Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah. 2. Selain itu, program yang dirancangkan adalah kerjasama dengan jawatankuasa dan panitia-panitia dan Persatuan waktu kokurikulum. Antara programnya: a. Hari Keusahawanan b. Kursus dan pertandingan masakan c. Kursus Jahitan d. Kursus dan pertandingan jahitan. e. Taman Herba. f. Lawatan di sekitar Ipoh cadangan Kargo dan kilang. g. Ceramah Insuran. 3. Bilangan ahli persatuan KHB akan dikurangkan dari 59 orang kepada 40 orang memandangkan kelengkapan peralatan KHB tidak mencukupi dan tidak mempunyai pengwasan yang cukup daripada guru. Takwim aktiviti akan disediakan dan diedarkan untuk makluman.Pn.Erne mencadangkan agar aktiviti akan di uruskan olehnya selagi tiada guru pengganti. Tindakan : Pn.Siti Mardziah.

3.4 HEADCOUNT 1. Pengerusi memaklumkan berlaku penurunan PMR dari 11 orang kepada 7 orang mendapat A dan terdapat 2 orang mendapat D. 2. Tahun ini target PMR adalah 7 orang dan menghapuskan pelajar yang mendapat D. Target ini adalah berlandaskan kemampuan pelajar. 3. Masalah 5 orang pelajar baru tiada markah akhir tahun untuk melaksanakan TOV dan tidak melaksanakan kerja kursus dari sekolah lama. Tindakan : Guru matapelajaran 3.4.1 DASAR KURIKULUM 1. Pengerusi memaklumkan bahawa semua fail panitia hendaklah di letakkan di bilik yang telahpun disediakan. Beliau juga meminta kepada KP agar memastikan semua sukatan pelajaran, Rancangan Pelajaran dan Huraian
2

Sukatan Matapelajaran berada di dalam fail panitia yang sepatutnya. Pengerusi juga memaklumkan agar semua peperiksaan yang diajalan hendaklah mengikut format dan sukatan yang betul agar tidak berlaku percanggahan. Pengerusi mengingatkan agar post mortem diadakan setiap kali selesai peperiksaan. Beliau juga menambah agar pemantauan perlu dilakukan oleh KP ke atas guruguru yang berada di dalam panitia masing-masing.

3.4.2 RANCANGAN PELAJARAN 1. Pengerusi mengingatkan kepada KP agar memastikan semua anak buahnya mempunyai Rancangan Pelajaran ( RPT ) di lakukan . RPT itu perlulah mengikut sukatan pelajaran bagi setiap kelas dan tingkatan. 2. Semua sukatan pelajaran perlulah di habiskan tepat pada masa yang telah ditetapkan: - Ting 1 ,2 dan 5 - Ting 3 : : Ogos April

3.4.3 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR 1. Pengerusi menegaskan bahawa buku persediaan mengajar itu adalah merupakan nyawa bagi setiap guru. Buku terbabit juga perlu dibuat kerana ia merupakan penentuan kepada kenaikan pangkat. Penilaian juga akan diberikan berdasarkan kepada buku persediaan mengajar tersebut. 2. Pengerusi memaklumkan bahawa, memo ataupun notis peringatan akan dikeluarkan kepada guru yang tidak menjalankan ataupun tidak menyiapkan buku persediaan tersebut. Sekiranya amaran tersebut tidak diendahkan, pihak sekolah akan memanjangkan perkara tersebut ke peringkat atasan. 3.4.4 PENCERAPAN HASIL KERJA MURID 1. Pencerapan hasil kerja pelajar perlu dilakukan oleh KP. Urusan tersebut juga akan dilakukan oleh PK1 mengikut jadual yang telah disediakan. 3.4.5 PEPERIKSAAN 1. Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan dalaman akan di jalankan sebanyak empat kali. Pengerusi memohon kerjasama semua guru agar menyiapkan soalan tepat pada masa yang telah ditetapkan dan mendapat semakan Ketua Panitia. Ini bagi memudahkan urusan percetakan soalan. Setiap soalan yang dibuat perlulah mengikut skema yang tepat. Pengerusi juga memohon kepada KP agar memastikan semua guru-guru di bawah panitia tersebut membuat soalan mengikut prosedur yang betul. KP perlu menyemak semua soalan peperiksaan yang telah dibuat oleh guru-guru yang terbabit.
3

3.5 HAL-HAL LAIN 1. Pengerusi memaklumkan ruang kosong bersebelahan bengkel yang telah di gazetkan untuk KHB bersetuju untuk di serahkan kepada Koperasi untuk penambahbaikan dan cadangan tapak baru bagi tempat menjalankan aktiviti amali adalah bersebelahan bengkel KHB. Keputusan ini diambil selepas perbincangan bersama Pengetua, Pn.Siti Mardziah, Pn. Norfazidah dan Pn.Erne Hayaty pada 30 Januari 2012 bertempat dibilik Pengetua yang lalu. 2. Pengerusi ingin meminta penjelasan jawatankuasa inventori untuk menyelesaikan masalah kerusi yang rosak dibengkel. 3. Kertas kerja untuk penambahbaikan untuk menggantikan ruang menjalankan aktiviti amali KHB. Tindakan : Pn.Siti Mardziah 4. Pn.Erne hayaty memaklumkan bahawa tempat memasak bagi menjalankan aktiviti memasak terpaksa diubah memandangkan masalah pili air. 5. Pengerusi mencadang agar mencari vendor yang lain memandangkan vendor yang lama menawarkan harga yang agak mahal atau membeli terus dari koperasi sekolah selain dapat menbantu menambah keuntungan koperasi.

3.6 UCAPAN PENANGGUHAN Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 12.05 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(ERNE HAYATY OSMAN) Setiausaha Panitia KHB& Perdagangan

(SITI MARDZIAH ABDULLAH) Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

You might also like