You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SYARIKAT SWASTA PUSAT LATIHAN DAKWAH KENINGAU BIL 01/2011 Ruj..

: JAKIM/PLD (KGU): 100-1/4/1 Tarikh: 30 Disember 2011 Masa...: 09.30 Pagi Tempat...: Bilik Mesyuarat PLD Keningau

KEHADIRAN : 1. Us. Norjeli Hj Dais 2. En. Apli Abd Wahid 3. En. Ahmad Bin Timpagos 4. En. Jacob Bin Itah 5. En. Ruslan Rasul 6. Ust. Nurfazilah Made 7. En. Amran Asime 8. Ust. Halifah Ahmad 9. Cik Fazilah Hj Kimsui PLD Keningau (Pengerusi) Syarikat Nazahiah SRT-EON Security SRT-EON Security Wakil Syarikat Vision 2010 PLD Keningau PLD Keningau (Setiausaha) PLD Keningau PLD Keningau

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan salam, selamat datang dan terima kasih kepada semua yang hadir.

1.2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang telah ditawarkan kerja-kerja kontrak di Pusat Latihan Dakwah Keningau

1.3. Pengerusi turut menekankan kepentingan kehadiran pemilik atau wakil syarikat yang boleh membuat keputusan ke mesyuarat pengurusa swasta PLD Keningau

1.4. Mesyuarat diingatkan bahawa penswastaan kerja/perkhidmatan adalah untuk menjaga kualiti dan memudahkan pihak kerajaan, asas ini hendaklah difahami

2. SENARAI SYARIKAT SWASTA

2.1. Syarikat Nazahiah

-Membekal makanan bermasak

2.2. Syarikat Vision 2010

-Pembersihan kawasan dan bangunan

2.3. SRT-EON Security

-Kawalan Keselamatan

3. PERKARA DIBINCANGKAN

3.1. Mesyuarat mencadangkan perkara berikut :-

3.1.1 Memohon penambahan dua (2) orang anggota keselamatan lagi kerana jumlah yang sedia ada tidak mencukupi semasa membuat kerja giliran rondaan

3.1.2 Mewujudkan lot parking lebih luas khusus untuk kenderaan pengangkutan awam di luar pintu masuk PLD Keningau 3.1.3 Memohon PLD Keningau membekalkan tangki air dan membaiki kerosakan lampu di pondok pengawal. Tindakan:PLDK

3.2 Mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan dan melaksanakan penggunaan pas pelawat

Tindakan:PLDK/SRT-EON

3.3 Mesyuarat bersetuju menetapkan rondaan pengawal meliputi kawasan bangunan asrama -Mengenal pasti lampu-lampu utama dihidupkan -Lampu yang tidak digunakan hendaklah dimatikan -Maklumkan dengan segera sekiranya terdapat lampu yang rosak Tindakan:SRT-EON

3.4 Mesyuarat bersetuju untuk memasang papantanda larangan kenderaan awam memasuki kawasan kompleks PLDK -Mencadangkan agar menempatkan lokasi yang sesuai bagi meletakkan papantanda berkenaan. -Tulisan bagi papantanda tersebut hendaklah berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna merah. Tindakan:PLDK

3.5 Mesyuarat mencadangkan agar syarikat Nazahiah sentiasa menjaga kualiti penyediaan makanan mengikut perjanjian. Tindakan:Sykt Nazahiah

3.6 Mesyuarat mencadangkan agar syarikat Vision 2010 membuang sampah ke tempat pelupusan yang dibenarkan oleh Majlis Daerah Keningau. -Syarikat Vision mencadangkan agar di bina satu tempat pelupusan sampah yang sesuai bagi pembuangan dan pembakaran sampah. -Pembakaran sampah yang dilakukan hendaklah didalam kawasan yang ditetapkan sahaja -Membuat label yang berkaitan dengan pembuangan sampah serta sisa makanan.

Tindakan:Sykt Vision 2010

3.7 Mesyuarat diingatkan kehadiran Pengurus Syarikat dalam mesyuarat ini amat diperlukan kerana melibatkan keputusan-keputusan penting. -Ustaz Norjeli mencadangkan agar pengerusi atau penyelia sentiasa hadir dalam mesyuarat. -Memastikan agar sentiasa berhubung di antara pihak syarikat dan juga pihak PLD. -Hendaklah mengambil perhatian terhadap penyelia yang kurang memberikan komitmen dalam menjalankan tugas. Tindakan:Semua Pengurus Syarikat

3.8 Mesyuarat mengingatkan agar pemantauan berterusan kerja pembersihan dilakukan bagi menjaga kualiti perkhidmatan -Melantik seorang Penyelia untuk memudahkan pemantauan

Tindakan:Sykt Vision 2010

3.9 Mesyuarat bersetuju sebarang perubahan menu dan spek/skop kerja hendaklah merujuk Pengurusan PLD Keningau untuk penyelarasan -Syarikat Nazahiah hendaklah memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan menu. Tindakan:Semua Syarikat.

4. LAIN-LAIN HAL

4.1 Mesyuarat bersetuju agar semua tuntutan kerja setiap syarikat dimajukan sebelum atau pada 5hb, setiap bulan ke Unit Khidmat Pengurusan PLDK Tindakan: Semua Sykt

4.2 Mesyuarat bersetuju agar setiap syarikat menyediakan perkara berikut untuk tujuan rujukan dan dokumentasi:-

4.2.1 Carta Organisasi Syarikat

4.2.2 Profile senarai pekerja dan tugas masing-masing

4.2.3 Nama dan nombor perhubungan penyelia Tindakan:Semua Sykt

You might also like