You are on page 1of 3

Sejarah Bola Baling

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan


satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti
Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta
Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali
sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917,
bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di
padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF)


telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan
ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa
(IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada
tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan
Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan
negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi,
Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10
buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar
kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini
menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi
Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini
Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang
permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman,


Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga
Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara
yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi
pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan
lelaki telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan
IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan
pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung..
Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu


permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976
oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor
dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan
pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai
presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada
tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan
Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka
Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah
diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan
pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah
mengambil bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima


sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat
kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah
menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut
tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada
tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek
kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula,
permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum
pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang
dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam
Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

You might also like