You are on page 1of 5

DEFINISI AKHLAK Dari segi bahasa, bahasa akhlak berasal daripada perkataan al-akhlaaku i aitu kata jamak daripada

perkataan al-khuluqu bererti tabiat, kelakuan, perangai , tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Manakala perkataan al-khalqu bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaks ud kejadian yang indah dan baik. Dalam kejadian manusia, ia bermaksud struktur t ubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Merujuk kepada kejadian alam semesta pula, ia membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Firman Allah dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (alkhalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain keja dian. Antaranya ialah: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan ma lam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yan g Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bu mi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, d an pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh ( terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan s iang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang meng ingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memik irkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidakl ah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190) Kata-kata Aisyah yang berkaitan dengan akhlak Rasulullah saw turut menga ndungi maksud ini. Akhlaknya (Rasulullah) adalah Al-Quran. Apa yang dimaksudkan de ngan akhlak Rasulullah dalam kata-kata ini ini ialah kepercayaan, keyakinan, peg angan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw semuanya adalah merupakan pelaksana an ajaran Al-Quran. Akhlak dari segi istilah:Menurut Imam al-Ghazali, Akhlak ialah suatu sifa t yang tertanam dalam jiwa seseorang yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Menurut Ibnu Miskawayh pula, Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang men ggerakkan dan mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pert imbangan akal fikiran terlebih dahulu. Menurut Profesor Ahmad Amin,Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan. Sehubungan itu, kita dapat ahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang terbentuk sendirinya dan tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlikan daya pemikiran dalam melakukan sesuatu tindakan.

RUANG LINGKUP AKHLAK Perbuatan manusia ditentukan dengan dua nilai iaitu nilai baik dan buruk , betul dan salah. Inilah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Persoalannya, ap akah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah itu? Bagaimana pula kita hendak mengukur dan menentukan sesuatu perbuatan itu sama ada ia baik atau buruk, betul atau salah? Persoalan ini hanya akan dijawab oleh ilmu akhlak.

Skop perbahasan ilmu akhlak bukan sahaja merangkumi ilmu yang menerangka n tentang baik dan buruk, bahkan tutut menerangkan sesuatu yang seharusnya dike rjakan oleh seseorang dalam kehidupannya di dunia ini. Ilmu akhlak juga menerang kan matlamat yang sepatutnya diletakkan oleh manusia di samping menggariskan lo rong yang seharusnya dilalui dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau amalan da lam kehidupan. Terang lagi bersuluh, akhlak berfungsi mengkaji dan meneliti aspe k perilaku manusia dengan menilainya dari sudut baik atau buruk, serta mengesyo rkan apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Allah swt telah menjadikan setiap yang berlaku pada manusia adalah bersifat tidak iradi i aitu bukan dengan ikhtiar, contohnya seperti pernafasan, detik jantung dan sebag ainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Maka nilai atau hukuman tidak boleh diberikan atas perkara ini sebagai baik atau buruk. Perbuatan manusia yang dilakukan secara sedar beserta ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam se kitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, mengandungi nilai akhlak. M alah, tindakan manusia tidak kiralah yang berbentuk peribadi mahupun bersifat so sial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya juga turut mempunyai nilai akh lak. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. Manakala nilai akhlak yang baik pula akan dibeikan balasan pahala. Secara rumusnya, bidang akhlak itu merangkumi perilaku perbuatan serta tindakan manusia yang dikerjakan dalam dua keadaan iaitu dilakukan dalam keadaan sedar dengan niat atau dengan ikhtiar yakn i melakukannya dengan sengaja. KONSEP AKHLAK Sabda Rasulullah saw: Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak ya ng mulia. Setiap manusia tidak boleh dipisahkan dengan akhlak dan moral. Hal ini kerana,se tiap amalan, perbuatan atau tindakan yang diambil oleh individu tidak akan terle pas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau or ang lain atau benda lain iaitu adakah baik atau tidak tindakan tersebut. Jika ia nya baik,perkara itu akan terus dilakukan,tetapi sekiranya jahat, perkara itu ak an ditinggalkan. Maka,itu merupakan akhlak yang baik. Namun sekiranya perkara ya ng jahat tetap dilakukan ,maka ia dikira sebagai akhlak yang buruk. Jelas ternyata, kedudukan akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia hinggakan setiap individu merasakan bahawa perlunya ada suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka agar dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut panda ngan mereka. Islam agama yang syumul merangkumi aqidah dan syariat yang mengandungi r oh akhlak. Islam tanpa akhlak ibarat jasad yang tidak bernyawa dan seperti rangk a yang tidak berisi.Hal ini kerana, akhlak adalah roh kepada risalah Islam semen tara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM Sumber utama akhlak Islam ialah berdasarkan Al-Quran dan al-Sunnah.Kedua-dua sum ber ini akan terus menjadi rujukan dan panduan dalam membentuk akhlak yang mulia .Ini telah ditegaskan oleh Rasulullah saw sendiri dalam sepotong hadith yang ber maksud: Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mul ia. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah adalah sebagai contoh yang baik. Aisyah ra pernah disoal mengenai akhlak Rasulullah.Lalu beliau menjawab: Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu adalah Al-Quran. Akhlak islam merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia termasuklah rohani,

jasmani, agama, dunia, akal, perasaan, peribadi masyarakat dan sebagainya yang t elah digariskan sebagai manhaj uatama bagi kehidupan yang sempurna dan bahagia. Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan keluasan bidangnya yang mel iputi seluruh aspek perbuatan manusia sama ada berkaitan dengan perseorangan, k emasyarakatan dan kenegaraan. Malah, setiap perbuatan manusia diatur oleh peratu ran akhlak Islam. Kesyumulan akhlak Islam bukan sahaja tidak berpisah dengan semua bidangbidang kehidupan manusia, malah turut menetapkan satu neraca terhadap seluruh ti ndak tanduk manusia. Asas akhlak terbina di dalam usaha dan amal untuk menuruti segala tuntut an yang terkandung dalam akidah Islam yang menjadi asas keimanan kepada Allah. T ernyata binaan akhlak seorang muslim yang sempurna hanya dapat bertapak di atas akidah yang sahih dan syumul. Maka, perbuatan yang dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak akan menjadi sempurna jika tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Hadis Rasulullah s.a.w. turut merumuskan bertapa besarnya kedudukan akhlak: Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Wahai Rasulullah s.a.w. apakah Deen itu? Baginda menjawab: Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya. Hukum akhlak di dalam Islam merupakan satu ikatan yang menyeluruh dan sa ling menyempurnakan. Malah ia dipanggil syumul kerana merangkumi kesemua aspek d alam kehidupan manusia termasuklah akhlak terhadap Allah, Rasul, ibu bapa, kelua rga, guru, jiran , masyarakat dan alam sekitar. Akhlak Islam berhubungan dengan soal peribadi dari segi jasmani, rohani dan int elek. Firman Allah yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan berlebih-lebihan. (Q.S.al-Aaraaf: 31) Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan ji\wa itu. Dan sesunggguhnya meru gilah orang yang mengotorinya. (Q.S as-Syams: 9-10) Malah, turut berhubungan dengan perkara-perkara berkaitan dengan kekeluargaan se perti hubungan antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, kaum kerabat dan seb againya. Firman Allah yang bermaksud: Dan bergaullah dengan mereka secara patut.Kemudia apabila kamu tidak meyukai mere ka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, pada hal Alla h menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (Q.S an-Nisa: 19) Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada dua ibu bapanya. (Q.S al-ahqaaf: 15) Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat. (Q.S an-Nahli: 90) Akhlak Islam juga turut mengandungi perkara yang berkaitan dengan masyarakat tid ak kiralah dalam soal adab sopan pergaulan, kegiatan ekonomi mahupun politik. Fi rman Allah yang bermaksud: Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu (selalu ) ingat. (Q.S an-Nur: 27) Kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang curang (iaitu) orang-orang yang ap abila menerima tukaran dari orang lain, mereka minta dipenuhi. Dan apabila merek a menukar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi. (Q.S al-Mutaffifin: 1-3) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak meneriman ya, dan (menyuruh ) kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. (Q.S an-Nisa: 58)

Selain itu, akhlak Islam turut menyentuh soal akhlak terhadap alam seperti tumbu h-tumbuhan, binatang dan seluruh alam sekitar ini. Hal ini terkandung dalam sebu ah hadis: Berbuat baik kepada tiap-tiap makhluk yang mempunyai hati itu ada ganjaran. Pelihara dirimu dan siksa Allah berkenaan dengan binatang-binatang yang tidak dap at bercakap. Tunggangilah ia dengan cara yang baik dan makanlah ia dengan cara y ang baik. Keseluruhannya, akhlak Islam mengandungi akhlak terhadap Allah yang menciptakan segala nikmat yang ada di bumi dari segi ibadat, kepatuhan dalam menunikan sega la perintahNya dan sebagainya. Firman Allah bermaksud: Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha pemurah lagi Maha penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. PadaMu kami mengabdikan diri dan memohon pertolongan . Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. (Q.S al-Fatihah: 2-6) Kesyumulan akhlak Islam dapat dilihat melalui ciri-ciri akhlak Islam yan g sempurna. Salah satu daripada ciri-cirinya ialah Islam menyeru agar manusia me nghiaskan jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri daripada akhlak yang buruk. Kita dapat mengukur baik dan buruk sesuatu akhlak bepandukan kepada syara k.Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas dan meliputi segala perbuatan manusia .Hal ini termasuklah akhlak terhadap Allah, Rasulullah, manusia, ibu bapa, guru, jiran tetangga, suami isteri, anak-anak, kaum kerabat dan alm sekitar.

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA Pada hari ini kita dapat melihat bertapa banyaknya berita mengenai masal ah akhlak dalam kalangan remaja di dada-dada akhbar mahupun dilaman sosial seper ti internet. Hal ini disebabkan kerana suasana masyarakat kita pada hari ini ber hadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau ideologi yang bercanggah dengan syariat Islam telah mempengaruhi cara kehidupan seperti buda ya hidup seperti percakapan, gaya berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Apa yang lebih membimbangkan, terdapat segelintir masyarakat kita yang mula terpengaruh dengan aliran Islam liberal, Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama b aik serta identiti umat Islam seterusnya memberi gambaran negatif kepada imej Is lam . Apa yang dirunsingkan hari ini ialah golongan yang terlibat itu kebanyak kannya terdiri daripada golongan remaja yang rata-rata masih berusia belasan tah un. Contoh terdekat yang dapat kita lihat apabila tibanya malam sambutan ulang t ahun hari kemerdekaan. Suasana yang kita lihat pada malam bersejarah itu seolaholah kita bukanlah berada di sebuah negara Islam yang kebanyakkan rakyatnya iala h muslim dan beriman kepada Allah s.w.t.. Hasil tinjauan beberapa pihak mendapat i anak muda remaja tanpa segan silu duduk berdua-duaan, berpakaian kurang sopan , malah ada yang berani meneguk arak yang sememangnya diharamkan dalam agama. Ma lah, tanpa rasa takut mereka melakukan aktiviti tidak bermoral seperti merempit, mengambi,l dadah dan menghidu gam. Ada juga sebahagian remaja yang menghiasai kepala mereka dengan tanduk syaitan seolah-olah meniru orang barat menyambut hari Hollowen. Beginikah caranya remaja hari ini menghargai susah payah pejuang tanah air yang berusaha mencapai kemerdekaan? Mereka sudah lalai dan terlupa akan akh

lak terhadap terhadap Tuhan yang menciptakan mereka. Perbuatan remaja ini adalah bertentangan dengan perintah Allah. Jelas se kali arak merupakan merupakan minuman yang diharamkan oleh Allah. Hal ini kerana ia bukan sahaja memabukkan, malah memberi banyak kemudaratan kepada peminumnya . Arak membuatkan seseorang itu hilang akal atau kewarasan seterusnya mendorongn ya melakukan perkara yang yang dilarang oleh Allah seperti berzina dan sebagainy a. Malah, memandu dalam keadaan mabuk juga boleh menyebabakan kemalangan jalan r aya selain membahayakan nyawa orang lain. Ini juga bererti seseorang itu telah m elanggar perintah Allah. Sebagai seorang hamba kepadaNya kita tidak seharusnya m engingkari perintah Allah apatah lagi membuatNya murka. Seharusnya seorang musli m wajib mengikuti segala perintah dan larangaNya agar mendapat keredhaan dan rah mat Allah. Di samping itu, perbuatan berdua-duaan juga tidak seharusnya dilakukan o leh para remaja kerana ianya merupakan permulaan kepada zina. Apabila berdua-dua an, yang ketiga pastinya ialah syaitan yang akan menghasut hamba Allah untuk mel akukan perkara yang dicegah oleh Allah. Allah bukan sahaja mengharamkan zina mal am turut mengharamkan perkara yang membawa kepada zina. Sekiranya seseorang itu tidak mentaati perintah dan larangan Allah, ini bererti dia telah mengabaikan ak hlaknya kepada Allah. Punca utama keruntuhan akhlak ialah benteng iman yang lemah serta penget ahuan Agama yang cetek. Dua faktor inilah yang menyebabkan anasir-anasir jahati ni dengan mudah meresap masuk dan menjajah fikiran, seterusnya memberi impak yan g buruk kepada kehidupan kita. Selain itu, seseoang itu juga akan mudah terjemus dalam gejala sosial se kiranya meremehkan nasihat para ulama, mengabaikan perintah Allah dan tidak be rpegang kepada tuntutan syariat. Bahkan mereka mula meminggirkan akhlak dan nila i-nilai murni yang dituntut oleh Allah dan RasulNya Sehubungan itu, setiap muslim haruslah sedar dan sentiasa ingat akan tan ggungjawab berakhlak kepada Allah. Bahkan harus menyedari hakikat bahawa kita a dalah hamba Allah yang diciptakan di bumi untuk menunaikan ibadat kepadanya. Seh ubungan itu, kita haruslah bersyukur kepadaNya dengan cara beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala lar anganNya serta tidak sesekali menyekutukanNya dengan yang lain. Masalah sosial seperti yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini pasti tidak akan berlaku sekiranya mereka telah dibentuk dengan akhlak yang baik seja k kecil. Akhlak yang baik terbentuk dari asas keimanan yang menjadi sendi kepada akidah Islam. Sekiranya dalam jiwa seseorang individu telah tertanam keimanan y ang kuat kepada Allah, maka bertambah teguhlah akidahnya. Kepercayaan kepada All ah yang teguh akan menambah keyakinan seseorang dengan janji-janji Allah sekalig is menguatkan semangat mereka untuk beribadat seperti yang diperintahkan oleh Al lah. Ibadat ini bukanlah sekadar ibadat khusus seperti solat, menunaikan haji da n sebagainya, malah turut termsuk apa yang kita lakukan sehari-hari seperti bela jar, makan dan sebagainya asalkan ianya dilakukan dengan niat kerana Allah. Ibad at inilah yang telah melahirkan disiplin, keikhlasan dan perasaan rendah diri ke pada Allah. Elemen-elemen inilah yang membentuk akhlak yang mulia. Agama Allah iaitu Islam menganjurkan cara hidup yang lengkap dan bertepa tan dengan keperluan manusia. Lebih tepat, Islam merupakan cara hidup hidup yang lengkap dan syumul merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia termasuklah a kidah, akhlak, syariah dan sebagainya. Maka sekiranya seseorang itu mengamalkan cara hidup islam seperti yang d iperintahkan oleh Allah, maka secara tidak langsung lahirlah akhlak yang mulia d engan mudahnya tanpa memerlukan pemikiran atau penelitian. Akhlak terbentuk seca ra semula jadi dari seseorang yang taat kepada ajaran Allah melalui ibadahnya s erta pengamalkan amal makruf nahi mungkar. Ini menunjukkan bahawa akhlak seseora ng itu sebenarnya terbentuk daripada akhlak yang mulia terhadap Allah. Di sini dapat kita lihat penyelesaian kepada masalah sosial remaja pada hari ini adalah dengan menjaga akhlak terhadap Allah dan melalui pengamalan cara hidup Islam secara keseluruhan.

You might also like