You are on page 1of 7

3.

0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU

Dua faktor utama yang yang mendorong kepada perbezaan individu, iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Kedua-dua faktor ini sememangnya berbeza dan mempengaruhi personaliti dan tingkahlaku seseorang individu sama ada ke arah positif atau pun ke arah negatif. FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

BAKA

PERSEKITARAAN

1. CIRI FIZIKAL 2. CIRI FISIOLOGI 3. KECACATAN MENTAL 4. SAHSIAH/ EMOSI 5. KECERDASAN

FAKTOR PRALAHIR: 1. KESIHATAN IBU 2. KESAN X-RAY 3. PENYALAHGUNAAN DADAH 4. EMOSI IBU FAKTOR SELEPAS LAHIR: 5. KELUARGA 6. RAKAN SEBAYA 7. GURU DAN SEKOLAH 8. MEDIA MASSA 9. BUDAYA DAN KEPERCAYAAN

3.1 FAKTOR BAKA

Faktor baka ditakrifkan sebagai gen keturunan seseorang yang mempengaruhi ciriciri biologi individu. Manakala, Amram Schienfeld (Ee Ah Meng, Psikologi dalam Bilik Darjah:1994) pula mengatakan bahawa baka ialah penentu persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan juga dalam kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Justeru, jelas bahawa faktor baka bukan hanya mempengaruhi perbezaan individu dari segi fizikal manakala turut mempengaruhi sifat seseorang individu yang akan diwarisi sejak turun-temurun. Pengaruh baka terhadap perbezaan individu dapat dilihat melalui ciri-ciri berikut:

1. CIRI-CIRI FIZIKAL Setiap individu,kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada dari segi saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut, mata, kulit atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu dan bapa. Jenis darah iaitu A positif, O, AB atau B juga turut bergantung kepada gen. Bukan itu sahaja, saiz tubuh badan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh baka. Contohnya, kanak-kanak daripada ibubapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

2. CIRI FISIOLOGI Kanak-kanak daripada ibubapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat dan aktif. Tambahan pula penyakit-penyakit seperti diabetes, hemofilia, asthma dan kekerdilah juga adalah disebabkan oleh baka. Contohnya jika ibu seseorang kanakkanak menhidapi penyakit diabetes maka kanak-kanak tersebut juga mungkin akan menhidapi penyakit yang sama.

3. KECACATAN MENTAL

Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. 4. SAHSIAH/EMOSI Walaupun sahsiah dan emosi seseorang individu banyak dipengaruhi oleh

persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert dan ekstravert adalah dipengaruhi oleh baka. Misalnya, seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka 5. KECERDASAN Kecerdasan seseorang memang dipengaruhi oleh faktor baka. Katika lahir, seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama-sama dengan kalenjer-kalenjer rasa, otak dan struktur-struktur lain penting dalam perkembangan kecerdasan. Jika semua faktor ini adalah sihat maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang dengan baik. Namun begitu, baka yang baik tidak akan jamin satu-satu aras kecerdasan yang tinggi. Hal ini kerana, kecerdasan juga bergantung pada rangsangan alam sekitar yang dialami oleh seseorang individu dan bagaimana dia telah menggunakan peluang-peluang yang sedia ada di persekitarannya.

3.2 FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor persekitaran ditakrifkan sebagai luaran seseorang individu. Menurut W.Edger (Ee Ah Meng, Psikologi dalam Bilik Darjah:1994) pula persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Pengertian-pengertian ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir. 3.2.1 Faktor Pralahir Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti:

1. KESIHATAN IBU Seorang ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi pelbagai penyakit akan turut menyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, peka, bisu atau buta.

2. KESAN X-TRAY Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan seorang ibu kepada sinar X yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental

3. PENYALAHGUNAAN DADAH Amalan penyalahgunaan dadah oleh ibu lazimnnya akan membahayakan perkembangan biasa bayi. Contohnya seorang bayi Thalidomide dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalagunaan dadah Thalidomide.

4. EMOSI IBU Seseorang ibu yang sentiasa berada dalam keadaan takut, bimbang atau tertekan kemungkinan akan melahirkan bayi yang kurang sihat.

3.2.2 SELEPAS LAHIR.

1. KELUARGA Keluarga mempunyai hubungan rapat dengan setiap individu dalam keluarga dan juga memiliki pertalian sosial dan emosi. Ini kerana sejak lahir lagi kanak-kanak dilindung,dijaga, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapa.saiz sesebuah keluarga turut mempengaruhi pembentukan sahsiah seseprang kanak-kanak. Contohnya, seorang kanakanak dari keluarga yang kecil biasanya mendapat perhatian dan layanan yang sempurna dan kemungkinan segala yang dimintanya akan diberi oleh ibubapa. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibubapa dan tidak berupaya untuk berdikari. Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh kedua-dua ibubapa akan mempengaruhi sikap anak-anak mereka. ibubapa yang autokratik sentiasa tidak membenarkan anakanak mereka mengemukakan pendapat atau cadangan. Ini menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak seperti ini akan membesar menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan sukar untuk membuat keputusan sendiri.

2. RAKAN SEBAYA Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek, iaitu afektif, , sosial, kognitif dan psikomotor. Dari segi sosial, seorang kana-kanak akan belajar bersosialisasi dan mempelajari apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh diterima dalam kumpulan sebayanya. Dari segi kognitif pula, pemikiran seorang kanak-kanak berkembang kerana terlibat dengan perbincangan dan perbahasan bersama rakan-rakan yang lain. Begitu juga dengan pengaruh akhlak rakan sebaya terhadap seorang individu. Sekiranya kebanyakkan daripada kawannya bersopan santun maka individu tersebut jjuga cendurung kepada sikap yang sama. Nilai-nilai moral seperti kejujuran, amanah, kasih

sayang yang dihayati oleh rakan-rakan sebaya turut mempengaruhi individu tersebut. Rakan sebaya turut membantu untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi dan komunikasi dengan individu yang lain. Pendek kata, sikap, minat, bahasa dan falsaf hidup seseorang dipengaruhi oleh rakan sebaya. 3. GURU DAN SEKOLAH Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosialnya iaitu JERIS. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab. Guru juga akan memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang anak murid dan seterusnya membantu untuk memperkembangan kemahiran bersosial mereka.

4. SEBARAN AM/ MEDIA MASSA Semua jenis sebaran am seperti radio, television, akhbar, majalah, buku , internet turut mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu sosial. Sebaran-sebaran am ini sebenarnya akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu kerana ramai kanak-kanak mudah terpengaruh kepadanya. Contohnya,Dato Ustazah Bahyah Mahmod dalam artikalnya kajian mendapati kanakkanak menonton TV antara 30-35 jam seminggu sebagai sumber hiburan kepada kanakkanak member kesan sihat. Sedangkan kajian mendpati hanya 30% sahaja program yang ditonton sesuai untuk kanak-kanak, selebihnya kurang sesuai kerana mengandungi unsure-unsur tidak sihat seperti kekerasan, seks, tidak bermoral dan sebagainya (Majalah Anak sihat & genius:Februari 2010). Justeru kanak-kanak yang menonton program

sebegini akan terpengaruh dan ini akan mendatangkan kesan yang buruk dan seterusnya member perbezaan yang ketara dengan individu yang memiliki sifat yang sihat

5. KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan seseorang individu.

Kesimpulannya, bila memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi perbezaan seseorang individu dari segi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan dan seterusnya membezakan seorang individu dengan individu yang lain.

You might also like